Hampir 1,000 tetamu hadiri majlis perasmian ruang pameran baharu milik SMI Cars di
Jalan Ampang.

Majlis perasmian ruang pameran milik SMI Cars Sdn Bhd disambut meriah Sabtu lalu, dengan kehadiran hampir 1,000 tetamu yang terdiri daripada jemputan kenamaan, barisan media perdana, digital, blogger, selebriti media sosial, artis-artis tempatan serta peminat-peminat automotif.

Sebagai acara automotif pertama yang diadakan setelah perintah kawalan pergerakan tamat, SMI Cars komited mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) kebiasaan normal sepanjang acara berlangsung seperti pemeriksaan suhu badan, pembersihan dan sanitasi ruang makan dan kenderaan yang dipamerkan, penyediaan pelitup muka, pendaftaran dengan aplikasi mySejahtera dan penjarakkan fizikal.

Kehadiran tetamu yang datang seawal jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 6 petang,
dijamu dengan pelbagai sajian juadah, sambil dihiburkan dengan persembahan kugiran, tarian Bangra, nyanyian karaoke dan persembahan daripada artis-artis tempatan yang hadir seperti Dato’ Jamal Abdillah dan kumpulan rap lagenda, NICO G.

Ramai tetamu tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan memandu-uji kenderaan
mewah yang dipamerkan. Terdapat juga segelintir tetamu yang membuat keputusan
untuk membeli kenderaan import pilihan mereka pada hari yang bermakna itu.

Terletak strategik di Jalan Ampang, ruang pameran satu tingkat seluas satu ekar ini telah
direka oleh seorang pelajar seni bina berumur 19 tahun bernama Asyraaf Khan.

Menampilkan seni bina moden berkonsep minimalis, susun atur ruang pameran adalah
mesra pelanggan lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelanggan.

SMI Cars, atau dahulunya dikenali sebagai Superbike Motortrade International Sdn Bhd, telah ditubuhkan pada tahun 2012, menawarkan hampir 150 model kenderaan yang
diimport daripada Eropah dan Jepun seperti Mustang, Lamborghini, Maserati, Range
Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper, dan koleksi kenderaan serba guna
(MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard and Toyota Estima.

Mengulas mengenai keadaan ekonomi sejak perintah kawalan pergerakan berakhir,
Pengarah Urusan SMI Cars, Irene Deanna Dato Marof Khan mengakui dengan adanya pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus ke atas kenderaan import, kadar pengunjung dan pembeli kenderaan import mula menunjukkan pertumbuhan positif.

Irene Deanna telah menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan atas insentif tersebut
dan menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan yang sepatutnya tamat pada 31 Disember nanti, sehingga ke
satu atau dua tahun bagi memulihkan ekonomi sektor automotif yang terjejas sepanjang
perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa.

Meskipun memahami sentimen pengguna yang lebih berhati-hati demi meneruskan kelangsungan hidup berikutan cabaran ekonomi ketika ini, namun Irene Deanna berharap orang ramai akan mengambil peluang ini untuk membeli kenderaan import pada harga yang lebih rendah.

Sempena dengan bulan kemerdekaan, SMI Cars menawarkan diskaun tambahan ke atas
kenderaan terpilih selain potongan cukai jualan 50 peratus sedia ada, kepada semua pelanggan yang membuat pembelian bermula 18 Julai 2020 sehingga 31 Ogos 2020.

(*Tertakluk kepada terma dan syarat). Dapatkan informasi terkini mengenai koleksi
kenderaan import terbaharu dan tawaran-tawaran hebat daripada SMI Cars di akaun
media sosial berikut:

Facebook: @SMI_Cars | Instagram: @smi_cars