Memupuk kehidupan komuniti yang sihat dan ikatan kekeluargaan melalui aktiviti berbasikal

EDISI kedua KLK Land Cyclethon Komuniti menarik lebih daripada 800 penunggang basikal di Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh, hari ini.

Flag off by YB Mohd Shaid Rosli, ADUN Jeram along with Lee Jia Zhang, Executive Director of Kuala Lumpur Kepong Berhad (“KLK”) and Dato’ David Tan, Executive Director of KLK Land Sdn Bhd

Mempromosikan gaya hidup yang sihat dan menggalakkan ikatan kekeluargaan melalui sukan adalah objektif penganjuran KLK Land Cyclethon Komuniti kali ini.

“Sebagai pemaju yang prihatin dan bertanggungjawab, kami komited memainkan peranan dalam mempromosikan gaya hidup sihat dalam masyarakat. Melalui acara ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai keluarga menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama melalui aktiviti ‘riadah’ bersukan.

“Kami berasa bangga apabila acara sebegini dapat menyatu padukan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama atau perbezaan umur,”kata Dato’ David Tan, Pengarah Eksekutif KLK Land Sdn Bhd.

Cyclethon Komuniti dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu kategori Family Fun Ride untuk ahli keluarga meneroka sejauh 20km kawasan pembangunan sekitar Bandar Seri Coalfields (BSC), serta bagi mereka yang inginkan lebih cabaran, kategori Adventure Ride direka khusus untuk yang memiliki mountain bike bagi menjejaki trail alam semulajadi sejauh 20km ke dalam ladang kelapa sawit Tuan Mee yang terletak bersebelahan dengan projek pembangunan BSC.

Acara berbasikal komuniti ini dirasmikan oleh ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli, bersama-sama dengan Lee Jia Zhang, Pengarah Eksecutif Kuala Lumpur Kepong Berhand (KLK) dan Dato’ David Tan Thean Thye, Pengurus Besar, KLK Land Sdn Bhd.

Mohd Shaid berkata, pihaknya teruja melihat minat yang semakin meningkat dalam masyarakat melalui aktiviti yang sihat di Malaysia.

“Saya berasa sangat teruja apabila melihat para peserta dari semua lapisan masyarakat datang beramai-ramai dan mengambil bahagian dengan minat yang sama iaitu aktiviti berbasikal dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat serta keharmonian ikatan kekeluargaan,” katanya ketika acara melepaskan para peserta di garisan permulaan.

Celebrity Chef Jaafar Onn with the school children after the cooking demo using palm oil products

Sebagai salah satu syarikat perladangan terkemuka, pihak KLK turut mengambil peluang dengan melahirkan rasa penghargaan yang tinggi terhadap hasil semulajadi negara ini iaitu melalui penghasilan minyak kelapa sawit Malaysia.

Banyak aktiviti menarik berkaitan minyak sawit telah dirancang untuk para peserta dan para pengunjung termasuk pelajar dari lebih 100 buah sekolah.

Aktiviti termasuklah demonstrasi memasak oleh chef selebriti Jaafar Onn, peluang merasa masakan yang disediakan menggunakan minyak sawit yang ditaja oleh Khalis Santan Sawit, pembuatan sabun DIY dari sumber sawit, pertandingan selfie, cabutan bertuah dan banyak lagi.