AirAsia meraikan penerbangan sulung ke Da Lat, ibu kota wilayah Lam Dong di tanah tinggi Vietnam yang juga dikenali sebagai Central Highlands.

Penerbangan sulung, AK571, berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 11:00 pagi hari ini dan mendarat di Lapangan Terbang Da Lat Lien Khuong pada jam 12:10 waktu tempatan, mencipta sejarah sebagai syarikat penerbangan antarabangsa pertama menawarkan perkhidmatan langsung di antara Kuala Lumpur dan Da Lat.

Para tetamu penerbangan sulung ini disambut oleh Nguyen Van Gia, Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Awam Lam Dong; Vo Van Phuong, Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Wilayah Duc Trong; Abdul Hadi Che Man, Pengarah / Konsul Pelancongan, Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia; Dato’ Fam Lee Ee, Pengarah AirAsia; Nguyen Thi Hong Phuong, Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Lien Khuong; Vo Ngoc Trinh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Wilayah Da Lat.

Ketua Komersial Serantau AirAsia Nattinee Tawanchulee berkata, “Kami teruja untuk menambah Da Lat sebagai sebuah destinasi terbaru kami dan untuk terus mengembangkan rangkaian kami di Vietnam.

Perkhidmatan langsung yang baharu ini akan menyediakan hubungan udara tambahan kepada masyarakat di Central Highlands Vietnam untuk mengembara ke rantau ini, serta memperkenalkan Da Lat sebagai sebuah destinasi percutian kepada dunia. Da Lat turut dikenali sebagai Kota Musim Bunga kerana cuacanya yang nyaman dan Da Lat menerima pengunjung sepanjang tahun.”

Da Lat adalah destinasi ketujuh AirAsia di Vietnam selepas Hanoi, Ho Chi Minh City, Da Nang, Nha Trang, Can Tho dan Phu Quoc.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

FireShot Capture 094 - [BM] Photo release- Da Lat, Vietnam inaugural flight - Google Docs_ - docs.google.com.png