Utama Blog Halaman 805

Tambang Serendah RM18* Sempena Ulang Tahun Ke-18 AirAsia

AirAsia meraikan ulang tahun ke-18 dengan promosi istimewa yang menawarkan tambang dari hanya RM18* sehala dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan, Langkawi, Miri, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan banyak lagi.

Selaras dengan transformasi kami ke arah menjadi platform perjalanan dan gaya hidup, sambutan ini tidak terhad kepada jualan tiket penerbangan sahaja, malah juga untuk hotel, aktiviti, tawaran dan banyak lagi di airasia.com.

Butiran penting Jualan Ulang Tahun ke-18

  • SNAP : Penerbangan pergi dan balik + Pakej 3H2M dari RM299* seorang
  • AKTIVITI : Diskaun 18% untuk semua aktiviti darat bagi 500 transaksi pertama dengan kod promo AA18BD
  • TAWARAN : Diskaun 18% untuk Tawaran Gabungan AirAsia termasuk makanan dan minuman, kecantikan & perkhidmatan di Kuala Lumpur.
  • BAGASI : Diskaun 8% untuk semua pilihan bagasi tambahan**
  • HOTEL : Diskaun 5% untuk tempahan hotel dengan kod promo 18BDAY
  • INSURAN : Diskaun 8% untuk pelan lengkap***

Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Karen Chan berkata, “AirAsia telah beroperasi selama 18 tahun yang menakjubkan, dan sepanjang masa ini kami telah menjadikan Asean lebih kecil dan membolehkan ratusan juta orang untuk terbang, majoriti daripada mereka terbang buat kali pertama.

Ini kerana kami berpegang teguh kepada janji kami untuk menawarkan tambang rendah. Setelah menghampiri dua dekad kami beroperasi, kami kini menawarkan lebih dari penerbangan dan juga termasuk tawaran perjalanan dan gaya hidup untuk anda, para tetamu kami. Terima kasih.”

Tambang istimewa ini boleh didapati di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 25 November 2019 (0001h GMT +8) hingga 1 Disember 2019 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 27 April 2020 dan 1 Mac 2021.

Sejak penubuhannya pada tahun 2001, AirAsia telah menjadi salah satu kumpulan syarikat penerbangan terbesar di dunia, dengan lebih 600 juta tetamu diterbangkan dan lebih daripada 150 destinasi di seluruh Asia Pasifik dalam rangkaiannya.

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

* Tambang keseluruhan termasuk cukai dan yuran.
** Tidak termasuk untuk AirAsia Japan dan penerbangan ke Amerika Syarikat
*** Promosi ini hanya tertakluk kepada pelan komprehensif untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia dan Thailand. Tune Protect Travel – AirAsia dijamin oleh rakan insurans tempatan bergantung kepada negara pelepasan pertama anda. Tidak terpakai bagi (penerbangan keluar ke) Amerika Syarikat, Korea, Taiwan dan Arab Saudi. Tertakluk pada terma dan syarat.

Era Baru AirAsia Dengan Pesawat Airbus A321neo

AirAsia secara rasmi menyambut rangkaian pesawat lorong tunggalnya yang baharu dengan ketibaan pesawat Airbus A321neo pertamanya, yang bakal menawarkan kecekapan dan kapasiti lebih tinggi bagi kumpulan syarikat penerbangan ini.

Pesawat itu adalah pertama daripada 353 buah pesawat A321neo yang ditempah oleh Kumpulan AirAsia dan akan menggantikan pesawat A320 dan A320neo sedia ada secara berperingkat di seluruh rangkaiannya meliputi Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India dan Jepun.

Ia juga merupakan pesawat A321neo pertama beroperasi di Malaysia.

Dengan 236 tempat duduk – peningkatan kapasiti sebanyak 27% berbanding pesawat A320 (180 tempat duduk) dan A320neo (186 tempat duduk) – A321neo akan membolehkan AirAsia memenuhi permintaan lebih tinggi di seluruh rangkaiannya dengan kecekapan operasi ketara dan membuka peluang untuk meneroka destinasi baharu, dengan lebih 10% penjimatan bahan api.

Sebagai permulaan, pesawat tersebut akan beroperasi dari hab Kuala Lumpur ke bandar-bandar di seluruh Asia, dengan destinasi pertama termasuk Kuching, Kota Kinabalu, Singapura, Bangkok dan Shenzhen.

Pesawat baharu dengan nombor pendaftaran 9M-VAA disambut oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi bersama-sama pihak pengurusan AirAsia lain di sebuah acara khas yang diadakan di Sepang Aircraft Engineering (SAE) di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Kami berbangga untuk mengalu-alukan pesawat A321neo pertama yang akan menjadi tulang belakang baharu bagi operasi masa hadapan kami.

“Pesawat baharu ini akan beroperasi ke laluan popular, menawarkan peluang pertumbuhan di pasaran baharu serta menambah kapasiti di pasaran sedia ada, terutamanya di mana terdapat kekangan pengembangan berikutan infrastruktur dan ketersediaan slot terhad.

“Tahun lalu, AirAsia menerbangkan lebih 90 juta tetamu dan kini, dengan kecekapan operasi yang lebih baik dan 50 tempat duduk tambahan pada setiap pesawat, AirAsia boleh membawa lebih ramai orang dengan kos lebih rendah. Apabila kos kami dapat dikurangkan, kami boleh menyalurkan sebarang penjimatan kepada para tetamu dalam bentuk tambang lebih rendah.

“Pesawat canggih dan moden ini akan membolehkan AirAsia untuk terus meningkatkan hubungan udara ke dan dari Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020, dan pada masa sama menawarkan lebih banyak peluang untuk pelancongan, perniagaan dan perdagangan selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya.

Sementara itu, Mohamaddin berkata, “Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 yang semakin hampir, kehadiran pesawat Airbus A321neo ke Malaysia adalah berita baik.

“AirAsia telah banyak menyumbang ke arah pertumbuhan sektor pelancongan di Malaysia, dan dengan penambahan pesawat Airbus A321neo ke dalam rangkaian AirAsia, ia akan meningkatkan kapasiti dengan tambahan 50 tempat duduk berbanding pesawat Airbus A320neo yang kini digunakan AirAsia, serta membolehkan lebih ramai orang terbang ke Malaysia dan merasai pengalaman yang kami tawarkan.”

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AirAsia atas usaha terbaharu mereka ini, kerana ia secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kemasukan pelancong asing ke negara ini terutama dari rantau Asia Tenggara,” katanya.

Awal tahun ini, AirAsia telah menukar sebanyak 253 tempahan untuk A320neo kepada versi A321neo yang lebih besar dengan jumlah 353 buah pesawat dalam pesanan, menjadikan AirAsia salah satu pelanggan terbesar di dunia bagi A321neo.

A321neo merupakan model terlaris daripada keluarga Airbus A320 yang menggabungkan teknologi terkini, seperti enjin generasi baharu dan Sharklets yang mampu menjimatkan penggunaan bahan api lebih daripada 10%.

Kumpulan AirAsia beroperasi menggunakan pesawat jenis Airbus dari habnya di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India dan Jepun.

AirAsia Kini Terbang Ke Narita, Tokyo

Penerbangan AirAsia berlepas dari Kuala Lumpur ke Tokyo Narita lengkap dengan hubungan Wi-Fi terpantas yang pertama bagi pesawat A330 bagi meraikan acara ini.

Penerbangan empat kali seminggu ini akan menawarkan lebih daripada 150,000 tempat duduk pelawat tambahan setahun menerusi Lapangan Terbang Narita, sekali gus meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Olimpik Tokyo 2020.

Penerbangan sulung D7552 berlepas tepat pada 0015 tengah malam selepas sambutan pelepasan bersama para tetamu oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail dan AirAsia Fun Team di klia2.

Benyamin Ismail berkata, “Kami sangat berbangga dapat memberi lebih banyak pilihan bagi para tetamu untuk ke Tokyo, Jepun, dengan penerbangan empat kali seminggu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, melengkapkan perkhidmatan sedia ada kami ke Haneda Tokyo.

Perkhidmatan baharu ini adalah bukti terhadap komitmen kami bagi memperkukuhkan perkembangan kami di Jepun dan kami yakin laluan ini akan mendapat sambutan terutama bagi para tetamu kami yang meneroka Tokyo dan daerah sekitar di Tohoku.”

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak lapangan terbang, badan pelancongan, kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang merealisasikan laluan ini.”

Penerbangan sulung ke Tokyo Narita ini menggunakan pesawat AirAsia A330 yang pertama dilengkapi perkhidmatan AirAsia WiFi yang membolehkan para tetamu melayari video dan berhubung serta terus mengemas kini laman media sosial mereka dari paras 35,000 kaki di awan biru. Ahli BIG dalam penerbangan sulung ini diberi akses pelan internet 10MB percuma.

AirAsia menawarkan tambang termasuk semua dari RM539* bagi tempat duduk standard dan RM1499* bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anurgerah bagi laluan Kuala Lumpur – Tokyo Narita.

Tambang tersedia di airasia.com atau menerusi aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 24 November 2019, bagi penerbangan hingga 28 Mac 2020.

AirAsia X adalah kumpulan syarikat penerbangan terbesar dalam sektor tambang rendah jarak jauh di Jepun, beroperasi hampir 110 penerbangan seminggu termasuk 12 laluan antarabangsa dan domestik Jepun.

KFC Hot & Cheezy Kembali

Musim perayaan dan cuti panjang kini telah tiba dan KFC tampil untuk memeriahkan lagi suasana dengan mengembalikan hidangan lazat kegemaran ramai iaitu KFC Hot & Cheezy!

Menampilkan gabungan sempurna di antara ayam goreng Hot & Spicy dilimpahi keenakan sos keju Romano, menghasilkan citarasa yang bakal menggamit selera anda.

Para pencinta keju dapat menikmati keenakan hidangan ini di dalam dua pilihan lazat – set ayam goreng Hot & Spicy dan burger Zinger. KFC Hot & Cheezy Burger disempurnakan dengan limpahan sos keju Romano bersama kerangupan kepingan nachos berkeju.

“KFC Hot & Cheezy ini dibawakan kembali istimewa sempena musim cuti dan perayaan ini. Kami terharu dengan sambutan hangat yang diterima ketika mula diperkenalkan pada empat tahun lalu dan amat teruja untuk membawakannya kembali di atas permintaan ramai.

Tiada yang lebih menggembirakan di musim perayaan ini selain daripada berkongsi hidangan lazat bersama keluarga dan teman-teman. Semoga semua penggemar KFC dapat meraikan kemeriahan sambutan akhir tahun ini bersama kenikmatan hidangan berkeju ini, di samping promosi istimewa Holiday Bucket kami,” kata Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran, KFC Malaysia.

Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati promosi KFC Holiday Bucket Bersama hidangan sampingan terbaharu iaitu Keledek Goreng Gula Salji KFC. Keledek import berhiris wafel ini digoreng dan ditabur dengan gula aising bagi menampilkan kerangupan dan kemanisan yang tersendiri.

Dapatkan Keledek Goreng Gula Salji terbaharu ini dengan setiap pembelian set KFC Holiday Bucket, atau secara a la carte daripada hanya RM5.50. KFC Hot & Cheezy boleh didapati dalam set kombo 2 ketul atau 3 ketul ayam, kombo Hot & Cheezy Burger, atau hidangan Box Meal. Hidangan Box Meal dilengkapi dengan burger KFC Hot & Cheezy, seketul ayam, hidangan sampingan berserta minuman.

Promosi ini hanya sah buat masa terhad. Jadi lawati restoran KFC berhampiran anda hari ini, atau pilih kemudahan ‘self-collect’, mahupun khidmat penghantaran dengan memesan menerusi aplikasi KFC atau KFC.com.my!

Get 4 Months Ad-Free YouTube With Samsung Galaxy Note 10

Good news to Samsung Galaxy users! If you purchase and activate any Samsung Galaxy device from 20th February 2019 until 29th February 2020, you are eligible to get up to 4-months YouTube Premium access for FREE!

FREE 4 months of YouTube Premium

for Galaxy S10e|S10|S10+, Galaxy Note10|10+, Galaxy Tab S5e, Galaxy Tab S6

FREE 2 months of YouTube Premium

for all other Galaxy devices purchased and activated after 19th February 2019 until 29th February 2020

 

With YouTube Premium, you can now enjoy your favourite videos without ad interruption and download YouTube Videos to be watched on-the-go, even without signal. Moreover, you’d also be able to play videos in the background of your Samsung Galaxy device when your screen is locked, or even while multitasking.

Wondering how to redeem YouTube Premium offered by Samsung? Just follow the steps below:

1)       Open the YouTube app on your Samsung Galaxy device and go to Account

2)       Click on Get YouTube Premium

3)       Click on Try it For Free

4)       Complete your purchase

5)       And finally, enjoy your YouTube videos and music without interruption

To find out more information about the Samsung x YouTube Premium offer, please visit https://www.youtube.com/premium/samsung.

Samsung Collaborates With Universiti Malaya To Enable The Future Generation Of Malaysia

Samsung’s commitment to “Enabling People” is not just an ambition – it is a brand promise to continuously help people fulfil their true potential for a better future, and what better way to keep that promise than by empowering the next generation?

At its core, Samsung is committed to building a world that provides greater access to education opportunities for youth.

Malaysia places great importance on education as a means of becoming a developed nation to meet the challenges and demands of a STEM-driven economy by 2020. By promoting Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) subjects among students, the government aims to prepare these students to fulfil the employment needs of the industries that fuel the Malaysian economy.

In line with the government’s goal, Samsung Malaysia Electronics is teaming up with Universiti Malaya’s (UM) STEM Centre to provide STEM students a wider variety of engaging learning opportunities through interactive devices that ignites creativity, curiosity and innovative thinking.

Sharing the same objective to strengthen Malaysian students’ interest in STEM education, Samsung is supporting UM by equipping its STEM Learning Space with Samsung Galaxy Tablets and a Smart TV to better facilitate STEM trainings and activities.

“We are living in an age of ultra-connectivity emerging from the Fourth Industrial Revolution. Thus, it is critical to educate and nurture our youth with ample potential. At Samsung, we always strive to develop the capabilities of young generation, so I hope that through this initiative, Samsung’s technology will empower the students to be innovative, intelligently connected and qualified to thrive in a technology-driven future,” said Yoonsoo Kim, President of Samsung Malaysia Electronics.

The UM STEM Learning Space was not only designed to provide innovative and interactive learning in STEM activities, the space is also an initiative to inspire the involvement of educators, researchers, students, industries, and local communities to engage in STEM education.

Working closely with the National STEM Movement, UM STEM Centre encourages the implementation of STEM programmes in Higher Education Institutions (HEIs) and schools to ensure that STEM education is well received by students.

“On behalf of everyone at UM STEM Centre, I would like to thank Samsung Malaysia Electronics for turning this space into a Smart STEM Learning Space. By leveraging Samsung’s technology, we are certain that it will further enhance the teaching and learning experiences in STEM-related programmes to motivate and prepare the students for STEM careers,” said Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar, Head of UM STEM Centre.

The Mitsubishi Triton 4×4 Adventure At Linear Park, Desa Tebrau, Johor Bahru

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), the official distributor of Mitsubishi vehicles in Malaysia, brings you the Mitsubishi Triton 4×4 Adventure!

The event took place from 23 -24 November 2019, at Linear Park, Desa Tebrau, Johor Bahru from 10.00am to 8.00pm.

Participants to the event can test drive a few obstacle courses, all designed to thrill! The Devil’s Angle will see participants go on a hill slope to understand the Hill Descent Control function on the new Triton.

Another stirring course is the muddy terrain, which is specially designed to test Mitsubishi Motors Super-Select 4WD II system and off-road mode. Last but not least, participants are encouraged to test the new Triton on the Log and Roll course to experience the superior suspension and overall cabin comfort of the new Triton.

Visitors to the Triton 4×4 Adventure event can also take part in the Mitsubishi Agility Challenge to test the handling of the new Triton. To win, participants are required to complete obstacle courses featuring slalom, sharp cornering, maneuvering test, and complete a parking challenge in a tight space and to complete it within the shortest time.

Customers who book and register a new Mitsubishi Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium and Triton VGT MT Premium can choose to either enjoy interest rate of up to 0.88% with Maybank or Public Bank hire purchase only, OR cash rebates. These promotions are valid from now until 31 December 2019.

Celcom, Maxis Setuju Terokai Perkongsian Infrastruktur 5G Di Malaysia

Celcom dan Maxis menandatangani MoU untuk menerokai perkongsian Rangkaian Akses Radio 5G aktif yang pertama di Malaysia

CELCOM Axiata Bhd (Celcom) dan Maxis Berhad (Maxis) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menerokai potensi kerjasama bagi penggunaan infrastruktur 5G Malaysia yang cekap, seterusnya menyokong pembangunan ekosistem digital negara.

Kerjasama tersebut juga akan membolehkan kedua-dua syarikat telekomunikasi tersebut menerokai peluang perniagaan dalam bidang strategik utama 5G, bagi menyampaikan inovasi 5G yang terbaik untuk memberi manfaat kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia, sebaik sahaja spektrum yang diperlukan tersedia.

Menandatangani MoU bagi pihak Celcom ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Idham Nawawi, dan Ketua Strategi dan Pegawai Penciptaan Nilai, Muniff Kamaruddin. Sementara itu, Maxis diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Gokhan Ogut, dan Ketua Teknologi dan Pegawai Informasi Morten Bangsgaard.

Idham Nawawi berkata, pihaknya percaya bahawa kolaborasi adalah penting untuk industri melangkah ke hadapan, dan kerjasama dengan Maxis untuk menerokai pengunaan 5G yang lebih teratur di Malaysia adalah sesuatu yang mengujakan.

“5G adalah evolusi seterusnya yang akan mengubah cara kita bekerja, hidup dan bermain. Ia akan membolehkan pengalaman pengguna yang lebih baik serta mewujudkan peluang-peluang baru untuk pengguna, pelajar, Kerajaan dan juga perniagaan,” katanya.

“Potensi kerjasama kami akan membuka jalan bagi penyampaian rangkaian 5G bertaraf dunia di samping rangkaian 4G dan 3G/2G yang sedia ada, kepada setiap rakyat Malaysia, seterusnya menyerlahkan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar digital dalam era IR4.0.” Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis:

“Kami mengalu-alukan idea untuk bekerjasama dengan Celcom untuk perkongsian rangkaian 5G. Buat masa ini, kami sudahpun berkongsi menara, fiber dan bekerjasama dalam menyediakan kesalinghubungan untuk kawasan luar bandar dan projek USP.

“Ini membantu kami menjimatkan sumber dan mempercepatkan pelancaran. Manakala dengan perkongsian rangkaian 5G ini pula, ia memberi peluang kepada kami untuk memberikan lebih banyak nilai kepada pelanggan kami. Kerjasama industri seperti ini penting dalam menyokong cita-cita Malaysia dalam memacu ekonomi digital.” katanya.

Pasukan Proton R3 Juara Dan Naib Juara Sepang 1000km

Kemenangan tiga tahun berturut-turut dan yang kelima secara keseluruhan menjadikan Proton pengeluar terbaik

PASUKAN Proton R3 (R3) menamatkan musim 2019 dengan jayanya apabila memenangi perlumbaan Sepang 1000km (S1K) untuk tiga tahun berturut-turut.

Proton Iriz 2019 yang dipandu oleh Mitchell Cheah dan Fariqe Hairuman menguasai perlumbaan walaupun dalam keadaan yang mencabar di mana kereta keselamatan (safety car) perlu di bawa ke litar perlumbaan untuk keselamatan pelumba-pelumba memandangkan keadaan cuaca yang buruk.

Berikutan itu, perlumbaan hanya berakhir selepas sembilan jam dan bukannya 181 pusingan seperti yang dijadualkan. Kegembiraan bertambah untuk pasukan R3 apabila Proton Saga 2019 yang dipandu Syafiq Ali dan Admi Shahrul dinobatkan di kedudukan kedua.

Dengan kemenangan untuk tiga kali berturut-turut serta yang kelima secara keseluruhan perlumbaan S1K, Proton menjadi syarikat pengeluar paling berjaya dalam sejarah acara itu. Rekod itu membuktikan kebolehan, pengendalian dan prestasi kereta Proton serta kemahiran, keprofesionalan serta kerjasama yang dipamerkan oleh pasukan R3 sebagai pasukan perlumbaan terkemuka di Malaysia.

“Untuk berjaya di dalam perlumbaan permotoran memerlukan gabungan beberapa faktor. Sebagai contoh, pengeluar kereta perlu memilih model-model yang bersesuaian untuk perlumbaan tersebut. Meskipun model yang sesuai telah dikenalpasti, masih sukar untuk memperoleh kejayaan di mana kereta-kereta tersebut perlu dibangunkan dan dinaik taraf serta keperluan kemahiran pasukan perlumbaan, bermula dari juruteknik sehinggalah kepada pemandu, juga perlu diambil kira.

“Ini semua memerlukan pelaburan dari segi masa serta kewangan dan kejayaan PROTON dalam bidang permotoran adalah bukti pelaburan yang dikeluarkan untuk pasukan R3 merupakan langkah yang bijak,” kata Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Terdapat tiga penyertaan dari pasukan Proton R3 bagi perlumbaan S1K pada tahun ini dan kereta ketiga terdiri daripada pasukan wanita. Nurul Husna dan Faye Kusairi dipilih melalui peraduan Pencarian Pemandu Wanita MSF-R3 yang memberi peluang kepada pelumba-pelumba wanita yang bercita-cita untuk bersaing di dalam perlumbaan S1K.

Pemandu utama pasukan itu ialah Leona Chin, merupakan pelumba wanita terpantas di Malaysia. Isu teknikal yang berlaku semasa pusingan kelayakan membuatkan pasukan Proton Saga 2019 memulakan perlumbaan di kedudukan ke-26.

Walaupun begitu, pelumba-pelumba wanita tersebut mempamerkan kemahiran dan semangat mereka yang luar biasa di mana akhirnya mereka menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh secara keseluruhan dan yang pertama di kalangan semua pemandu wanita.

Sembilan Pelajar Tajaan Yayasan Peneraju Diiktiraf Antara Terbaik Di Dunia Dalam CFA® Dan FRM®

Bakat tempatan sekali lagi membuktikan kewibawaan mereka apabila sembilan pelajar tajaan Yayasan Peneraju mengungguli kedudukan 10 peratus terbaik dunia dalam peperiksaan Penganalisis Kewangan bertauliah “Certified Financial Analyst” (CFA®)  dan Pengurus Risiko Kewangan “Financial Risk Manager” (FRM®).

Pencapaian ini menyusul selepas 29 pelajar program Perakaunan Profesional Yayasan Peneraju menduduki tempat pertama di dunia menerusi anugerah CAT / ACCA World Prize Winner baru-baru ini.

Yayasan Peneraju hari ini meraikan 19 pelajarnya yang telah menamatkan pengajian dalam CFA® dan FRM® pada tahun 2019 pada majlis penyampaian sijil yang diadakan sempena Persidangan Peneraju Professional Kewangan, Perbankan & Pelaburan (FBI).

Persidangan itu dirasmikan oleh Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin,Timbalan Ketua Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Program CFA® dan FRM® yang diiktiraf di peringkat global ini dikenalpasti antara kerjaya yang mendapat permintaan tinggi terutama di sektor perkhidmatan kewangan dan pelaburan yang merupakan antara industri yang sedang pesat berkembang.

Pemangku Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju Mohd Ariff Ithnin berkata pada tahun ini yayasan menyasarkan untuk melahirkan seramai 100 pemegang CFA dan 100 pemegang FRM bagi merapatkan jurang bilangan bakat tempatan yang menceburi kerjaya itu di Malaysia yang mana ia sememangnya diperlukan bagi meletakkan negara ini setanding dengan negara-negara maju.

Setakat ini, Yayasan Peneraju telah melahirkan hampir 400 pemegang pensijilan profesional tersebut.

“Malaysia kini menuju ke arah negara maju, namun negara berdepan cabaran kekurangan bakat untuk menyumbang dalam ekonomi berpendapatan tinggi di mana ia menjadi pra-syarat untuk semua negara maju,” katanya.

Pada masa sekarang, Malaysia mempunyai seramai 869 pemegang CFA® dan 170 pemegang pensijilan FRM® berdaftar berbanding Singapura yang mempunyai seramai 4,000 dan 850 pemegang kelayakan sama.

Walaubagaimanapun, Mohd Ariff berkata penyertaan Bumiputera dalam kerjaya berimpak tinggi ini masih kecil di mana pemegang CFA® dan FRM® bertauliah Bumiputera di Malaysia masing-masing hanya mencatatkan seramai 115 dan 15 orang.

“Meskipun demikian, persoalan utama adalah sama ada para profesional CFA® dan FRM® kita bersedia untuk menyumbang kepada Revolusi Perindustrian atau IR4.0,” katanya.

Selain itu, kita juga mahu melihat bagaimana Yayasan Peneraju dapat menyumbang ke arah melahirkan profesional yang bersedia untuk menyumbang kepada IR4.0.

Beliau menambah banyak yang telah diperkatakan tentang isu-isu yang berkaitan dengan perkhidmatan kewangan. IR4.0 adalah mengenai penggunaan kecerdasan buatan, robotik, genomik dan proses, reka bentuk kreatif dan keupayaan pengkomputeran berkelajuan tinggi untuk merevolusikan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan.

IR4.0 juga memberi kesan kepada sektor kewangan. Sektor kewangan suatu ketika dahulu dikaitkan dengan pembiayaan bagi tujuan perdagangan dan pembiayaan kepada kerajaan bagi tujuan peperangan. Namun hari ini di era revolusi, sektor kewangan menjanjikan perbezaan yang kita tidak dapat bayangkan pada era terdahulu.

Ia dibuktikan menerusi kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini oleh Institut Analisis Kewangan Bertauliah yang menunjukkan bahawa 54% pelabur institusi dan 38% pelabur runcit yang dikaji percaya bahawa terdapat kemungkinan berlakunya krisis kewangan dalam tempoh satu hingga tiga tahun akan datang.

Mohd Ariff menambah rantaian nilai pelaburan juga berubah, dicetuskan oleh peraturan, teknologi baru dan revolusi digital. Hasil daripada perubahan ini, terdapat bahagian-bahagian tertentu dalam ekosistem jualan di mana penyatuan sedang berlaku.

Firma yang ingin mendapat pulangan ke atas aset yang berbeza, memerlukan penyelesaian yang dapat menyatukan pelbagai kelas aset dan mengendalikan pelbagai strategi.

Teknologi baru seperti AI dan data raya memberikan penyelesaian terbaik bagi memenuhi keperluan ini. Pada persidangan itu, pakar industri dan pelaburan akan membincangkan isu ini dalam sesi dialog meja bulat.

Antara yang mengambil bahagian termasuk Iwan Zakwan Zakaria, Pengarah Urusan, BlackRock Ltd, dan Justin Ong, Rakan kongsi Deloitte South East Asia dan Presiden CFA Society Malaysia.

Persidangan Peneraju Profesional FBI 2019 dianjur oleh Yayasan Peneraju dengan kerjasama Efficient Frontier Consulting Sdn Bhd dan dihadiri oleh 230 peserta merangkumi pelajar tajaan CFA® dan FRM® Yayasan Peneraju, mentor dan bakal calon CFA® dan FRM® dari pelbagai institusi.

Post Menarik