Utama Blog Halaman 782

Volkswagen, Tarik Jeans Jalin Kerjasama Selamatkan Malayan Tapir

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah menjalin kerjasama dengan jenama pakaian denim jalanan tempatan, Tarik Jeans dalam usaha mengumpul dana dan
meningkatkan kesedaran mengenai Malayan Tapir yang kini diancam kepupusan.

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi pelancaran kapsul koleksi “Modern Nostalgia” yang eksklusif. Koleksi itu kini dilancarkan dan sudah boleh dibeli.

Koleksi edisi terhad “Modern Nostalgia” menampilkan elemen-elemen penting kedua-dua jenama tersebut. Model-model ikonik dan moden Volkswagen digabungkan bersama elemen rekaan vintaj dan klasik tempatan.

Koleksi itu terdiri daripada pelbagai barangan seperti kemeja-T, topi, bandana, beg tote, rantai kunci dan pelekat pakaian.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter nyata teruja kerana dapat berkolaborasi dengan Tarik Jeans untuk inisiatif ini. “Tunjang utama Volkswagen adalah kelestarian. Kumpulan Volkswagen telah banyak melabur ke dalam usaha ini menerusi lebih 500 projek kelestarian di seluruh dunia.

“Kami berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan dalam projek yang penuh makna ini. Sudah pasti, kami tidak akan berhenti di sini dan terus mencari jalan untuk menyumbang ke arah perubahan yang lebih baik.

“Malayan Tapir merupakan spesis terancam di sini, selain harimau Malaya, gajah Borneo dan orangutan. Sebagai ‘penjaga hutan hujan’, tapir memainkan peranan penting dalam mengekalkan kepelbagaian biologikal habitat.

“Ini kerana ia membantu menyebar dan menyuburkan benih yang amat diperlukan untuk pertumbuhan pokok-pokok,” katanya.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tarik Jeans, Afiq Iskandar, “Malayan Tapir sentiasa menjadi sebahagian daripada estetika rekaan Tarik.

“Jadi ia telah ditambah menjadi logo jenama (tambahan kepada logo utama mamak ‘teh tarik’) – kedua-duanya dicipta selari dengan falsafah jenama kami. Bagi meraikan ulang tahun ke-10 Tarik, kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama
automotif yang inovatif seperti Volkswagen.

“Sebagai satu kapsul koleksi, ‘Modern Nostalgia’ banyak berkisar tentang model-model Volkswagen dan kecenderungan Tarik terhadap skim rekaan retro-futurism Malaysia.”

Barangan daripada koleksi “Modern Nostalgia” boleh didapati di laman web Volkswagen dan Tarik Jeans, Shopee, Zalora dan di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.

Sebanyak 50 peratus daripada jualan kempen ini akan disalurkan ke Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan pada Hari Tapir Sedunia, 27 April depan.

Malayan tapir merupakan satu-satunya spesis tapir yang hidup di kepulauan Sumatra, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand serta mempunyai corak badan yang tersendiri.

Tapir mempunyai jangka hayat sehingga 30 tahun, tetapi pembangunan tapak pertanian, pembalakan, diburu untuk dijadikan makanan dan penyeludupan secara haram telah
membuatkan jumlahnya semakin berkurangan.

Dianggarkan kini hanya terdapat kurang 3,000 ekor tapir sahaja yang tinggal.

Mitec Launches Smart Trade Zone

The Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) is catalysing its way as a venue provider through the launch of the Smart Trade Zone (STZ) platform.

The occasion which was held in the premises of MITEC was joined by Dr Ong Kian Ming, Deputy Minister, Ministry of International Trade and Industry (MITI), Dato’ Wan Latiff Wan Musa, Chief Executive Officer, Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Tan Sri Abdul Rahman Mamat, Chairman, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) and Dato’ Jasmy Ismail, Director, Prisma Galeri Sdn Bhd (PGSB).

The STZ platform is a facility that includes benefits for businesses to converge as well as assisting in harvesting new potential leads.

Representing the country’s largest exhibition centre, Chief Executive Officer of MITEC, Gunther Beissel said that the STZ initiative was mooted based on the needs of the industry and market.

“Tourism is a key contributing factor for the country’s overall economy as the third largest after Manufacturing and Commodities. We hope to use our capabilities in hosting business events as an avenue to facilitate and generate leads that help create opportunities for businesses, leading to more trade and investments for the country,” stated Beissel.

With MITEC as a major player in the business events industry, STZ also aims to use the venue as an opening to connect local with international players. To ensure such, STZ features a Smart Partners Programme which encourages alliances to use the platform to create opportunities for collaborations and partnerships, enable participation in business forums or consultations, global missions and ultimately facilitate data and resource sharing.

Another feature designed especially for STZ members is the STZ mobile app. Made available to all members, MITEC invested in an app with the confidence that the software will play an instrumental role as a gateway to a global market.

“What users can expect with this app is to have the ease of booking meeting spaces, review one’s events, generate QR codes as virtual business cards and also business matching on the upcoming e-Connect.

From time to time, members can enjoy exclusive privileges, and for today, I am pleased
to announce that members will be able to utilise the STZ facilities for free in the first six months of registration,” explained Beissel.

Speaking of STZ as a business strategy for MITEC, Beissel revealed that the Venue is banking on the platform as one of its sustainable revenue streams that presents a triple win situation between Venue, businesses and relevant authorities by connecting various parties.

AirAsia X Lancar Jualan Tempat Duduk Percuma* Jarak Jauh Pertama

Terbang lebih jauh bersama AirAsia dengan lebih rendah, kerana kami menawarkan tetamu tempat duduk pada tambang sifar buat pertama kalinya ke pelbagai destinasi jarak jauh popular, termasuk Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan India.

Terdapat 1 juta tempat duduk promosi bagi penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik termasuk Melbourne (Avalon), Gold Coast, Perth, Sydney, Fukuoka, Tokyo (Narita), Seoul, Busan, Taipei dan Ahmedabad.

Tambang promosi ini adalah percuma* tidak termasuk cukai dan bayaran lain.

Para tetamu mempunyai tempoh 72 jam untuk membuat tempahan penerbangan dengan log masuk ke airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia dari 24 Februari 2020 (0001h GMT +8) ke 26 Februari 2020 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 1 Mac 2020 dan 31 Oktober 2020.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia Amanda Woo berkata, “Sebagai sebuah syarikat penerbangan yang membolehkan semua orang terbang, kami amat teruja untuk melancarkan jualan tempat duduk tambang-sifar pertama bagi destinasi jarak jauh kami.

Bukan hanya terdapat tempat duduk promosi yang dijual, tetapi kami juga telah memastikan tempoh perjalanan dilanjutkan dari bulan Mac sehingga hujung Oktober untuk menarik minat para pelancong.

Kami yakin bahawa tawaran menarik ini akan habis dijual dengan pantas maka kami menggalakkan anda untuk tidak tunggu di saat akhir untuk mengelakkan kekecewaan.

Tetamu yang ingin membuat penambahan seperti membuat pra-tempahan hidangan Santan atau menaiktaraf tempat duduk ke “Zon Senyap” boleh berbuat demikian di pautan Tempahan Saya dengan hanya 3 langkah mudah – Tekan, Pilih dan Bayar!

*Tempat Duduk Percuma tidak termasuk cukai lapangan terbang dan bayaran lain-lain. Tertakluk pada terma dan syarat.

Proton Sokong Usaha Hasilkan Kenderaan Generasi Baharu

Bergerak ke arah penghasilan rangkaian kuasa (powertrain) hibrid dan elektrik yang akan membuka pelbagai peluang baharu kepada Malaysia

PROTON memuji langkah kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pembangunan dan pengeluaran Kenderaan Generasi Baharu (NxGV) dan komponen-komponen penting.

Menurut pada permintaan untuk membangunkan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pada NAP 2014, strategi baharu ini dilihat sebagai peluang untuk pihak berkepentingan dalam industri automotif memperkenalkan teknologi baharu kepada Malaysia disamping meningkatkan kemahiran dan keupayaan komuniti pembekal tempatan.

Melalui struktur pemilikan Syarikat (50.1% dimiliki oleh DRB-HICOM dan 49.9% oleh Geely Auto), Proton dapat memanfaatkan kelebihan yang dimiliki oleh pemegang sahamnya iaitu memberikannya akses kepada ekosistem tempatan melalui DRB-HICOM dan akses kepada teknologi baharu melalui Geely Auto Group, untuk merebut peluang yang dibentangkan oleh NAP 2020.

Walau bagaimanapun, pada peringkat permulaan, Proton akan meneruskan perancangannya melabur dalam produk & teknologi baharu serta kemudahan kilang dan pembuatan.

Syarikat juga akan terus bekerjasama dengan pembekal tempatan dan menggalakkan pelaburan dalam teknologi baharu, terutama melalui kerjasama strategik untuk mengembangkan keupayaan teknikal dan meluaskan daya maju komersial.

Bagi rangkaian jualannya pula, Proton berusaha untuk menambahbaik pengalaman pemilikan pelanggan melalui perluasan pusat perkhidmatan 3S/4S di seluruh negara.

“Pelancaran NAP 2020 menunjukkan Malaysia kini ke arah untuk menerapkan kenderaan berteknologi baharu yang dilengkapi rangkaian kuasa elektrik dan hibrid serta teknologi autonomi dan kesalinghubungan.

Dua pemegang saham Proton memberikan kami akses kepada ekosistem industri automotif Malaysia serta teknologi yang diperlukan untuk model NxGV iaitu salah satu teras utama dasar ini.

Masih terdapat banyak perkara perlu diambil kira dan Proton yakin melalui polisi dasar yang telah ditetapkan, syarikat akan dapat menyumbang kepada Malaysia untuk mencapai matlamat NAP 2020,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

NAP 2020 Bawa Ekosistem Automotif Malaysia

Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) yang diumumkan baru-baru ini memperlihatkan konsistensi dalam dasar kerajaan untuk membawa ekosistem automotif Malaysia ke peringkat seterusnya.

Ini dapat dilihat dengan sokongan berterusan terhadap lokalisasi komponen yang
merupakan tulang belakang industri automotif negara.

Sepanjang dekad yang lalu, Perodua telah membeli komponen berjumlah RM43.5
bilion daripada pembekal tempatan – dengan RM5.4 bilion pada tahun lepas sahaja
– dan tahun ini, kami menjangkakan perbelanjaan hampir RM6 bilion untuk membeli
komponen automotif tempatan.

Pembelian sejumlah ini mengekalkan dan memperkasakan ekosistem ​​automotif
Malaysia, sekaligus menyumbang kepada ekonomi, pekerjaan dan pembangunan
negara.

Turut konsisten adalah komitmen kerajaan untuk meneruskan program Kenderaan
Cekap Tenaga (EEV) yang telah menerima pelaburan daripada banyak pemain
industri.

Perodua merupakan pengeluar EEV pertama dan terbesar di Malaysia. Setakat ini,
kami telah menghasilkan dan menjual lebih 800,000 EEV.

Mengenai Industri 4.0, Perodua amat menyokong penggabungan teknologi,
khususnya penggabungan teknologi komunikasi dengan automotif. Kami telahpun
membuka langkah di dalam bidang ini untuk produk-produk kami,” kata President dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad

Mengenai teknologi autonomi, Perodua, dengan bimbingan rakan teknikal dan
teknologinya, Daihatsu Motor Company of Japan, telahpun membuka langkah
dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) dan yang paling penting, kami
telah menjadikannya mampu dimiliki orang ramai.

Teknologi ini akan ditambahbaik sejajar dengan matlamat kami untuk memberikan
mobiliti kepada rakyat Malaysia yang lebih selamat dan menawarkan nilai yang lebih
baik.

Gamuda Cove Stands Tall With Malaysia Book Of Records’ Tallest Cherry Blossom Tree Replica

In this Chinese New Year festive season, Gamuda Land has made its record into the Malaysian Book of Records with Malaysia’s Tallest Cherry Blossom Tree Replica installed in its 1,530-acre Gamuda Cove township.

The 30ft replica, also dubbed as a wishing tree with an investment value of approximately RM60,000, has since attracted close to 1,000 visitors per day at its peak and will continue to stand tall on display at the entrance of Gamuda Cove Experience Gallery until 4 April 2020.

“Gamuda Land has been mindful in creating memorable moments for people and the community, be it in our design and masterplan or through our activities and initiatives. As we strive to deliver our very best, we are honoured that our effort receives the accolade for being the best in Malaysia.

It is our hope that through these activities, we can bring people from local and afar together, grow a sustainable community that will look out for one another,” said Wong Yik Fong, General Manager of Gamuda Cove.

As visitors pass through the replica and enters here, they can have an immersive experience of what Gamuda Cove has to offer. From a 5G speed test panel, a virtual reality experience room, an interactive 5G information wall, a display booth for perimeter and air sensing, to an augmented reality screen for kids play, visitors will be in awe of the technological prototypes found here and have a true preliminary experience of Gamuda Cove as a “nature sanctuary, smart city”.

Renault Offers Seven-Day Captur Subscription Trial For RM57 Per Day

The new trial package offers customers a longer no-obligations experience of the Captur and the chance to test out Renault Subscription

After the trial duration, customers can continue with a Fixed or Switch Renault Subscription plan or choose to return the vehicle.

Consumers in Malaysia can now take advantage of the new Renault Subscription Trial Package to experience the versatile Captur lifestyle crossover and the convenience of Renault’s subscription programme. The trial package is offered for seven days at just RM57 per day.

Customers who sign up for the Renault Subscription Trial Package only need to make a one-time up-front payment of RM399 to enjoy the Captur – Europe’s best-selling crossover – with no mileage cap, no security deposit and a simple sign-up process.

After the one-week trial, customers who wish to continue driving the Captur can choose to move on to the Renault Subscription Fixed or Switch Plans.

Through Renault Subscription, customers will enjoy the benefits of being free from long-term loan tenures and concerns about vehicle depreciation. They will also enjoy all-
inclusive costs covering road tax, insurance and regular maintenance as well as additional savings with no down payment and interest rates commonly associated with hire-purchase loans.

“We believe that all it takes is one week to fall in love with the Captur. This new
Subscription Trial Package aims to offer customers a longer test drive duration so they can fully experience the car. At the same time, it allows them to experience the ease and convenience of the Renault Subscription programme,” said Wong Hoe Mun, CEO, TC Euro Cars.

Currently in its pilot phase, the Renault Subscription Trial Package is applicable within the central region of Peninsular Malaysia only. Limited units of the Captur are available, on a first come first served basis.

Those considering the Renault Subscription Trial Package can register their interest via the Renault E-Store (https://www.renault.com.my/deals-news#SubscriptionTrialPlan) or
call 1800-18-8663. Customers will just need to submit a copy of their IC or passport, driver’s license and credit card details. The approval process will be within 24 hours.

Renault E-Store Now Open

TC Euro Cars (TCEC), the sole franchise holder of Renault vehicles in Malaysia, recently launched the new Renault E-Store. This first OEM-owned e-commerce platform offers customers ultimate convenience and a hassle-free way to buy or subscribe for a Renault
through a revolutionary end-to-end digital journey.

From arranging for test drives to taking delivery of their Renault, customers can begin their ownership journey online, from the comfort of their own homes and at a time that is convenient for them.

Renault’s modern line-up of vehicles in Malaysia include the iconic high-performance Megane R.S. 280 CUP sports hatch, the flagship premium Koleos large SUV and the versatile Captur lifestyle crossover.

For more information about the new Renault E-Store and Renault in Malaysia, visit www.renault.com.my or call 1800-18-8663 (Monday – Sunday, 8am – 8pm).

Commerce.Asia Umum Pelaburan Dalam BizApp, Platform E-dagang Sosial Luar Bandar Terbesar Malaysia

Usahasama ini berhasrat untuk menghapuskan jurang antara para usahawan bandar dan desa menerusi perdagangan.

Commerce.Asia mengumumkan pelaburan strategiknya dalam BizApp, platform e-dagang sosial luar bandar terbesar Malaysia yang disaksikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

BizApp mula mengorak langkah dalam arena keusahawanan pada 2017 apabila dua orang pengasasnya, Hasnol Mizam Hashim dan Mohd Taib Pardi menyedari keperluan untuk mencipta penyelesaian teknologi yang sistematik bagi memenuhi permintaan perniagaan berasaskan agen di Malaysia.

Dengan majoriti Bumiputera terutamanya dalam kalangan penduduk desa menjual menerusi model perniagaan agen, BizApp kini mempunyai lebih daripada 200,000 agen dengan jumlah dagangan kasar (GMV) melangkaui RM600 juta pada tahun 2019.

Dengan sokongan ekosistem Commerce.Asia, platform e-dagang sosial ini dijangka akan merapatkan jurang antara para usahawan bandar dan desa di Malaysia.

Mohd Redzuan berkata, “Acara hari ini adalah satu acara yang amat saya hargai dan berminat kerana di dalam era digitalisasi masa kini, penggunaan teknologi dan penggunaan ekonomi digital (digital economy adoption) yang disertai dengan perkembangan e-dagang sosial (social commerce) akan mewujudkan sistem pengurusan perniagaan yang lebih terkini dan efektif.

“Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti produk serta mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan tenaga kerja buruh”

Pelbagai jenama dan perniagaan tempatan telah menggunakan BizApp untuk menguruskan operasi harian perniagaan mereka termasuklah dalam penunaian pesanan (order fulfillment).

Ia membolehkan usahawan sub-bandar dan desa terlibat dalam e-dagang. Pada masa sama, media sosial kini dengan pantas menjadi tarikan utama untuk membeli-belah. Ia melonjakkan populariti sistem agen sebagai satu model perniagaan di Malaysia sekaligus menyumbang kepada bercambahnya kewujudan stokis-stokis, agen permulaan, dan agen-agen pesan hantar (dropship).

E-dagang sosial, atau beli-belah sosial, menggunakan rangkaian sosial seperti Facebook dan Instagram sebagai platform untuk urusniaga dagangan. Model baharu pembekal-syarikat-pelanggan (S2B2C) membuka akses yang meluas kepada mereka yang mahir dengan media sosial, meningkatkan kecekapan iklan untuk perniagaan dan melancarkan proses jual beli buat pelanggan. 

Dengan BizApp, ekosistem Commerce.Asia akan mempunyai pangkalan data lebih daripada 8 juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi 7 negara dengan 61,000 penjual aktif yang telah berurus niaga dengan jumlah dagangan kasar (GMV) sebanyak RM1.5 bilion pada 2019.

Menurut laporan Google Temasek e-Conomy SEA 2019, industri e-dagang Malaysia dijangka berkembang daripada US$3.3 bilion pada 2019 kepada US$11 bilion pada 2025. Laporan sama juga mengunjurkan industri e-dagang rantau Asia Tenggara akan tumbuh daripada US$38 bilion pada 2019 kepada US$153 bilion pada 2025.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Commerce.Asia Ventures Sdn Bhd, Ganesh Kumar Bangah, berkata, “Kami yakin menerusi pelaburan strategik ini, Commerce.Asia dan BizApp boleh membantu antara satu sama lain menerusi platform masing-masing bagi menggalakkan komuniti desa untuk terlibat dalam e-dagang sosial.

Kami juga percaya usahasama ini akan mengangkat Dasar Keusahawanan Nasional dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) untuk menggalakkan pembangunan ekonomi negara dan menghapuskan jurang pendapatan dalam masyarakat.

Dengan pengalaman kami, kami akan meluaskan model perniagaan BizApp merentasi Asia Tenggara yang akan memanfaatkan industri e-dagang Asia Tenggara yang sedang berkembang pesat.”

Sementara itu, Pengasas BizApp Ventures Sdn Bhd, Hasnol Mizam Hashim, berkata, “Sebahagian besar pengguna kami sekarang adalah daripada kawasan pinggir bandar dan desa yang berjaya membangunkan perniagaan mereka secara dalam talian.

Sejumlah besar rakyat Malaysia berjual beli secara dalam talian menerusi saluran media sosial dan kadar pertumbuhannya adalah pesat.

Alat perniagaan berasaskan teknologi yang kini menjadi tulang belakang sistem kami akan ditambah baik dengan ekosistem meluas Commerce.Asia bagi membolehkan pengguna-pengguna berkembang di peringkat serantau.”

Commerce.Asia dan BizApp secara bersama berhasrat untuk memacu industri e-dagang sosial di Malaysia. Industri ini yang dijangka menjadi sebahagian daripada anjakan digital pada 2020 akan mengupayakan usahawan-usahawan daripada komuniti pinggir bandar dan desa untuk menyumbang kepada WKB 2030 dan ekonomi digital bersama usahawan-usahawan di kawasan bandar.

Penggunaan media sosial yang sentiasa berkembang luas akan memainkan peranan yang lebih besar dalam e-dagang pada tahun ini dan merubah cara tradisional berniaga dan mengembangkan perniagaan.

Dengan jangkaan lebih tinggi daripada pelanggan mereka, perniagaan dalam talian ini akan terpanggil untuk menginovasi penyelesaian perniagaan mereka.

Sempena pelaburan strategik dengan Commerce.Asia, BizApp kini menawarkan potongan sebanyak RM100 bagi Ultimate Package yang sekarang berharga RM499 setahun. Promosi ini sah sehingga 29 Februari 2020. Maklumat lanjut tentang BizApp dan platformnya boleh didapati menerusi bizapp.com.my.

Hype Motorsports Hotel Port Dickson Tawar Motosikal BMW G310 GS Kepada Pengunjung Bertuah

Hype Motorsports Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan – hotel butik resort pertama di Asia berkonsepkan dunia permotoran hari ini dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Hotel ini yang mula beroperasi pada 15 Disember lalu dan dirasmikan pada tarikh istimewa 20.02.2020 dan sempena menyambut Tahun Melawat Malaysia 2020 terletak dilokasi cukup strategik berhampiran pantai popular, Pantai Teluk Kemang serta bersebelahan Dataran Teluk Kemang.

Hype Motorsports Hotel (Hype PD) ini adalah butik resort pantai pertama di Malaysia berkonsepkan permotoran dan seumpamanya di dunia diuruskan oleh Hotel Pro Sdn Bhddan dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.

Hotel ini menawarkan 64 bilik yang direka unik berkonsepkan permotoran sepenuhnya menerusi susun atur kerusi, katil, paparan grafik serta dekorasi menarik yang cukup teliti.

Konsep permotoran turut jelas dapat dilihat menerusi bilik bertemakan legenda permotoran dunia seperti pelumba pasukan Ferrari Formula Satu (F1) terkenal, Michael Schumacher selain pelumba motosikal terkemuka, Marc Marquez, Valentino Rossi, pelumba motocross Tony Cairoli, pemandu rali, Sebastian Loeb dan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin.

Jenis bilik disediakan iaitu bilik Standard Twin atau Standard Queen, Superior Twin atau Superior King, Deluxe Twin atau Deluxe King dan Premier Triple (pilihan 2 bilik bersambungan) yang ditawarkan pada harga dari RM180 ke atas termasuk sarapan pagi.

Apa yang menarik ialah di setiap 20 bilik kategori Deluxe, Premier dan Premier Triple dilengkapi kerusi urut yang mana anda boleh menggunakan kerusi urut itu tanpa had selain kemudahan WiFi disediakan secara percuma.

Kemudahan lain seperti seterika, saluran sukan Astro Sports dan 10 saluran tempatan, peti simpanan keselamatan, peti sejuk mini, kerusi ala perlumbaan atau bucket seat, kad kunci sentuh serta 2 buah bilik bagi tetamu Orang Kurang Upaya (OKU) membuatkan resort ini sebagai resort pertama di Malaysia yang memberi keselesaan seperti ini kepada pelanggan.

Antara kelebihan yang lain adalah tetamu akan menerima servis “mencuci kereta atau motosikal” secara Percuma termasuk terma dan syarat yang akan bermula pada 15 Mac 2020 nanti.

Untuk menginap ke hotel ini, ia dihubungkan hanya sejauh 45 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta kira-kira satu jam 30 minit perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur.

Kemudahan menarik

Selain dua kolam renang disediakan iaitu kolam dewasa dan kanak-kanak yang lengkap dengan gelungsur, permainan simulator kereta lumba, mini sirkit bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, meja snuker dan foosball turut disediakan.

Bagi mana-mana syarikat korporat, persatuan, kelab atau individu yang ingin menganjurkan sebarang bengkel atau mesyuarat, kemudahan bilik mesyuarat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan ditingkat atas.

Ketua Pegawai Eksekutif Hotel Pro Sdn Bhd, Johari Mohd Yusof berkata, pembinaan hotel ini diilhamkan sendiri setelah lebih 34 tahun terbabit dalam bidang perhotelan dan pelancongan.

“Sebagai bekas pelumba motosikal negara di era tahun 80 dan 90-an, hotel berkonsepkan permotoran ini dihasilkan oleh minat yang mendalam terhadap arena permotoran, perhotelan dan pelancongan.

“Pembukaan hotel ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan memberi manfaat kepada pengusaha barangan tempatan di kawasan Pantai Teluk Kemang untuk bekerjasama membangunkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan dan berkemungkinan sebagai “Bandar Motorsports” di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, pengunjung juga boleh menikmati kopi Richiamo sambil menyaksikan suasana matahari terbenam dengan melepak bersama rakan di Richiamo Coffee By The Sea di Sunset Cafe yang terletak berhampiran kolam renang.

Sempena pelancaran hotel ini, Hype turut memperkenalkan jenama minuman bertenaga dibawah jenama HYPE iaitu HYPE Energy Drinks.

Johari berkata, pihaknya mengambil masa hampir setahun untuk melakukan pengubahsuaian kesemua bilik termasuk membina kolam kanak-kanak yang menjadi tarikan utama.

Katanya, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad mengambil alih hotel ini yang asalnya ialah resort milik Telekom Malaysia (TM) dan melabur lebih RM10 juta untuk melengkapkan Hype Motorsports Hotel PD dengan pengurusan diletakkan dibawah Hotel Pro Sdn Bhd.

“Belum ada lagi mana-mana hotel resort di Malaysia malah di dunia yang menampilkan konsep dunia permotoran dan ini peluang terbaik kepada kami untuk memperkenalkan konsep ini julung-julung kalinya kepada rakyat Malaysia dan Asia.

“Orang ramai tidak kira peminat kereta atau motosikal boleh menjadikan hotel ini sebagai lokasi pilihan sama ada untuk mengadakan hari keluarga, mesyuarat, seminar atau majlis perkahwinan, sambutan hari jadi dan sambutan majlis perayaan seperti Tahun Baru Cina atau Hari Raya.

“Bagi geng-geng kelab bikers atau kelab kereta boleh menjadikan hotel ini sebagai lokasi pertemuan kerana kawasan hotel ini cukup luas untuk menganjurkan pelbagai acara yang dirancang malah Pantai Teluk Kemang hanya terletak di belakang hotel ini,” katanya.

Selain itu, pihak resort juga ada menyediakan beberapa pakej seperti Pakej Mesyuarat dan Seminar, dan pakej di bahagian Food & Beverage yang sedia ada seperti BBQ dan Steamboat Buffet, Set Lunch dan Dinner, Pakej Berbuka Puasa dan lain-lain pakej yang menarik seperti “HYPE Durian Fest” di mana resort ini menyediakan buah durian di dalam pakej penginapan.

Pakej Durian ini akan bermula pada 1 Jun 2020 hingga 15 Ogos 2020. Sempena majlis pelancaran hotel ini, Hype Hotel PD menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa sebuah motosikal berkuasa tinggi BMW G310 GS dan hadiah lain bermula dari 20.02.2020 hingga 30.12.2020.

RHB Opens New Sales Centre In Tesco Extra Ampang 

RHB Banking Group (RHB) strengthens its commitment towards community banking by
expanding its reach within the Klang Valley with the opening of a new sales centre in Tesco Extra Ampang hypermarket, catering to the growing needs of customers in the area.

The new RHB Sales Centre offers extra convenience to the local community, especially those who frequent the hypermarket, providing both consumers and retailers easy access to various financial services including deposits, loans and financing, Amanah Saham Bumiputera (ASB) and credit cards.

Customers also benefit from quick 10-minute approvals for personal financing/ personal financing-i facilities through a straight-through approval process.

“We hope that through our new RHB Sales Centre, we are able to provide even more convenience to our customers within the local community. By positioning ourselves closer to them, we hope to gain a deeper understanding of their banking needs and preferences which in turn helps us to serve them better,” said Rakesh Kaul, Head, Group Retail Banking, RHB Banking Group.

The outlet will be opened 7-days a week from 10am to 10pm daily.

Post Menarik