Projek perintis GrabBike dilancarkan di Malaysia berikutan kejayaannya di Indonesia, Vietnam dan Thailand yang merupakan sebahagian daripada projek “Proof of Concept”
kerajaan

Grab, rangkaian ride-hailing yang dikembangkan di negara ini, memperkenalkan projek perintis perkhidmatan motosikal atas-permintaan di Lembah Klang selama 6 bulan dengan memberi tumpuan utama terhadap keselamatan.

Dengan kejayaannya di Indonesia, Vietnam dan Thailand, Grab telah menggunakan pengetahuan serantau, kepakaran dan pengalamannya untuk membangunkan rangka kerja untuk menyediakan amalan terbaik bagi meningkatkan piawaian keselamatan perkhidmatan motosikal atas-permintaan di Malaysia.

Program perintis GrabBike telah bermula sejak 3 Januari 2020 di lokasi-lokasi terpilih sekitar Lembah Klang. Objektif perintis GrabBike adalah untuk menilai kebolehlaksanaan dan kesesuaian budaya bike-hailing dalam konteks setempat.

“Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada perintis bike-hailing yang dipantau oleh Kementerian Pengangkutan. Hari ini, GrabBike adalah perkhidmatan bike-hailing terbesar di seluruh Asia Tenggara.

“Dengan bantuan pakar serantau kami, kami akan menerap standard dan pembelajaran yang ketat dari seluruh rantau ini untuk meningkatkan perkhidmatan kami di Malaysia,” kata Sean Goh, Ketua Negara Grab Malaysia.

Grab mensasarkan untuk membangun inisiatif dan modul baharu bagi meningkatkan tahap piawaian keselamatan untuk platform perkhidmatan bike-hailing dan perkhidmatan penghantaraan atas-permintaan seperti GrabBike, GrabFood, GrabExpress dan GrabMart.

Dengan memanfaatkan teknologi semasa dan pengalamannya dalam keselamatan, Grab akan membangunkan bahan-bahan latihan dan panduan komprehensif untuk rakan pemandu; bahan-bahan pendidikan bagi meningkatkan kesedaran; dan bahan-bahan latihan komprehensif untuk pelatihnya.

Pengguna-pengguna Grab kini boleh memilih untuk menggunakan GrabBike dalam Lembah Klang, tersedia untuk perjalanan dalam radius 10km dari lokasi semasa penumpang.

Pengguna-pengguna akan dilayan oleh rakan-pemandu berlesen yang telah menyelesaikan latihan keselamatan pemandu serta penilaian menunggang secara praktikal.

“Keselamatan terus menjadi keutamaan untuk Grab. Pemandu-pemandu GrabBike bukan sahaja diperlukan untuk menghadiri latihan keselamatan dan penilaian secara praktikal, semua motosikal GrabBike dilengkapi dengan topi keledar untuk rakan-pemandu dan penumpang, serta jaket reflektif untuk pemandu. Seperti semua tunggangan Grab, kedua-dua pemandu dan penumpang dilindungi oleh insurans kemalangan peribadi,” katanya.

Untuk melindungi keselamatan rakan-pemandu dan penumpang kami, tempahan tunai untuk semua perjalanan GrabBike antara masa 9PM – 2AM tidak akan tersedia.

Akhir sekali, Grab akan memanfaatkan kesemua ciri keselamatannya yang didorong oleh teknologi yang telah dibangunkan untuk e-hailing selama bertahun-tahun seperti, sistem pengecaman wajah penumpang (Passenger Selfie Verification), Pusat Keselamatan, Toolkit Keselamatan Pemandu, Telematics dan banyak lagi, dan menggunakannya untuk perkhidmatan GrabBike.

Cara menempah GrabBike

1. Muat turun aplikasi Grab dari Google Play atau App Store iOS, (sila ambil perhatian yang
anda perlukan Versi 5.76 dan ke atas).
2. Lancarkan aplikasi Grab dan klik pada ikon Pengangkutan
3. Masukkan lokasi pick-up dan drop-off anda
4. Pilih GrabBike sebagai jenis kenderaan anda

Untuk maklumat lanjut mengenai GrabBike, sila lawati: https://www.grab.com/my/grabbike/