Utama Blog Halaman 825

Leadership Excellence Awards Iktiraf Pemimpin Industri Dan Perniagaan Dari Seluruh Asia

Left to Right - Kenny Ong, Hagenz Choo, Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

Malam Gala Leadership Excellence Awards yang berlangsung di One World Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia telah menyaksikan 70 anugerah berprestij disampaikan kepada usahawan, perniagaan dan pemimpin industri dari seluruh Asia yang berjaya mencapai kejayaan dalam pelbagai kategori.

Fokus Leadership Excellence Awards Des Prix Infinitus Media adalah untuk memberi pengiktirafan ke atas perkembangan, pembangunan serta pencapaian perdagangan oleh para pemimpin industri dari seluruh Asia.

Ia juga merupakan satu platform untuk mengiktirafkan para pemimpin utama atas pencapaian luar biasa dan usaha keras mereka dalam membentuk serta membangunkan pasaran.

“Objektif penganjuran Malam Gala Leadership Excellence Awards Des Prix Infinitus Media adalah untuk memperkasakan golongan usahawan dan pemimpin perniagaan, selain menetapkan piawai yang diperakui di seluruh benua Asia,” kata Pengarah Urusan Des Prix Infinitus Media, Hagenz Choo.

“Kami sangat berbesar hati kerana Des Prix Infinitus Media menyokong Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sebagai satu badan akreditasi bebas dan tulen. Anugerah-anugerah ini akan menarik minat para pemimpin terkemuka dari seluruh Asia untuk berhubung serta memperkasakan usahawan dan ahli perniagaan lain, pada masa yang sama meletakkan Malaysia sebagai paksinya,” kata Menteri Pembangunan Usahawan, Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Proses pemilihan bagi setiap penerima anugerah dijalankan secara komprehensif dengan prosedur yang ditetapkan. Ia melibatkan penyerahan trek rekod organisasi dan pengurusan strategik yang sudah terbukti, janaan perolehan dan pembangunan perniagaan, pembuatan keputusan yang bersifat inovatif yang memberi impak, kesan pantas kepada industri, pembangunan komuniti serta kriteria-kriteria lain.

Memandangkan pemilihan pemimpin berasaskan kepada pelbagai kriteria yang berbeza, sebanyak lima kategori dalam Leadership Excellence Awards telah dihasilkan; C-Suite Leadership Excellence Award, Innovative Leaders of the Year, Passionate Icons of the Year, Community Leaders of the Year dan Emerging Leaders of the Year.

Calon-calon dipilih dari beberapa buah negara di seluruh Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Brunei, Vietnam, Taiwan dan China. Sebagai satu platform yang membuka rangkaian hubungan dalam kalangan para pemimpin utama, Leadership Excellence Awards menggalakkan dialog rentas industri di antara individu-individu penting.

Ia sekali gus membuka peluang kepada kerjasama perniagaan yang mampu mengubah industri, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Dengan Malaysia memacu inisiatif ini ke seluruh Asia, Leadership Excellence Awards dijangka menerima lebih banyak penyertaan dari rantau ini dalam tahun-tahun yang akan datang.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web www.dpimedia.com.my.

Enam Pemenang Kempen Al-Awfar Terima Hadiah Wang Tunai Dan Kereta

Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff, Ketua Pegawai Operasi, Bank Islam (kanan) dan Mohd Noor Jab, Ketua, Deposit dan Pengurusan Tunai, Bank Islam (kiri) bersama dengan pemenang-pemenang Cabutan Jutawan dan Cabutan Khas Al-Awfar

Hadiah wang tunai RM1 juta dan lima unit kereta untuk enam pelanggan terpilih

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyampaikan hadiah kepada enam pemenang Kempen Al-Awfar dalam satu acara yang diadakan khas untuk Kategori Cabutan Jutawan & Cabutan Khas susulan pelancaran akaun pelaburan Al-Awfar Baharu pada bulan April lalu.

Hamidon Rasimon (dua dari kiri) gembira apabila terpilih untuk memenangi hadiah Cabutan Khas Al-Awfar Bank Islam iaitu sebuah kereta Mercedes C200 Avantgarde

Hadiah wang tunai RM1 juta bagi Kategori Cabutan Jutawan dan lima unit kereta yang terdiri daripada sebuah Mercedes C200 Avantgarde dan empat unit Honda Civic 1.5TC-P telah disampaikan kepada pelanggan Al-Awfar bertuah dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Mercedes-Benz, Kinrara di Puchong, Selangor.

Menyempurnakan penyampaian hadiah tersebut kepada pemenang ialah Mohamed Iran Morrif Mohd Shariff, Ketua Pegawai Operasi Bank Islam bersama Ketua, Deposit dan Pengurusan Tunai, Mohd Noor Jab. Turut hadir, beberapa pendeposit tertinggi akaun Al-Awfar.

Mohamed Iran berkata, “Al-Awfar Baharu menampilkan penambahbaikan kepada produk Al-Awfar pertama yang telah dilancarkan 10 tahun lalu. Al-Awfar merupakan satu produk pelaburan yang inovatif dan unik kerana ia bercirikan akaun simpanan, membolehkan pelanggan membuat pengeluaran tunai pada bila-bila masa”.

“Susulan pelancaran Al-Awfar Baharu pada 16 April 2019, akaun ini menyediakan “Lebih Hadiah, Lebih Peluang, Lebih Pemenang”.

Ikmal Zikri Ismail (tengah) sangat teruja apabila terpilih sebagai pemenang bagi cabutan Jutawan Al-Awfar Bank Islam

Hanya pada tahun ini, jumlah nilai hadiah dipertingkatkan daripada RM10 juta kepada lebih RM14 juta. Hadiah-hadiah yang terlibat turut merangkumi kereta, pakej umrah dan percutian, wang tunai dan gajet.”

Beliau berkata, menerusi akaun Al-Awfar Baharu, seramai lebih 10,000 pemenang bakal memenangi hadiah-hadiah yang lebih lumayan berbanding 628 hadiah setahun yang disediakan sebelum ini.

Ia juga akan melibatkan 31 pemenang di setiap negeri setiap bulan, tidak termasuk hadiah suku tahunan dan undian istimewa.

“Penganjuran Kempen Al-Awfar merupakan satu wadah bagi Bank Islam menzahirkan penghargaannya di atas sokongan para pelanggan selama ini, di samping menyediakan produk dan perkhidmatan patuh Syariah yang memenuhi keperluan mereka,” ujarnya.

Akaun Al-Awfar merupakan akaun pelaburan berisiko rendah yang berdasarkan konsep Mudarabah, yang mana dananya dilaburkan dalam portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap sedia ada bagi memastikan pelaburan yang kukuh.

Al-Awfar bukan hanya terbuka kepada pelanggan individu tetapi juga melibatkan penyertaan pelanggan bukan individu seperti entiti perniagaan, persatuan, badan agama, sekolah, institusi pengajian tinggi, kelab dan pertubuhan.

Menerima maklum balas pasaran yang memberangsangkan dalam tempoh 10 tahun, akaun Al-Awfar telahpun melahirkan 23 orang jutawan dengan saiz dana berjumlah RM2.45 bilion dengan 771,496 akaun. Manakala Al-Awfar Baharu setakat ini telah mencapai saiz dana bernilai RM197 juta dengan 89,045 akaun.

“Dengan Al-Awfar Baharu ini, kami menyasarkan saiz dana akan meningkat kepada RM800 juta dan 230,000 pelanggan baharu pada tahun ini,” katanya lagi.

Senarai pemenang cabutan utama dan khas bagi Jun/Julai 2019:

IKMAL ZIKRI SMAIL

CABUTAN 1 JUTA

HAMIDON RASIMON

CABUTAN KHAS: MERCEDES C200 AVANTGARDE

AHMAD NAJMI ISMAIL

CABUTAN KHAS: HONDA CIVIC 1.5TC-P

DR SAEDAH SIRAJ

CABUTAN KHAS: HONDA CIVIC 1.5TC-P

SHAZLIL FAQIQ MAHAMAD SABRI

CABUTAN KHAS: HONDA CIVIC 1.5TC-P

DATO’ MOHD RAZI YAACOB

CABUTAN KHAS: HONDA CIVIC 1.5TC-P

 

Pada majlis yang sama, Bank Islam turut menawarkan ciri-ciri baharu produk perbankan keutamaan atau dikenali sebagai Program SAPPHIRE bagi memenuhi keperluan segmen pelanggan mewahnya.

Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff, Ketua Pegawai Operasi, Bank Islam (kanan) dan Mohd Noor Jab, Ketua, Deposit dan Pengurusan Tunai, Bank Islam (kiri) bersama dengan pemenang-pemenang Cabutan Jutawan dan Cabutan Khas Al-Awfar

Bertujuan untuk meneroka potensi pasaran yang besar, Program SAPPHIRE yang ditambah nilai ini menampilkan penambahbaikan mutu perkhidmatan dan penawaran termasuk penyediaan Ruang Istirahat Premium, jemputan eksklusif ke acara korporat seperti pelancaran produk baharu, tiket sukan percuma, kemudahan prakelulusan Cash Line-i, penyediaan Pegawai Perhubungan SAPPHIRE bagi memudahkan urusan perbankan berkaitan, diskaun-diskaun menarik serta mata ganjaran TruReward bagi perbelanjaan di luar negara.

Mohamed Iran berkata, “Segmen pelanggan mewah mempunyai potensi pasaran yang cerah, malah setakat ini, 11,337 pelanggan Bank Islam tergolong dalam segmen pelanggan mewah yang berpotensi.

“Oleh itu, dalam usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan dan produk terbaik yang memenuhi segenap segmen pelanggan, Program SAPPHIRE ditambah baik dengan fokus yang lebih khusus.

“Kami akan mengambil langkah yang agresif dalam mempromosikan Program SAPPHIRE termasuk lebih aktif berhubung dengan pelanggan, meneroka segmen pelanggan mewah baharu dan mempelbagaikan penawaran produk dan perkhidmatan berkaitan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa Mercedes Benz kini menawarkan kepada pelanggan- pelanggan Bank Islam pakej servis khusus bernilai RM5,500.00 dan Goodie Bag bernilai RM1,000.00 dengan pembelian sebuah kereta Mercedes Benz Certified Pre-Owned pada hari ini dan esok 21 dan 22 September 2019 di Hap Seng Star Kinrara Pre-owned Centre di Puchong, Selangor.

Peserta 1 Tank Adventure Jelajah 650km Dengan Satu Tangki Minyak

Keadaan jalan yang mencabar memberikan angka penggunaan bahan api sebenar

PROTON 1 Tank Adventure telah dimulakan dengan pusingan awal yang berlangsung pada hujung minggu Hari Malaysia yang lalu.

Seramai 60 orang peserta dengan 30 buah kereta, yang terdiri daripada Proton Iriz, Persona dan Saga 2019, memulakan perjalanan epik meliputi jarak pemanduan sejauh 650km dari Pusat Kecemerlangan Proton (COE) menuju ke Johor Bahru dan kembali semula ke COE.

Meskipun tujuan utama 1 Tank Adventure ini diadakan adalah untuk mempamerkan barisan model terbaharunya beraksi berdasarkan persekitaran pemanduan sebenar, keadaan sukar pada hari pertama cabaran ini tidak seperti yang dijangkakan.

Dengan gabungan cuti hujung minggu yang panjang serta keadaan cuaca berjerebu menjadikannya ujian sebenar untuk semua peserta di mana mereka perlu sampai ke titik akhir dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Walaupun perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran, setiap kereta berjaya menghabiskan pengembaraan hari pertama tanpa sebarang masalah dan semasa perjalanan tersebut, semua peserta telah dijamukan dengan pelbagai jenis buah-buahan tempatan di Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Perigi Batu Pahat dan Taman Negara Tanjung Piai, iaitu tarikan utama di selatan tanah besar Eurasia.

Semua peserta bermalam di Johor Bahru sebelum pengembaraan diteruskan dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan untuk kembali ke Shah Alam.

Semua peserta berjaya melengkapkan cabaran 650km menggunakan bahan api seperti ditetapkan, yang merupakan bukti kecekapan bahan api kereta-kereta terkini Proton.

Pencapaian maksima terbaik adalah sejauh 809km iaitu pada kereta yang mempunyai tangki minyak sebesar 40 liter. Ini adalah pencapaian yang mengagumkan kerana semua peserta perlu mengekalkan kelajuan purata minimum bagi tujuan keselamatan disebalik cabaran-cabaran yang perlu dihadapi mereka.

Keputusan terbaik yang dicapai telah disahkan oleh pemerhati dari Festival Speed Malaysia (MSF) adalah sebanyak 4.98L/100km untuk Proton Saga, 5.43L/100km untuk Proton Persona dan yang terbaik iaitu 4.94L/100km untuk Proton Iriz.

Kestabilan pemanduan dan pengendalian PROTON yang menjadi tarikan pelanggan Selain daripada objektif utamanya iaitu untuk membuktikan kecekapan bahan api pada kerea-kereta Proton, cabaran ini juga dilihat sebagai peluang untuk menonjolkan kelebihan dalam ketiga-tiga produk tersebut yang memainkan peranan penting.

Antara ciri yang sering kali dilupakan adalah kestabilan pemanduan dan pengendalian serta ciri-ciri keselamatan yang dipasang pada kereta-kereta tersebut.

Semua peserta menjangkakan bahawa kereta mereka mampu untuk menghadapi cabaran kecekapan bahan api, tetapi hanya segelintir daripada mereka menyedari kemampuan dinamik pada kereta mereka sendiri.

Sepanjang perjalanan, kedua-dua pihak media dan peserta awam memuji tentang pengendalian selamat pada model Proton yang mereka pandu, satu pandangan yang telah diyakinkan semasa latihan pemanduan dinamik yang diadakan semasa cabaran ini.

“Saya kagum dengan kecekapan bahan api pada kereta kami tetapi saya juga sangat terkejut dengan keupayaan pengendalian dan kelengkapan ciri keselamatan yang ada pada kereta Proton,” kata Rohayudin Ya’acob, salah seorang peserta Proton Persona yang mengambil bahagian bersama anaknya, Mohammad Kamarul Eizlan.

“Jika boleh, saya ingin mengesyorkan semua pemilik kereta Proton untuk mengambil peluang menguji kereta mereka sebaiknya kerana hanya dengan berbuat demikian, mereka dapat merasai perbezaan besar dalam pemanduan dan pengendalian Proton berbanding pesaingnya.

Saya juga berasa terkejut dengan kemampuan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dalam memastikan keselamatan kereta jadi ini menunjukkan bahawa Proton telah melakukan yang terbaik untuk memastikan sebuah kereta seperti Proton Saga varian Premium, yang berharga kurang daripada RM40,000, juga dilengkapi ciri keselamatan yang penting ini,” katanya.

Mengulas mengenai kejayaan pusingan pertama Proton 1 Tank Adventure, Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, “Pusingan pembukaan 1 Tank Adventure tahun ini sangat mencabar tetapi semua peserta berjaya menamatkannya dengan selamat.

“Apa yang penting ialah Proton telah membuka peluang kepada para peserta untuk menguji kereta mereka dalam keadaan pemanduan yang membolehkan mereka merasai sendiri keupayaan ciri keselamatan dan kebolehan dinamik kereta mereka, di mana turut membuktikan bahawa kereta kami menawarkan nilai dan pengalaman pemanduan terbaik di kalangan semua kenderaan dalam kelasnya.”

Play, Capture, Share: Meet The New Galaxy A50s And A30s

With upgraded essential features, made even more powerful

Samsung Malaysia Electronics today unveiled the new Galaxy A50s and A30s, introducing a new contemporary look with improved innovations.

Made for those who want to capture and share their experiences instantaneously, the Galaxy A50s and Galaxy A30s deliver the performance you need for the Era of Live. With a versatile camera, an uninterrupted infinity display and long-lasting battery life, these new smartphones include upgraded features that matter the most to these users.

“Smartphones are a vital part of people’s lives, connecting them, allowing them to share their experiences and engage with the world, so users know people want and need to get the most out of their devices,” said Yoonsoo Kim, President of Samsung Malaysia Electronics.

“As the way people use smartphones continues to evolve, we strive to constantly innovate, bringing people the best possible mobile experience.

The new Galaxy A50s and Galaxy A30s are the next step in delivering next-level performance to essential everyday features.”

The new Galaxy A50s and Galaxy A30s feature striking new designs, including a unique geometric pattern and futuristic holographic effect on the back. Available in three new colors, Prism Crush Black, Prism Crush White, and Prism Crush Green, the sleek Galaxy A50s and Galaxy A30s showcase a stylish look and feel.

Paired with a long-lasting 4,000mAh battery with fast charging capability and an AI-based Game Booster, the Galaxy A50s and Galaxy A30s offer the best gaming experiences on-the-go without worrying about power.

Galaxy A50s

Capture every moment in true-to-life detail, whether you’re recording a video of a live concert or snapping a selfie, using the new and an even more powerful 48MP main camera on Galaxy A50s.

The Ultra Wide camera, with a 123° viewing angle simulating human sight, lets you capture the world as you see it and takes uninterrupted landscape shots and wider panoramas with ease.

Together with the Super Steady feature 1 , you can shoot smooth, flawless videos, even for fast-paced action moments on your Galaxy A50s.

Whether you’re watching videos, scrolling through social media or playing games – everything looks better when viewed on the Galaxy A50s 6.4-inch FHD+ Super AMOLED Infinity-U Display.

Featuring an Infinity-U Display, the stunning bezel-less screen achieves the ideal aspect ratio for a more immersive viewing experience.

Galaxy A30s

The Galaxy A30s comes with triple rear cameras: an improved 25MP main camera and an 8MP Ultra Wide camera, and a new 5MP depth camera. With Live Focus on the 5MP depth camera, you can now apply professional-quality bokeh effects and create more dynamic portraits quickly and 1 Only available when shooting with the Ultra Wide camera in Full HD effortlessly on your Galaxy A30s, letting you capture the mood of the moment as you experience it.

Smart camera tools, including Intelligent Flaw Detector and Scene Optimizer, make snapping the perfect picture on Galaxy A30s easy and convenient.

The Galaxy A30s now features an on-screen fingerprint scanner for an easier and more intuitive way of keeping users’ content safe without compromising design.

With the Galaxy A50s and Galaxy A30s, you’ll be seamlessly connected to the Galaxy ecosystem and able to enjoy a full range of services including Samsung Health, Samsung Pay 2 , Knox and more.

Galaxy A50s and A30s Availability

The Galaxy A50s and A30s are available for purchase from 21 st September onwards at all Samsung Experience stores and Samsung Malaysia Online Store with the recommended retail price of RM1,299 and RM899 respectively.

Both Galaxy A50s and A30s are offered in three colours: Prism Crush Black, Prism Crush White and Prism Crush Green.

For more information about the Galaxy A Series, visit https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a-series/ and https://news.samsung.com/my/

Memperkenalkan BMW 330i M Sport Terbaharu

Pengeluar kenderaan premium memperkukuhkan komitmennya di Malaysia menerusi pengenalan model jentera baharu dalam barisan kenderaan BMW yang dipasang secara domestik.

BMW Malaysia merungkaikan BMW 330i M Sport yang terbaharu yang merupakan penambahan terkini dalam portfolio milik BMW yang dipasang di Malaysia.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia juga telah mengambil peluang untuk berkata, “Kami telah memperkenalkan sedan sport premium generasi ketujuh yang terlaris di dunia pada awal tahun ini, lalu memahat tanda aras yang baharu dalam segmen kenderaan berkenaan.

Sementara jentera varian import menyaksikan penyerahan berjumlah 350 unit hanya dalam masa enam bulan, varian BMW 330i M Sport yang dipasang di dalam negara ini bakal meneruskan kisah kejayaan yang dilakar oleh sedan sport terunggul ini.”

Hoelzl berkata, “Model baharu ini akan dipasang di kilang pemasangan BMW di Kulim, Kedah yang turut memasang sembilan model BMW lain dengan jumlah 10 model BMW.

Selain menawarkan pelbagai produk serta model kenderaan yang diimport, kami juga berbesar hati untuk menunaikan janji kami kepada Malaysia dengan meningkatkan suntikan pelaburan di dalam negara sementara Malaysia terus melebarkan sayapnya sebagai hab BMW Group di rantau Asia Tenggara.”

BMW 330i M Sport yang dipasang di dalam negara membawakan tahap inovasi teknologi yang sama serta perwatakan yang mengagumkan seperti varian jentera yang diimport, ia termasuk reka bentuk atletik yang menawan serta prestasi dinamik yang sinonim dengan sedan sport yang ikonik ini.

BMW 330i M Sport baharu menawarkan set roda aloi ringan 18 inci dalam penggayaan dua ruji 790 M dan dwiwarna ‘Orbit Grey’ dengan tayar bercampur, angkup berwarna biru yang memaparkan logo ‘M’ pada brek M Sport, serta lampu hadapan LED adaptif yang hadir dengan teknologi ‘Bi-LED’.

Antara ciri utama BMW 330i M Sport ialah gril ‘kidney’ yang lebih besar, serta set lampu belakang tiga dimensi dipasang dalam bentuk L dan penggunaan kaca berkabus. Bibir spoiler berciri aerodinamik yang dipasang di belakang berserta dua paip ekzos bersaiz 90 milimeter memberikan jentera ini kelebihan berdaya lasak.

Dikuasakan oleh enjin petrol TwinPower Turbo berkapasiti 2.0 liter, BMW 330i M Sport terbaharu mampu menjana kelajuan tertinggi berjumlah 250 km/j dan output setinggi 190 kW/258 kk (kuasa kuda) serta puncak tork berjumlah 400 Nm dari bacaan rpm 1,550 hingga 4,400. Ia juga berupaya untuk membuat pecutan abad dalam masa 5.8 saat.

Dengan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan yang dikemas kini, jentera tersebut hanya mengguna pakai bahan api berjumlah 6.4 liter bagi setiap 100 km. Emisi karbon rendah yang berjumlah 147 g/km juga dioptimumkan melalui penapis zarahan yang dirangkumkan ke dalam sistem rawatan ekzos jentera ini.

Para pemilik boleh mengharapkan sebuah jentera yang lebih ringan dan tegar kerana jumlah beratnya telah dikurangkan sebanyak 25 kilogram (berat tanpa muatan berjumlah 1,545 kg) Dengan pekali seretan (drag coefficient) berjumlah 0.23, kenderaan ini mempamerkan ciri aerodinamik yang cemerlang dalam kelas seumpamanya.

BMW 330i M Sport terbaharu membawakan stereng sport berkulit M Sport dengan ciri multifungsi dan padel penukar gear serta pencahayaan interior. Antara tarikan utama BMW 330i M Sport terbaharu ialah BMW Intelligent Personal Assistant dan Kunci Digital serta inovasi keselamatan yang ditawarkan dalam bentuk Park Assist dan Reverse Assist, yang diberikan oleh sistem Parking Assistant.

BMW Live Cockpit Professional yang terbaharu turut dirangkumkan, ia menggabungkan paparan boleh suai dan berpandukan situasi pada kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci serta Paparan Kawalan (Control Display) bersaiz 10.25 inci dengan fungsi sentuh.

Kesemuanya ditawarkan menerusi Sistem Operasi BMW 7.0 (BMW Operating System
7.0). Penawaran warna bagi jentera BMW 330i M Sport ini merangkumi warna putih (Alpine
White), hitam (Black Sapphire), dan kelabu (Mineral Grey).

Tawaran warna biru ‘Portimao Blue’ boleh didapati bermula Januari 2020 sementara warna jingga ‘Sunset Orange’ akan ditawarkan bermula Mac 2020. Bagi ruang interior pula, para pemilik boleh memilih upholsteri kulit ‘Vernasca’ berwarna hitam atau upholsteri kulit ‘Vernasca’ berwarna ‘cognac’.

Pemilik jentera BMW 330i M Sport terbaharu ini juga dapat merasai pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia yang meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis
  • Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian BMW
  • Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) BMW 330i M Sport yang terbaharu ialah:

BMW 330i M Sport Terbaharu RM288,000

Kenikmatan Baharu Aiskrim Magnum Macadamia Salted Caramel

Variasi Magnum yang terbaharu, Macadamia Salted Caramel kini tiba di Malaysia!

Kenikmatan Magnum sebenar ini sememangnya berbaloi untuk dinikmati, bagi mereka yang mencari kenikmatan kini boleh #TakePleasureSeriously dan nikmati aiskrim enak keluaran Magnum.

Direka teliti oleh ahli pakar coklat menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi, Magnum Macadamia Salted Caramel menawarkan kenikmatan unggul dengan rasa aiskrim salted caramel yang mengiurkan dicelup coklat susu Belgian dan Macadamia panggang rangup dari Australia.

Setiap gigitan menjanjikan rasa hebat koko, kekacang halus, dan rasa masin salted caramel yang seimbang.

“Magnum merupakan peneraju bahan-bahan berkualiti tinggi dan aiskrim premium. Di Magnum kami mensasarkan untuk memberikan pengalaman terbaik menggunakan bahan yang bukan sahaja berkualiti tetapi didapatkan secara beretika.

“Aiskrim Magnum terbaharu yang disahkan oleh Rainforest Alliance, direka khusus menggunakan bahan-bahan seperti coklat Belgian dan kekacang Australia, menjanjikan pengalaman unggul kepada pengguna.

“Dengan pelancaran terbaharu – Magnum Macadamia Salted Caramel ingin memberi inspirasi kepada mereka yang sentiasa mencari kenikmatan untuk #TakePleasureSeriously dan nikmati semua pengalaman dalam kehidupan mereka,” kata Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran, Foods & Refreshments, Unilever Malaysia.

Nikmati Magnum baharu hari ini dengan mendapatkan Magnum Macadamia Salted Caramel di pasaraya utama, hypermarket, kedai serbaneka, dan di laman e-commerce seperti Lazada, Shoppee dan PrestoMall.

Magnum Macadamia Salted Caramel kini boleh didapati dalam stik saiz biasa pada harga RM4.90 atau dalam pek aneka dengan 6 aiskrim mini (4 Magnum Mini Macadamia Salted Caramel dan 2 Magnum Mini Classic) pada harga RM14.10 satu pek.

Pusat 3S Proton Dibuka Di Kota Kinabalu, Sabah

Harapan Maju Sdn Bhd menjadi sebahagian daripada pengedar Proton

Harapan Maju Sdn Bhd (Harapan Maju) secara rasmi membuka pusat 3S Proton baharu. Ini merupakan cawangan kedua dibuka di Kota Kinabalu yang mempamerkan identiti korporat baharu syarikat.

Phoong Jin Zhe, Menteri Belia dan Sukan Sabah serta Cheng Seng Fook, Pengarah Pemasaran Proton telah bersama-sama merasmikan acara tersebut.

Cawangan baharu dengan kos sebanyak RM8 juta ini mempunyai keluasan sebesar 1686 meter persegi. Ia terdiri daripada 12 ruang servis dan 6 servis pengangkat serta ruang parkir yang boleh menampung sehingga 50 buah kereta dalam satu masa.

Kemudahan lain yang turut ada pada cawangan ini termasuklah Wi-Fi percuma, ruang minuman, tempat mengecas komputer riba, ruang kanak-kanak serta bilik solat.

Harapan Maju adalah pengedar baharu yang yakin akan potensi besar pada Proton. Berbeza dengan yang lain, Harapan Maju diketuai oleh barisan wanita. Mereka terlibat dalam operasi harian perniagaan seperti memantau aktiviti jualan, servis dan pemasaran.

“Kami mengambil peluang menjadi pengedar Proton adalah kerana kepercayaan kami terhadap jenama itu. Kini, Proton menunjukkan pencapaian yang baik di dalam pasaran.

Orang ramai mula tertarik terutamanya dengan model-model baharu yang mengujakan. Ciri-ciri teknologi termaju serta harga yang kompetitif turut menjadi faktor yang menarik perhatian orang ramai,” kata Jovinia Wong Kyau Yun, Pengarah Harapan Maju Sdn Bhd.

“Kami gembira kerana ramai berminat untuk menjadi pengedar PROTON. Sebenarnya apabila mereka berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada jenama kami sudah membuktikan masa depan Syarikat yang cerah,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Sehingga kini, jualan Proton di Malaysia Timur meningkat sebanyak 22% berbanding tempoh yang sama tahun lepas manakala di Sabah pula, terdapat kenaikan sebanyak 32%.

AirAsia Rai 600 juta Tetamu Dengan Jualan Hebat Bermula 23 September Ini

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 11 tahun berturut-turut kini meraikan 600 juta jumlah tetamu yang diterbangkan dengan Jualan Hebat dengan menawarkan 6 juta promosi tempat duduk.

Nikmati tambang promosi termasuk semua untuk ahli AirAsia BIG daripada RM12* untuk penerbangan dari Kuala Kumpur ke Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching, dan daripada RM50* untuk penerbangan ke Surat Thani, Krabi, Visakhapatnam, Maldives (Male), Bangkok, Can Tho dan banyak lagi.

Terbang bersama AirAsia X serendah RM196* dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Seoul, Taipei, Gold Coast, Osaka dan destinasi jarak jauh lain yang menarik. Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Wuhan, Busan, Fukuoka, Melbourne daripada RM796*.

Selain itu, nikmati diskaun 16% apabila anda membuat pilihan tempat duduk menerusi Pick-A-Seat bagi tempahan awal, diskaun sehingga 40% untuk tempahan hotel terpilih dan diskaun sehingga 60% untuk tempahan pakej percutian penerbangan dan hotel.

Ahli BIG juga boleh mengumpul 600 mata ganjaran tambahan apabila mereka menempah aktiviti dalam tempoh jualan besar-besaran ini dengan perbelanjaan minimum RM200.

Tempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula 23 September 2019 (0001h GMT +8) hingga 26 September 2019 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 10 Februari dan 15 Disember 2020.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Airasia Karen Chan berkata, “Sebagai tanda penghargaan kepada 600 juta penumpang, kami berbesar hati untuk menawarkan jualan hebat di seluruh rangkaian kami.

Sebagai sebuah syarikat teknologi perjalanan, jualan hebat AirAsia akan menawarkan lebih daripada sekadar promosi penerbangan. Jadi, pastikan anda merebut peluang untuk mendapatkan diskaun eksklusif bagi hotel terpilih, aktiviti dan pakej penerbangan dan hotel apabila anda membuat tempahan di airasia.com.”

Ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia boleh menikmati akses terlebih dahulu selama 24 jam mulai 22 September 2019 (0001h GMT +8).

Log masuk sebagai Ahli BIG untuk menikmati akses kepada tempat duduk pada harga terendah. Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Wifi Dalam Pesawat AirAsia Kini Lebih Pantas

AirAsia sedang menaik taraf perkhidmatan AirAsia WiFi yang dikuasakan oleh ROKKI, untuk menawarkan penyambungan dalam penerbangan berkelajuan tinggi kepada para tetamu.

Enam pesawat dikendalikan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan dua pesawat kendalian AirAsia Thailand (kod penerbangan FD) telah dilengkapi dengan platform Ka-band berkelajuan tinggi Inmarsat, GX Aviation, yang juga akan diperluaskan kepada semua pesawat tahun hadapan.

Ka-band menawarkan pengalaman hiburan dan penyambungan (IFEC) yang dipertingkatkan melangkaui jalur lebar asas, menyokong video secara langsung, penstriman muzik dan banyak lagi.

Bagi meraikannya, AirAsia telah menawarkan tetamu yang melakukan penerbangan dalam pesawat dilengkapi GX-Aviation dengan percubaan 10MB percuma perkhidmatan terbaharu itu sepanjang bulan ini.

Presiden AirAsia Group (RedBeat Ventures) Aireen Omar berkata, “Sebagai perintis perkhidmatan wifi dalam penerbangan kos rendah di rantau ini, kami sentiasa mencari jalan untuk memberi definisi kepada pengalaman dalam penerbangan digital bagi para tetamu kami.

“Memperkenalkan Ka-band, yang dikuasakan oleh ROKKI adalah langkah logik seterusnya dalam proses ini, yang membolehkan tetamu kami sentiasa kekal terhubung sepanjang perjalanan mereka dan melakukan aktiviti penggunaan data termasuk penstriman langsung.

“Ini juga membolehkan analisis masa sebenar yang lebih baik, membolehkan kami menawarkan lebih banyak perkhidmatan yang direka khusus buat 100 juta tetamu AirAsia setiap tahun.”

Sementara itu, Presiden Penerbangan Inmarsat, Philip Balaam berkata, “Perkhidmatan GX Aviation dilancarkan AirAsia adalah pencapaian penting, tatkala mereka membawa tawaran digital baharu dan inovatif untuk penumpang.

“Kami yakin proses naik taraf daripada sambungan asas kepada jalur lebar standard emas industri ini akan diterima dengan baik oleh para penunpang. Pasukan kami terus bekerjasama untuk melengkapkan GX Aviation pada semua pesawat Airbus A320 dan A330 AirAsia, menjadikannya tersedia untuk jutaan penumpang baharu setiap bulan.”

GX Aviation adalah penyelesaian jalur lebar dalam penerbangan yang pertama di dunia dengan liputan global berkelajuan tinggi yang boleh dipercayai dan disediakan melalui pengendali tunggal.

AirAsia WiFi adalah platform IFEC yang menawarkan hiburan, muzik, permainan, berita dan beli-belah percuma kepada para tetamu. Sambung secara percuma melalui peranti mudah alih peribadi anda pada mana-mana pesawat yang dilengkapi AirAsia WiFi untuk mengalami masa depan WiFi dalam penerbangan.

Pelan Internet AirAsia WiFi

Screenshot 2019-09-20 at 3.19.04 PM.png

Petronas Continues To Deliver In 1H2019 Despite Challenging Market Conditions

Petronas announced an improvement in its earnings for the first half of 2019 compared to the same period last year, driven by the Group’s continued focus on commercial and operational excellence as well as efforts to maximise cash generation despite more challenging market conditions and lower commodity prices.

The first half of 2019 has been dominated by greater price volatility in the oil and gas sector, geopolitical upheavals and protracted trade disputes that threatened to slow economic growth faster than previously expected.

The Group posted RM121.1 billion in revenue, an increase of RM3.9 billion from RM117.2 billion in the first half of 2018, mainly attributed to higher sales volume for petroleum products and liquefied natural gas (LNG) as well as the effect of the weakening Ringgit against the US Dollar exchange rate.

This, however, was partially offset by lower average realised prices for petroleum and petrochemical products during the period.

Profit After Tax (PAT) rose 9.0 per cent to RM28.9 billion, from RM26.6 billion in the corresponding period last year. The improved results were delivered on the back of higher revenue, but the increase was partially offset by higher product costs.

Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Amortisation (EBITDA) stood at RM54.7 billion, an increase of 5.0 per cent, from RM52.2 billion in the previous corresponding period, in line with the higher profit before tax.

Total assets rose to RM644.2 billion as at 30 June this year, as compared to RM636.3 billion as at 31 December 2018.

Shareholders’ equity increased to RM381.5 billion as at 30 June 2019 compared to RM380.5 billion as at 31 December 2018, primarily due to the profit generated during the period. This was partially offset by the final dividend declared during the year.

Return on Average Capital Employed (ROACE) increased marginally to 12.4 per cent as at 30 June 2019, from 12.0 per cent as at 31 December 2018, in line with the higher profit recorded.

The gearing ratio stood at 21.1 per cent as at 30 June 2019, from 19.7 per cent as at 31 December 2018, primarily due to the recognition of additional lease liabilities, following the adoption of a new accounting standard, MFRS 16 Leases.

Capital investments (CAPEX) for the first half of 2019 was RM15.7 billion, attributable largely to Upstream projects.

Compared to the corresponding quarter in 2018, PETRONAS’ revenue for the second quarter in 2019, was at RM59.1 billion, a marginal decrease from RM59.2 billion. The slight reduction was mainly due to lower average realised prices for petroleum products and LNG. This was partially offset by higher sales volume for crude oil and condensates, as well as LNG, coupled with the effect of the weakening Ringgit against the US Dollar.

PAT increased 8.0 per cent to RM14.7 billion from RM13.6 billion, attributed to the effect of the weakening Ringgit against the US Dollar, and partially offset by higher product costs.

EBITDA was at RM26.9 billion, a decrease of 1.0 per cent, from RM27.2 billion in the corresponding quarter in 2018, due to lower revenue.

CAPEX during the second quarter of this year was RM7.5 billion, primarily attributable to Upstream projects.

Outlook

The oil and gas market is expected to continue to be volatile in the second half of 2019, amid protracted trade issues that have spread beyond the United States and China, sluggish oil demand growth as well as the slowing global economy. Nationalism around the world, is expected to remain at the fore, with protectionist policies detrimental to growth prospects.

These prevailing uncertainties are expected to pose challenges to the overall year-end performance of the PETRONAS Group. The Group will remain focused on ensuring continuous overall business improvement as well as driving commercial and operational excellence.

Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, PETRONAS President and Group CEO said, “PETRONAS continues to deliver a healthy financial performance for the first half of 2019 despite persistent challenging market conditions.

“The results are positive outcomes of the organisation’s rallied commitment to constantly strive towards improvements in our operational efficiencies and commercial excellence, while maintaining fiscal discipline throughout the Group.

“Our growth journey will continue to be guided by our three-pronged strategy and we will progress with our efforts to build the organisation’s resiliency in facing anticipated prolonged market volatility and changing energy landscape.”

Operational Highlights – 1H2019

Upstream

•Total production rate for the first half of 2019 was 2,418 thousand barrels of oil equivalent (boe) per day, higher than the 2,383 thousand boe per day in the same period last year, mainly due to higher natural gas production from Malaysia, partially offset by lower crude oil from Iraq.

•PETRONAS via its wholly-owned subsidiary PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB), signed four Production Sharing Contracts (PSC) to date, for four blocks – PM407, PM415 and PM419 offshore Peninsular Malaysia as well as SB Block 3K offshore Sabah – and two operatorships transferred for Deepwater Block R offshore Labuan and from SHELL to PCSB, for Block SK8 in Sarawak.

•Eleven projects achieved first hydrocarbon, adding 63 thousand boe per day of new production for the first half of the year, comprising nine Brownfields in Peninsular Malaysia, Sarawak, Iraq and South Sudan, as well as one Greenfield in Sarawak and one Unconventional project in Argentina.

•PETRONAS has made four exploration discoveries for the first half of the year – one in Malaysia and three internationally in Mexico, Egypt and Indonesia.

•PICL (Egypt) Corporation Limited (PICLE), a subsidiary of PETRONAS, jointly with BG Delta Limited, a subsidiary of Shell, through a 50:50 partnership, successfully acquired two offshore blocks, namely Mediterranean Block 4 of North Sidi Gaber and Block 6 of North El Fanar in Egypt, reinforcing PETRONAS’ Upstream portfolio in the Middle East.

•A Digital Fields platform provides PETRONAS Upstream actionable insights which assist in enhancing field operations, management and production optimisation to improve decision-making. Digital Fields aims to maximise production, reduce operational cost and ensure assets are safe and reliable.

Gas & New Energy

•Total LNG sales volume for the first half of 2019 was 5.0 per cent higher at 15.23 million tonnes as compared to the first half of 2018, mainly attributed to higher volume from PETRONAS LNG Complex (“PLC”) in Bintulu and higher trading activities.

•Overall Equipment Effectiveness (OEE) for the GNE business stood at 97.9 per cent across all business segments with LNG assets and domestic operations recording an OEE of 97.5 percent and 99.5 percent respectively.

•PETRONAS achieved another major technical milestone with the successful relocation of the world’s first Floating LNG Production Unit, PFLNG Satu, to Kebabangan (Sabah) in early June 2019. Since the relocation, PFLNG has successfully delivered two cargoes during the period.

•PETRONAS Gas Berhad continues to strengthen its gas market growth by signing two sales and purchase agreements with Polyplastics Asia Pacific Sdn Bhd (PAP) in April 2019 for the supply of steam and extension of current electricity supply for 22 years.

•As an Integrated gas solutions provider, PETRONAS recently diversified into creative solutions such as the Gassing Up Cooling Down (GUCD) service at RGT Pengerang, to serve warm LNG vessels after ship dry-docking and also pursued LNG break-bulking via ship-to-ship transfer in Malaysian waters. These solutions solidify PETRONAS’ position as a progressive LNG solutions partner with a focus on customer-centricity.

•Acquisition of a leading Singapore-based company with a portfolio of distributed, renewable energy assets in Asia, Amplus Energy Solutions Pte Ltd (M+) marks PETRONAS’ international entry into renewables. With the current capacity of 500MW under operation and development, M+ can serve 150 commercial and industrial customers at over 200 locations across India and Middle East.

•Domestically, market reforms are currently on track with market-parity gas pricing achieved for non-power sector effective July 2019. Market-driven gas pricing is critical to provide the right economic incentives for Malaysia’s long-term energy supply security, through sustained indigenous production and supplemented by LNG imports.

Downstream

•Downstream business remained resilient and delivered a strong operational performance across all business segments compared to the same period last year.

•Overall Equipment Effectiveness (OEE) for Downstream business stood at 91.2 per cent across all business segments with both domestic refineries and the refinery in Durban, South Africa, recording an OEE of 93.2 per cent and 88.9 per cent respectively.

•The Petrochemical business sustained its Plant Utilisation above best-in-class recording 98.7 per cent, with overall production volume recorded at 5.5 million metric tonnes, higher than the same period last year contributed by an excellent plant performance as well as better plant reliability.

•Through PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG), PETRONAS has recently completed its first acquisition of a specialty chemicals company, Da Vinci Group B.V. (Da Vinci), making it a wholly-owned subsidiary. The acquisition aims to diversify our product portfolio in specialty chemicals into silicones, and enhance our competitive position in attractive end-markets such as personal care, construction, paints and coatings, electronics, automotive and healthcare, particularly in Asia Pacific Region.

•Overall marketing sales volume increased compared to the same period last year, with a total sales volume of 12.5 billion litres. More than 50 per cent of this volume was contributed by PETRONAS Dagangan Berhad as well as the improved sales of PETRONAS Lubricants International. Retail business improved by 7.7 per cent compared to the same period last year, mainly contributed by higher sales in Mogas, better plant performance and higher sales of Base Oil.

•PETRONAS Dagangan Berhad recently introduced ROVR, Malaysia’s first mobile refueling service which extends PDB’s coverage area beyond the extensive network of PETRONAS stations nationwide to provide a seamless experience to customers. ROVR has been serving commercial customers (B2B) since its pilot programme in October 2018, and has since delivered over 1 million litres of fuel. In addition, Setel, Malaysia’s first e-payment solution for fuel purchases has achieved a milestone of 1 million transactions since its beta launch in 2018.

•The Pengerang Integrated Complex (PIC) is on track to achieve commercial operations in Quarter 4, 2019, with the overall progress of 99.7 per cent as at 30 June 2019.

Post Menarik