KPJ Sentosa KL Specialist Hospital telah mengagihkan 500 bekas bubur lambuk kepada kakitangan hospital, orang awam dan barisan harapan negara sempena bulan Ramadhan.
Anjuran ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial hospital kepada barisan hadapan negara.
Ini merupakan anjuran tahun ketiga dan merupakan tradisi hospital setiap kali menjelang bulan Ramadhan.
Bubur Lambuk diagihkan di sekitar Kampung Baru, Titiwangsa dan Sentul. Dengan slogan, dari frontliner kepada frontliner digunakan memandangkan situasi negara yang berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web kpjsentosa.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Instagram