Sempena meraikan Wawasan Kemakmuran Bersama, rakyat Malaysia yang bakal terbang untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina kini boleh menempah penerbangan istimewa lewat malam pada tambang tetap rendah antara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak dari 21 hingga 31 Januari 2020.

Terbang dari Kuala Lumpur ke Sibu, Bintulu dan Miri, serta dari Johor Bahru ke Sibu dengan hanya RM149* bagi tambang termasuk semua sehala, dari Kuala Lumpur ke Sandakan dan Tawau dengan hanya RM169* bagi tambang termasuk semua sehala.

Selain penerbangan istimewa lewat malam pada tambang tetap rendah ke enam laluan di Sabah dan Sarawak, AirAsia juga menambah penerbangan ke 20 laluan popular di seluruh Malaysia dan ke Singapura seperti dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau dan Singapura, dari Alor Setar ke Johor Bahru, dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Tawau, dari Ipoh ke Johor Bahru dan Singapura, dari Johor Bahru ke Kuching, Miri, Sibu dan Tawau, dari Kuching ke Kuala Lumpur, Sibu dan Singapura serta dari Pulau Pinang ke Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Pengumuman tambang tetap rendah ini adalah sebahagian daripada usaha Kemakmuran Bersama AirAsia yang telah diperjuangkan sejak dari awal lagi, selari dengan visi kerajaan dari pelbagai segi. Sebagai syarikat penerbangan rakyat, kami benar-benar menghargai maklum balas daripada para tetamu untuk menetapkan tambang rendah ke dan dari Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baru Cina yang akan datang.

Justeru, kami dengan sukacitanya menambah penerbangan istimewa lewat malam dengan 12,960 buah tempat duduk pada tambang tetap rendah ke bandar-bandar terpilih di Sabah dan Sarawak untuk sambutan perayaan yang akan datang, selain 65,826 buah tempat duduk tambahan untuk laluan popular di seluruh Malaysia dan Singapura. Sama ada para tetamu pulang untuk meraikan perayaan atau bercuti bersama keluarga, kami berharap penerbangan tambahan ini akan memeriahkan lagi perayaan mereka. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua!”

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, “Musim perayaan adalah peluang terbaik untuk kita meraikannya bersama-sama keluarga dan rakan-rakan selain mengukuhkan ikatan kita sebagai rakyat Malaysia.

Oleh itu, kami berbesar hati kerana AirAsia terus menyokong inisiatif kerajaan untuk menurunkan tambang penerbangan ketika musim perayaan dan meningkatkan kemudahan penerbangan untuk rakyat, terutamanya bagi membantu para pelajar yang menetap di Sabah dan Sarawak.

Kami berharap semua orang mengambil peluang keemasan ini untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan musim perayaan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.”

Gandakan kebahagiaan dan nikmati sehingga 88%** diskaun ke seluruh destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuantan, Danau Toba, Jakarta, Singapura, Surat Thani, Bangkok dan banyak lagi di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 6 hingga 12 Januari 2020 untuk perjalanan antara 6 Januari dan 31 Ogos 2020.

Selain itu, dapatkan diskaun sebanyak 10% untuk bagasi daftar masuk semasa pra-tempahan untuk penerbangan di Malaysia. Nikmati juga diskaun sebanyak 5% untuk hotel dengan kod promosi: DOUBLE2020, sehingga 50% untuk barangan bebas cukai di ourshop.com, hidangan perayaan daripada RM12 seperti hidangan ‘Prosperity’ AirAsia yang terbaru dan Tart Nanas serta pakej penerbangan + hotel (SNAP) 3 hari 2 malam yang menakjubkan daripada RM122.

Jadual penerbangan tambahan lewat malam pada tambang tetap rendah dari Kuala Lumpur ke Sarawak: 

KUL-SBW_BM.jpg
KUL-MYY_BM.jpg
KUL-BTU_BM.jpg

Jadual penerbangan tambahan lewat malam pada tambang tetap rendah dari Kuala Lumpur ke Sabah:

KUL-SDK_BM.jpg
KUL-TWU_BM.jpg

Jadual penerbangan tambahan lewat malam pada tambang tetap rendah dari Johor Bharu ke Sarawak:

JHB-SBW_BM.jpg

Para tetamu yang bakal terbang sepanjang tempoh Tahun Baru Cina ini dinasihatkan untuk tiba lebih awal ke lapangan terbang untuk mengelakkan sebarang kesesakan dan daftar masuk sendiri melalui laman web dan aplikasi mudah alih yang tersedia dari 14 hari hingga sejam sebelum waktu perlepasan untuk semua penerbangan AirAsia.

Kaunter daftar masuk ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan antarabangsa dan 45 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan domestik. Manakala, kaunter daftar masuk di KLIA2 bagi kedua-dua penerbangan antarabangsa dan domestik akan ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Harga tambang tetap rendah yang tercatat adalah bagi penerbangan sehala sahaja termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat.
**Diskaun hanya tersedia untuk tambang asas.