Utama Blog Halaman 850

Kerjasama Perodua Dengan KPDNHEP Cegah Produk, Alat Ganti Tiruan

Dalam usaha menghalang perkembangan produk dan alat ganti tiruan di pasaran, Perodua mengambil inisiatif menganjurkan sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) di di Sungai Choh, Rawang.

PENGARAH Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin berkata, pihaknya sedar bahawa terdapat banyak produk dan alat ganti tiruan di pasaran yang menggunakan jenama Perodua dan sebahagiannya sukar dibezakan dengan yang tulen.

“Ini termasuk minyak pelincir, penapis minyak, penyerap kejutan (shock absorbers) dan pad brek. Perkara ini amat membimbangkan kerana barangan tersebut merupakan barangan kritikal.

“Pelanggan boleh terpedaya membeli dan menggunakan barangan tiruan ini pada kenderaan mereka, ini bukan sahaja akan membatalkan waranti tetapi boleh menjejaskan keselamatan dan keadaan kenderaan mereka,” katanya.

Perodua, bersama-sama dengan pengedar servis dan stokis terpilih telah menyampaikan taklimat menyeluruh kepada kira-kira 120 pegawai penguatkuasa KPDNHEP, memberi pengenalan kepada pelbagai produk dan alat ganti Perodua, di mana produk dan alat ganti tersebut dijual, aliran logistik dan kaedah membezakan barangan tulen dan tiruan.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Pencegahan) KPDNHEP, Suhaimi Mat Sari.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada KPDNHEP dan pegawai-pegawai penguatkuasa kerana sudi menyertai inisiatif kami ini. Kami berharap sesi ini memberi manfaat serta membantu tugas mereka untuk mengesan, mengenalpasti dan membanteras barangan tiruan Perodua di pasaran.

“Kami menggesa orang ramai agar tidak terjebak dengan taktik peniaga-peniaga tidak bertanggungjawab yang menjual barangan tiruan Perodua. Beli dan pakailah produk dan alat ganti tulen Perodua daripada stokis-stokis kami yang sah atau mana-mana pusat servis Perodua di seluruh negara.

“Produk dan alat ganti tulen Perodua boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan memberikan ketenangan minda yang sepenuhnya. Sebagai alternatif, kami juga menawarkan produk dan alat ganti ProGanti, yang lebih mampu milik dan tetap diuji serta diperakui Perodua.

“Kami amat mengambil berat mengenai anda dan kenderaan anda. Ini merupakan sebahagian daripada Pengalaman Perodua, yang menjadi bukti kesungguhan dan iltizam kami untuk sentiasa mengatasi jangkaan dan mengekalkan kesetiaan anda,” katanya.

TM Bekerjasama Dengan Huawei Pacu Transformasi Digital

Signing MoC TM ONE & Huawei

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi unit TM ONE baru-baru ini, menandatangani Memorandum Usahasama (MoC) dengan Huawei.

MoC ini adalah susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah termeterai antara TM dan Huawei pada Mac 2018 yang menggariskan pelbagai inisiatif antara kedua-dua pihak bagi mempromosikan inovasi, membangunkan strategi ke pasaran, meningkatkan kemahiran dan keupayaan serta mempertingkatkan produk dan perkhidmatan masing-masing.

Signing MoC TM ONE & Huawei

Sambil TM ONE dan Huawei berhasrat memainkan peranan pembangunan yang lebih proaktif dalam menyediakan infrastruktur dan ekosistem bagi menyokong pertumbuhan negara, khususnya untuk merebut peluang-peluang transformasi perusahaan dan sektor awam di Malaysia, kolaborasi ini akan membolehkan kedua-dua syarikat memacu era transformasi digital masa hadapan untuk rakyat Malaysia bagi memanfaatkan gabungan kekuatan dan keupayaan kedua-dua pihak.

MoC tersebut telah ditandatangani oleh kedua-dua syarikat semasa Mobile World Congress (MWC) Shanghai 2019.

Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM berkata, “Kami teruja dapat bekerjasama dengan syarikat global terkemuka seperti Huawei bagi program usahasama strategik ini yang bertujuan merebut peluang-peluang transformasi digital perusahaan dan sektor awam di Malaysia.

“Kolaborasi ini akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pemacu aspirasi Digital Malaysia dengan pelaksanaan aplikasi dan rumusan untuk kediaman dan perniagaan di Malaysia serta lebih lagi, seperti yang terangkum dalam visi kami, “Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah, demi Kesejahteraan Malaysia”.”

Sementara itu, Tian Feng, ahli Lembaga Penasihat/Naib Presiden Kanan Huawei berkata: “Usahasama TM dan Huawei ini diperkukuhkan lagi dengan berasaskan kepada MoU kerjasama strategik tahun lalu, dan ini akan membantu kedua-dua syarikat lebih maju pada masa hadapan.

Kolaborasi ini adalah berdasarkan kepada saling keyakinan jangka panjang antara kedua-dua organisasi dan yang lebih penting, melengkapi keupayaan teknologi dan strategi kedua-dua pihak dalam pasaran perniagaan perusahaan.

Kami yakin Huawei mampu memanfaatkan teknologi termajunya seperti pengkomputeran awan, Data Raya, Segalanya Internet (IoT), dan Kepintaran Buatan (AI) bagi melengkapkan kemasukan TM ONE ke pasaran.”

Menurut MoC tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk mempromosikan kerjasama menerusi kemungkinan perancangan akaun bersama serta pemetaan peluang-peluang yang ada, penghasilan rumusan bersama pada masa hadapan serta penghasilan bersama penciptaan nilai pelanggan.

Usaha ini akan bertumpu kepada segmen perusahaan seperti Tenaga & Utiliti, Petroleum & Gas, Pengangkutan, Sektor Awam, Pendidikan, Pembuatan, Komersil dan/atau Hartanah dalam pelbagai aspek termasuklah Awan, Rangkaian, Penstoran, Pengkomputeran Berprestasi Tinggi, Kepintaran Buatan (AI), Segalanya Internet (IoT) dan Rangkaian Berdefinisi Perisian.

“TM sentiasa menerajui setiap evolusi teknologi komunikasi di negara ini. Kami mempunyai
rekod yang terbukti sejak sekian lama dalam pembangunan negara, berserta kemahiran dan pengalaman yang tepat untuk melonjakkan Malaysia menjadi sebuah Negara Digital,” katanya.

Burger – Menu Terbaharu Dalam Pesawat AirAsia

AirAsia dan Santan telah bekerjasama dengan (RED) menghasilkan hidangan istimewa, Burger INSPI(RED) yang boleh didapati di dalam semua penerbangan, dalam usaha menyokong perjuangan menamatkan AIDS.

Direka oleh Duta Cef (RED) yang berpangkalan di New York Hong Thaimee, burger berkenaan bakal membawa anda menikmati keenakan cita rasa Utara Thailand dalam menyampaikan pengalaman Timur-bertemu-Barat.

Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw dan Duta Cef (RED) Hong Thaimee melancarkan hidangan Burger INSP(RED) baharu bersama krew kabin

Ia mengandungi pati ayam empuk dimasak sempurna bersama sos ikan, daun limau purut serta serai, dilengkapi dengan mayones cili hijau ‘Nam Prik Noom Mayo’, kubis ungu dan hirisan tomato, diapit dengan ban brioche dengan rasa ubi bit.

Bagi setiap pembelian Burger INSPI(RED), 10% daripada jualan akan disumbangkan terus kepada Dana Global bagi menyokong ujian, kaunseling, rawatan dan program pencegahan HIV/AIDS di rantau Asean.

Duta Cef (RED) Hong Thaimee berkata, “Sebagai cef berasal dari Thai yang berpangkalan di New York, saya ingin menggabungkan keunikan kedua-dua cita rasa timur dan barat – perisa Thai dan burger klasik Amerika – mewujudkan sebuah hidangan yang mudah dinikmati oleh tetamu penerbangan.

“Sejak saya memulakan langkah dalam bidang kulinari, misi dan matlamat saya adalah untuk membawa citarasa Thailand kepada khalayak ramai, dan saya teruja kerana dapat memperkenalkan cita rasa istimewa kampung halaman Chiang Mai saya kepada 8 juta tetamu yang terbang bersama AirAsia setiap bulan.”

Ketua Pegawai Operasi (RED) Jennifer Lotito berkata, “Sebagai sokongan terhadap kempen NIKMATI (RED), SELAMATKAN NYAWA, kami berbangga melihat AirAsia bekerjasama dengan Chef Hong Thaimee untuk membawa (RED) ke udara dengan Burger INSPI(RED).

Ia bukan sekadar hidangan lazat untuk penumpang; malah mewujudkan kesedaran dalam perjuangan AIDS dan membantu meningkatkan dana kritikal untuk membiayai program HIV/AIDS di Asean.”

Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw berkata, “Kami sangat teruja memperkenalkan hidangan Santan terbaharu kami, Burger INSPI(RED), ciptaan cef selebriti dan Duta (RED) Hong Thaimee untuk tetamu kami.

“Walaupun lewat memulakan kerjaya masakannya, Cef Hong bekerja keras dan mempunyai azam untuk menempa nama untuk dirinya sendiri, sama seperti AirAsia. Dengan mempunyai pemikiran ‘Dare to Dream’ dan warisan yang bersama, berkerjasama dengan Cef Hong ini adalah seperti gabungan dua personaliti Asean yang saling menyokong antara satu sama lain di rantau ini.”

Para tetamu digalakkan untuk membuat pra-tempahan Burger INSPI(RED) yang didatangkan dengan minuman percuma pada harga promosi hanya RM10 di semua penerbangan AirAsia ke semua destinasi.*

Pra-tempahan hidangan Santan boleh dibuat melalui pautan ‘Tempahan Saya’ di airasia.com untuk menikmati lebih penjimatan, pelbagai pilihan hidangan, dan keutamaan hidangan dalam pesawat.

AirAsia juga telah mewujudkan barangan edisi khas jenama bersama (AirAsia)RED dalam menyebarkan mesej (RED), termasuk topi ikonik AirAsia, model pesawat untuk penggemar hobi dan lain-lain, dengan AS$2.00 daripada setiap penjualan barangan akan disumbangkan kepada Dana Global.

*Pra-tempahan Burger (INSPI)RED tersedia untuk semua kod penerbangan kecuali penerbangan AirAsia India (kod penerbangan I5) dan AirAsia Japan (kod penerbangan DJ). Harga tertakluk kepada nilai pertukaran mata wang asing harian.

Pelanggan OKU Maxis Nikmati Rebat Bulanan RM10 Seumur Hidup

Maxis mengumumkan pelanggan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendaftar untuk pelan Hotlink Postpaid Flex plan with More Data pada RM40 sebulan akan menikmati rebat bulanan RM10 untuk seumur hidup.

INI bermakna untuk RM30 sebulan, pelanggan yang mempunyai kad pengenalan OKU yang sah akan menikmati data 5GB serta panggilan dan SMS tidak terhad ke semua rangkaian apabila mereka mendaftar.

Mulai hari ini, pelanggan boleh mendaftar untuk pelan khas ini di mana-mana Pusat Maxis atau Rakan Niaga Eksklusif Maxis. Mereka hanya perlu menunjukkan kad pengenalan (MyKad) dan kad OKU semasa mendaftar.

Sementara itu, pelanggan OKU yang sudah berdaftar di bawah pelan Flex juga layak mendapat rebat dan boleh memohon untuk rebat tersebut di mana-mana Pusat Maxis atau Rakan Niaga Eksklusif Maxis.

Pelanggan OKU yang berdaftar di bawah pelan-pelan Maxis yang lain pula perlu mendaftar untuk pelan Hotlink Postpaid Flex with More Data untuk menikmati rebat tersebut.

“Kami dengan sukacitanya menawarkan pakej Hotlink Postpaid Flex khas ini sebagai sebahagian daripada komitmen kami kepada peningkatan keterangkuman bagi semua rakyat Malaysia, dengan menyediakan sambungan yang lebih berpatutan bagi orang kurang upaya.

“Kami akan terus mengembangkan dan membawa lebih banyak perkhidmatan dan tawaran yang bernilai dan sesuai kepada para pelanggan kerana kami sangat mementingkan mereka,” kata Tan Lay Han, Ketua Pegawai Jualan dan Perkhidmatan Maxis.

Untuk meringankan beban golongan OKU, kakitangan di Pusat Maxis sentiasa bersedia untuk mengutamakan dan membantu pelanggan berkeperluan khas.

Universo Ferrari – The First Event Dedicated Exclusively To Ferrari

Ferrari SF90 Stradale

The Maranello event will take place in September 2019 for clients and the wider public

THE month of September this year will see an exceptional event taking place in Ferrari’s hometown of Maranello, Italy.

Ferrari SF90 Stradale

Universo Ferrari will be the first ever exhibition dedicated to the world of Ferrari that will also include public viewing days.

Ferrari reserves exclusive opportunities for its international clientele to see its latest models in private viewings and Universo Ferrari will open this possibility up to fans and enthusiasts of the marque for the first time.

Situated in a structure constructed specifically for this event near the Ferrari factory, Universo Ferrari will feature areas covering all aspects of the company’s activities, from classic cars to racing, as well as the current model line up.

Of special interest to visitors will be the chance to see the SF90 Stradale – Ferrari’s new series-production supercar hybrid – on its European premiere, a rare occasion for the public to take a closer look at the latest Ferrari outside an international motor show.

More information on the event and how to participate will be made available shortly on www.ferrari.com

The Cavalcade Brings The World Of Ferrari To Campania

An exclusive tour to discover Capri, the Amalfi Coast and the interior.

OVER 100 Ferraris from all over the world met in Campania for the 8th edition of the Ferrari Cavalcade.

The event offered Ferrari customers unique driving experiences again this year, along fascinating routes, enabling them to fully appreciate the performance of our contemporary cars: from the latest models, such as the Ferrari Portofino and the 488 Pista Pilota, to limited edition special series like the Ferrari Enzo and the LaFerrari Aperta.

More than 200 collectors and enthusiasts made up the crews, from over 20 countries around the world, including a large representation from Europe, the USA, the Middle East and many participants from East Asia, New Zealand and Australia.

These numbers reflect the global attraction of the Maranello brand. This international convoy embarked on a journey which was full of surprises and had a rich variety of landscapes that only Campania can offer.

The participants explored the unmistakable views of the Amalfi coast and the interior of Campania, behind the wheel of their Ferraris, from the Parco del Partenio to the slopes of Vesuvius.

The tour began on Tuesday, 18 June, with a visit to the city of Benevento where the Ferraris were admired in Corso Garibaldi. The next day, the cars were on display along the Salerno waterfront, before taking the Amalfi Coast’s hairpin bends to Sorrento.

On 20 June, the Royal Palace of Caserta and the centre of Naples were the backdrop for the Cavalcade, with a stop in Piazza del Plebiscito. The fourth and final day of the tour was dedicated to one of the jewels of the Gulf, with a parade of cars from Capri to Anacapri.

An exceptional programme and a great show, not only for the Ferrari owners but also for local people and tourists, linking the most famous car maker in the world to these locations, emblematic of Italian beauty.

From Trainees To Globally Certified Technicians

Todate, the training academy has seen over 850 trainees who has undergone the three-year training, giving them the qualification to provide world-class after-sales services for Mercedes-Benz valued customers.

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) celebrated the graduation of 30 trainees as they transformed into globally certified technicians through the Advanced Modern Apprenticeship Programme.

The class of 2019 reaffirms MBM’s long-term commitment in providing training and career opportunities to Malaysian youths through its Training Academy. Over 850 apprentices have graduated since the programme’s inception locally.

“Our state-of-the-art, purpose built Training Academy aims to continuously nurture talent and provide Malaysian youths with a pathway to advance their career through job placement opportunities. Today, we contribute towards the nation’s demand for highly skilled talent in the automotive industry with the graduation of another 30 apprentices.

This marks a significant milestone in our quest to build a solid foundation of the network and deliver the Best Customer Experience throughout the Mercedes-Benz extensive dealers in Malaysia,” said MBM’s President and CEO, Dr Claus Weidner.

All graduates received three certifications; Mercedes-Benz Automotive Mechatronic Training Certificate, Mercedes-Benz Qualified Maintenance Technician Certificate and National Dual Training System Certificate.

The National Dual Training System Certificate is equivalent to the Malaysian Skills Certificate Level 3 (SKM 3), a certification recognized by the Department of Skills Development under the Ministry of Human Resources, Malaysia.

Vice-President for Customer Services, MBM, Jeffrey Simon added, “The response the programme since has been great year on year and we have received close to 600 applications this year; the most to date. It is in our best interest to recognize, mould and empower local youths as they embark on their journey in the automotive industry.

Upon completion of their three-year training programme, they will be offered a four-year guaranteed employment, starting off as a Passenger Car Technician.”

The apprenticeship programme exposes trainees to a wide-range of skills including presentation, analyzing, decision making, strategic thinking, mentoring, self-discipline and most importantly, teamwork skills.

Trainers are also rigorously assessed and certified by international standards set by Daimler AG in Germany. Based on the guidelines set by them, the training academy maintains a trainee ratio of one trainer to 15 trainees to ensure optimum quality in the delivery of its modules.

About the Mercedes-Benz Malaysia Apprentice Training Centre

Initiated in September 1984, the ATC was established with the objective of instilling ‘self-reliant learning’ and ‘life-long learning’ philosophies among Malaysian youth. To date, over 770 highly-skilled apprentices have graduated from the initiative.

As a prerequisite to acceptance into the training programme, interested candidates have to undergo a strict selection process which involves a pre-enrolment assessment examination by Daimler AG, Mercedes-Benz Malaysia’s parent company.

Candidates then have to attend a face-to-face interview by the Recruitment Panel which gives the final approval to candidates who qualify to enrol in the training programme.

The training programme consists of 48 courses over a three-year training period, and is based on a curriculum comprising 70 per cent practical training; which also includes 30 per cent on-the-job training; and 30 per cent theory.

In addition to undergoing technical training, apprentices are also equipped with presentation skills, analyzing skills, decision making skills, system thinker, mentoring skills, self-discipline, and team work skills, which are essential for life-long career advancement. Employment is guaranteed via bond upon completion of the training programme.

In addition to the Automotive Mechatronic training programme, the ATC also provides a structured certification ladder for existing technicians who are keen to upgrade their skills and knowledge.

The Apprentice Training Centre is a 55,000 sq ft facility and staffed by 13 dedicated trainers. The training facility is equipped with state-of-the-art training equipments, purpose-built classrooms and workshops that emulate real-life after-sales centres.

Transformasi Kompleks PKNS Shah Alam

PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) telah melakukan transformasi di Kompleks PKNS Shah Alam yang telah dibina sejak 1977.

USIANYA yang kian mencecah 40 tahun tidak menjadi penghalang untuk bangunan yang mengimbau memori terutamanya buat penduduk di Shah Alam iaitu Kompleks PKNS Shah Alam untuk kekal relevan dengan arus semasa.

Sebelum transformasi

Kompleks PKNS Shah Alam kian rancak dengan melakukan transformasi dari sudut reka bentuk hasil usaha penuh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC).

Antara transformasi dilakukan oleh PREC adalah penambahbaikan surau dengan nama baru iaitu Musolla Al-Kauthar, medan selera dengan nama Makan@Bumbung, kemudahan tandas dan penghawa dingin serta fasad luar bangunan.

Musolla Al-Kauthar

Ruang solat yang selesa dan cantik ini boleh memuatkan 100 jemaah dalam satu-satu masa dengan konsep industrial memberikan nafas baru buat Kompleks PKNS Shah Alam.

Surau selepas transformasi

Kemudahan seperti ruang menunggu, ruang wuduk yang mesra OKU dan warga emas, tandas dan kemudahan menyiapkan bayi yang berdekatan menjadi salah satu faktor utama yang diambil kira dalam proses transformasi yang dilaksanakan.

PREC turut bekerjasama dengan pihak jawatankuasa surau Kompleks PKNS Shah Alam bagi mengimarahkan surau dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti tazkirah, solat tarawih, kenduri doa selamat, tahlil dan aktiviti fardhu ain yang lain.

Makan@Bumbung

Medan selera di tingkat 4 bangunan Kompleks PKNS Shah Alam juga tidak ketinggalan dalam transformasi yang dilakukan dengan nama Makan@Bumbung yang mengikut trend masa kini iaitu penggunaan nama-nama unik bagi menarik para pengunjung untuk mencuba sesuatu yang tular di alam maya terutamanya melalui media sosial.

Apa yang lebih menarik, PREC akan membawakan aktiviti-aktiviti rekreasi untuk kanak-kanak dan dewasa seperti futsal, playground dan rock climbing di tingkat 4 ini selain menikmati makanan dan pemandangan yang disajikan. Bagi yang ternanti-nanti untuk menikmati makanan di Makan@Bumbung, ia akan mula beroperasi pada bulan hadapan.

Fasad luar bangunan

Renovasi yang dilakukan oleh PREC juga turut melibatkan fasad luar bangunan Kompleks PKNS Shah Alam dengan mengenengahkan salah satu elemen unik di sudut bangunan dengan menampakkan logo PKNS.

Segala penambahbaikan yang dilakukan di kompleks ini dititikberatkan. Ini adalah kerana Kompleks PKNS Shah Alam menjadi tumpuan utama menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri untuk kaum muslimin dan muslimat mendapatkan juadah berbuka puasa dan menyediakan kelengkapan Hari Raya bersempena dengan program tahunan PREC iaitu Festival Ramadan Selangor (FESTIRA).

Pilihan reka bentuk dan warna ini menjadikan suasana persekitaran kelihatan lebih hangat dan mesra. Grid struktur bangunan ditonjolkan bagi memberikan impak yang lebih menarik bagi menarik minat orang ramai berkunjung ke kompleks ini.

Tandas dan Pendingin Hawa

Fasiliti yang paling utama perlu dittikberatkan sesebuah bangunan adalah tandas dan juga penghawa dingin.

PREC telah mengambil langkah proaktif dalam memastikan semua kemudahan bangunan dalam keadaan yang baik melalui transformasi kemudahan seperti tandas dan juga pendingin hawa agar pengguna dapat berbelanja dalam suasana yang nyaman, selesa dan kondusif serta penggunaan tandas yang bersih dengan nilai tambahnya melalui reka bentuk dengan ciri-ciri kitar semula tong-tong terpakai untuk dijadikan sinki.

Transformasi yang dilakukan oleh PREC ini mampu memberikan kesan positif dari sudut ekonomi dan sektor pelancongan dengan penambahan pengunjung ke Shah Alam khususnya.

Lebih Ramai Mampu Terbang Ke Australia Barat

Kempen pemasaran bersama bagi mempromosi tarikan utama Australia Barat di Malaysia, India, China dan Jepun

KERAJAAN Australia Barat menerusi agensi pelancongan, Tourism Western Australia hari ini telah mengumumkan perkembangan perjanjian pemasaran bersama dengan peneraju penerbangan tambang rendah, AirAsia di Malaysia, hari ini.

(L-R):- Tourism Western Australia Country Manager for Singapore and Malaysia Ava Ang; Western Australia Tourism Minister Hon. Paul Papalia; AirAsia X Malaysia CEO Benyamin Ismail and AirAsia X Malaysia Marketing Manager, Chia PinYu flanked by AirAsia Cabin Crew at the signing ceremony.

Pengumuman dibuat oleh Menteri Pelancongan Paul Papalia di ibu pejabat global AirAsia, RedQ, perjanjian tersebut bertujuan untuk terus mempromosi tarikan pelancongan utama negeri di pasaran seperti Malaysia, India, China dan Jepun.

Perjanjian bernilai A$1 juta (RM2.87 Juta), mempunyai potensi membawa ribuan pelancong tambahan ke negeri tersebut.

Kempen pemasaran bersama akan dibangunkan bagi mempromosi penerbangan tambang rendah ke Australia Barat termasuk promosi tiket penerbangan dan pengiklanan dalam media cetak, televisyen, radio dan atas talian.

Perjanjian ini adalah sebahagian dari peruntukan A$12juta (RM34 juta) kerajaan Australia Barat bagi pemasaran antarabangsa yang diumumkan oleh Ketua Menteri Australia Barat Mark McGowan dan Encik Papalia pada Mac awal tahun ini bagi membangun ekonomi pelancongan Negeri.

Kempen bersama ini diharap dapat menambah lebih dari 29,000 pengunjung dari Malaysia.

Menteri Pelancongan Paul Papalia berkata, “Kami tahu promosi tambang rendah adalah tarikan yang kuat bagi pengunjung melawat Australia Barat dan perjanjian bersama AirAsia ini akan menyumbang perkara ini di pasaran penting seperti Malaysia, India, China dan Jepun.

“Malaysia adalah pengunjung antarabangsa kedua terbesar ke Australia Barat, jadi kami tahu rakyat Malaysia tertarik dengan tawaran dan tarikan yang ada di Australia Barat.

“Perjanjian kerjasama pemasaran ini bukan sahaja akan merangsang lebih ramai pengunjung dari Malaysia, aktiviti pemasaran di pasaran berhubung di India, China, dan Jepun turut akan menarik para pelancong dari pasaran tersebut.

“Membangun pelancongan adalah kunci pelan Pembangunan Kerajaan Negeri bagi mempelbagaikan ekonomi, mencipta peluang pekerjaan dan membangun peluang perniagaan.

“Menambah jumlah pelancong antararabangsa ke Australia Barat akan membantu mencapai objektif tersebut. Oleh kerana itu, kami komited dengan peruntukan A$12 Juta (RM34 juta) tambahan ke aktiviti pemasaran antarabangsa bagi Tourism Western Australia.

“Ini adalah peruntukan pemasaran antarabangsa terbesar dalam sejarah Negeri dan kami berharap dapat melihat tambahan ribuan pengunjung melawat Australia Barat hasil dari peningkatan aktiviti pemasaran ini.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata: “Kami teruja untuk mengangkat kerjasama dengan Tourism Western Australia ke tahap seterusnya dan menerusi perjanjian pemasaran ini dapat meningkatkan permintaan penerbangan dari pasaran Malaysia, India, China dan Jepun.

“Sejak kami memulakan penerbangan ke Australia Barat pada November 2008, kami telah menerbangkan lebih dari tiga juta penumpang menerusi laluan Kuala Lumpur – Perth, Bali – Perth dan yang terkini Lombok – Perth yang bermula bulan lepas. Pada tahun 2018 sahaja, AirAsia telah menerbangkan lebih dari 585,000 penumpang dari dan ke Australia Barat.

“Permintaan bagi Perth dan daerah sekitar Australia Barat adalah jelas dan sokongan berterusan dari Tourism Western Australia ini akan membolehkan kami meneruskan usaha dalam meningkatkan ketibaan pelancong menerusi usaha pemasaran bersama di Malaysia, India, China dan Jepun di mana kami turut mempunyai jaringan perhubungan yang mampan.”

Bagi menyambut pengumuman ini, AirAsia menawarkan tambang rendah bermula dari RM299* sehala bagi tempat duduk biasa dan potongan 20% dari tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Perth. Tambang rendah ini tersedia untuk tempahan di airasia.com atau menerusi aplikasi mudah alih dari sekarang hingga 7 Julai 2019*.

Majlis tanda tangan ini adalah berikutan kejayaan pelancaran Panduan Kembara Muslim oleh Tourism Western Australia. Panduan perjalanan memaparkan cadangan laluan perjalanan jalan raya yang menakjubkan, jadual perjalanan, tarikan yang mesti dilawati, restoran dan fasiliti mesra masyarakat muslim di negeri tersebut.

Bagi maklumat lanjut mengenai Tourism Western Australia dan bagi melihat Panduan Kembara Muslim, lawati laman westernaustralia.com atau Facebook page Western Australia. Bagi membuat tempahan penerbangan anda ke Perth, Australia Barat, sila lawati airasia.com.

* Promosi bagi tambang termasuk semua buat ahli adalah bagi perjalanan sehala sahaja, termasuk cukai. Tempoh tempahan bermula 3-7 Julai 2019 bagi perjalanan segera hingga 21 November 2019. Rujuk terma dan syarat di sini.

All-New DS 7 Crossback SUV Arrives In Malaysia

The much-awaited All-New DS 7 Crossback SUV, designed to express refinement, excellence and French know-how, harmonises the perfect alchemy of power and refinement bringing together premium materials, craftsmanship and technological innovations expected from a premium SUV.

SM Nasarudin SM Nasimuddin, Group Executive Chairman & CEO, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd said, “Designed to be charismatic, muscular and sensual, the All-New DS 7 Crossback demonstrates personality instantly with its elegant touches that is sure to turn heads on the road.

The All-New DS 7 Crossback SUV is a premium SUV that comes with a competitive price without compromising the experience of the DS brand.”

“The All-New DS 7 Crossback SUV is a model we have been anticipating to introduce in Malaysia.

Its arrival signifies a new milestone for the DS brand in Malaysia, having come a long way since first stepping foot in Malaysıa in 2013. To meet demands for DS vehicles here, a flagship DS Store stands resolute in Petaling Jaya, the first in SouthEast Asia to meet individual expectations of its discerning clientele.”

“Malaysians with a taste for premium SUV will find that the DS 7 Crossback SUV meets their every need, and we are confident in making an impact in the premium C-segment SUV market with the entry of DS’s proudest thoroughbred from a brand known worldwide for its exclusive and outstanding products and services,” he added.

Naza Euro Motors Sdn Bhd, the sole distributor for DS in Malaysia officially launched the All-New DS 7 Crossback SUV, which was unveiled by Laurence Noël, Head of ASEAN & CEO of Naza Automotive Manufacturing, Groupe PSA and Dato Nik Hamdan Nik Hassan, Deputy Group CEO, Automotive Group, Naza Corporation Holdings.

DS has always placed particular emphasis on the light signature of its vehicles, and it continues to be a key feature of their styling. Reflecting the best tradition of craftsmanship, considerable thought went into every detail of the DS 7 Crossback SUV and the materials used inside the car.

Extending from the dashboard to the door panels and from the consoles to the seats, passengers and driver will be encompassed in the same complete ambience.

On the exterior, the DS 7 Crossback SUV sports a muscular yet elegant look resulting in a more distinguished and sporty poise.

The horizontal chrome DS WINGS on the front face convey a sense of prestige with their strong, well balanced lines. The new diamond-effect gloss black grille sports a hexagonal surround of dynamic lines, with the DS emblem taking up a prominent stance in the centre.

The DS ACTIVE LED VISION system adapts in width and range to the road conditions and vehicle speed and is set in five lighting modes –Town Beam, Country Beam, Motorway Beam, Adverse Weather and High Beam – for greater safety on the road.

Resembling faceted jewels, the LED modules of the DS ACTIVE LED VISION headlamps emit a purple light when DS 7 Crossback is unlocked, before pivoting progressively by 180 degrees to create a hypnotic visual effect.

The first is an 8-inch central touchscreen that manages the multimedia interface, the entire DS CONNECT offer, wireless charging and compatible with Apple CarPlay, Android Auto and Mirrorlink. The second is a 12.3-inch personalisable screen dedicated to the digital instrument cluster.

The Performance Line trim promises dynamic quality throughout, combining ‘Basalt Black’ grained Alcantara interior with Carmine/Gold topstitching and the use of precious materials such as Aluminium for the pedals, instantly enveloping occupants in a hushed sporty atmosphere.

The toggle switches on the chrome-finished central console feature a ‘Clous de Paris’ guilloche trim finish, while an exclusive animated watch in partnership with B.R.M Chronographs, the B.R.M R180, sits majestically on the dashboard adding a touch of elegance infused with a sense of tradition.

The distinctive DS LOUNGE presents the top-of-the-range FOCAL Electra® HiFi audio system, a meticulously devised acoustic architecture composed of 14 speaker drivers carefully positioned around the passenger compartment.

DS 7 Crossback SUV is underscored by its powerful highly-efficient, high-torque internal combustion engines which produces 165hp at 6,000rpm and maximum torque of 240Nm from 1,400rpm with its 1.6-litre THP four-cylinder petrol engine.

Exceptional power is sent to the front wheels via a six-speed automatic transmission (EAT6), recording 220km/h top speed. The All-New DS 7 Crossback SUV also features a new Electric Impulse Auto Gear Control with Paddle Shift for a thrilling drive.

The DS 7 Crossback SUV rides on 19-inch Onyx Black alloy wheels wrapped in 235/50 tyres giving the DS 7 Crossback SUV a comfortable yet confident ride on the road.

A five-star EuroNCAP rating only bodes well for this sleek SUV, the DS 7 Crossback SUV boasts a myriad of safety equipment such as Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Stability Program (ESP), Emergency Brake Assist (EBS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Emergency Brake Assist (EBA), Anti-skid Regulation (ASR), Dynamic Stability Control (DSC), Driver Attention Warning, six airbags, ISOFIX anchor points and passenger detection system, and DS ACTIVE LED VISION – all of which working effortlessly to ensure the safety of the driver and passengers at all times.

The All-New DS 7 Crossback SUV is priced at RM199,888 on-the-road without insurance that comes with a 5-Years Peace Of Mind warranty or up to 120,000km whichever comes first; 5-Years 24-hour Roadside Assistance and exclusive access to SkyLounge by NAZA at Subang Skypark.

Colour options are Nera Black, Pearl White, Absolute Red and Platinum Grey.

Post Menarik