Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Anti Rasuah Malaysia telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas (Utama), Semarak Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1442H /2020.
Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, beliau telah dipilih kerajaan atas jasa dan sumbangan beliau selama 22 tahun mencurah bakti untuk kerja-kerja kebajikan di peringkat antarabangsa.

“Sepanjang tempoh itu jasa terbesar beliau berjaya membuat perundingan dengan kerajaan Kemboja bagi membebaskan 47 tahanan rakyat Malaysia dari penjara Kemboja pada Februari 2019.
“Ini keunikan beliau yang memainkan peranan penting bagi pembebasan berkenaan,” katanya selepas menerima sijil Tokoh Maulidur Rasul dari Menteri Agama, Datuk Seri Senator Dr Zulkifli Mohd Al Bakri di Putrajaya, hari ini.






































