Adakah anda bersedia untuk lebih banyak chicken dinner?
Kini, para peminat PUBG Mobile boleh bertempur dan menikmati lebih banyak ciri menarik untuk Musim ke-12, yang dilancarkan sempena ulang tahun kedua permainan tersebut.
Dari Amusement Park Mode dan senjata baharu hinggalah kepada kemunculan semula mod popular iaitu Hardcore Mode, Musim ke-12 membawakan ciri-ciri baharu dan menarik yang pastinya menjadikan pengalaman permainan lebih interaktif dan mengujakan untuk para peminat PUBG Mobile, semuanya di bawah satu tema iaitu, 2gether We Play.
Mengenai PUBG Mobile
Aplikasi PUBG MOBILE boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play.
PUBG MOBILE adalah permainan video mudah alih yang berasaskan PLAYERUNKNOWN’s BATTLEGROUNDS (PUBG), satu fenomena ‘battle royale’ sejati yang menggemparkan dunia hiburan interaktif pada 2017.
Sebanyak 100 pemain akan mendarat menggunakan payung terjun ke pulau-pulau terpencil dan bertarung habis-habisan dalam pertempuran bagi menentukan juara.
Pemain juga perlu mencari senjata, kenderaan dan bekalan, serta menewaskan setiap pemain di medan pertempuran.
Selain itu, pemain turut disediakan dengan visual yang menarik dan taktikal. Seterusnya, pemain harus berada dalam zon pertempuran yang semakin sempit.