Ditawarkan pada harga RM996, Pelan Percubaan 1 Bulan Renault Subscription kini lebih mampu milik dan mudah diakses.

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault mengumumkan Pelan Percubaan 1 Bulan Renault Subscription dan Kempen Sanitasi Renault bagi menawarkan lebih fleksibiliti, mampu milik dan selamat dalam tempoh yang tidak menentu ini.

Pada harga RM996, Pelan Percubaan 1 Bulan Renault Subscription kini lebih mudah diakses oleh pelanggan yang mengutamakan kos dan tidak mahu berada dalam komitmen jangka panjang.

Untuk tempoh terhad, pelanggan yang menempah Pelan Percubaan 1 Bulan boleh berjimat sehingga 35 peratus lagi menerusi promosi ‘Renault Easy Raya’.

Bukan itu sahaja, dengan penularan wabak COVID-19 sekarang, TCEC juga mengadakan
Kempen Sanitasi Renault untuk memberi ketenangan minda kepada semua pelanggan
Renault.

“Impak Perintah Kawalan Pergerakan (MCO dan COVID-19 akan berterusan buat beberapa ketika. Di TCEC, kami akan memastikan kos tetap berpatutan dan keselamatan menjadi keutamaan buat seluruh rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars, Wong Hoe Mun.

“Pelan Percubaan 1 Bulan Renault Subscription baharu ini merupakan satu pilihan terbaik
untuk mereka yang mahukan pelan kurang satu tahun. Tetapi lebih dari satu minggu
melalui pelan percubaan tujuh hari kami.

Pelanggan juga tidak perlu bimbang tentang keselamatan dan kesihatan mereka kerana adanya Kempen Sanitasi Renault ini,” katanya.

Lebih mampu milik dan fleksibel dengan kos yang menyeluruh Pelan Percubaan 1 Bulan merupakan lanjutan daripada tawaran Renault Subscription sedia ada bagi memenuhi keperluan lebih ramai pelanggan yang bimbang tentang kos.

Di samping mahukan fleksibiliti dan kemudahan jangka pendek, terutama selepas tempoh
PKP.

Pelan ini menawarkan Captur terpakai yang berusia tidak lebih dua tahun dan sudah melepasi pemeriksaan ketat bagi memenuhi standard kualiti serta keselamatan Renault.

Pelanggan Pelan Percubaan 1 Bulan Renault Subscription perlu membuat bayaran
pendahuluan sebanyak RM996, yuran tempahan atau deposit sekuriti bagaimanapun tidak
diperlukan.

Yuran itu merangkumi cukai jalan, servis biasa, perbatuan tanpa had dan tidak memerlukan deposit sekuriti. Lebih penting lagi, pelanggan Pelan Percubaan 1 Bulan boleh memilih untuk menggunakan langganan mereka dalam tempoh blok satu minggu berdasarkan kepada keperluan.

Ini menjadikannya lebih mudah dan mampu milik berbanding mengambil Pelan Percubaan 7 Hari Renault Subscription untuk beberapa kali. Mereka yang berminat dengan pelan percubaan satu bulan ini boleh melengkapkan proses langganan melalui Renault E-Store di www.renault.com.my.

Sempena sambutan Hari Raya, Pelan Percubaan 1 Bulan Renault Subscription hadir dengan diskaun sebanyak 35 peratus pada harga RM647 melalui promosi ‘Renault Easy Raya’.

Untuk mendapatkan promosi ini, pelanggan hanya perlu membayar tempahan sebanyak RM50 sahaja. Penebusan mesti dibuat sebelum 31 Julai 2020. Yuran tempahan mereka yang tidak mahu meneruskan langganan akan dibayar sepenuhnya dalam masa tiga hari hingga satu minggu.

Selain Renault E-Store, promosi Pelan Percubaan 1 Bulan juga boleh didapati di stor Renault di Shopee Malaysia: shopee.com.my/renaultmalaysia.os. Unit adalah terhad dan
berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.

Pelanggan di sekitar Lembah Klang yang membuat tempahan Pelan Percubaan 1 Bulan sebelum 18 Mei 2020 boleh memandu kereta mereka sebelum cuti Raya bermula.

Untuk lebih selamat, semua pelanggan Lembah Klang boleh memohon penghantaran terus ke rumah.

Demi meningkatkan aspek penjagaan keselamatan pelanggan daripada jangkitan COVID-
19, TCEC telah melancarkan Kempen Sanitasi Renault.

Ditawarkan kepada semua pelanggan Renault yang melakukan servis kenderaan mereka di Pusat 4S Renault di Petaling Jaya, kempen itu menawarkan pakej sanitasi percuma dengan dua pilihan tambahan.

Pakej percuma merangkumi sanitasi di permukaan yang sering disentuh, pengabusan kabin dan penyejatan pendingin hawa. Selain nyahkuman untuk membunuh bakteria yang ada di dalam udara dan permukaan.

Dengan tambahan RM168, kenderaan pelanggan akan dinyahkuman menerusi pengabusan yang masuk ke dalam penyejat pendingin hawa dan mampu menghapuskan virus COVID-19 sehingga 99 peratus.

Pilihan penambahan kedua di bawah Kempen Sanitasi Renault menawarkan perkhidmatan menghapuskan bau busuk pada harga RM228.

Bermula sekarang hingga 30 Jun 2020, pelanggan boleh menikmati diskaun pengenalan
sebanyak 20 peratus ke atas mana-mana pakej ini. Ia perlu ditebus dalam masa tiga bulan
selepas tarikh pembelian.

Pakej Kempen Sanitasi Renault kini sudah boleh ditempah menerusi Renault E-Store, stor
Renault di Shopee dan pelanggan yang mengunjungi pusat servis.

“Kempen ini selari dengan saranan kerajaan mengenai normal baharu di mana aspek
sanitasi dan nyahkuman menjadi perkara penting dalam memastikan kita semua selamat
daripada jangkitan COVID-19.

Dengan Kempen Sanitasi Renault, pelanggan tidak perlu bimbang dari segi kesihatan dan keselamatan apabila mereka menghantar kereta untuk diservis,” katanya.