Utama Blog Halaman 860

Kakitangan Petron Sedia Sahur Untuk 500 Penjaga Dan Kakitangan Hospital Ampang

Petron Malaysia, dengan kerjasama pertubuhan bank makanan bukan kerajaan, Food Aid Foundation (FAF), menyedia dan mengagihkan 500 bungkus makanan kepada penjaga dan kakitangan di Hospital Ampang baru-baru ini.

INISIATIF ‘Projek Sahur VIA Petron’ kini telah masuk tahun ketiga dan melibatkan 60 sukarelawan dari Volunteerism In Action (VIA) Petron yang meluangkan masa mereka bagi menyediakan, memasak, membungkus dan mengedarkan makanan kepada penjaga dan kakitangan yang bertugas di hospital tersebut.

“Projek Sahur VIA Petron dibangunkan dengan tujuan memudahkan penjaga yang bermalam di hospital demi menjaga orang yang tersayang. Kami faham bahawa ianya agak mencabar untuk mencari restoran berdekatan yang menyediakan makanan asas tetapi berkhasiat.

“Projek ini mungkin dapat mengurangkan kerumitan mereka untuk keluar dari kawasan hospital untuk mencari makanan sahur. Projek ini juga memberi peluang bagi pekerja Petron untuk membuat kerja amal terutamanya dalam bulan Ramadan,” kata Zaimi Harun, Ketua Hal Ehwal Korporat, Petron Malaysia.

Projek Sahur VIA Petron bertujuan untuk meringankan beban keluarga pada bulan Ramadan. Para sukarelawan sebelum ini telah berjaya mengedarkan 400 bungkus makanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun 2017 dan 500 bungkus di Hospital Selayang pada tahun 2018.

“Ini merupakan tahun ke-3 kami bekerjasama dengan Petron Malaysia untuk Projek Sahur VIA Petron. Program ini berbeza kerana sukarelawan perlu menyediakan makanan dari mula, membungkus dan mengagihkan makanan kepada penjaga dan kakitangan yang berada di hospital.

Pengagihan makanan sahur di hospital mungkin jarang sekali difikirkan kerana kebanyakan penjaga dan kakitangan hospital biasanya tidak mempunyai akses kepada kafeteria pada waktu malam,” kata Hayati Ismail, Pengarah Operasi Food Aid Foundation.

Sehingga kini, sejumlah 1,400 bungkus makanan telah diedarkan oleh Petron Malaysia dengan kerjasama Food Aid Foundation. Secara keseluruhannya, lebih daripada 110 pekerja Petron telah menjadi sukarelawan program ini, dan Petron tidak merancang untuk menghentikan inisiatif ini dalam masa yang terdekat.

Menurut Zaimi, “Sukarelawan kami yang telah menjayakan projek ini. Kerjasama kami bersama Food Aid Foundation membolehkan pekerja kami untuk bergotong-royong di dapur mereka yang serba lengkap bagi menyedia, memasak dan kemudiannya membungkus makanan yang baru disediakan.

“Kami berharap dapat meneruskan kerjasama ini dengan FAF dan pertubuhan bukan kerajaan lain dalam usaha untuk memberi balik kepada komuniti.” Bersama dengan chef dan sukarelawan dari FAF, sukarelawan Petron bekerja dalam tiga kumpulan utama di dapur FAF yang terletak di Cheras bagi menyedia, membungkus dan mengagihkan makanan tersebut.

Menu yang dipilih untuk projek tahun ini ialah nasi putih yang disajikan dengan stew ayam dan sayuran, bersama sebotol air mineral.

Tahun ini, VIA Petron dan FAF bertekad untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam pembungkusan barangan makanan untuk Projek Sahur. Bekas plastik dan peralatan makan serta beg plastik tidak digunakan dalam usaha untuk mengurangkan sisa plastik.

“Saya telah menjadi sukarelawan selama tiga tahun berturut-turut untuk Projek Sahur VIA Petron ini. Semuanya memberikan pengalaman yang menarik dan tidak dapat dilupakan bagi saya. Saya menikmati aktiviti di dapur dan saya teruja kerana kami telah memutuskan untuk meminimumkan penggunaan barangan plastik pada tahun ini. Perubahan kecil boleh membawa kepada perubahan yang besar,” kata Ahmad Zaidi Shuhaimi, salah seorang sukarelawan Petron.

Pharmaniaga Rai Ramadan Bersama 250 Anak-Anak Yatim

Sambutan Ramadan tahun ini menjadi lebih bermakna kepada kira-kira 250 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Baitul Nurrawdah, Rumah Nur Sakinah, Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah and Rumah Titian Kasih Al Inayah.

SYARIKAT farmaseutikal terkemuka Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) meraikan kemeriahan Ramadan bersama mereka pada sebuah majlis iftar yang bertempat di Shah Alam.

Majlis iftar ini merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh Pharmaniaga bertujuan untuk menggalakkan para kakitangan syarikat berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim sekaligus mendekatkan jurang di antara mereka dengan anak-anak tersebut.

Di samping itu, majlis ini turut menjadi platform untuk berkongsi kegembiraan dan keceriaan bersama mereka yang kurang bernasib baik dalam menyambut kehadiran Syawal yang akan tiba.

“Tahun ini, kami meraikan anak-anak yatim dari lima buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang, di mana rumah-rumah kebajikan ini bukan sahaja didiami oleh anak-anak yatim, malah golongan asnaf dan juga fakir miskin,” kata Dato’ Farshila Emran, Pengarah Urusan Pharmaniaga.

“Program ini adalah program tradisi setiap tahun Pharmaniaga di mana kami meraikan anak-anak yatim untuk berbuka puasa dan memberi mereka sumbangan sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri,” katanya.

Anak-anak yatim ini bersama-sama dengan guru pengiring telah diraikan dengan pelbagai juadah berbuka puasa dan turut menerima sumbangan duit raya, beg sekolah, set baju sukan dan Vitamin C Citrex sebagai hadiah sumbangan dan tanda ingatan daripada pihak syarikat.

Menariknya, tahun ini sambutan diadakan dengan kolaborasi bersama Citrex, jenama di bawah Pharmaniaga yang mengeluarkan pelbagai suplemen kesihatan yang berkualiti tinggi untuk penjagaan kesihatan diri.

Produk suplemen kesihatan ini juga dapat membantu orang dewasa dan juga kanak-kanak untuk kekal sihat dan cergas secara keseluruhan.

Bersempena Ramadan, Pharmaniaga melancarkan Kempen Ramadan yang akan berlangsung daripada bulan Mei sehingga Jun 2019. Kempen ini memberikan fokus kepada produk-produk Citrex, Actimol, pemanis stevia SweetRoyale, Perozin, Baby Nadif dan OneQ dengan menganjurkan pelbagai promosi dan peraduan.

Pek Promosi Ramadan Citrex juga kini boleh didapati di semua outlet RoyalePharma dan juga melalui platform atas talian sementara peraduan terbuka kepada umum. Antara hadiah menarik yang boleh dimenangi adalah jam tangan Apple, Sony PlayStation 4 Pro, Apple iPad, set alat memasak Tefal dan duit raya.

Kunjungi www.royalepharma.com dan Facebook RoyalePharma untuk maklumat lanjut.

MMC Corporation Berhad Records Profit Before Zakat And Tax RM88 Million

MMC Corporation Berhad (MMC or the Group), a premier utilities and infrastructure group recorded a Profit Before Zakat and Taxation (PBZT) of RM88 million compared to RM64 million reported in the corresponding quarter of the preceding financial period due to higher contributions from port entities, offset by lower contribution from Klang Valley Mass Rapid Transit Sungai Buloh-Serdang (KVMRT-SSP Line).

THE Group recorded revenue of RM1.14 billion compared to RM1.28 billion due to lower contribution from KVMRT-SSP Line following revision of contract in November 2018 as well as lower progress from Langat Sewerage project.

These were moderated by consolidation of Penang Port Sdn Bhd’s (Penang Port) revenue and higher volume handled at Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

The Ports & Logistics division recorded higher revenue of RM780 million, an increase of 19.2% compared with RM655 million reported in the corresponding quarter of the preceding financial period, mainly due to effect from full consolidation of Penang Port’s revenue and higher volume handled at PTP.

The division recorded higher PBZT by RM37 million to RM104 million compared to RM67 million reported in the corresponding quarter of the preceding financial period due to higher contribution from Johor Port Berhad and Northport Malaysia Berhad as well as full consolidation of Penang Port’s result.

These were offset by higher finance cost and depreciation due to the adoption of MFRS 16 “Leases”.

The Energy & Utilities division recorded decrease in PBZT to RM32 million compared to RM38 million reported in the corresponding quarter of the preceding financial period due to higher operation and maintenance costs at Malakoff Corporation Berhad (Malakoff).

The Engineering division recorded revenue of RM338 million compared to RM604 million reported in the corresponding quarter of the preceding financial period mainly due to lower contribution from KVMRT-SSP Line following revision of contract in November 2018.

The segment recorded PBZT of RM49 million from RM74 million reported in the corresponding quarter of the preceding financial period due to lower contribution from KVMRT-SSP Line.

Ports & Logistics division is expected to record positive volume growth across all the ports. Continuous investments into the port’s infrastructure, capacity and capabilities along with execution of operational plans are expected to deliver positive results.

Operational and cost synergies driven by MMC would further improve the performance of its Ports & Logistics division.

The Energy & Utilities division is expected to contribute positively from the Group’s associated companies, namely Malakoff and Gas Malaysia Berhad.

Substantial existing order-book provides earnings visibility for the Engineering division anchored by the KVMRT-SSP Line. Furthermore, the earnings contribution from the Engineering division will be sustained by on-going projects including Langat 2 Water Treatment Plant and Langat Centralised Sewerage Treatment Project.

Overall, the Group expects to strengthen our capabilities with a focus on operating performance and efficiency, exploring new opportunities and continue to sustain our core business.

Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Noh, Group Managing Director of MMC Corporation Berhad said, “We will further strengthen our foundation and continue to optimise our cost for greater operational efficiency.

“We remain focused on our deliverables and committed to returning more value to our stakeholders”.

Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin Shares Love And Joy

Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, the CSR foundation of Naza Group, invited over 120 children from two orphanages for a sumptuous iftar with Naza Group senior management team and staff volunteers at the Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).

THE yearly initiative by the privately-owned Bumiputera conglomerate aims to give back to the society during the Ramadhan period and make Ramadhan a more cheerful one for the underprivileged community.

Orphans from Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Seri Kundang and Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia enjoyed a scrumptious Buka Puasa buffet spread at the event hosted by the co-founder of Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail and her family, SM Nasarudin SM Nasimuddin, Joint Group Executive Chairman, Naza Group of Companies and his spouse Marion Caunter Abdullah; Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, Joint Group Executive Chairman, Naza Group of Companies; SM Faliq SM Nasimuddin, Deputy Executive Chairman, Naza Group of Companies; Nur Diana SM Nasimuddin and Nur Nadia SM Nasimuddin, Directors of F&B Division, Naza F&B Holdings.

The orphans also received over RM70,000 worth of new clothes, duit raya and monetary contribution to the homes to celebrate the upcoming Hari Raya Aidilfitri.

“It has been Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin’s tradition to give our support to the underprivileged especially during the month of Ramadhan. The foundation was established in honour of our late father and hence it serves a purpose close to our hearts – to help those in need and contribute to the common good through charity and volunteerism,” said SM Nasarudin SM Nasimuddin, Group Executive Chairman & CEO, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd.

“We are beyond grateful and happy to be able to spread the joy of Ramadhan yet again with those in need. Through our corporate social responsibility programmes, we hope that by sharing our good fortune with the less fortunate, we are able to make the month of blessings and their Syawal more meaningful,” added SM Nasarudin.

Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin volunteers, comprising of senior management and staff of the Naza Group, also participated in the month-long Ramadhan CSR programme where they visited less fortunate communities.

Jabatan Kimia Malaysia Anjur Program Berbuka Dan Sahur

Jabatan Kimia Malaysia baru-baru ini menganjurkan Program Singgah Berbuka & Singgah Sahur KIMIA Malaysia 2019 yang berlangsung di Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Baitu Saidati Khadijah, Gombak.

PROGRAM anjuran Kelab Sukan & Kebajikan KIMIA Malaysia dengan kerjasama PUSPANITA KIMIA Malaysia & PEMURNI KIMIA Malaysia itu diadakan bagi membantu golongan anak yatim dan golongan anak asnaf serta dalam masa yang sama mengeratkan tali silaturahim sesama insan.

Antara pengisian program adalah memberikan sumbangan, berbuka puasa, bertarawih serta bersahur bersama dengan penghuni Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Baitu Saidati Khadijah ini.

Program disempurnakan oleh Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, Mohamed Zaini Abdul Rahman.

Proton Lancar Exora 2019 Dilengkapi Ciri-Ciri Pintar Hi Proton!

Proton secara rasminya telah melancarkan Exora 2019 di bilik pameran Crystal yang terletak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya semalam.

PROTON menawarkan harga RM59,800 bagi Exora 1.6T Executive dan RM66,800 bagi Exora 1.6T Premium, MPV tujuh-tempat duduk model 2019 yang menerima penambahbaikan terdiri daripada perubahan rekaan, peningkatan komponen untuk menambah kualiti produk serta dilengkapi ciri-ciri pintar pertama dalam kelas yang menjadikannya berbeza berbanding pesaing lain.

Berikutan ciri yang telah ditetapkan pada model Proton X70, Persona dan Iriz 2019, Exora versi 2019 ini menggunakan slogan Intelligence That Moves atau Kepintaran yang membawa perubahan bagi memperlihatkan bukan sahaja ciri-ciri pintarnya tetapi juga prestasi dan keluasan terbaik di dalam kelasnya yang menawarkan muatan sehingga tujuh orang dewasa.

Exora 2019 ini dilengkapi dengan sistem infotainmen pintar, menjadikan PROTON pengeluar yang memperkenalkan ciri-ciri yang pertama untuk segmen pasarannya. Didapati pada varian Premium 1.6T, kad eSIM yang terbina di dalamnya memastikan terdapat sambungan Internet mudah alih bagi memberi pengalaman multimedia yang tiada tandingan.

Aplikasi penstriman muzik, navigasi dalam talian dan kemas kini cuaca turut ditawarkan dan boleh diakses menerusi skrin sentuh 7-inci dengan paparan warna penuh. Sebagai kemudahan tambahan, sistem ini menawarkan sambungan telefon pintar serta fungsi pencerminan untuk peranti Android.

Adalah menjadi kebiasaan bagi kesemua model Proton yang memaparkan sistem infotainmen pintar semasa, aplikasi pengecaman suara juga ditawarkan dan boleh diakses menggunakan kata kunci Hi Proton!.

Aplikasi ini merupakan permulaan penggunaan bagi pelbagai fungsi melalui arahan suara, yang membolehkan pemandu terus menumpukan pemanduan mereka walaupun ketika melakukan pencarian kompleks seperti mencari destinasi atau memilih lagu.

Untuk memastikan perisiannya tidak ketinggalan, kemas kini bagi Over the Air (OTA) akan ditawarkan secara berkala sekiranya terdapat aplikasi-aplikasi baharu diperkenalkan.

Rekaan baharu pada ruangan dalaman sesuai dengan prestasi dan pengendalian terbaik dalam kelasnya Exora 2019 menerima penambahbaikan pada rekaan luarannya untuk memastikan ia sentiasa memberikan pembaharuan.

Satu antena sirip ikan yang baharu dipadankan dengan panel bumbung luar hitam untuk kelihatan lebih sporty manakala satu warna baharu iaitu Rosewood Maroon, memperlihatkan MPV ini lebih menonjol tidak kira di mana sahaja anda memandunya.

Di ruangan dalam, rekaan dalaman upholsteri baharu menambah sentuhan mewah dan meningkatkan keselesaan tempat duduk manakala gabungan meter baharu memberikan pandangan yang jelas pada maklumat penting dengan pantas.

Cermin pandang belakang tanpa bingkai memberikan pandangan yang lebih luas untuk melihat pengguna jalan raya yang lain selain keluasan ruang dalaman kekal sebagai titik jualan utama kerana model ini merupakan satu-satunya MPV di dalam kelasnya yang menawarkan ruang untuk tujuh orang dewasa.

Model ini merupakan satu-satunya model MPV di dalam kelasnya yang dilengkapi enjin pengecas turbo 1.6 liter.

Dengan 140PS pada 5,000 rpm dan 203Nm tork dari 2,000-4,000 rpm, Exora 2019 ini mampu memberi tindak balas dengan pantas terhadap sebarang pemanduan yang dilakukan. Kelajuan dipadankan untuk memastikan pengendalian yang selesa di mana para jurutera casis PROTON telah menukar pemanduan dan pengendalian bagi memberi keseimbangan pengendalian yang baik dan pemanduan yang selesa.

Dengan dua beg udara hadapan, kawalan kestabilan elektronik (ESC), brek cakera di sekeliling, brek anti-kunci (ABS), agihan brek elektronik (EBD) dan tali pinggang hadapan dengan fungsi pengetat, model ini terdapat kelengkapan keselamatan lengkap yang digabungkan dengan ciri-ciri kemudahan seperti sensor tempat letak kereta di belakang serta kamera undur.

Exora 2019 ditawarkan dengan pakej Nilai Tambahan yang unik. Terdapat empat pakej Nilai Tambahan standard bermula dengan pakej servis yang menawarkan caj pekerja percuma sebanyak tiga kali.

Selain itu juga, terdapat pakej data Internet dengan data percuma (1GB sebulan) selama lima tahun. Dua pakej akhir adalah pakej kadar faedah dengan kadar pembiayaan serendah 2.76% dan pakej insurans yang menawarkan pelbagai kelebihan kepada pembeli yang menginsuranskan Exora 2019 mereka dengan panel-panel insurans PROTON.

Di samping pakej Extra Value yang standard, PROTON turut menawarkan pakej Nilai Tambahan istimewa.

Pelanggan-pelanggan yang membeli Exora 2019 pada tahun ini akan diberi pakej servis pekerja percuma selama lima tahun atau sebanyak 11 kali manakala 1,000 pembeli pertama juga akan diberi cukai jalan percuma selama dua tahun untuk pembeli persendirian dan cukai jalan percuma selama setahun untuk pelanggan korporat.

Digabungkan dengan pengurangan harga dan nilai ciri-ciri baharu yang diperkenalkan dalam setiap varian, Exora 2019 1.6T Executive memberikan nilai tambahan sebanyak RM4,233 berbanding versi terdahulu. Bagi Exora 2019 1.6T Premium, penjimatan tambahannya pula bernilai RM5,652.

HeiTech Ceriakan Anak-Anak Asnaf Sambut Hari Raya Aidil Fitri

HeiTech Padu Berhad (HeiTech), penyedia perkhidmatan ICT global menerusi pasukan sukarelawannya HeiTech Cares menganjurkan Program Syoknya Raya bersama anak-anak Asnaf dari Rumah Nur Sakinah dengan membawa mereka membeli kelengkapan raya di Mydin Mall, Subang Jaya.

NAIB Presiden Eksekutif Pengurusan Risiko dan Perkhidmatan Korporat HeiTech, Salmi Nadia Mohd Hilmey berkata, Program Syoknya Raya diadakan bertujuan memberi keceriaan kepada anak-anak Asnaf untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba.

Sumbangan disampaikan oleh Salmi Nadia Mohd Hilmey, Naib Presiden Eksekutif HeiTech (dua dari kiri) kepada Syafiqah Azmi, Penyelaras Rumah Nur Sakinah. Hadir sama Rosman Mustafa Kamar, Ketua Komunikasi Korporat HeiTech dan Izzuddin Azahari, Presiden Kelab Kakitangan HeiTech

“Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk ambil peduli dan menghulurkan tangan membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan cara yang difikirkan sesuai. Kami terharu apabila melihat senyuman yang terukir di wajah anak-anak kecil ini apabila mendapat baju dan seluar baru untuk dipakai pada Hari Raya nanti,” katanya.

Program pada kali ini melibatkan penyertaan seramai 28 sukarelawan HeiTech Cares dan 30 orang anak-anak Asnaf yang berumur 6 tahun ke bawah dari Rumah Nur Sakinah. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka apabila dibawa membeli-belah kelengkapan raya seperti baju, seluar, dan kasut selain turut menerima duit raya daripada HeiTech.

Naib Presiden Eksekutif HeiTech, Salmi Nadia Mohd Hilmey menyampaikan duit raya kepada anak Asnaf Rumah Nur Sakinah

Selain itu, HeiTech turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan juadah berbuka puasa kepada Rumah Nur Sakinah. Sumbangan disampaikan oleh Naib Presiden Eksekutif Pengurusan Risiko dan Perkhidmatan Korporat HeiTech, Salmi Nadia Mohd Hilmey kepada Shafiyah Azmi, penyelaras Rumah Nur Sakinah.

Program Syoknya Raya merupakan antara aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dijalankan di bawah HeiTech Cares bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan warga kerja HeiTech di samping memberi peluang kepada mereka untuk membantu golongan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Perodua Perkukuh Inisiatif Hijau Menerusi Laman Hijau

Perodua telah membawa inisiatif hijaunya ke tahap yang seterusnya dengan pelancaran Laman Hijau baru-baru ini, membuktikan komitmennya terhadap operasi hijau, mesra alam dan mampan.

LAMAN itu yang terletak di ibu pejabat dan kilang pengeluaran Perodua di Sungai Choh, merupakan kawasan rekreasi terbuka untuk kakitangannya yang dihiaskan dengan tumbuhan hijau serta air pancut yang dikuasakan dengan tenaga elektrik suria.

“Inisiatif hijau ini termasuk pemasangan panel suria di atas bumbung kilang pengeluaran kami, dan kami akan memasang panel suria di kebanyakan bangunan di kampus kami. Kemudahan bilik loker kakitangan baharu kami, Lemari, juga menggunakan dinding hijau untuk penebatan semulajadi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Kampus 400 ekar (162 hektar) Perodua terdiri daripada bangunan korporat, fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D), dua kilang pengeluaran kenderaan, pusat alat ganti, pusat latihan dan pusat jagaan kanak-kanak.

“Inisiatif hijau kami tidak berakhir di sini sahaja – kami juga mengumpul dan mengguna semula sumber semulajadi lain seperti air hujan dan air atmosfera, di samping melanjutkan usaha kami untuk mengurangkan pembaziran, melindungi bumi kita dan meningkatkan kecekapan operasi kami.

“Seiring dengan produk kami yang cekap bahan api, inilah cara kami memastikan pertumbuhan yang mampan dalam ekosistem semulajadi kita,” katanya.

Inisiatif hijau Perodua bermula pada Jun 2017 dengan pengumuman Taman ECO yang bakal dilancarkan bulan hadapan. Taman seluas 1,500 meter persegi ini menggunakan bahan kitar semula dalam pembinaannya, tenaga suria serta pelbagai tumbuh-tumbuhan.

“Sejak itu, kami telah melaksanakan amalan terbaik untuk operasi yang mampan dengan tujuan memelihara alam sekitar dan memaksimumkan kecekapan kami.

“Industri kami bergantung kepada tenaga dan sumber. Oleh itu, kita harus sentiasa mencari kaedah baharu untuk menggunakan tenaga dengan lebih cekap jika kami inginkan Malaysia yang lebih bersih dan hijau untuk kita semua,” katanya lagi.

Zainal Abidin menjelaskan bahawa selain daripada kemampanan alam sekitar, inisiatif hijau Perodua juga termasuk penambahbaikan yang berterusan terhadap keselamatan dan operasi untuk memastikan pergerakan yang lancar dalam lingkungan Kumpulan Syarikat Perodua.

Perodua merupakan pengeluar Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) No 1 di Malaysia. Setakat ini, ia telah menghasilkan dan menjual lebih 650,000 EEV, termasuk Axia, Bezza, Myvi generasi ketiga serta SUV tujuh-tempat duduk, Aruz.

Samsung Becomes First TV Manufacturer To Launch The Apple TV App And AirPlay 2

Beginning today, the new Apple TV app and AirPlay 2 are available on all 2019 Samsung Smart TVs and select 2018 models.

SAMSUNG Electronics Co., Ltd. announced that beginning today, all 2019 Samsung Smart TVs and select 2018 TV models with a firmware update will feature the all-new Apple TV app in more than 100 countries and offer AirPlay 2 support in 176 countries.

Samsung customers are now able to enjoy Apple TV channels and iTunes movies and TV shows on Samsung Smart TVs.

“For the last decade, Samsung has been at the forefront of offering the broadest selection of content available to consumers on our Smart TV platform.” said Won-Jin Lee, Executive Vice President, Visual Display Business at Samsung Electronics.

“As the first TV manufacturer to integrate the Apple TV app on a Smart TV platform, Samsung continues to offer our customers incredible value and access to the Apple TV app experience on the largest screens available today.”

Fully integrated into Samsung’s Smart TV platform, users can simply select the Apple TV app icon to access all of their iTunes movies and TV show purchases and browse more than 100,000 iTunes movies and TV shows to buy or rent, including titles available in 4K HDR, in pristine picture quality.

Customers around the world can also subscribe to Apple TV channels within the Apple TV app — paying for only the ones they want — and watch on demand directly in the app.

Samsung Smart TV users will be able to enjoy Apple TV+, Apple’s original video subscription service, in the Apple TV app across the same model lines when the service launches this fall.

With AirPlay 2-enabled Samsung Smart TVs, customers can now also effortlessly play videos and other content from their iPhone, iPad or Mac directly to their Samsung Smart TV.

The Apple TV app will work seamlessly with Samsung’s Smart TV Services, such as Universal Guide*, Bixby and Search, to create a consistent experience across Samsung’s platform.

*Samsung’s Universal Guide is not available in Malaysia

Projek BCDP Tanaman Revotropix Paulownia Mampu Tingkat Pendapatan Usahawan Rompin

Exchange Gain-Green & Participants

Syarikat Green Afforestation International Network (Gain-Green) telah menandatangani perjanjian bersama peserta-peserta Rompin yang diwakili oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Tanaman Semula Berkelompok (TSB) untuk menjalankan Projek Penanaman RevoTropix Paulownia di Rompin, Negeri Sembilan.

PROJEK di bawah Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) yang diseliai oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) itu melibatkan 163 orang peserta yang akan membekalkan kayu Paulownia kepada syarikat Gain-Green untuk digunakan sebagai bahan mentah.

Signing Gain-Green, Bioeconomy Corp, TSB

Melalui Projek Penanaman RevoTropix Paulownia di bawah BCDP, Bioeconomy Corp akan menyediakan sokongan, koordinasi, pemantauan dan pemilihan peserta kepada Gain-Green, iaitu syarikat utama bagi projek ini.

Gain-Green pula akan menyediakan benih, pengetahuan teknikal dan latihan, penanaman, nasihat dan reka bentuk pertanian, serta menjamin pembelian balik untuk pokok Paulownia yang dituai oleh peserta-peserta projek ini.

Projek ini melibatkan tanah seluas 978 ekar yang telah dijamin di bawah Rancangan Pinggir Felcra Rompin. Selaras dengan hasrat Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) untuk memperkasa golongan petani di Malaysia, projek ini dijangka dapat meningkatkan kemahiran keusahawanan tani di kalangan peserta.

“Projek BCDP ini dapat menambah baik kemahiran teknikal dan pengalaman kerja mereka dalam pertanian, terutamanya dalam penanaman pokok Paulownia.

“Projek ini dapat menyumbang kepada industri kayu di Malaysia disebabkan keunikan pokok Paulownia seperti kadar pertumbuhan yang cepat serta nilai komoditi jualan kayu sangat tinggi,” kata Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp semasa majlis tandatangan baru-baru ini.

BCDP Project Paulownia Signing

Majlis ini merupakan langkah selanjutnya susulan daripada pelancaran model BCDP baru untuk Projek Penanaman RevoTropix Paulownia sempena acara BioUsahawan 2019 yang telah diadakan pada 15 Mac 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dengan model baru ini, Projek Penanaman RevoTropix Paulownia dapat dilaksanakan secara lebih komersial dan lestari kerana melibatkan pembiayaan dan penglibatan langsung antara sektor swasta (Gain-Green) dengan peserta.

Bagi fasa pertama Projek Penanaman Revotropix Paulownia, projek ini dijangka untuk menyumbang sekitar 600,000 meter padu bekalan kayu kepada industri, serta memberi manfaat kepada lebih kurang 600 individu dan melahirkan sekurang-kurangnya 50 agropreneur bio.

Pada masa ini, 41 projek BCDP sedang dijalankan dalam pelbagai peringkat dan melibatkan hampir 3,000 orang peserta. Projek-projek ini dijangka membawa impak kepada lebih kurang 13,000 individu.

Post Menarik