Utama Blog Halaman 809

Kerjasama Maxis, AWS Adaptasi Cloud Bagi Perniagaan Di Malaysia

Maxis menyertai Amazon Partner Network (APN) untuk menyampaikan penyelesaian awan (Cloud) kepada perniagaan di Malaysia.

MAXIS mengumumkan hasratnya untuk membantu mempercepatkan adaptasi awan bagi perniagaan di Malaysia dengan menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama Amazon Web Services (AWS), platform awan paling komprehensif dan meluas di dunia.

(L-R) Conor McNamara, Managing Director, ASEAN at AWS, and Paul McManus, Maxis’ Chief Enterprise Business Officer

Melalui kerjasama ini, Maxis akan menyampaikan pelbagai teknologi awan terkemuka industri melalui rangkaian konvergen mudah alih dan tetap 4G no 1 di Malaysia, untuk memudahkan dan mempercepat perjalanan transformasi digital perniagaan dan merealisasikan faedah penting dalam meningkatkan produktiviti, prestasi dan pecutan masa ke pasaran.

Kerjasama strategik ini terus memperkukuh cita-cita Maxis untuk menjadi penyedia penyelesaian ICT terkemuka di Malaysia untuk Perusahaan, Kerajaan dan PKS.

Maxis kini menjadi AWS Partner, sebahagian daripada Amazon Network Partner (APN) yang bertujuan untuk mempercepatkan penggunaan awan untuk perniagaan di Malaysia dengan memanfaatkan teknologi canggih AWS untuk menyampaikan Maxis Professional Services, Security and Managed Services dalam AWS.

Maxis akan membina kemahiran mendalam mengenai AWS menerusi program latihan, akreditasi dan pensijilan AWS yang komprehensif.

Ini akan meningkatkan keupayaan dan kepekaan terhadap agenda transformasi digital pelanggan. Sehingga kini, Maxis mempunyai kumpulan pekerja AWS terlatih terbesar di Malaysia.

“Teknologi awan menjadi sebahagian daripada strategi perniagaan yang semakin penting dengan faedah yang luar biasa – dari penurunan kos, fleksibiliti yang meningkat sehinggalah boleh-skala yang lebih baik – semuanya merupakan faktor utama untuk transformasi digital dan ketangkasan perniagaan.

“Kami percaya, terdapat banyak peluang untuk memanfaatkan kuasa awan dengan kerjasama kami dengan AWS. Perniagaan akan mempunyai akses dan bantuan kepada penyelesaian awan terbaik dengan kumpulan pakar terbesar di negara ini.

“Kami juga bersemangat untuk membantu mempercepatkan penggunaan awan di Malaysia dan memperkasakan perniagaan agar lebih bersedia untuk Industri 4.0 dan ekonomi digital,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis.

Maxis terbukti mempunyai rekod prestasi kepuasan pelanggan serta telah berjaya menyampaikan aplikasi produk perusahaan, migrasi dan perkhidmatan terurus. Mereka juga mempamerkan komitmen berterusan dalam meningkatkan kemahiran dalam memastikan mereka mendapat pengiktirafan AWS.

“Kami teruja mempunyai Maxis sebagai Rakan AWS APN. Melalui kerjasama ini, kami yakin bahawa sama-sama, kita boleh menjadi penggerak utama bagi perniagaan di Malaysia untuk meraih faedah teknologi awan,” kata Conor McNamara, Pengarah Urusan, ASEAN di AWS.

Maxis bakal menubuhkan Pusat Perniagaan Awan (CBC) yang menawarkan pelanggan Profesional dan Perkhidmatan Terurus dengan kakitangan yang dilatih oleh AWS untuk membantu pelanggan memanfaatkan AWS untuk meningkatkan ketangkasan perniagaan dan memacu hasil perniagaan yang lebih baik.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, kedua syarikat akan menggembeling usaha dalam mempercepat penggunaan awan dan membangunkan keupayaan penyelesaian industri untuk kepentingan perniagaan di Malaysia.

Tawaran konvergen Maxis yang dibina sekitar pengalaman “Always On”, memanfaatkan rangkaian Tetap dan Mudah Alih yang unik. Maxis mempunyai visi untuk membantu perniagaan dari pelbagai segmen untuk berjaya dengan memudahkan dan memperbaiki cara mereka bekerja.

AirAsia Sokong Kempen Selamatkan Harimau Malaya

AirAsia melancarkan pesawat dengan rekaan hiasan atau ‘livery’ khas ‘Selamatkan Harimau Malaya’ untuk menyokong kempen kerajaan dalam usaha menyelamatkan populasi harimau Malaya yang kian pupus.

Pesawat ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan AirAsia bagi menyokong program pemuliharaan alam sekitar dan untuk menggalakkan rakyat Malaysia memberi sokongan mereka terhadap kempen tersebut.

(Ketujuh dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Yang Berhormat Dato’ Dr. Xavier Jayakumar; Ketua Setiausaha, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Zurinah Pawanteh bersama tetamu kehormat dan pengurusan AirAsia melancarkan ‘livery’ khas ‘Selamatkan Harimau Malaya’

Hiasan pesawat Airbus A320 tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Yang Berhormat Dr Xavier Jayakumar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat di Sepang.

Ketua Hal Ehwal Global & Kelestarian Kumpulan AirAsia, Shasha Ridzam berkata, “Harimau Malaya adalah simbol kekuatan dan juga sebahagian daripada identiti negara kita. Kita tidak mahu anak-anak kita membesar di dunia yang mana Harimau Malaya hanya wujud sebagai imej pada jata negara sahaja.

“Itulah sebabnya kita harus memainkan peranan untuk melindungi mereka. Saya berharap pesawat khas ini dapat membantu memacu kempen pemuliharaan hidupan liar oleh pihak kerajaan ke tahap seterusnya.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes juga berkata, “Tahniah kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli di atas langkah-langkah proaktif yang diambil dalam melindungi Harimau Malaya dan kami berbangga dapat memainkan perananan kami dalam membantu kempen ini.”

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Yang Berhormat Dr Xavier Jayakumar berkata, “Kami bangga kerana kempen Selamatkan Harimau Malaya dan Hutan Kita kini disokong oleh AirAsia.

Simbol kebangsaan kita yang kian pupus amatlah membimbangkan dan bukti yang jelas bahawa kita perlu melakukan sesuatu untuk pemuliharaan harimau kita. Selain itu, Kempen ‘Hutan Kita’ juga amat penting, kerana tanpa hutan kita, harimau dan hidupan liar mungkin tidak akan ada.

“Kami berharap dengan sokongan AirAsia, kami dapat meningkatkan kesedaran mengenai mesej penting ini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ini untuk menyelamatkan harimau kita.”

AirAsia juga menyokong kempen alam sekitar lain oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan menaja penerbangan pergi dan balik kepada 10 orang asli untuk menghadiri Pameran Hutan Kita pada Ogos 2019, serta menyokong lawatan ke Pusat Menyelamatkan Hidupan Liar Kebangsaan (NRWC) di Sungkai, Perak bersama Allstars pada Oktober 2019.

Usaha kelestarian AirAsia juga termasuklah program kesedaran kepada tetamu kami, mengurangkan karbon dan pengurusan sisa, pengumpulan dan pemisahan barang-barang kitar semula serta program pelancongan yang berasaskan komuniti seperti JourneyD. AirAsia juga melanjutkan inisiatif perusahaan sosial di seluruh Asean menerusi yayasannya, AirAsia Foundation.

GE Invest $60M To Create New Global Repair Engineering And Development Center In Singapore

GE to invest up to US$60 million over 10 years in its current Global Repair Service Center in Singapore to create a new HA Global Repair Engineering and Development Center

GE announced its decision to invest up to $60 million over 10 years in its existing Global Repair Service Center in Singapore.

Scott Strazik, CEO of GE Gas Power and Dr Beh Swan Gin, Chairman, EDB, with top GE executives at the launch ceremony of GE’s new HA Repair Engineering and Development Center

With the support of the Singapore Economic Development Board, GE plans to develop the next-generation repair capabilities for HA gas turbines by creating a new HA Repair Engineering and Development Center in the site.

The announcement underscores the company’s commitment to continued investments in the future of gas, which is a vital part of the energy mix.

The new Center of Excellence will significantly increase GE’s repair development capability globally to support the industry’s most-advanced, heavy-duty gas turbine, making the site a world reference in power generation technology development and implementation.

The new center, which will begin repairing HA components in 2021, will include a research and development (R&D) center to develop next-generation HA repair capabilities and the repair of high-tech components, such as HA nozzles and blades.

With GE’s HA fleet growing globally, this investment in Singapore is expected to add up to 160 experts in engineering and repairs and enable GE to better service HA power plant operators based in Asia, and all countries outside Americas region, which will be served by GE’s world-class Manufacturing and Services facility in Greenville.

Singapore New HA Global Center

This news comes on the heels of GE’s celebration of its 100th HA gas turbine order with the Greek MYTILINEOS S.A Power Plant and the introduction of its 7HA.03 gas turbine, which currently enables the most efficient combined cycle block of power at the lowest cost conversion of gas to electricity for 60 Hz customers.

“Singapore has been a key industrial and talent hub for GE over the last 50 years. The quality of talent, belief in our team and the work they are doing here, and our strong partnership and trust with the government and EDB are key reasons we chose Singapore for this investment.” said Scott Strazik, CEO of GE Gas Power.

“The new center for our industry-leading HA gas turbine technology is expected to become one of the GE’s largest gas turbine repair facility globally servicing our HA and Aeroderivative gas turbines. In addition, it will allow us to better serve our GE HA customers in Asia as we provide localized support and expect to reduce HA repair cycle time for them by up to two months.”

“GE’s investment in the Global Repair Engineering and Development Center marks the latest milestone in our longstanding partnership and extends the company’s range of activities in Singapore,” said Dr Beh Swan Gin, Chairman, EDB.

“The establishment of repair development capabilities for Gas Turbines is a good addition to Singapore’s base of industrial activities and also creates good jobs for Singaporeans. We look forward to the success of this Center.”

GE has been involved in the current service center in Singapore since the 1970s in partnership with local companies. The site originally performed marine and offshore repairs. With GE, it has evolved into power generation repairs, servicing gas turbines, steam turbines and generators.

Its current focus is exclusively on power generation gas turbine repair processes and localization of GE’s newest products. The facility carries out overhauls of gas turbine blades, rotors and aeroderivative engine components. It uses advanced repair technologies such as robotic laser cladding, adaptive CNC machining, robotic coating and polishing, and inspection technologies.

The site currently employs approximately 250 people.

Honda Malaysia Expands One-Stop Centre To 28 Body & Paint Centres

Honda Malaysia’s 4S (Sales, Services, Spare Parts, Body & Paint) Centre provides after-sales convenience for customers to enjoy Joy of Buying

Honda Malaysia continues its focus to improve customer experience by expanding the Body & Paint (BP) Centres at its dealerships.

This year, Honda Malaysia has opened six new BP Centres that have commenced operations, bringing the total Honda BP Centres to 28.

The company is committed to enhancing the customer experience at all Honda dealerships including the BP Centres for customers to truly enjoy the Joy of Buying and peace of mind in its after-sales services.

The existence and expansion of BP Centres are in line with the company’s direction to provide convenience to the customers by fulfilling their various needs in just one centre.

Honda Malaysia Managing Director and Chief Executive Officer, Toichi Ishiyama said, Honda Malaysia is striving to provide more after-sales convenience to our customers by extending the BP Centre footprint.

“To-date, we have 28 BP Centres in operation. We believe the expansion of BP Centres will help Honda Malaysia meet the increasing demand as well as offer high quality after-sales service and benefits to our customers such as skilled technicians and conducive environment.

“All our dealerships are also equipped with advance facilities and equipment to ensure that our customers’ vehicles are well taken care of. To top it off, Honda Malaysia provides quality products in our BP Centres. This includes Waterborne paint, the revolutionary green product as well as genuine Honda parts that are certified by Honda Motor Co., Ltd.

“We are also working closely with our dealers to deliver top-notch customer experience from sales to after-sales.”

Honda Malaysia has maintained consistent sales growth for the past 5 years, which the company saw an average of 30% increase from 2014 to 2018. The growth also translated to an increase in after-sales service intakes of the company. As of October 2019, Honda Malaysia recorded over 36,000 BP service intakes, a 40% increase from the BP service intakes in the same period last year.

The rising BP service intakes is attributed to customers’ understanding towards the need of genuine Honda bodyworks, parts as well as paintworks for their Honda cars that ensure quality and long-term use.

BP Centre is Honda’s one-stop centre in providing assistance to Honda customers in terms of vehicle inspection, accident vehicle repairs, painting, quality check after maintenance and many more.

Isuzu D-Max 1.9 Liter Baharu, Enjin Kecil Tapi Berkuasa – PANDU UJI

Buat julung kalinya dalam industri permotoran Malaysia, Isuzu Malaysia memperkenalkan trak pikap popularnya D-Max dengan enjin berkuasa kecil iaitu enjin 1.9 liter Ddi BluePower.

Mengapa agaknya pengeluar trak pikap dari Jepun ini berani mengambil risiko lain dari lain dengan mempertaruhkan enjin berkapasiti kecil ini kerana ada yang mengatakan enjin berkuasa 1.9 liter ini tidak segagah enjin 2.5 liter yang biasa digunakan.

Meskipun pelbagai andaian diberikan, trak pikap Isuzu ini sebenarnya sudah terbukti trak pikap yang paling menjimatkan bahan api diesel kerana pada 2015, trak D-Max pernah melakukan perjalanan dari Bangkok, Thailand dengan hanya satu tangki penuh diesel.

Justeru, menerusi enjin baharu hanya 1.9 liter ini, D-Max terbaharu ini bukan sahaja ‘menjimatkan lagi’ penggunaan bahan api diesel malah memiliki kuasa enjin lebih baik berbanding enjin 2.5 liter sekali gus menjadi trak pikap pertama di Malaysia menerima pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Menurut Isuzu, enjin 1.9L berkenaan mampu menjana sebanyak 150 PS kuasa pada 3,600 rpm dan 350 Nm tork antara 1,800 hingga 2,600 rpm.

Ini merupakan peningkatan output jika dibandingkan dengan enjin 2.5L (136 PS/320 Nm) yang lama, masing-masing dengan kenaikan 10% kuasa dan 9% tork. Isuzu mendakwa penggunaan minyak bagi enjin ini 19% lebih cekap, dengan bacaan purata lapan liter bagi setiap 100 km.

Justeru, kehadiran model ini dengan enjin 1.9 liter akan menggantikan pilihan enjin 2.5 liter yang ditawarkan sebelum ini. Berikutan itu, Isuzu D-Max 2019 di Malaysia, hanya akan menawarkan dua pilihan enjin sahaja iaitu 1.9 liter dan 3.0 liter yang masih dikekalkan.

Antara kelebihan enjin baru ini ialah ia kini 56 kg lebih ringan, menggunakan tali sawat rantai (timing chain), pengecas turbo VGS yang digunakan kini dengan julat janaan yang lebih luas dan sistem suntikan minyak commonrail bertekanan tinggi.

Selain itu, sistem transmisi juga menggunakan kotak gear enam-kelajuan baharu bagi kedua-dua pilihan automatik dan juga manual.

Rekaan luaran

Model Isuzu D-Max 2019 mengalami sedikit perubahan kosmetik iaitu rekaan gril kombinasi krom-hitam yang lebih besar, lampu utama jenis LED projektor sepenuhnya manakala bahagian lampu kabus, kemasan krom baru menjadikannya kelihatan maskulin.

D-Max ini juga mendapat rekaan rim aloi 18-inci baru untuk tampak lebih sporty dan cermin sisinya juga akan terlipat secara automatik sekiranya kenderaan dikunci.

Satu lagi ciri yang cukup menarik perhatian penulis ialah pintu ruang barangan yang cukup ringan dan mudah diangkat dengan hanya menggunakan satu jari (tambahan aksesori)

Jika anda mempunyai masalah untuk mencapai barangan yang diletakkan ditengah-tengah ruang kargo, jangan risau kerana ‘bedliner’ boleh ditarik ke belakang sekali gus tidak memerlukan anda melompat masuk ke dalam ruang berkenaan.

Rekaan dalaman

Melangkah ke ruang dalaman, bagi meningkatkan tahap keselesaan penumpang dan ‘sedap’ mata memandang, penggunaan bahan lembut dapat dilihat di bahagian panel antaranya pada pintu glovebox, atas ruang meter dan panel pintu di sisi pemandu serta perehat lengan di tengah.

Selain itu, padanan skrin sentuh dengan perisian Android di tengah papan pemuka menjadikan trak pikap ini kelihatan anggun manakala kerusi rekaan baru dengan gabungan bahan fabrik-kulit pula sesuai untuk mereka yang sering menggunakan trak pikap ini sebagai kenderaan untuk melawat projek pembinaan.

Sistem infotainmennya pula boleh diberikan pujian kerana panel skrin LCDnya bukan sahaja memaparkan visual cukup jelas apabila cakera DVD dimainkan malah bunyi dihasilkan cukup hebat dihasilkan menerusi dua speaker LIVE SURROUND SOUND diatas bumbung tengah D-Max ini.

Bagi penulis, D-Max terbaharu ini boleh dianggap trak pikap pertama yang dipadankan dengan sistem bunyi yang serba hebat.

Sepanjang perjalanan penulis dari Kuala Lumpur ke Port Dickson, dapat merasakan kadar bunyi enjin dieselnya tidak terlalu kuat sebagaimana trak pikap lain sekali gus membuktikan jurutera Isuzu berjaya menjadikan kabin penumpang kenderaan ini selesa.

Bagaimanapun, penumpang belakang mungkin tidak berasa selesa berikutan kedudukan kerusinya masih dalam keadaan tegak berbanding trak pikap Mitsubishi yang lebih selesa. Jika ini dapat diperbaiki pada masa depan mungkin trak pikap ini akan menjadi pilihan ramai.

Bagaimanapun, jika mahukan ruang lebih luas, kerusi belakang ini boleh dilipat sama ada bahagian tempat duduk mahupun penyandarnya dengan hanya menarik tali yang disediakan. Hebat bukan!

Ciri keselamatan

Antara ciri keselamatan baharu ialah Vehicle Launch Assist Control dan Hill Descent Control (HDC) manakala ciri lain sedia ada pada D-Max termasuk dua beg udara SRS, ABS dengan EBD, Brake Assist, Hill Start Assist (HSA), kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem kawalan cengkaman (TCS), Brake Override System (BOS) serta kamera undur.

Kesimpulan

Apa yang menarik apabila memandu kenderaan diesel khususnya D-Max ini ialah tahap penjimatan bahan apinya kerana sepanjang sesi pandu uji dijalankan paras takuk digitalnya seakan tidak bergerak sekali gus menunjukkan penggunaan minyak cukup menjimatkan.

Meskipun dipadankan dengan enjin 1.9 liter (cukai jalan hanya RM400), ia bukannya dilihat sebagai sebuah trak pikap yang ‘lemah’ tetapi sebenarnya cukup berkuasa dan mampu mengalahkan pesaingnya dijalan raya.

Isuzu D-Max terbaharu ini bukan sahaja sebuah jentera yang lasak untuk dipandu untuk apa sahaja kegunaan tetapi menjadi satu tanda aras baru dalam dunia trak pikap yang berjaya membuktikan dengan kuasa enjin kecil.

Penulis beranggapan memandu D-Max ini seakan memandu sebuah kereta sedan yang dilengkapi pelbagai ciri baharu yang mampu memberikan tahap kepuasan maksimum kepada pemiliknya.

Dengan senarai harga tidak termasuk insurans bagi pendaftaran persendirian, pilihan varian adalah seperti berikut; versi Single Cab 4×4 1.9L (RM85,799), Single Cab 4×4 3.0L (RM92,838); lima varian bagi versi transmisi manual – 1.9L 4×2 MT Low Ride (RM80,149), 1.9L 4×2 MT Hi-Ride (RM86,699), 1.9L 4×4 MT Type B (RM96,699), 1.9L 4×4 MT-P (RM105,999) dan 3.0L 4×4 MT Type B (RM106,738).

Bagi versi transmisi automatik pula, ia terdiri daripada empat varian; 1.9L 4×4 AT Type B (RM104,599), 1.9L 4×2 AT Hi-Ride (RM100,049), 1.9L 4×4 AT-P (RM115,799) dan yang terakhir 3.0L 4×4 AT-P (RM120,838).

Semua sekali terdapat 11 varian berbeza yang ditawarkan.

SPESIFIKASI

Isuzu D-Max 1.9 Liter

  • Enjin: 1,898cc, empat silinder sebaris, 16 injap, VGS Turbo Intercooler Diesel DOHC
  • Kuasa maksimum: 150PS pada 3,600rpm
  • Tork maksimum: 350Nm pada 2,600rpm
  • Transmisi: Enam kelajuan Automatik dengan Sequential Shift
  • Ciri keselamatan: 6 beg udara, ABS, EBD, HSA, TCS dan ABLS
  • Tayar : 255/60/R18
  • Tangki minyak : 76 Liter
  • Harga: RM115,799 (tidak termasuk insurans dan SST)

DJI’s Lightest And Smallest Foldable Drone Debuts In Malaysia

The Ultra-Light Mavic Mini Makes Drone Flight Easier And Safer Than Ever; Now Available For Pre-orders Via VSTECS Authorized Resellers Across Malaysia

DJI, the global leader in civilian drones and aerial imaging technology, opens a new frontier in drone possibilities with the DJI Mavic Mini, an ultra-light folding drone designed to be the everyday FlyCam.

Weighing just 249 grams, Mavic Mini is portable, easy to fly, designed for safety, and perfect for everyone who wants to experience the fun of flying.

Mavic Mini made its debut at the DJI Kuala Lumpur official launch event, held in conjunction with VSTECS Astar, DJI’s authorized distributor in Malaysia.

Speaking at the launch event, Kevin On, DJI’s Global Marketing & Communication Director, said, “To design a drone as lightweight, compact yet capable as Mavic Mini was one of the most challenging projects we’ve ever tackled at DJI.

Distilling top-of-the-line features into a palm-sized drone is the culmination of years of work, and we are excited to bring a new class of drones to the DJI lineup. Mavic Mini’s extended flight time, ultra-light weight and high-quality camera makes it the everyday flycam.

Most importantly, it’s easy to fly and comes with an intuitive app, making it the perfect drone for first-time pilots and those thinking about their first drone.”

“As a longtime partner of DJI, VSTECS is thrilled to bring another exciting drone product to the Malaysian market. The introduction of the Mavic drone series, especially with its sleek and portable design, has created many opportunities for us to reach new customers outside the ICT space.

With the new Mavic Mini, the opportunities expand even further and answers what many of our partners and customers have been looking for – an intelligent, user-friendly, light and portable drone that speaks to the everyday content creator and to those looking for their first drone,” said Tee Ang Kuan, Group General Manager of VSTECS Group.

“The introduction of the new class of drones is an exciting opportunity for many Malaysians to enter the aerial photography arena,” he added.

Mavic Mini builds on the technological innovations in DJI’s renowned series of folding Mavic drones, from the original Mavic Pro through Mavic Air and Mavic 2, to pack professional-quality drone features into the lightest possible frame.

That puts Mavic Mini in the safest drone category, which in many areas exempts it from regulations that apply to other, heavier drones.

Despite its small and light body, Mavic Mini’s high-grade camera is capable of capturing compelling footage in high definition, while its new DJI Fly app’s suite of creative features seamlessly transforms photos and videos into professional-quality productions.

In addition to that, its enhanced, stable flight performance provides more opportunities to explore using one of the longest flight times for a drone of its size. Users can unleash their full imagination with Mavic Mini’s exciting accessories, including a DIY Creative Kit and a 360° Propeller Guard for added safety.

Portable and Safe

Mavic Mini is the smallest and lightest DJI drone ever made, and is the perfect creative tool for life’s daily adventures, whether seeing your everyday world from a new perspective or capturing incredible views of your getaways with friends and family.

Mavic Mini incorporates DJI’s renowned safety technology – including geofencing to help drone pilots avoid restricted areas, AeroScope remote identification to help protect sensitive locations, built-in altitude limits, and automatic return to the launch point if the drone loses connection to the controller or reaches critically low battery levels.

Mavic Mini is the first DJI drone to weigh below 250 grams, which aviation regulators around the world consider to be safest category for drone flight. In many countries, drones below 250 grams are considered safe enough to be used in new and exciting ways.

Users should consult their country’s drone laws and regulations to learn more about what they can do there with Mavic Mini.

An Optimal Flight Experience

Created to be the drone for everyone, even those new to drones, Mavic Mini is simple to operate and fly using the dedicated remote controller. The ultra-light design and high-grade motors provide Mavic Mini with up to 30 minutes of flight time, giving users with more time to explore and capture content.

A Wi-Fi transmission signal [1] delivers stable control and an HD live feed for a clear, confident flying experience.

GPS receivers and downward visual sensors detect the ground below Mavic Mini, enabling precise hovering, stable flying and accurate landing both indoors and out.

Quality Content Captured with Ease

Mavic Mini offers pilots the ability to capture high-quality footage including 2.7K video at 30 frames per second, 1080p at 60 frames per second, or 12-megapixel photographs using the 1/2.3-inch sensor. A three-axis motorized gimbal supports and stabilizes the camera, ensuring the footage is smooth and cinematic, making it perfect for sharing on social media.

Advanced Features Created to Inspire

The new DJI Fly app is intuitively designed, simplifying the flying and content capturing experience so that pilots of all skill levels can make the most of Mavic Mini. Dedicated tutorials are included to help new pilots learn about flying, and pre-set editing templates add a new level of creativity to the footage.

New pilots can choose to fly in Position (P) mode for basic operation, more experienced pilots can unlock more capabilities in Sport (S) mode, and content creators can choose CineSmooth (C) mode to lengthen braking time for smoother shots and more cinematic footage.

Pilots can also choose from several pre-programmed flight maneuvers known as QuickShots. Simply tap the desired mode and Mavic Mini will automatically create stunning cinematic content:

  • Rocket – Mavic Mini flies straight up into the air with the camera pointing downward following your subject. Set a height limit of 40, 60, 80, 100, or 120 feet
  • Circle – Mavic Mini will circle around your subject at a constant altitude and distance
  • Dronie – Mavic Mini flies backward and upward, with the camera tracking your subject
  • Set a height limit of 40, 60, 80, 100, or 120 feet
  • Helix – Mavic Mini flies upward and away, spiraling around your subject. Set a height limit of 40, 60, 80, 100, or 120 feet.

Get Creative with New Accessories

Exciting and unique accessories allows pilots to get the most out of their Mavic Mini. Customers can choose from options including:

360° Propeller Guard: Provides a 360° guard around the propellers for added safety.
(1) Mavic Mini Wi-Fi system has a maximum range of 4 km when unobstructed, free of interference, and FCC compliant (2km range, CE compliant).

Maximum flight range specification is a proxy for radio link strength and resilience. Always fly your drone within visual line of sight unless otherwise permitted and check local laws and regulations in the region being operated.

  • Charging Base: Charge and display your Mavic Mini with this unique, illuminated station
  • Propeller Holder: Travel easier with the propeller holder that locks the props into place
  • DIY Creative Kit: Personalize your Mavic Mini with custom stickers or draw your own design
  • Snap Adapter: Attach a toy building brick or a mini LED display to write custom messages
  • Mini Travel Bag: A travel bag that fits your Mavic Mini and the remote controller perfectly
  • Two Way Charging Hub: Charge up to three Mavic Mini batteries or use the charging hub as a power bank.

Detailed information on these accessories can be found here: www.dji.com/mavic-mini

Price and Availability

Mavic Mini is immediately available for pre-order at VSTECS’ resellers and DJI authorized retailers across Malaysia. Mavic Mini will come in two purchase options. The standard package includes Mavic Mini, remote controller, one battery, extra propellers, and all necessary tools and cables for RM1,599.

The Mavic Mini Fly More Combo will include all of the components from the standard version with the addition of a 360° Propeller Cage, Two-Way charging Hub, two additional batteries, three sets of extra propellers, and a carrying case for RM1,999.

Mavic Mini will be shipping to customers in Malaysia starting mid-November 2019. Accessories for Mavic Mini will be available for pre-order at the end of November. For additional information about Mavic Mini and its accessories, visit: www.dji.com/mavic-mini.

Maxis TV Tawar Pas VOD Untuk Filem & Rancangan TV Premium

Pas video-on-demand (VOD) – pilihan fleksibel dengan pas 1 hari, 7 hari dan 30 hari dari hanya RM3 sehari

DALAM era internet berkelajuan tinggi dan telefon pintar, serta penggunaan video-on-demand (VOD) yang semakin popular di seluruh Malaysia, Maxis telah melancarkan MaxisTV, sebuah perkhidmatan hiburan video yang menawarkan kandungan video premium dari filem ke rancangan TV berpatutan dan fleksibel untuk semua.

Platform sehenti ini mudah diakses melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED dan Flex, membolehkan pelanggan memilih untuk menonton apa sahaja, bila-bila dan di mana jua.

Pas VOD bermula dari RM 3/sehari dibundel dengan data dan pilihan kandungan meliputi kegemaran pelanggan termasuk Hollywood, Korea, India, Cina, Indonesia dan Melayu.

Pembelian pas VOD Maxis TV adalah mudah –dengan mengenakan caj ke bil Maxis atau kredit Hotlink anda.

“Rakyat Malaysia memang merupakan Digital Native – mereka suka menonton video dan sukakan pilihan dan fleksibiliti dalam memilih kandungan. Masa depan amat berkait dengan kesalinghubungan konvergen, dan pelan yang disediakan Maxis memberi pengguna kesalinghubungan, kandungan dan keperluan perkhidmatan yang sesuai bagi mereka.

Dengan gaya hidup digital yang terus berkembang, kami membawa pengguna lebih-nilai dan pengalaman peribadi yang tidak dapat ditandingi,” kata Navin Manian, Ketua Pengurusan Pangkalan Pelanggan, Maxis.

Bagi menyampaikan kandungan yang terbaik dan diminati rakyat Malaysia, Maxis bekerjasama dengan penyedia kandungan terbaik di dunia seperti iFlix, Viu, Mubi, Netflix, YuppTV dan banyak lagi untuk menawarkan perkhidmatan ini. Sebagai platform penemuan sehenti, pelanggan boleh menyemak imbas pilihan mereka dengan mudah menerusi aplikasi mudah alih mereka.

Maxis TV menawarkan pas VOD yang fleksibel dengan data percuma untuk penstriman pada harga yang berpatutan:

 

Pas 1-hari Pas 7-hari Pas 3-hari
RM 3/pas
Langganan+
3GB data percuma (1 hari)
RM 7/pas
Langganan
+
5GB data percuma (7-hari)
RM 15/pas
Langganan
+
10GB data percuma (30-hari)

Linde Bekal Oksigen Berpakej Mudah Alih Kepada Sektor Perubatan Dan Hospital

Linde Malaysia (Linde), ahli kumpulan Linde plc, sebuah syarikat gas perindustrian dan kejuruteraan terkemuka di dunia, telah memperluas pembekalan penyelesaian oksigen mudah alih uniknya, CONOXIA®, ke hospital-hospital di wilayah utara Malaysia.

Penyelesaian gas perubatan ini bertujuan untuk meningkatkan penanda aras pengalaman penjagaan pesakit di wilayah utara, aspek yang pasti disambut baik oleh komuniti pesakit tempatan dan pelancong perubatan.

“Kami sukacita untuk menyokong pertumbuhan sektor penjagaan kesihatan Malaysia dengan membekalkan CONOXIA® kepada pelanggan di wilayah utara. Hospital, profesional perubatan dan penjaga pesakit di wilayah utara Malaysia akan menerima kelengkapan yang kukuh dengan jaminan daripada Linde sebagai rakan penyelesaian gas perubatan yang boleh dipercayai, inovatif dan berkualiti, disokong oleh pengalaman selama 60 tahun dalam industri,” kata Pengarah Urusan Linde Malaysia, Anuj Sharma.

Malaysia, khususnya Pulau Pinang, terus mengukuhkan momentum untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan menerusi teknologi inovatif dan amalan terbaik. Ini telah meletakkan pulau mutiara ini di peta global, menarik kunjungan pesakit dari seluruh dunia.

Menurut data daripada Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Malaysia adalah antara destinasi paling kerap dikunjungi bagi pelancongan perubatan, dengan 1.2 juta pelancong perubatan yang mengunjungi Malaysia pada 2018.

Di dalam negara, Pulau Pinang ialah destinasi pelancongan perubatan utama, menjana 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan pelancong perubatan negara. Pada 2017 sahaja, industri penjagaan kesihatan Pulau Pinang memperoleh hasil berjumlah kira-kira RM500 juta (US$165 juta).

“Pulau Pinang terus berkembang maju dalam bidang pelancongan perubatan. Populariti negeri ini dalam industri pelancongan perubatan telah menarik ramai pengunjung untuk mendapatkan rawatan sejajar dengan cita-cita kami menjadikan Pulau Pinang sebuah destinasi pelancongan kesihatan yang ideal.

“Ini dapat dilaksanakan menerusi kerjasama pintar antara sektor swasta dan awam dengan berkongsi ilmu, teknologi dan inovasi. Ini benar-benar meningkatkan daya saing dalam industri penjagaan kesihatan, dan seterusnya membawa manfaat kepada pesakit.

“Saya menggalakkan lebih banyak pihak untuk tampil ke hadapan dan bekerjasama dengan kami menerusi pakatan seperti ini yang pada asasnya memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup sejajar dengan Wawasan 2030 kerajaan negeri Pulau Pinang,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Memahami keperluan sektor penjagaan kesihatan Malaysia yang sentiasa berubah, Linde memanfaatkan pengalaman dan teknologi globalnya yang dinamik untuk membangunkan penyelesaian gas perubatan inovatif yang khusus untuk memenuhi keperluan unik pasaran.

Inovasi yang ditawarkan bagi sektor ini, iaitu CONOXIA®, ialah penyelesaian gas perubatan yang dipakej dalam silinder oksigen mudah alih ringan dengan Injap Bersepadu Linde (LIV®) yang terkini. LIV® ialah sejenis pengawal atur bersepadu yang mengawal aliran oksigen dan membolehkan penjaga memberikan CONOXIA® kepada pesakit dengan mudah dan selamat.

Dengan berat kurang daripada enam kilogram, CONOXIA® merupakan silinder oksigen perubatan paling ringan yang boleh didapati di Malaysia. CONOXIA® bersedia untuk memberikan kemudahan dan penjimatan kos sebagai penyelesaian gas perubatan pilihan bagi ahli profesional kesihatan dalam persekitaran hospital, penyedia perkhidmatan kecemasan dan juga pesakit yang menerima rawatan di rumah.

Pelancaran CONOXIA® membolehkan hospital di wilayah utara memanfaatkan rantaian bekalan serba lengkap Linde, daripada pengeluaran, kawalan kualiti, pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran – yang mematuhi piawaian farmaseutikal, menjamin kualiti dan kebolehpercayaan gas, serta keselamatan pesakit.

“Sesungguhnya semua orang boleh memainkan peranan untuk membantu sektor penjagaan kesihatan berkembang maju sejajar dengan piawaian global. Linde sedia dan sukacita untuk menyumbang pengalaman global, amalan terbaik dan teknologi kami kepada sektor penjagaan kesihatan di Malaysia dalam usahanya untuk melangkah lebih jauh menyediakan penjagaan perubatan bertaraf dunia,” kata Sharma.

Linde telah mengumumkan pelancaran CONOXIA® secara rasmi di wilayah utara di Hospital Adventist Pulau Pinang, Georgetown, sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

AirAsia Terima Sijil Blue Ribbon Beyond

AirAsia menerima dua pensijilan utama Blue Ribbon dari Kementerian Kesihatan Malaysia, sebagai pengiktirafan terhadap usaha syarikat tersebut untuk menggalakkan dan memperkasakan Allstars dan para tetamu dalam mewujudkan persekitaran bebas asap rokok dan membantu mereka berhenti merokok.

AirAsia menerima dua pengiktirafan iaitu Anugerah Pencapaian Cemerlang Blue Ribbon yang dibentangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes sebagai individu yang mengetuai persekitaran bebas asap rokok di AirAsia dan pensijilan Blue Ribbon Beyond yang diberikan kepada ibu pejabat global AirAsia, RedQ sebagai sebuah bangunan 100% bebas asap rokok.

(Kedua dari kiri) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyampaikan Anugerah Pencapaian Cemerlang Blue Ribbon kepada Tan Sri Tony Fernandes di RedQ, hari ini

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini telah menyampaikan Anugerah Pencapaian Cemerlang Blue Ribbon kepada Tan Sri Tony Fernandes di RedQ, manakala Pensijilan Blue Ribbon akan diterima dalam acara dikendalikan Kementerian Kesihatan pada 22 November 2019.

Antara usaha-usaha bebas merokok yang dilakukan oleh AirAsia adalah dengan menghentikan segera penjualan rokok bebas cukai di atas semua penerbangan dan laman web, dan juga pelaksanaan persekitaran yang bebas asap rokok di seluruh 120 pejabat dan stesen di seluruh rantau Asia Pasifik.

AirAsia juga menyediakan program bantuan kesihatan untuk menyokong para Allstars untuk berhenti merokok.

Tony berkata, “Akses kepada penjagaan kesihatan yang berpatutan selalu menjadi impian saya, tetapi untuk mencapai impian tersebut, kita harus mengambil langkah untuk menjaga diri kita sendiri.

“Ini termasuk mengekalkan perilaku yang sihat dan mengawal diri dari tabiat seperti merokok dan menggunakan vape.

“Saya sangat berbangga menerima kedua-dua anugerah iaitu Anugerah Pencapaian Cemerlang Blue Ribbon dan Blue Ribbon Beyond seiring dengan menyokong inisiatif Kementerian Kesihatan dan berharap untuk melaksanakan segala kemampuan yang kami peroleh untuk membantu para Allstars dan tetamu kami untuk kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia,” katanya.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, “Kami gembira kerana AirAsia telah mengambil langkah untuk menjalankan inisiatif penting ini dan mengucapkan tahniah kepada mereka kerana diberikan pensijilan Blue Ribbon Beyond ini.

“Usaha-usaha seperti ini akan membolehkan kita mendidik orang ramai tentang manfaat kesihatan terhadap persekitaran yang bebas asap rokok. Saya juga menggalakkan organisasi-organisasi yang lain untuk menyertai AirAsia dalam usaha seperti ini bagi mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk Malaysia.”

Rakan kerjasama Kementerian Kesihatan, termasuk badan profesional dan organisasi swasta di bawah program mQuit, juga turut hadir di RedQ pada hari ini untuk menyediakan kepada para AirAsia Allstars perkhidmatan klinik berhenti merokok, kaunseling dan rujukan, pemeriksaan pergigian dan juga bahan bermaklumat.

Kempen Blue Ribbon secara rasminya diperkenalkan pada tahun 2012 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mengiktiraf serta menghargai sumbangan pihak individu, kumpulan, organisasi dan agensi-agensi kerajaan yang telah menyumbang kepada Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau.

Kempen ini dilaksanakan oleh Badan Berkanun Kementerian Kesihatan Malaysia, MySihat. Anugerah Pencapaian Cemerlang Blue Ribbon dianugerahkan kepada individu yang telah membuat sumbangan penting dalam memulakan dan menyumbang kepada persekitaran bebas asap rokok.

Pensijilan Blue Ribbon Beyond diberikan kepada organisasi yang berada di bawah bidang yang diwartakan bebas merokok, dan yang memenuhi serta melebihi jangkaan keperluan kempen Kementerian Kesihatan Malaysia.

Exclusive Deals From Peugeot Malaysia For 3008 And 5008 SUV Plus

Nasim Sdn Bhd, the official distributor of Peugeot vehicles in Malaysia, is giving carbuyers more reasons to step up into the world of premium SUVs with its unbelievable year-end promotion!

For those looking to upgrade their cars in conjunction with the year-end holiday season, this is the ideal time and opportunity to drive home the award winning Peugeot 3008 and 5008 SUV Plus!

From now until 31 st December 2019, customers can trade in their cars and get up to RM 10,000 extra from their current vehicle’s appraised value. Additionally, customers who purchase the Peugeot 3008 or 5008 SUV Plus will be entitled to a 3-year free maintenance service which includes parts and labour charges.

Customers can also inquire for a special ownership financing with Affin Bank that allows them to own the SUVs from as low as RM1,300 per month!

Both SUV Plus models features the signature Peugeot i-Cockpit which maximizes the driver’s engagement through its minimalist design, unrivalled safety features such as Active Lane Departure Warning and Correction, Driver Attention Alert, and Blindspot monitoring Information, and design language that would capture the attention of others!

The Peugeot 3008 SUV has achieved outstanding successes in Europe and other continents winning numerous awards worldwide which include the ‘2017 Car of the Year’ in Geneva. It is the fifth PEUGEOT to win ‘Car of the Year’ and the first SUV honoured in the history of the COTY prize.

The Peugeot 5008 SUV is no less popular. It has also won numerous awards, thanks to its controlled dimensions, spacious interior and smart features. It represents a unique offer on the large 7-seater C-SUV segment. The ideal car for families, it is more stylish than most of the cars in its class.

Drop by at Peugeot outlets nationwide to check out and take advantage of this year-end promotional package. Don’t miss out the chance to experience what the best in the business has to offer.

All Peugeot models come with 5 years Peace Of Mind Warranty or 120,000km (whichever comes first)* together with Nasim’s 24-hour Peugeot Assistance service*, complimentary access to the award-winning Peugeot Lounge at Subang Airport* and Peugeot Privilege membership, all to provide the best ownership experience for its customers.

* Terms and conditions apply.

Post Menarik