Utama Blog Halaman 748

edotco Malaysia Tawar Peluang Pekerjaan Melalui Inisiatif COVID Care

edotco Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran inisiatif COVID Care, iaitu sebuah program sumber manusia yang unik khusus untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang telah kehilangan punca rezeki, dan untuk graduan baharu yang sukar mendapat pekerjaan akibat penularan COVID-19.

Program ini dilahirkan dari keprihatinan syarikat untuk membantu memulihkan sosio-
ekonomi negara dengan menawarkan pekerjaan kontrak dengan jangka masa sehingga satu tahun.

Group Chief Regional Officer and edotco Malaysia Managing Director Wan Zainal Adileen

Calon-calon akan dipadankan dengan bidang pekerjaan, bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman mereka. Calon juga berpeluang untuk ditawarkan jawatan tetap di edotco Malaysia, bergantung kepada prestasi mereka dan juga ketersediaan jawatan yang sesuai.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di: https://edotcogroup.com/jobs/covid-care-programme/.

Ketua Pegawai Serantau Kumpulan edotco dan Pengarah Urusan edotco Malaysia, Wan
Zainal Adileen berkata, “Walaupun edotco adalah sebuah syarikat infrastruktur telekomunikasi serantau, kami berbangga kerana syarikat ini ditubuhkan di Malaysia.

edotco Malaysia bertuah kerana dapat menjadi salah satu perkhidmatan penting yang
memastikan ketersambungan telekomunikasi dalam keadaan baik dan dipercayai untuk
membantu memudahkan tindak balas ketika krisis COVID-19.

“Kami bekerjasama dengan pengendali rangkaian mudah alih untuk membolehkan sebahagian besar rakyat Malaysia bekerja di rumah dan memudahkan mereka untuk berhubung dan mendapatkan maklumat terkini.

“Kami sangat berbesar hati dan bersyukur kepada petugas kesihatan yang menjalankan tugas tanpa henti untuk menangani COVID-19. Wabak ini telah menaikkan semangat komuniti untuk bersatu-padu menolong antara satu sama lain dan edotco Malaysia ingin memperluaskan semangat ini dengan membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19.

“Kami juga memahami graduan baharu mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan sekarang. Program COVID Care memberi peluang khusus kepada kedua-dua kumpulan ini, terutamanya kepada golongan B40.”

Sebagai majikan yang prihatin, edotco Malaysia juga telah menyokong pekerja yang ahli
keluarganya terjejas oleh COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Syarikat telah menyediakan barang-barang keperluan dan faedah elaun untuk meringankan beban pekerja yang menjadi pencari nafkah tunggal tanpa dijangka untuk keluarga mereka.

Bersama dengan COVID Care, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif besar
edotco Malaysia yang memberi sokongan dan bantuan dalam pelbagai bentuk sejak permulaan PKP.

Program-program ini diteruskan dari usaha yang sedia ada termasuklah pemasangan edotco Mobile Solution (eMOS) di sekitar pusat kuarantin Hospital Sungai Buloh yang telah dipilih sebagai pusat khusus untuk merawat pesakit COVID-19.

Penyelesaian ini membolehkan pengendali rangkaian mudah alih meningkatkan liputan
dan kapasiti untuk merapatkan jurang hubungan telekomunikasi yang wujud di sekitar
hospital.

Sepanjang PKP, pejabat-pejabat serantau edotco Malaysia juga telah membantu komuniti
tempatan mereka untuk membekalkan keperluan asas seperti makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik serta peralatan perubatan dan perlindungan diri yang disumbangkan untuk membantu menambah ketersediaannya di beberapa hospital dan barisan hadapan lain.

Baitul Hasan Aktif Bantu Golongan Asnaf Di Dalam Dan Luar Negara

Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) akan mengadakan Misi Ziarah Asnaf (Fakir Miskin ) seluruh Malaysia di Kelantan Darul Naim pada 14 hingga 18 Jun 2020.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, pihaknya akan membantu menyalurkan sumbangan makanan dan zakat kepada keluarga asnaf di jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pantai Cahaya Bulan (PCB) serta daerah lain sekitar Kelantan.

Ustaz Dino (kanan) dan isteri menerima sumbangan daripada Nestle untuk program Ramadan tahun ini

Beliau berkata, Baitul Hasan ini ditubuhkan pada 3 September 2013 dan aktif membantu golongan asnaf dan memerlukan dengan menganjurkan beberapa program berbentuk pendidikan, sumbangan kewangan dan barangan.

“NGO ini bukan saja menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan di dalam negara, malah juga di luar negara menerusi wakil yang dilantik.

“Kita bawa misi dan matlamat untuk membantu golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) merangkumi aspek pendidikan, kemahiran, kesihatan, barang keperluan harian, motivasi dan kaunseling,” katanya.

Ustaz Dino yang berkongsi pengalamannya berkata, beliau yang juga guru agama pada peringkat awal mengajar al-Quran dan fardu ain kepada anak-anak di Lembah Pantai sebelum mengambil keputusan menubuhkan NGO.

Beliau berkata, meskipun aktif dengan kerja-kerja sebagai NGO, namun beliau masih memperuntukkan masa apabila setiap minggu pihaknya mengadakan kelas pengajian al-Quran dan fardu ain untuk anak asnaf di pejabat Baitul Hasan yang terletak di No 22 – G , Medan Klang Lama 28 , Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Selain itu, pertubuhan ini juga menyediakan kelas tuisyen percuma dan kelas akademik melalui tenaga pengajar yang disediakan kepada pelajar miskin serta golongan asnaf.

Sumbangan turut disalurkan kepada petugas barisan hadapan yang berdepan dengan wabak COVID-19

“Terima kasih kepada semua pihak dan dermawan yang telah membantu program anjuran kami selama ini. Harapan saya agar lebih ramai masyarakat sekitar sama-sama membantu asnaf supaya mereka lebih berdikari terutama melalui pendidikan,” katanya lagi.

Sesiapa ingin membuat sumbangan dalam bentuk sedekah, zakat , wakaf @ fidyah,  bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam: 14171010007586 ( Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur).

Maklumat lanjut boleh hubungi:

  • 017-3505681 (pejabat Baitul Hasan)
  • 017-3535085 (Ustaz Dino)

Sementara itu, Baitul Hasan akan menganjurkan Program Ibadah Korban / Aqiqah Baitul Hasan 2020M /1441H.

Ustaz Dino berkata, kesemua daging korban dan aqiqah akan diagihkan kepada asnaf fakir miskin di Malaysia, Thailand, Kemboja dan Aceh Indonesia.

“Rebutlah peluang terbaik untuk kita membantu golongan asnaf melalui ibadah korban dan pihak kami berpengalaman luas menganjur serta menguruskan ibadah korban dan aqiqah secara sistematik,” katanya.

Mereka yang mahu menyertai ibadah korban dan aqiqah boleh menghantarkan nama peserta dan salurkan wang penyertaan anda secara bank in / online transfer berdasarkan nombor akaun tertera di atas.

Terima kasih atas keprihatinan anda ..semoga Allah swt membalasnya dengan kebaikan di dunia dan akhirat ..” Kebajikan Asnaf Keutamaan Kami “

Siri Telefon Pintar Terbaharu Samsung Galaxy A21s Dan A11

Bertukarlah untuk pengalaman yang lebih baik dan banyak lagi – ciri-ciri terkini Galaxy A21s dan Galaxy A11 baharu membawakan inovasi mudah alih yang menjadi satu kemestian buat Samsung dengan harga yang pastinya akan menarik minat anda.

Galaxy A21s kini tampil dengan paparan yang lebih besar iaitu paparan 6.5” HD+ Infinity-O, manakala Galaxy A11 pula didatangkan dengan paparan 6.4” HD+ Infinity-O.

Samsung A21s

Dengan skrinnya yang lebih besar dari sisi ke sisi, anda akan dapat menikmati paparan warna-warna mengagumkan yang akan menjadikan pengalaman penggunaan telefon yang rutin begitu hebat sekali!

Sekiranya anda gemar menggunakan telefon untuk menonton filem, serta menggemari vlogging atau gaming, inilah telefon pintar untuk anda.

Kita semua ada kisah tersendiri untuk diceritakan. Dengan Galaxy A21s dan Galaxy A11, anda ada segala yang diperlukan untuk menyampaikan cerita anda dengan cara yang paling menarik, tidak kiralah sebesar atau sekecil mana pun isi cerita tersebut.

Samsung A21s

Galaxy A21s didatangkan dengan kamera belakang quad pelbagai guna dengan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar MP, kamera sudut kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP.

Galaxy A11 pula dilengkapi sediaan ‘triple-camera’ dengan kamera utama 13MP, lensa ultra lebar 5MP, dan kamera sudut kedalaman 2MP.

Kini, anda boleh menjadikan cerita anda lebih menarik bila berkongsi detik-detik indah dengan keluarga dan rakan-rakan.

Samsung A11

Kapasiti bateri yang tinggi, iaitu 5,000mAh bagi Galaxy A21s dan 4,000mAh bagi Galaxy A11, membolehkan anda berkongsi, strim dan bermain sepanjang hari. Dengan keupayaan pengecasan pantas 15W bagi kedua-dua peranti ini, anda boleh kembali beraksi dengan lebih cepat untuk memaksimakan hari anda walaupun selepas kehabisan bateri.

Tawaran dan Ganjaran yang Awesome

Galaxy A21s

Dengan pembelian Galaxy A21s dan Galaxy A11 dari hari ini hingga 30 Jun 2020 di Samsung Experience Store, pengedar rasmi atau kedai-kedai dalam talian yang mengambil bahagian, anda boleh mendapatkan ganjaran eksklusif seperti berikut:

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Semua penebusan bagi Protection Plus yang diberi secara percuma semasa kempen pelancaran mestilah ditebus sebelum 7 Julai 2020 menerusi Samsung Redemption Portal:
https://bit.ly/3gad822
* Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi rebat bagi pengguna Galaxy A21s hanya terdapat di cawangan-cawangan terpilih yang mengambil bahagian sahaja. Sila layari laman ini untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat: https://bit.ly/2ACqHql

AirAsia Lanjut Jualan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia

AirAsia melanjutkan tempoh jualan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia selama dua hari sehingga 15 Jun 2020 (2359h GMT + 8), berikutan permintaan yang luar biasa.

Ditawarkan dengan harga RM399, Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia membolehkan pemegang pas untuk menebus penerbangan tanpa had dalam Malaysia ke 16 destinasi untuk tempoh perjalanan sehingga 31 Mac 2021. Layari airasia.com/deals untuk membeli pas tersebut.

Sejak dilancarkan pada 11 Jun, lebih 12,000 penerbangan telah ditebus. Penebusan penerbangan pertama dilakukan adalah pada tujuh minit selepas pas tersebut mula dijual.

Destinasi utama yang menjadi pilihan adalah Kuching dan Kota Kinabalu selain Tawau, Sibu dan Pulau Pinang, sementara bulan Julai dan Ogos mencatatkan jumlah penebusan penerbangan tertinggi.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan dan semangat mereka dalam membantu memacu dan mempercepat pemulihan pelancongan domestik.

AirAsia berbangga kerana dapat membantu perkembangan ekonomi dengan tambang nilai hebat kami, terutama pada masa-masa yang mencabar ini.

“Kami berharap dapat menyambut kedatangan anda semua dalam penerbangan AirAsia tidak lama lagi dan jangan lupa untuk mengikuti semua nasihat perjalanan udara baharu, termasuk memastikan anda memakai pelitup muka pada setiap masa, membersihkan diri dengan kerap, menggunakan prosedur tanpa sentuhan kami, tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum penerbangan anda dan pra-tempah makanan panas dalam talian.”

Di AirAsia, kesihatan dan kesejahteraan para tetamu adalah keutamaan kami. Selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu, serta kemudahan untuk mereka yang berisiko untuk memastikan keselamatan untuk semua.

Volkswagen Lancar Model Edisi Terhad UNITED

UNITED range

Model UNITED edisi terhad terdiri daripada model Passat dan Tiguan manakala tambahan rebat RM1,000 untuk pelanggan yang membuat tempahan sepanjang hujung minggu ini.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan model edisi terhad UNTED yang terdiri daripada Passat dan Tiguan.

UNITED range

Rangkaian itu meraikan kekuatan perpaduan, satu semangat yang sememangnya sudah lama wujud dalam jenama Volkswagen.

Dua Aksesori Original Volkswagen yang unik diperkenalkan pada model-model UNITED. Penutup roda dinamik yang memastikan logo sentiasa tegak ketika kereta bergerak untuk model Tiguan dan Passat, serta lampu pintu LED yang memancarkan logo Volkswagen apabila pintu hadapan Passat dibuka.

Passat UNITED ditawarkan pada harga RM193,856, dan dilengkapi dengan aksesori bernilai RM12,000. Aksesori tambahan itu termasuklah pedal sports aluminium dan plat sisi kaki, rim aloi Verona baharu bersaiz 19”, VW Tint serta emblem UNITED.

Tiguan UNITED pula didatangkan dengan bampar hadapan sports, spoiler belakang, kemasan krom pada trunk, pelindung ruang kargo, hujung ekzos krom, VW Tint dan emblem UNITED, semua ini bernilai RM4,000.

Tiguan UNITED ditawarkan pada harga RM166,108.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa pengenalan model UNITED adalah sebagai simbol solidariti yang berakar umbi dalam jenama Volkswagen.

“Walaupun ada hubungan di antara rangkaian model UNITED dengan penglibatan Volkswagen dalam sukan bola sepak, signifikan nama dan apa yang diwakilinya sangat relevan dengan perkembangan dan cabaran yang kita hadapi pada hari ini.

Bukan itu sahaja, prinsip utama jenama Volkswagen ialah #wenotme yang memberi penekanan terhadap aspek kesatuan dan kebersamaan.”

Dengan pemansuhan cukai jualan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, sekarang adalah masa terbaik untuk membeli sebuah kereta Volkswagen. Justeru, sesiapa yang berminat untuk menempah model UNITED dijemput untuk merebut peluang terbaik dalam acara Rumah Terbuka Raya Volkswagen secara maya pada 13 dan 14 Jun 2020.

Para pengedar Volkswagen di seluruh negara akan menganjurkan acara tersebut di saluran media sosial masing-masing dan menawarkan rebat tambahan sebanyak RM1,000 ke atas mana-mana model Volkswagen yang ditempah sepanjang dua hari tersebut.

Tawaran tambahan termasuklah Tiguan yang kini hadir dengan pembayaran bulanan selama enam bulan secara percuma bagi unit yang didaftarkan sehingga 30 Jun. Manakala Passat pula ditawarkan dengan insurans percuma selama setahun.

Perkhidmatan penghantaran secara percuma ke rumah pelanggan dalam radius 20km
turut disediakan.

Maklumat lanjut, sila hubungi pengedar Volkswagen terdekat anda atau layari laman web: www.volkswagen.com.my/united-special-edition

Volkswagen Revises Prices With Sales Tax Exemption

More value for money on Volkswagen models in Malaysia and Volkswagen models will see a price reduction of up to RM9,484.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) is pleased to announce a reduction on the prices of its models of up to RM9,484, following the announcement on the sales tax exemption.

This adjustment will take effect on the 15 th June till 31 st December 2020. Locally assembled Volkswagen models are the Polo, Vento, Tiguan and Passat, while the Golf family, consisting of the R-Line, GTI and R, are fully imported.

With the sales tax exemption, customers can expect savings of up to RM3,881 on the Tiguan, RM6,133 on the Passat, and RM4,884 on the Golf R-Line.

Below are the updated prices of all Volkswagen model.

Note: All prices stated are recommended retail prices and do not include registration and
insurance.

Erik Winter, Managing Director of VPCM welcomes this sales tax exemption as beneficial for car buyers at the end of the day. “We are always working towards making German engineering affordable to Malaysians.

This good news translates to more savings for car buyers and offers a much-needed boost to the automotive sector made that has been dormant during the Movement Control Order.”

On top of the price reduction, customers can continue to enjoy ongoing promotions and services at Volkswagen, such as 6-months free instalment for Tiguan units registered by the 30 th June, online rebates exclusive on the Volkswagen eShowroom, and free home delivery service for customers.

All Volkswagen models come with 3-years free maintenance, 5-years manufacturer’s warranty and 5-years roadside assistance. For more information on the updated prices and to find out more, visit your nearest Volkswagen dealership or visit www.volkswagen.com.my to find out more.

AirAsia Lancar Pas Tanpa Had Baharu Untuk Pacu Pelancongan Domestik

AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia

Berikutan pengumuman kebenaran perjalanan domestik di Malaysia pada hari ini, AirAsia akan melancarkan Pas Tanpa Had baharu untuk memacu pelancongan domestik Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan.

Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia yang ditawarkan dengan harga RM399 bersih, tersedia untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) dari 11 Jun 2020 (1000h GMT + 8) hingga 13 Jun 2020 (2359h GMT + 8).

AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia

Beli sekarang dan buatlah perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

Pas ini boleh ditebus untuk penerbangan ke 16 destinasi menarik di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, “Kami menyambut baik pembukaan semula perjalanan domestik menerusi pengumuman Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan pada awal minggu ini, dengan insentif seperti pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga bulan Disember 2021.”

“Ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita haruslah bekerjasama untuk memacu semula industri pelancongan negara.

“Kami juga berharap untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam industri pelancongan daripada pengusaha hotel kepada ejen pelancongan untuk mencapai objektif ini. Bagi AirAsia, Pas Tanpa Had ini adalah tawaran utama kami untuk para tetamu menebus penerbangan tanpa had dalam rangkaian domestik kami ke 16 destinasi.

“Dengan melakukan perjalanan domestik, kita semua bukan sahaja dapat menyokong masyarakat setempat, malah boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Dalam membuat perjalanan, kami meminta kerjasama daripada semua tetamu kami untuk mengamalkan kebersihan diri yang tinggi dan memakai pelitup muka.”

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara membeli dan merancang perjalanan anda dengan Pas Tanpa Had AirAsia, sila rujuk panduan ini.

Penerbangan yang ditebus dengan Pas Tanpa Had tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj-caj lain yang berkenaan.

Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum waktu perlepasan, serta terdapat tempoh embargo dan terma dan syarat lain yang dikenakan.

Di AirAsia, kesihatan dan kesejahteraan para tetamu adalah keutamaan kami. Selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu, serta kemudahan untuk mereka yang berisiko untuk memastikan keselamatan untuk semua.

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Tertakluk kepada terma dan syarat, sila baca Soalan-Soalan Lazim untuk maklumat lanjut.

Mitsubishi Triton Reports Positive Market Share of 28% For Financial Year To Date 2020

Mitsubishi Triton

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), the official distributor of Mitsubishi Motors vehicles in Malaysia, announced that for financial year to date 2020, the Mitsubishi Triton’s
market share is at 28%.

MMM’s Financial Year 2020 calendar is from April 2020 to March 2021. The pick-up truck segment saw a 45% downsize in May 2020 because of the challenging economic situation.

Mitsubishi Triton

In spite of this, the Mitsubishi Triton was the only brand that successfully achieved positive
growth by 1.0% with 483 units sold for May 2020 as compared to the same period last financial year.

From January to May 2020, the Mitsubishi Triton consistently maintained its market share by 22% or more for five consecutive months, an increased from the same corresponding period of 2019 which was at 17.8%.

“While the automotive industry is still recovering from the COVID-19 pandemic, we are happy that the Mitsubishi Triton retained its popularity with with a strong market share of 28% for financial year to date 2020.

“We are glad that the Triton comes in as a reliable and helpful utility truck to assist our
customers to get through these tough times,” said Tomoyuki Shinnishi, Chief Executive Officer of MMM.

He added, “MMM have taken serious precautionary measures to ensure that our products, services and facilities are safe for all. During the conditional Movement Control Order (MCO) phase, MMM have introduced a contactless product demonstration via video call, as well as Test Drive 2U online service.

We want to ensure that the company is still able to provide a worry-free experience for
customers who wish to learn more or test-drive a Mitsubishi model from home.”

“We thank our business partners and customers for playing their part to curb the spread of COVID-19 by adhering to the SOPs that have been set for all MMM showrooms. During the recovery phase of the MCO, MMM and its authorized dealers will still continue to follow all SOPs and guidelines strictly,” Shinnishi concluded.

Father’s Day: Samsung Has Got The Most Covetable Gadgets For The Coolest Dad Around!

Galaxy S20 Series Promo

In case you haven’t checked the calendar, Father’s Day is fast approaching.

It’s 21 June 2020, to be exact. Reading the headline might give you an idea of what to get for your dad this Father’s day.

If your dad loves to stay connected with the family with fantastic snaps and bespoke self-made videos, or has awesome music taste; then he will like these gifts from you that match his cool vibes.

For Dad Who Loves to Connect with the Family through Photography and Videos: The Galaxy S20 Series

If you might live far away or be too busy to visit your dad, the Galaxy S20 series can help him keep in touch with the modern online world and you!

Thanks to Samsung’s partnership with Google Duo, video calling is as easy as sending a text. For the first time ever, Google Duo supports full HD video calling, exclusively on the Galaxy S20.

Family moments are precious, and dad wants to capture that time spent with family in good quality. The Galaxy S20’s camera offers super-high resolution picture-taking that lets in more detail than ever before, so photos of family members are always crystal clear.

Galaxy Buds+PWP Promo

From now to 30 June 2020, customers who purchase any Galaxy S20 series will be entitled to receive an attractive RM300 rebate and a Micro SD Card* worth RM139. For more information, check out this link: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-s20-instore-launch/.

For Dad Who has awesome music taste: The Galaxy Buds+

Maybe he is an audiophile or maybe he likes not dealing with pesky wires when on a run or at his workspace. No matter what his reasons are, dad appreciates a quality pair of wireless earbuds – Galaxy Buds+! Not only does it allow him to experience the quality and sound experience, but the design of it would put dad in the cool category.

With that said, Samsung is taking the cool factor up a notch, by offering a total of 18 designs of Smart Covers for the Galaxy Buds+. Your dad can suit up the Galaxy Buds+ with different themes including MARVEL’s Iron Man for personal style.

To celebrate the official availability, Samsung Malaysia is offering a purchase with purchase (PWP) promo starting from now till 2nd August 2020. Buy the Galaxy Buds case at RM50 with the purchase of a Galaxy Buds+ and save RM49 now! For more information, please visit: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-buds-plus-pwp/.

So, make this Father’s day 3,000x more memorable for your incredibly cool dad!

Waspada Sindiket Penipuan Menyamar Pegawai LHDNM Yang Kembali Aktif

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai LHDNM yang kembali aktif sejak akhir-akhir ini.

Antara modus operandi sindiket tersebut adalah seperti berikut:

i.  Mangsa menerima panggilan daripada sindiket yang memaklumkan bahawa terdapat tunggakan cukai yang masih belum dijelaskan. Mangsa dikehendaki menjelaskan tunggakan cukai dengan membuat pindahan ke akaun bank bukan milik LHDNM;

ii.  Mangsa menerima panggilan memaklumkan bahawa mangsa terlibat dengan aktiviti pelarian cukai dan pengubahan wang haram serta akaun bank milik mangsa akan disekat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Mangsa kemudiannya akan disambungkan untuk bercakap dengan ‘pegawai polis’ yang bertanggungjawab terhadap kes mangsa. Bagi mengelakkan semua wang dalam akaun miliknya dibekukan, mangsa diarahkan untuk memindahkan baki akaun ke akaun pihak ketiga;

iii. Segelintir mangsa dihubungi sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis memaklumkan bahawa mangsa mempunyai baki cukai tertunggak dan mengarahkan mangsa untuk memuat turun aplikasi palsu dari Bank Negara Malaysia (BNM) atau berkongsi maklumat peribadi perbankan di laman web palsu kononnya milik BNM bagi tujuan siasatan;

iv. Mangsa menerima panggilan daripada ‘pegawai’ LHDNM menggunakan nombor telefon mirip nombor telefon LHDNM dengan menggunakan teknik ‘spoofing’ dan memaklumkan bahawa mangsa mempunyai baki cukai tertunggak daripada syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa.

Mangsa diarahkan untuk menjelaskan tunggakan cukai tersebut dengan membuat bayaran kepada akaun pihak ketiga selain daripada akaun LHDNM.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan setiap panggilan, mesej, e-mel mahupun surat yang diterima daripada LHDNM yang meragukan dengan mengambil langkah-langkah berikut:

i.  Semak dengan LHDNM melalui panggilan ke Hasil Care Line, Customer Care Officer, Borang Maklum Balas LHDNM atau hadir ke cawangan LHDNM yang berdekatan;
ii.  Jangan sesekali mendedahkan butiran diri dan perbankan;
iii. Jangan klik pada pautan yang diterima melalui e-mel yang meragukan;
iv. Pastikan bayaran tunggakan cukai dibuat hanya kepada LHDNM;
v.  Jangan muat turun sebarang aplikasi yang diminta oleh pemanggil yang tidak dikenali; dan
vi. Jangan membuat panggilan semula kepada nombor telefon yang tidak dikenali. Semak nombor telefon LHDNM di portal rasmi LHDNM.

LHDNM ingin menegaskan bahawa setiap pegawai LHDNM adalah terikat dengan peruntukan kerahsiaan maklumat percukaian di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967 di mana setiap maklumat peribadi pembayar cukai tidak akan dihebahkan kepada pihak ketiga sewenang-wenangnya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini juga boleh diajukan kepada LHDNM melalui:

a)    Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara),

b)    HASiL Live Chat;

c)    Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

d)  Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

·    Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM

·    Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial

Post Menarik