Sebanyak 11 Projek Bakal Dilancarkan Bagi Memacu Perkembangan 2020
Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS), melangkaui sasaran jualan tahun 2019 dengan mencapai RM1.63 bilion berbanding RM1.526 bilion pada tahun 2018 walaupun berhadapan dengan sentimen pengguna dan pasaran global yang mencabar.
Meninjau prestasi keseluruhan syarikat pada 2019, Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan
Sri Lim Hock San, berkata, “kami amat gembira dengan pencapaian ini kerana ia
mengesahkan pendekatan kami di dalam menitipkan tiga asas utama iaitu mampu milik,
hubungan rangkaian dan komuniti di dalam setiap projek pembangunan.
Dengan tumpuan diberikan kepada pembangunan perbandaran yang berkualiti dan mampu milik di lokasi strategik, pendekatan ini terbukti berkesan dan kekal sebagai satu segmen yang kukuh di dalam sentimen pasaran yang kurang memberangsangkan.
“Di sebalik persekitaran pasaran ekonomi dan hartanah yang mencabar, LBS kekal bertahan dan kami berjaya mendapatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR)
sebanyak 20.37% dalam tempoh lima tahun daripada pendekatan ‘people-focused’ (mesra
rakyat) dan penggunaan meluas Sistem Bangunan Berindustri (IBS) di samping
pengoptimuman reka bentuk.” katanya.
Pada tahun 2019, LBS telah melancarkan 11 projek baru dengan nilai pembangunan kasar
(GDV) sebanyak RM1.82 bilion di lima buah lokasi dengan jualan kebanyakannya tertumpu
di kawasan tengah. Perbandaran KITA @ Cybersouth yang baru dilancarkan pada April 2019 serta perbandaran LBS Alam Perdana muncul sebagai penyumbang utama jualan.
Selain itu, projek seperti Emerald Garden 3, Laman Bayu di Bandar Putera Indah, Johor dan Taman Kinding Flora di Chemor, Ipoh turut menyumbang kepada prestasi mantap kumpulan LBS.
Dengan 18 projek yang sedang berjalan dan bank tanah di masa akan datang berkeluasan
3,630 ekar sehingga 31 Disember 2019, Tan Sri Lim menjangkakan prospek jualan kumpulan akan kekal berdaya tahan pada 2020 dengan sasaran RM1.6 bilion.
Berdasarkan sokongan positif dan permintaan bagi projek-projek baru, LBS merancang
untuk melancarkan hartanah bernilai RM2.321 bilion pada tahun 2020. Projek-projek ini
akan tertumpu di kawasan tengah di mana ianya merupakan penambahan fasa baru bagi
projek yang sedang berjalan di perbandaran KITA @ Cybersouth, perbandaran Alam Perdana dan Midhills 2.
Projek-projek lain yang akan diumumkan pada tahun 2020 termasuk projek rumah satu
tingkat di Bandar Putera Indah, Batu Pahat; unit berkembar dan rumah teres dua tingkat di
Cameron Golden Hills, Cameron Highlands; dan rumah mampu milik satu tingkat di
Chemor, Perak.
Salah satu inisiatif LBS pada tahun 2020 adalah ‘LBS Fabulous 2020’. Kempen ini bertujuan
untuk memberi ganjaran lebih kepada pembeli hartanah terpilih dengan hadiah-hadiah yang menarik bernilai sehingga Rm1 Juta, termasuk sebuah Proton X70.