Utama Blog Halaman 844

LBS Catat Jualan RM1.6 Bilion Sepanjang 2019

Sebanyak 11 Projek Bakal Dilancarkan Bagi Memacu Perkembangan 2020

Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS), melangkaui sasaran jualan tahun 2019 dengan mencapai RM1.63 bilion berbanding RM1.526 bilion pada tahun 2018 walaupun berhadapan dengan sentimen pengguna dan pasaran global yang mencabar.

Meninjau prestasi keseluruhan syarikat pada 2019, Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan
Sri Lim Hock San, berkata, “kami amat gembira dengan pencapaian ini kerana ia
mengesahkan pendekatan kami di dalam menitipkan tiga asas utama iaitu mampu milik,
hubungan rangkaian dan komuniti di dalam setiap projek pembangunan.

Dengan tumpuan diberikan kepada pembangunan perbandaran yang berkualiti dan mampu milik di lokasi strategik, pendekatan ini terbukti berkesan dan kekal sebagai satu segmen yang kukuh di dalam sentimen pasaran yang kurang memberangsangkan.

“Di sebalik persekitaran pasaran ekonomi dan hartanah yang mencabar, LBS kekal bertahan dan kami berjaya mendapatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR)
sebanyak 20.37% dalam tempoh lima tahun daripada pendekatan ‘people-focused’ (mesra
rakyat) dan penggunaan meluas Sistem Bangunan Berindustri (IBS) di samping
pengoptimuman reka bentuk.” katanya.

Pada tahun 2019, LBS telah melancarkan 11 projek baru dengan nilai pembangunan kasar
(GDV) sebanyak RM1.82 bilion di lima buah lokasi dengan jualan kebanyakannya tertumpu
di kawasan tengah. Perbandaran KITA @ Cybersouth yang baru dilancarkan pada April 2019 serta perbandaran LBS Alam Perdana muncul sebagai penyumbang utama jualan.

Selain itu, projek seperti Emerald Garden 3, Laman Bayu di Bandar Putera Indah, Johor dan Taman Kinding Flora di Chemor, Ipoh turut menyumbang kepada prestasi mantap kumpulan LBS.

Dengan 18 projek yang sedang berjalan dan bank tanah di masa akan datang berkeluasan
3,630 ekar sehingga 31 Disember 2019, Tan Sri Lim menjangkakan prospek jualan kumpulan akan kekal berdaya tahan pada 2020 dengan sasaran RM1.6 bilion.

Berdasarkan sokongan positif dan permintaan bagi projek-projek baru, LBS merancang
untuk melancarkan hartanah bernilai RM2.321 bilion pada tahun 2020. Projek-projek ini
akan tertumpu di kawasan tengah di mana ianya merupakan penambahan fasa baru bagi
projek yang sedang berjalan di perbandaran KITA @ Cybersouth, perbandaran Alam Perdana dan Midhills 2.

Projek-projek lain yang akan diumumkan pada tahun 2020 termasuk projek rumah satu
tingkat di Bandar Putera Indah, Batu Pahat; unit berkembar dan rumah teres dua tingkat di
Cameron Golden Hills, Cameron Highlands; dan rumah mampu milik satu tingkat di
Chemor, Perak.

Salah satu inisiatif LBS pada tahun 2020 adalah ‘LBS Fabulous 2020’. Kempen ini bertujuan
untuk memberi ganjaran lebih kepada pembeli hartanah terpilih dengan hadiah-hadiah yang menarik bernilai sehingga Rm1 Juta, termasuk sebuah Proton X70.

Perodua Bezza 2020 Kini Dilengkapi Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 2.0

Perodua Bezza 2020 telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia, dan Perodua menjangkakan penyerahan kira-kira 5,600 unit dalam Januari.

Majlis pelancaran model itu disempurnakan oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin di Kuala Lumpur.

Perodua Bezza 2020 menambah gaya kontemporari dan teknologi keselamatan canggih kepada pakej kompak dan menarik yang terus menawarkan kecekapan bahan api, kebolehpercayaan, ruang yang luas, praktikaliti, mudah dipandu dan kos pemilikan rendah.

Dengan harga atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia bermula RM34,580 hingga RM49,980, Perodua Bezza 2020 didatangkan dalam varian 1.0 G MT, 1.0 G AT, 1.3 X AT dan 1.3 AV AT.

“Perodua Bezza 2020 merupakan hasil gabungan maklum balas daripada para pelanggan kami yang dihargai. Penambahbaikan yang kami laksanakan adalah berteraskan rekaan bijak, pemanduan bijak dan keselamatan bijak,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Perodua Bezza 2020 tampil lebih yakin dengan lampu hadapan LED yang terdapat pada  semua varian dan bampar hadapan rekabentuk baharu.

Skirt sisi dwi-tona, juga terdapat pada semua varian, bersama dengan bampar belakang rekabentuk baharu dan rim aloi 10-jejari 15-inci (pada varian-varian 1.3 liter), memberikan rupa keseluruhan yang kukuh dan yakin.

Dua warna luaran baharu bagi Bezza – Garnet Red (bagi varian-varian 1.3 liter sahaja) dan Granite Grey – menyertai empat warna yang sedia ada, iaitu Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown.

Kombinasi meter beriluminasi putih menaikkan lagi gaya sudut dalaman, manakala sistem kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, serta sensor sisi hadapan turut terdapat pada varian-varian 1.3 liter.

Semua varian didatangkan dengan cermin sisi berkuasa boleh laras dan sensor undur; varian AV pula menambah kamera undur dan cermin sisi yang boleh dilipat dengan menekan butang.

Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 2.0 kini memasuki barisan Perodua Bezza menerusi varian AV, menjadikannya sedan dengan ciri sedemikian yang paling mampu milik di Malaysia.

Advanced Safety Assist (A.S.A.) 2.0

ASA 2.0 yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.

Di samping itu, varian X kini didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman yang mana sebelum ini hanya terdapat pada varian AV.

“Dengan bahagian atas badan yang dibangunkan sepenuhnya oleh Perodua, Bezza merupakan sedan pertama kami dan juga sedan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia semasa pelancarannya pada 2016. Setakat ini, sebanyak 184,000 unit telah dijual di Malaysia.

ABS

“Kami yakin Perodua Bezza 2020 yang lebih berani dan bijak ini akan terus digemari ramai dan sasaran jualan kami adalah sebanyak 4,000 unit sebulan secara purata.

“Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Perodua Bezza 2020 serta memandu ujinya, anda boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan kami di seluruh negara dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah.

Layari juga laman web kami yang diperbaharui di www.perodua.com.my untuk mengetahui perkembangan terkini Perodua,” katanya.

Perodua Bezza 2020 didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

PERODUA BEZZA 2020
Varian Warna Harga
1.0 G MT Ivory White Glittering Silver Ocean Blue Sugar Brown Granite Grey – RM34,580
1.0 G AT RM36,580
1.3 X AT Garnet Red RM43,980
1.3 AV AT RM49,980
Semua harga atas jalan sebelum insuran di Semenanjung Malaysia.

 

Aksesori GearUp bagi Perodua Bezza 2020 Harga
**Dynamic bodykit with light guides and rear spoiler RM2,000
Dynamic seat covers RM600
Floor lighting RM240
LED scuff plates RM260
Chrome scuff plates RM140
Armrest with USB port RM220
Accessories extension wire harness RM40
Coil mats with mesh top RM180
Coil mats RM140
Door visors RM150
Side door protectors RM350
Chrome window garnish RM145
Luggage tray RM120
Window shades RM85
Anti-theft brackets RM130
Door comfort RM450
Hood insulator RM72
Utility Package

(hood insulator + coil mats + luggage tray + booster cables)

RM340
Illumination Package

(floor lighting + LED scuff plates)

RM450
Stylish Package

(dynamic bodykit with light guides and rear spoiler + side door protectors)

RM2,120
Semua aksesori GearUp boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian kenderaan baharu Perodua dan didatangkan dengan waranti satu tahun. Semua harga untuk Semenanjung Malaysia.

**Dynamic bodykit boleh didapati bermula Mac 2020.

 

*ASA adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan pengganti pemanduan selamat. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu.

 

Projek Perintis GrabBike Kini Diperkenalkan Di Lembah Klang

Projek perintis GrabBike dilancarkan di Malaysia berikutan kejayaannya di Indonesia, Vietnam dan Thailand yang merupakan sebahagian daripada projek “Proof of Concept”
kerajaan

Grab, rangkaian ride-hailing yang dikembangkan di negara ini, memperkenalkan projek perintis perkhidmatan motosikal atas-permintaan di Lembah Klang selama 6 bulan dengan memberi tumpuan utama terhadap keselamatan.

Dengan kejayaannya di Indonesia, Vietnam dan Thailand, Grab telah menggunakan pengetahuan serantau, kepakaran dan pengalamannya untuk membangunkan rangka kerja untuk menyediakan amalan terbaik bagi meningkatkan piawaian keselamatan perkhidmatan motosikal atas-permintaan di Malaysia.

Program perintis GrabBike telah bermula sejak 3 Januari 2020 di lokasi-lokasi terpilih sekitar Lembah Klang. Objektif perintis GrabBike adalah untuk menilai kebolehlaksanaan dan kesesuaian budaya bike-hailing dalam konteks setempat.

“Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada perintis bike-hailing yang dipantau oleh Kementerian Pengangkutan. Hari ini, GrabBike adalah perkhidmatan bike-hailing terbesar di seluruh Asia Tenggara.

“Dengan bantuan pakar serantau kami, kami akan menerap standard dan pembelajaran yang ketat dari seluruh rantau ini untuk meningkatkan perkhidmatan kami di Malaysia,” kata Sean Goh, Ketua Negara Grab Malaysia.

Grab mensasarkan untuk membangun inisiatif dan modul baharu bagi meningkatkan tahap piawaian keselamatan untuk platform perkhidmatan bike-hailing dan perkhidmatan penghantaraan atas-permintaan seperti GrabBike, GrabFood, GrabExpress dan GrabMart.

Dengan memanfaatkan teknologi semasa dan pengalamannya dalam keselamatan, Grab akan membangunkan bahan-bahan latihan dan panduan komprehensif untuk rakan pemandu; bahan-bahan pendidikan bagi meningkatkan kesedaran; dan bahan-bahan latihan komprehensif untuk pelatihnya.

Pengguna-pengguna Grab kini boleh memilih untuk menggunakan GrabBike dalam Lembah Klang, tersedia untuk perjalanan dalam radius 10km dari lokasi semasa penumpang.

Pengguna-pengguna akan dilayan oleh rakan-pemandu berlesen yang telah menyelesaikan latihan keselamatan pemandu serta penilaian menunggang secara praktikal.

“Keselamatan terus menjadi keutamaan untuk Grab. Pemandu-pemandu GrabBike bukan sahaja diperlukan untuk menghadiri latihan keselamatan dan penilaian secara praktikal, semua motosikal GrabBike dilengkapi dengan topi keledar untuk rakan-pemandu dan penumpang, serta jaket reflektif untuk pemandu. Seperti semua tunggangan Grab, kedua-dua pemandu dan penumpang dilindungi oleh insurans kemalangan peribadi,” katanya.

Untuk melindungi keselamatan rakan-pemandu dan penumpang kami, tempahan tunai untuk semua perjalanan GrabBike antara masa 9PM – 2AM tidak akan tersedia.

Akhir sekali, Grab akan memanfaatkan kesemua ciri keselamatannya yang didorong oleh teknologi yang telah dibangunkan untuk e-hailing selama bertahun-tahun seperti, sistem pengecaman wajah penumpang (Passenger Selfie Verification), Pusat Keselamatan, Toolkit Keselamatan Pemandu, Telematics dan banyak lagi, dan menggunakannya untuk perkhidmatan GrabBike.

Cara menempah GrabBike

1. Muat turun aplikasi Grab dari Google Play atau App Store iOS, (sila ambil perhatian yang
anda perlukan Versi 5.76 dan ke atas).
2. Lancarkan aplikasi Grab dan klik pada ikon Pengangkutan
3. Masukkan lokasi pick-up dan drop-off anda
4. Pilih GrabBike sebagai jenis kenderaan anda

Untuk maklumat lanjut mengenai GrabBike, sila lawati: https://www.grab.com/my/grabbike/

Pos Laju Lanjut Tempoh Promosi SendParcel Sehingga 31 Januari 2020

Nikmati harga RM5 bersih bagi barangan kurang daripada 5kg dan diskaun bagi sampul prabayar

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melanjutkan tempoh promosi Pos Laju SendParcel sehingga 31 Januari 2020 atas permintaan ramai.

Pelanggan semasa dan baharu dengan nilai tambah RM1,000 dan ke atas berpeluang menikmati RM5 bersih untuk barangan kurang daripada 5kg untuk penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia sebelum 31 Januari 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib berkata, pihaknya membuat keputusan untuk melanjutkan promosi Pos Laju SendParcel kerana mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan semasa dan baharu, terutamanya yang terlibat dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), PKS mikro dan perniagaan eDagang.

“Sebagai penyedia perkhidmatan pos yang utama, kami komited dalam memberikan tawaran dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami bagi menggalakkan pertumbuhan eDagang di Malaysia,” katanya.

Pos Laju SendParcel adalah sebuah platform dalam talian yang menyediakan perkhidmatan penghantaran mudah kepada individu dan pelanggan komersial.

Pos Laju SendParcel adalah sebahagian daripada usaha berterusan Pos Malaysia untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menawarkan kemudahan dalam menguruskan penghantaran pukal pada harga terbaik, sebut harga segera, perkhidmatan pengambilan percuma dan nota penghantaran yang dijana secara automatik termasuk kemudahan pelaporan dan pengesanan penghantaran.

Untuk menggunakan SendParcel, pelanggan hanya dikehendaki membuka akaun dan memilih salah satu daripada 8 pakej tambah nilai yang menyediakan kadar menarik dan pelbagai manfaat di sendparcel.poslaju.com.my.

“Selain daripada promosi SendParcel, kami juga akan melancarkan kempen Prabayar Pos Laju tidak lama lagi, yang menawarkan diskaun untuk sampul prabayar bagi PKS, PKS mikro dan pedagang dalam talian untuk menikmati nilai yang terbaik,” katanya lagi.

Kempen Prabayar Pos Laju akan bermula pada 9 Januari – 8 Februari 2020, menawarkan diskaun kepada para pelanggan bagi sampul prabayar jingga / merah dan sampul prabayar biru bagi penghantaran ke seluruh Malaysia, bermula dari RM6.90 bagi 500g.

Sampul prabayar boleh didapati di kesemua Pusat dan Kiosk Pos Laju, Pejabat Pos seluruh negara, Pos Laju EziDrive-Thru, Pos Laju Go2u, Pos-on-Wheel, ejen berdaftar Pos Laju, Shopee dan melalui kedai dalam talian di eziemall.com.

Ketahui perihal perkhidmatan, aktiviti dan perkembangan Pos Malaysia di pos.com.my, Facebook (facebook.com/PosMalaysiaBerhad) dan Instagram (instagram.com/pos4you).

XOX Mobile Championed Mobile Virtual Network Operator (MVNO)

XOX Mobile bagged double recognitions in the telecommunication industry subsequent to an impressive performance throughout the year.

XOX has an impeccable reputation that soared through the ‘red ocean’ competition with
innovative and well-rounded mobile services that has garnered loyal customers from all
demographics.

The awards given are the true testaments of XOX Mobile’s consistency in fulfilling current consumer demands.

XOX was awarded as the Best Mobile Virtual Network Operator (MVNO) in the Star Rating
Award 2018 organized by the Malaysian Communications and Multimedia Commission
(MCMC) recently.

The nominees were accessed by 4 main parameters which include, consumer satisfaction, quality of service, network investment and compliance to Communications and Multimedia Act (CMA) 1998 with a major emphasis on users’ satisfaction.

XOX tops the list with a range of products that are accessible to the market as well as promoting two-way communication through various platforms which are vital for the current business module.

XOX also made a debut and won MVNO of The Year category in the PC.com Best Product Award 2019. Malaysians have casted their votes through online voting and chose the best amongst the best from an impressive line-up from all across 20 different categories.

XOX distinguished itself apart from others with its unique BURNPROOF feature that stole the hearts of millions nationwide. The 3 holistic products that XOX offers have boost XOX’s reputation in the local telecommunication scene thus, consumer voted XOX to be the winner of the significant award.

Throughout a momentous decade, XOX has continuously proven its capability as one of the
biggest contenders in the industry by upping the ante for the range of product it offers.

XOX has showcased a sense of true leadership, innovations and technology driven factors that changed the landscape of telecommunication scene. XOX strives to continue its effort in providing a better alternative of mobile services to consumers and to connect people from all over the world with engaging innovative products in the market.

AirAsia Tawar Tambang Istimewa Sempena Tahun Baru Cina

Sempena meraikan Wawasan Kemakmuran Bersama, rakyat Malaysia yang bakal terbang untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina kini boleh menempah penerbangan istimewa lewat malam pada tambang tetap rendah antara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak dari 21 hingga 31 Januari 2020.

Terbang dari Kuala Lumpur ke Sibu, Bintulu dan Miri, serta dari Johor Bahru ke Sibu dengan hanya RM149* bagi tambang termasuk semua sehala, dari Kuala Lumpur ke Sandakan dan Tawau dengan hanya RM169* bagi tambang termasuk semua sehala.

Selain penerbangan istimewa lewat malam pada tambang tetap rendah ke enam laluan di Sabah dan Sarawak, AirAsia juga menambah penerbangan ke 20 laluan popular di seluruh Malaysia dan ke Singapura seperti dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau dan Singapura, dari Alor Setar ke Johor Bahru, dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Tawau, dari Ipoh ke Johor Bahru dan Singapura, dari Johor Bahru ke Kuching, Miri, Sibu dan Tawau, dari Kuching ke Kuala Lumpur, Sibu dan Singapura serta dari Pulau Pinang ke Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Pengumuman tambang tetap rendah ini adalah sebahagian daripada usaha Kemakmuran Bersama AirAsia yang telah diperjuangkan sejak dari awal lagi, selari dengan visi kerajaan dari pelbagai segi. Sebagai syarikat penerbangan rakyat, kami benar-benar menghargai maklum balas daripada para tetamu untuk menetapkan tambang rendah ke dan dari Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baru Cina yang akan datang.

Justeru, kami dengan sukacitanya menambah penerbangan istimewa lewat malam dengan 12,960 buah tempat duduk pada tambang tetap rendah ke bandar-bandar terpilih di Sabah dan Sarawak untuk sambutan perayaan yang akan datang, selain 65,826 buah tempat duduk tambahan untuk laluan popular di seluruh Malaysia dan Singapura. Sama ada para tetamu pulang untuk meraikan perayaan atau bercuti bersama keluarga, kami berharap penerbangan tambahan ini akan memeriahkan lagi perayaan mereka. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua!”

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, “Musim perayaan adalah peluang terbaik untuk kita meraikannya bersama-sama keluarga dan rakan-rakan selain mengukuhkan ikatan kita sebagai rakyat Malaysia.

Oleh itu, kami berbesar hati kerana AirAsia terus menyokong inisiatif kerajaan untuk menurunkan tambang penerbangan ketika musim perayaan dan meningkatkan kemudahan penerbangan untuk rakyat, terutamanya bagi membantu para pelajar yang menetap di Sabah dan Sarawak.

Kami berharap semua orang mengambil peluang keemasan ini untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan musim perayaan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.”

Gandakan kebahagiaan dan nikmati sehingga 88%** diskaun ke seluruh destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuantan, Danau Toba, Jakarta, Singapura, Surat Thani, Bangkok dan banyak lagi di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 6 hingga 12 Januari 2020 untuk perjalanan antara 6 Januari dan 31 Ogos 2020.

Selain itu, dapatkan diskaun sebanyak 10% untuk bagasi daftar masuk semasa pra-tempahan untuk penerbangan di Malaysia. Nikmati juga diskaun sebanyak 5% untuk hotel dengan kod promosi: DOUBLE2020, sehingga 50% untuk barangan bebas cukai di ourshop.com, hidangan perayaan daripada RM12 seperti hidangan ‘Prosperity’ AirAsia yang terbaru dan Tart Nanas serta pakej penerbangan + hotel (SNAP) 3 hari 2 malam yang menakjubkan daripada RM122.

Jadual penerbangan tambahan lewat malam pada tambang tetap rendah dari Kuala Lumpur ke Sarawak: 

KUL-SBW_BM.jpg
KUL-MYY_BM.jpg
KUL-BTU_BM.jpg

Jadual penerbangan tambahan lewat malam pada tambang tetap rendah dari Kuala Lumpur ke Sabah:

KUL-SDK_BM.jpg
KUL-TWU_BM.jpg

Jadual penerbangan tambahan lewat malam pada tambang tetap rendah dari Johor Bharu ke Sarawak:

JHB-SBW_BM.jpg

Para tetamu yang bakal terbang sepanjang tempoh Tahun Baru Cina ini dinasihatkan untuk tiba lebih awal ke lapangan terbang untuk mengelakkan sebarang kesesakan dan daftar masuk sendiri melalui laman web dan aplikasi mudah alih yang tersedia dari 14 hari hingga sejam sebelum waktu perlepasan untuk semua penerbangan AirAsia.

Kaunter daftar masuk ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan antarabangsa dan 45 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan domestik. Manakala, kaunter daftar masuk di KLIA2 bagi kedua-dua penerbangan antarabangsa dan domestik akan ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Harga tambang tetap rendah yang tercatat adalah bagi penerbangan sehala sahaja termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat.
**Diskaun hanya tersedia untuk tambang asas.

Samsung Debuts Expanded MicroLED, QLED 8K And Lifestyle TV Lineups Ahead Of CES 2020

New TVs target both home cinema and connected lifestyle needs with upgraded picture quality, sound, and smart features

Samsung Electronics unveiled its latest lineup of MicroLED, QLED 8K and Lifestyle TVs ahead of CES 2020.

With the introduction of new display sizes, 8K AI upscaling capabilities, innovative display orientation technology, and more, Samsung showcased how its 2020 lineups redefine immersion and revolutionize home integration.

“Consumers use screens every day to work from home, exercise from home, and even shop from home.

“As our lifestyles continue to evolve, the TV screen is evolving with them to provide consumers access to their favourite content and real-time information whenever and wherever they want it,” said Jong-hee Han, President of Visual Displays at Samsung Electronics.

“As part of our vision of ‘Screens Everywhere,’ we’re thrilled to deliver a more vivid and connected at-home viewing experience by incorporating AI-enabled features and 8K technology into our displays.”

Lifestyle TV The Sero

Samsung introduced the home-ready, modular MicroLED, which combines next-generation screen technology with unprecented customization capabilities. Consumers are now able to personally experience how Samsung’s design and innovation engineering teams have reimagined the TV.

With 75 -,88-, 93- and 110-inch display sizes, MicroLED models are suited for a variety of homes and lifestyles. The new 88- and 150-inch MicroLED models introduce ultra-slim infinity designs, virtually removing all four sides of the bezels for a finish that blends right into any wall. And consumers can also connect multiple MicroLED panels together to create new combinations and adapt their TV for their specific space.

MicroLED displays offer best-in-class picture quality. They deliver greater depth, better resolution, and higher clarity as well as a peak brightness of 5,000 nits. They also leverage upscaling abilities based on deep learning to deliver the highest-quality content, regardless of the source.

The result is that these MicroLED displays provide an unparalleled sense of immersion for the at-home viewing experience.

8K QLED lineup expands with strengthened AI Quantum Processor 8K and design Samsung’s flagship Q950TS QLED 8K TV is the industry’s first 8K TV to combine a striking, ultra-thin form factor, premium 8K picture quality, and impressive surround-sound audio.

Plus, the Q950TS introduces the ‘Infinity Screen,’ which produces a screen-to-body ratio of 99 percent to create an unprecedented viewing experience.

With stunning 8K resolution, the Q950TS delivers the best LCD picture quality on the market. Equipped with the AI Quantum Processor 8K, it has built-in 8K AI upscaling and deep-learning capabilities that can automatically upscale non-8K content to pristine and true-to-life 8K resolution.

Samsung is also growing its portfolio of Lifestyle TVs with an expanded rollout of The Sero. The Sero, which means “vertical” in Korean, has the ability to pivot between horizontal and vertical orientations – just like a smartphone or tablet.

Following its initial rollout in South Korea last year, Samsung is set to expand The
Sero’s availability to several global markets in 2020 .

Lifestyle TV The Sero

The Sero’s display orientation technology connects seamlessly with users’ mobile devices to smoothly and naturally display content in traditional horizontal formats, as well as vertical formats designed for mobile consumption.

Consumers can expect to enjoy a variety of content – including social media, YouTube and
other personal videos – in whatever display orientation mirrors their mobile device.

“Consumers today expect TVs that can fully integrate into their individual lifestyles and Samsung is redefining the role of the screen creating delivering new digital services and creating new designs to enhance your life” said Grace Dolan, Vice President of Marketing Communication at Samsung Electronics America.

Mitsubishi Motors Offers Low Interest Rate Up To 0.88% For Selected Tritons Variants

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), the official distributor of Mitsubishi Motors vehicles in Malaysia, is offering low interest rate of up to 0.88% for selected Triton variants exclusive with Maybank or Public Bank hire purchase only.

This promotion is in conjunction with the Chinese New Year festivities and promotion is valid from today until end January 2020. Customers who book and register a new Mitsubishi Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium and Triton VGT MT Premium can choose to either enjoy interest rate of up to 0.88%, OR cash rebates:

Triton Adventure X now with low interest rate of up to 0.88%

In 2019, the Mitsubishi Triton is the only brand in the pick-up segment that achieved positive growth of 2.4% comparing to 2018.

Mitsubishi owners and pick-up owners who purchase selected Triton variants will be entitled to RM3,000 cash rebates and RM2,000 cash rebates respectively, on top of on-going promotions.

The Triton Adventure X now gets an All Round Monitor, Driving Video Recorder (DVR), side body stickers and premium solar and security tint for a greater cabin comfort.

Like the Triton Adventure X, the Triton AT Premium also gets an upgrade including Driving Video Recorder, leather seats and 7-Inch Touchscreen Audio with Apple Carplay and Android Auto as standard.

These accessories upgrades are only offered by MMM authorized dealers at all Mitsubishi Motors showroom nationwide.

Mitsubishi Outlander 7-Seater SUV now with cash rebates up to RM4,000 plus 2 year free maintenance

Customers who book and register a new Mitsubishi Outlander 2.0-litre or 2.4-litre will enjoy cash rebates up to RM4, 000 plus 2-Year Free Maintenance and RM2,000 plus 2-Year Free
Maintenance respectively.

The Outlander 2.0-litre is priced at RM137, 888 while the Outlander 2.4-litre is priced at RM152, 888.

Safety is the Outlander’s strongest suit, befitting its role as a 7-Seater family vehicle. The Outlander comes with 4WD, seven SRS airbags, ABS with EBD, Brake Assist, Active Stability & Traction Control (ASTC), Hill Start Assist (HSA) and ISOFIX child seat mounts as standard.

The Mitsubishi ASX Compact SUV 4WD and 2WD come with cash rebates up to RM12,000 and RM8,000 respectively.

The ASX 4WD is priced at RM133,336 while the ASX 2WD is priced at RM118,866. The Outlander and ASX come with five years warranty/unlimited mileage.

Honda Malaysia Celebrates New Year With Triple Rewards Worth Up To RM10,000*

Bonuses and gifts await customers who register new Honda cars from 1st to 31st January 2020*

HONDA Malaysia wishes Happy New Year 2020 to all Malaysians and would like to celebrate the beginning of a new decade and upcoming Chinese New Year Festivities with a “2020 Starts Now” campaign.

In conjunction with the celebrations, Malaysians can now enjoy extra bonuses and make the trip back to their hometowns during the festive holidays more convenient, comfortable and safe, thanks to the many great and advanced features in the Honda cars.

The “2020 Starts Now” campaign offers triple rewards amounting up to RM10,000*
comprising Prosperity Rebate*, RM888 Extra Bonus* and Exclusive Gift*.

All customers need to do is to register their new Honda cars between 1st and 31st January 2020*. The campaign is applicable for Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, HR-V, HR-V Hybrid, BR-V, CR-V and Odyssey models.

In terms of sales, Honda Malaysia recorded more than 78,000 sales units from January to November 2019. From the sales record as well, Honda Malaysia maintained its No.1 Non-National car brand position as of November 2019.

In addition, the B-segment** leader, the City, tops the chart with the highest contribution with 36%, followed by the most sought-after and Compact SUV segment leader, the HR-V with 19% contribution to Honda Malaysia’s overall sales as of November 2019.

The CR-V is the third best-selling model during that period with 14% contribution recorded. Honda Malaysia continues its efforts in improving after-sales services by having dealerships in different areas for customers’ easy accessibility and convenience.

At the same time, Honda Malaysia offers improved hospitality at the dealerships for more enjoyable visit for customers. To-date, Honda Malaysia has 100 dealerships nationwide.

For more information on “2020 Starts Now” campaign or to test drive any Honda models, customers can visit any of the authorised Honda dealerships nationwide or call Honda’s Toll Free number at 1-800-88-2020 or log on to www.honda.com.my for more information.
*Terms and conditions apply
**Non-National segment

RHB Helps Customers Activate DuitNow At Branches

Rakesh

RHB Banking Group (RHB) continues reaching out to assist underserved communities by offering over-the-counter registration for DuitNow to customers at its branches nationwide. RHB is the first bank in Malaysia to offer over-the-counter registration for DuitNow.

DuitNow is an online banking service which allows individual customers to send and receive funds between banks using their mobile or NRIC numbers without the need for bank account numbers.

Rakesh

However, many are still unaware that this convenient way of transfer is available by just a one-time registration which can be done online for those who are already internet banking customers.

“We are pleased to promote and assist in the adoption of cashless payment services to an even wider audience, especially the underserved. By assisting our customers to activate DuitNow at our branches nationwide we are making it easier for them to undertake their banking transactions and this further encourages financial inclusion within communities in which we operate in,” said Rakesh Kaul, Head, Group Retail Banking, RHB Banking Group.

“Customers are often reluctant to divulge their bank account numbers for security reasons. With DuitNow, all that is needed is either the mobile number or NRIC Number and if they are businesses, the Business registration or company number.

“Best of all, making transfers of up to RM5,000 is free for retail and SME customers. The move by RHB in encouraging registration at its branches is a very positive step in expediting cashless transactions.” said Peter Schiesser, Group Chief Executive Officer, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) which operates DuitNow.

RHB has been actively driving awareness on the benefits of DuitNow through various campaigns such as DuitNow & Win Campaign, DuitNow Angpow Campaign, and DuitNow to Win e-Scooter & Cash Rewards Campaign.

The bank currently has approximately half a million registered DuitNow users, with transactions amounting to RM135million recorded between January 2019 and November 2019.

Post Menarik