Utama Blog Halaman 219

Pocket-Sized, Full-Powered: Flex Your Personality with The Galaxy Z Flip6

Our phones are a reflection of our personalities, almost every phone in the world is unique in the wallpapers we choose, the choices of apps we install and how we position them to make them work for us.

Be it a businessman, student, home maker, artist or musician, we make our phones work for us in our own ways. So how much can you do? And how can you make your phone work for you? With the Samsung Galaxy Z Flip6’s FlexWindow, you will be surprised.

The 3.4-inch Super AMOLED FlexWindow is now enhanced with AI-assisted functions, allowing users to do more without needing to open the device.

Same Screen, Different Personalities

With Galaxy AI powered customisation, personalising your FlexWindow can be a fun experience. To showcase your personality, you can use different AI wallpapers, clock styles, and widgets.

You also have different options to create your favourite wallpaper using descriptive prompts, Photo Ambient can change wallpapers based on time and weather. Once you’re happy with your custom wallpaper, you can even change the screen layout based on the image and the colour of the frame to make your personality pop!

More Widgets, No Problem

Widgets are now resizable on the FlexWindow to provide you with more information at a glance. With more widgets to equip on your FlexWindow, you can now track your health stats through Samsung Health, stay ahead in the world of finance, do a quick calculation, or make a quick voice note.

Don’t Type, Just Choose!

Picture this: You received an urgent message and your hands are full, or you are caught in a meeting and can’t whip out your phone to type out a reply. In the face of such adversity, the art (and technology) of stealthy replies is a game changer.

Assisted by Galaxy AI, you will have options to send Suggested replies 3 based on the context of the latest messages, all from the convenience of your FlexWindow.

Hands Free, Picture Perfect

With the FlexCam, you can enjoy a hands free picture taking experience. The AI automatically finds a great scene for your shot by detecting the subject and zooming in and out before making any adjustments.

ProVisual Engine makes the most of the new 50MP wide sensor and 12MP ultra-wide
sensor, supported by Super HDR to capture great shots. The new 50MP sensor supports 2x optical zoom for noise-free photos.

With Nightography ensures a clear shot even in dim lighting conditions and is now available in-app on Instagram Story so pictures can be captured and posted directly.
Purchase the Samsung Galaxy Z Fold6 or Z Flip6 to be entitled for an exclusive RM500 rebate.

Get an additional RM700 off when you opt to trade in for these devices (this promo ends on 30 September 2024).

LG Reveals Expanded Washer Lineup With New Category For Enhanced Capacity At IFA 2024

LG Electronics (LG) is set to unveil its latest washer at IFA 2024. The new model boasts the company’s state-of-the-art Artificial Intelligence Direct Drive™ (AI DD™) 2.0 technology and Pet Care cycle features, delivering an effective washing performance with a larger and more efficient capacity.

Leveraging the company’s advanced low-vibration technology, LG presents the company’s first washer in the 25-inch category, offering the convenience of larger washing loads with an increased drum capacity of up to 16 kilograms.

In addition to the increased capacity, the new washer the integrates a cutting-edge AI technology that enhances the washer’s performance.

At the core of the new washer’s performance is the AI DD 2.0, which utilizes deep
learning technology to automatically detect the load weight, fabric softness and soil
level of the garments.

The washer then uses 6Motion™ technology to select the optimal washing pattern, reducing fabric damage by 10 percent to help clothing last longer.  What’s more, pet owners can take advantage of the Pet Care cycle feature, which offers high-temperature washing up to 60 degrees Celsius and four warm water rinse cycles, effectively removing 99 percent of pet odors.

Furthermore, LG’s new washer streamlines the laundry experience with enhanced performance technology and convenience features. Thanks to TurboWash™ 360, washing cycles can be reduced to just 39 minutes, while ezDispense™ technology simplifies the process by determining the necessary amount of detergent for a load.

The washer offers a total of up to 39 washing cycles and automatically remembers the most frequently used cycles and features to minimize the time spent on setting selection.

Users can also access the Cycle List Edit option to customize their preferences based on
habits.

The washer employs LG’s renowned Inverter DirectDrive™ Motor, the company’s advanced core component technology, to deliver a quiet performance and enhanced durability.

“We are delighted to showcase our new washer and demonstrate how the company’s
technologies simplify the washing process with expanded capacity and tailored features,” said Lyu Jae-cheol, president of LG Electronics Home Appliance & Air Solution Company.

“We will continue to introduce advanced AI-based home appliance solutions that meet the needs of diverse spaces and lifestyles, providing enhanced benefits to make daily life more convenient for all.”

Visitors to IFA 2024 can experience all of LG’s latest innovations, including the latest washer, at the company’s booth (Hall 18, Messe Berlin) from September 6-10.

Pos Malaysia Mengubah Landskap Peruncitan dengan Pelancaran Pos Shop Ke-36

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, pada hari ini telah meraikan pembukaan Pos Shop ke-36 di seluruh negara, ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan transformasi peruncitan kami.

Pelancaran itu, yang bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, telah disempurnakan oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi.

Fiona Liao, Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia berkata: “Hari ini menandakan satu lonjakan yang mengujakan dalam misi kami untuk
merevolusikan perkhidmatan pos dalam era digital. Kami sangat teruja dengan pelancaran Pos Shop Pudu yang melambangkan dedikasi kami untuk memperbaharui pengalaman pelanggan.

Sejak melancarkan Pos Shop pertama di Jalan Medan Tuanku pada Mei 2023, kami telah menyaksikan peningkatan purata sebanyak 34% dengan jumlah pengunjung di pejabat pos
yang berkaitan. Kejayaan ini membuktikan konsep peruncitan inovatif kami yang
menggabungkan perkhidmatan pos tradisional dengan kemudahan moden.”

Pos Shop baharu memperkenalkan konsep ‘Shop in Shop’ yang inovatif ke pasaran, mewakili perubahan besar dari model tradisional. Walaupun Pos Shop asal diintegrasikan dalam pejabat pos, reka bentuk inovatif ini menempatkan pejabat pos di dalam Pos Shop, menawarkan pengalaman runcit yang segar dan kontemporari.

Evolusi ini mencerminkan komitmen Pos Malaysia untuk menyediakan penyelesaian sehenti bagi komuniti setempat, dengan bijak menggabungkan perkhidmatan pos dan bungkusan dengan ruang runcit yang menyediakan keperluan harian dalam suasana membeli-belah yang selesa.

Berkeluasan lebih 900 kaki persegi, Pos Shop Pudu menawarkan pelbagai pilihan untuk
pelanggan, termasuk Pos Kafe yang popular dengan pelbagai pilihan makanan termasuk kopi, minuman, dan makanan segera.

Kedai ini juga menjual barangan keperluan harian, produk penjagaan diri, dan isi rumah, yang benar-benar mewujudkan penyelesaian sehenti untuk komuniti setempat.

Pelanggan juga boleh menambah nilai sevis perkhidmatan peranti mudah alih mereka dengan mudah dan membuat pembayaran bil di Pos Shop. Untuk meraikan pembukaan, pelangaan boleh menikmati promosi eksklusif Beli-1-Percuma-1 untuk Pos Sundaes, sementara stok masih ada.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada promosi #SapotLokal, diskaun sebanyak 16% untuk produk terpilih buatan Malaysia boleh didapati sehingga 30 September.

Inisiatif Pos Shop merupakan komponen penting dalam pelan transformasi Pos Malaysia yang lebih luas. Liao menerangkan, “Dengan pelancaran Pos Shop ke-36, kami sangat teruja untuk terus menginovasi ruang kami dan memperhalusi penawaran produk kami untuk selaras dengan permintaan pasaran, sambil menyediakan penyelesaian sehenti yang komprehensif untuk pengeposan dan mendapatkan keperluan mudah.

Dengan menyediakan peluang kepada PKS tempatan untuk mempamerkan dan menjual
produk mereka melalui konsainan atau penyenaraian langsung, Pos Malaysia secara aktif
memacu pertumbuhan ekonomi dan memenuhi keperluan komuniti. “Pendekatan ini bukan
sahaja menggalakkan pembangunan ekonomi tetapi juga menyokong keperluan komuniti kami, mewujudkan situasi sama menang untuk Pos Malaysia, perniagaan tempatan, dan pelanggan kami,” tambah Liao.

YB Teo Nie Ching memuji inisiatif Pos Malaysia: “Dengan membangunkan bahagian runcitnya dan menyokong usahawan tempatan dalam industri kecil & sederhana melalui jualan produk di Pos Shop, Pos Malaysia bukan sahaja meningkatkan pengalaman pelanggan dan memenuhi keperluan komuniti, tetapi juga memberikan sumbangan yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan komuniti negara.”

Melangkah ke hadapan, Pos Malaysia merancang untuk mempercepatkan pengembangannya, dengan sasaran untuk menubuhkan lagi 14 cawangan Pos Shop di negeri-negeri utama menjelang akhir 2024, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 50 buah kedai di seluruh Malaysia.

Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan, YB Teo Nie Ching telah mengagihkan
bendera Malaysia kepada pelanggan di acara tersebut, menonjolkan peranan Pos Malaysia
dalam memupuk perpaduan negara. Syarikat itu juga akan melancarkan koleksi setem edisi khas “Hari Malaysia”, yang boleh didapati di semua 90 Biro Filateli di seluruh negara, termasuk 13 Pejabat Pos Besar bermula 16 September, untuk mengukuhkan lagi hubungan antara perkhidmatannya dan warisan nasional.

Seiring dengan evolusi Pos Malaysia, syarikat ini tetap komited untuk membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang.

Inisiatif Pos Shop bukan sahaja mengubah cara syarikat beroperasi dalam perniagaan runcit, tetapi juga memberi nafas baru kepada pejabat pos dengan menjadikan sebahagian ruangnya sebagai kedai runcit serba guna. Ini memastikan Pos Malaysia kekal relevan dalam era digital.

Dengan peralihan daripada pusat perkhidmatan yang konvensional kepada hab moden yang menggabungkan perkhidmatan pos dan pengalaman runcit, Pos Malaysia terus memenuhi keperluan pengguna dan menyesuaikan diri dengan perubahan dinamik pasaran.

Richworks Anjur Program Bina SME Bermula Oktober Ini

Richworks sekali lagi bergerak membantu para usahawan terutamanya dari saiz perniagaan kecil dan sederhana merancakkan perniagaan.

Mentor usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, inisiatif membantu para usahawan itu diterjemahkan melalui program Siri Sokongan Jelajah Bina SME Seluruh Malaysia (Bina SME) – Bina Perniagaan & Kewangan Berjaya yang bakal bermula Oktober ini.

“Program jelajah ini akan diadakan secara percuma di beberapa buah negeri antaranya Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

“Kami juga berhasrat bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri bagi meluaskan program ini ke negeri Sabah dan Sarawak jika ada permintaan di sana,” katanya.

Beliau yang berpengalaman selama 16 tahun dalam melatih dan membimbing usahawan telah berjaya meningkatkan hampir 3500 perniagaan dengan peningkatan dan lonjakan hampir 300 peratus.

“Kira-kira 90 peratus usahawan yang ditemui RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) tidak berjaya mencapai kewangan lebih baik melalui perniagaan yang dijalankan.

“Niat asal mereka berniaga sebab nak ada kewangan, jualan dan keuntungan lebih baik untuk bantu keluarga mencapai impian, tapi, semua itu tak kesampaian bila mereka berdepan pelbagai cabaran daripada segi kewangan, persaingan, dengan kenaikan kos dan tiada ilmu bagaimana mengatasinya.

“Disinilah peranan kami dalam memberi solusi,” katanya dalam sidang media di Shah Alam, hari ini.

Tambahnya, perniagaan dan pemasaran tempatan pada masa kini berdepan cabaran gelombang China dimana pengilang dari negara tersebut terus menjual kepada pelanggan (direct to consumer) dengan harga lebih murah.

“Faktor gelombang China ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada para usahawan kecil tempatan, dan oleh itu kita adakan siri jelajah ini bagi membantu mereka disamping memberi idea sebagai nilai tambah dalam meningkatkan dan menghidupkan kembali perniagaan mereka” ujarnya lagi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, Ketua Pegawai Operasi, Suley Nordyana Yahya dan Ketua Pegawai Bimbingan dan Mentoran, Hafiz Jasmi. Sidang media dihoskan oleh Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd.

Tambah Azizan, RichWorks percaya berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada, kami mampu bantu lebih ramai usahawan untuk mendapatkan kekuatan semula.

“Bina SME ini untuk usahawan yang merupakan pembuat keputusan dengan bisnes yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi enam bulan ke atas.

“Kami nak usahawan terlibat bangkit untuk hadapi persaingan dari situasi mencabar tempoh ini supaya dapat kewangan yang lebih baik.

“Dalam masa panjang, untuk mereka capai impian tetapi sekurang-kurangnya masa ini boleh bangkit dengan cepat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Azizan memberitahu, bisnes kini tak mudah dan 2025 dijangka lebih besar cabaran menanti usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Jadi dengan berbaki 4 bulan saja tahun ini, RichWorks nak bantu usahawan-usahawan PKS yang serius dan komited untuk harungi cabaran masa ini,” katanya.

Beliau turut berkongsi sasarannya membantu 10,000 perniagaan kecil dan sederhana (SME) menjelang akhir tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, para usahawan boleh layari laman web www.binasme.com.

Projek DualPlay: Konsep Komputer Riba Berbeza dengan Pengawal Permainan Boleh Tanggal untuk Pengalaman Dua Pemain

Acer memperkenalkan konsep komputer riba gaming Projek DualPlay di persidangan akhbar sejagat next@acer di Berlin, Jerman. Konsep Predator ini memeluk trend permainan terkini, melepaskan dimensi baharu dalam pengalaman PC gaming serba boleh dan boleh dikongsi yang disatukan dalam satu peranti yang berkuasa.

Projek DualPlay mencabar batas permainan di atas jalan, menawar pilihan untuk para pemain dalam menikmati permainan AAA kegemaran mereka. Reka bentuk yang canggih ini dilengkapi dengan pad sesentuh besar yang boleh juga di gunakan sebagai pengawal permainan tanpa wayar boleh tanggal.

Para pemain boleh menggunakan pengawal permainan tanpa wayar ini dengan meletakkan dua jari di butang pelepasan di bahagian atas papan untuk membuka kunci
elektromagnetnya.

Tindakan ini juga mencetus kemunculan dua pembesar suara 5 watt yang jelas dari samping komputer riba ini, menarik para pemain dengan suara yang mendebarkan, menghidupkan setiap adegan.

Untuk para penggemar permainan berbilang pemain, Projek DualPlay membolehkan pemain lain untuk menikmati aksi permainan. Sama ada permainan penembak orang pertama, pertarungan berbilang pemain atas talian, sukan, atau permainan lawan-lawan seperti Capcom Street Fighter 6, Projek DualPlay meningkatkan pengawalan dalam permainan dan pengalaman permainan.

Pengawal permainan boleh tanggal ini boleh dipisahkan kepada dua kayu bedik yang sesuai untuk pertarungan bersemuka dalam siri Street Fighter yang seterusnya dan boleh mengubah komputer riba ini menjadi stesen pertempuran dengan segera.

Kelengkapan ini juga menyediakan kelenturan kepada para pengguna dalam pertukaran lancar antara bermain dengan papan kekunci dan pengawal permainan, dan penyesuaian untuk gaya dan genre permainan yang berlainan.

Konsep komputer riba gaming ini menciptakan suasana mengasyikkan yang merangsang
semangat para gamer. Peranti ini dibalut dengan lampu RGB dinamik 360 darjah boleh selaras di atas papan kekunci, bingkai paparan, dan pad sesentuh besarnya untuk memperbaik penampilannya.

Persembahan cahaya yang menawan ini menjangkau ke bar lampu cermin infiniti di belakang peranti dan kayu bedik pengawal permainan boleh tanggalnya, mempesonakan para pemain ketika dalam sesi permainan.

Dengan projek DualPlay, jenama Predator menginovasi pasaran komputer riba gaming. Konsep ini melambangkan langkah ke depan di dalam inovasi permainan, menjanjikan pengalaman dan interaksi yang istimewa untuk para gamer di pelbagai tahap.

Try Galaxy, Your Gateway to New Samsung Experiences

Planning to switch phones but the task of relearning a new mobile experience sounds challenging?

Try Galaxy is the solution for you. With the most recent update of Try Galaxy, Samsung introduces updates to the core experiences of the One UI 6.1.1, Galaxy AI features and Samsung’s latest foldable and wearable devices.

With Galaxy AI comes new user experiences and Samsung is eager to convey the ease and
intuitiveness of using its latest AI offerings to your benefit. While these features offer an incredible experience that is easy to understand and use, some may still find it hard to switch entire ecosystems.

A short guide is included within the Try Galaxy experience to ease your worries on Samsung’s ecosystem, where you get to understand further on the seamlessness that encapsulates our product experiences.

With the inclusion of Smart Switch, never fear losing your data and transitioning seamlessly from your previous ecosystem to Samsung.

While the experience shows you how AI can benefit you in your daily productivity, Samsung adds more spice to the overall experience, offering Augmented Reality (AR) experiences for its wearables such as the Galaxy Watch and Buds.

“Try on” these devices on your fingers and wrists to find suitable colours that match your aesthetics and personality, allowing you to make informed decisions on which device suits you the most.

At Samsung, customisation is one of the important keys to aesthetics as well. Try Galaxy lets you explore the various, available Galaxy Themes, colour palettes and wallpapers. This gives you a clear idea of what how deep in the rabbit hole you can go when you make your device truly yours.

These features pop with the power of the Z Fold6 and Z Flip6, Samsung’s latest Z series devices that take advantage of their large and foldable screens. Explore the Z Fold6 and Z Flip6 experience with a film and demonstration of Samsung’s latest devices.

Explore the Try Galaxy experience on your phone today. Simply scan the QR code at https://bit.ly/SamsungTryGalaxy and start exploring these features on your phone. Try Galaxy is available on supported Android OS smartphones with the latest version of Chrome and Samsung internet browser.

From 2 August to 30 September 2024, purchase the Samsung Galaxy Z Fold6 or Z Flip6 to be entitled for an exclusive RM500 rebate. Get an additional RM700 off when you opt to trade in for these devices (this promo ends on 30 September 2024).

Jadi Yang Pertama Pandu Volvo EX30 di KL Base, Sungai Besi

Volvo Car Malaysia akan memberi peluang kepada pelanggan untuk berada di belakang stereng Volvo EX30 dalam satu pameran pelancaran yang besar dan pengalaman pemanduan yang pertama seumpamanya, yang akan berlangsung dari 26 hingga 29 September di KL Base, Sungai Besi.

Volvo EX30 Experience ini akan diadakan sejurus selepas pelancaran rasmi – yang dijadualkan pada 25 September – dan akan menawarkan peluang kepada pelanggan untuk
menjadi antara yang pertama untuk pandu SUV elektrik sepenuhnya yang terbaharu dari
Volvo.

Volvo EX30 padat dengan teknologi dan menampilkan sistem bantuan parkir baharu, Google Built-In, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360° yang
lebih selamat dan dibantu oleh kamera, sensor dan radarnya.

Padat dengan teknologi dan sistem keselamatan, Volvo EX30 juga merupakan kereta terpantas daripada Volvo dan mempunyai jejak karbon terendah daripada mana-mana kereta Volvo sebelum ini.

Pelanggan yang hadir ke Volvo EX30 Experience akan dapat:
 Memahami pelbagai idea kecil, inspirasi, pengiraan dan ujian yang dilakukan untuk
memberikan impak besar dalam reka bentuk Volvo EX30.
 Melihat, menyentuh, mendengar, dan memandu sendiri Volvo EX30.
 Mempelajari teknologi canggih dan ciri keselamatan Volvo EX30 dalam satu sesi
pemanduan kereta yang interaktif.
 Merasai sendiri pecutan pantas dan pengendalian dinamik Volvo EX30 di landasan
lapangan terbang ikonik Sungai Besi.
 Menikmati pemanduan Volvo EX30 yang dilengkapi dengan reka bentuk yang mesra
bandar
 Nikmati layanan mesra Scandinavia yang diiringi oleh perunding berpengetahuan
dari pengedar sah Volvo.
 Volvo EX30 Experience akan berlangsung dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari
dan slot adalah terhad berdasarkan siapa cepat dia dapat. Daftar untuk acara ini di
https://forms.volvocarmalaysia.com/ex30.

TDA, KDN Anjur Persidangan Keselamatan Negara 2024 

Technology Depository Agency Berhad (TDA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN), telah menganjurkan Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024 pada 2 September 2024 dengan tema “Keselamatan Negara Tidak Dikompromi.”

Persidangan ini bertujuan mengenal pasti ancaman utama terhadap keselamatan dan ketenteraman di Malaysia berdasarkan data yang terkini, serta merangka pembangunan plan strategik bagi tahun 2026 sehingga 2030.

TDA memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan negara menjadi keutamaan dengan memupuk kerjasama dan pemindahan pengetahuan mengenai keselamatan di Malaysia melalui Program Kolaborasi Industri.

Inisiatif ini memanfaatkan kepakaran Kementerian Dalam Negeri, MINDEF, MKN dan agensi – agensi yang melibatkan keselamatan negara meliputi darat, laut dan udara dalam penganjuran persidangan dengan menekankan elemen-elemen kluster seperti Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Keselamatan Sempadan Negara, Keselamatan Siber, dan Keselamatan Sosial, di mana kehadiran terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi keselamatan dalam negara.

Persidangan ini bukan sekadar tentang kerjasama antara TDA dan KDN; ia mewakili visi bersama Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan keselamatan negara dipertingkatan di masa depan.

Dengan berkolaborasi bersama pelbagai kementerian, jabatan, agensi, institusi dan industri tempatan, kita berhasrat persidangan ini memberi ruang strategik dalam memperkukuhkan keselamatan Negara dengan mengambilkira pelbagai aspek termasuk dalam pembangunan teknologi dan industri tempatan.” kata Ketua Pegawai Eksekutif TDA, Dr. Sharoul Jambari.

Kerjasama antara TDA dan KDN ini dijangka akan memberi impak yang signifikan, selari visi dan misi Kerajaan, dalam usaha memastikan keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam ditingkatkan bagi tempoh 2026 hingga 2030.

D’Jue Wellness Centre Bantu Rawat Pesakit Diabetes

Tiada siapa yang sangka pengasas pusat kesihatan alternatif D’Jue Wellness, Dr Siti Juariah Kusni atau lebih dikenali sebagai Dr Jue ini yang sentiasa melemparkan senyuman ceria ini sebenarnya pernah hampir muflis dalam perniagaannya.

Dr Jue yang juga pemilik Poliklinik Penawar berkata, beliau mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 1993 dan ketika itu bergantung punca pendapatan dengan kliniknya untuk menampung kehidupannya.

Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor ini berkata, pada ketika itu juga, beliau disahkan menghidap penyakit autoimmune yang memerlukan dirinya menerima rawatan perubatan disamping mengambil beberapa jenis ubat yang mengakibatkan dirinya mengalami simptom sampingan.

“Saya mengambil beberapa jenis ubat dengan jumlah yang banyak untuk merawat sakit yang saya hadapi, namun selepas setahun penyakit saya bertambah teruk dan seperti tidak nampak ia akan sembuh.

“Kemudian saya mengambil keputusan untuk berhenti mengambil ubat-ubatan dan mengamalkan amalan elak gula disamping berpuasa 16 jam, saya jaga apa sahaja jenis makanan yang diambil dan juga saya amalkan cara hidup sihat” katanya.

Tambahnya lagi, doktor menyarankan beliau mengambil beberapa jenis ubat termasuk cytotoxic dan steroid bagi merawat penyakitnya. Selepas setahun saya makan ubat tersebut, tubuh saya mula menunjukkan kesan sampingan.

Antara kesan sampingan yang saya hadapi ialah masalah bengkak hati, gastrik, obesiti, penyakit diabetes jenis 2, allergic rhinitis, refluks gastroesofageal (GERD), migrain dan prolapsed disc.

“Saya ambil keputusan untuk belajar tentang perubatan functional iaitu perubatan holistik untuk merawat setiap penyakit kronik dengan melihat semua punca dan akar umbinya. Melalui pengalaman sendiri, saya gunakan cara yang sama untuk merawat pesakit.

“Apabila konsep rawatan yang saya lakukan ini berkesan kepada diri saya dan mengubah kehidupan saya 360 darjah, jadi saya fikir untuk kongsikan kepada orang ramai dengan membuka pusat D’Jue Wellness pada tahun 2018” katanya.

Pada peringkat awal Dr Jue membuat siaran secara ‘live’ di Facebook rasminya berkenaan kesedaran kesihatan, ramai pengikutnya meminta beliau membuat seminar kesihatan. Terbaru beliau menggunakan platform Tiktok dengan membuat siaran ‘live’ disamping seminar kesihatan seluruh negara.

“Kini saya telah membantu hampir 4,000 orang pesakit diabetes dan pelbagai penyakit lain dengan mengamalkan konsep rawatan ini. Ramai antara pesakit yang mengikuti modul rawatan ini telah pun berhenti mengambil insulin dan semakin pulih,” katanya.

Beliau kini berjaya membuka tiga cawangan D’Jue Wellness Centre atas bimbingan dari RichWorks dan Dr Azizan Osman. D’Jue Wellness adalah pusat rawatan integrasi untuk penyakit kronik seperti diabetes, selain menjadi pusat rawatan alternatif dan jualan produk kesihatan bagi pesakit yang memerlukan modifikasi diet.

Membantu pesakit diabetes tahap 4

Ustaz Wan Hamidi Wan Mat, seorang pesakit diabetes berkongsi pengalamannya dalam merawat penyakit kroniknya tanpa perlu bergantung kepada ubat dan insulin.

Katanya, dia telah mengalami pelbagai komplikasi akibat diabetes, termasuk serangan jantung, strok, masalah mata, serta kerosakan saraf pada kaki dan tangan.

“Saya mula menghidap diabetes disebabkan faktor genetik. Ayah, datuk nenek saya semua ada diabetes, jadi ia mungkin tidak dapat dielakkan.

“Saya telah bertahun-tahun mengambil ubat, insulin, malah pernah menjalani pelbagai rawatan di hospital kerana komplikasi daripada penyakit ini,” katanya.

Setelah mengalami serangan jantung, menjalani rawatan belon jantung, dan mengalami masalah mata yang memerlukan rawatan berulang kali, Ustaz Wan Hamidi mendapati tiada penyelesaian jangka panjang untuk masalahnya.

Namun, segalanya berubah apabila beliau bertemu dengan Dr. Jue dari D’Jue Wellness.

“Saya pada mulanya ragu-ragu apabila Dr. Jue menyarankan agar saya berhenti mengambil insulin. Namun, setelah melalui sesi kaunseling dan memahami bagaimana diabetes berlaku serta cara mengawalnya, saya mula mengikuti nasihat beliau,” tambahnya.

Dr. Jue mencadangkan Ustaz Wan Hamidi mengikuti protokol kesihatan yang ketat, termasuk berpuasa, mengurangkan gula, mengelakkan protein haiwan, dan mengamalkan protein tumbuhan.

Selain itu, Dr. Jue juga mengesyorkan kaedah memasak nasi dicampur minyak kelapa dara lalu menyimpan nasi dalam peti ais selama 12 jam sebelum dimakan.

“Selepas mengikuti protokol tersebut, saya berhenti mengambil segala ubat dan insulin sepenuhnya. Bacaan gula darah saya yang dahulunya tinggi, kini berada pada tahap normal, malah doktor terkejut dengan perubahan ini,” katanya.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan alternatif D’Jue Wellness boleh hubungi 011-16329674 atau layari www.drjuemall.com.my

Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon Kunjungi Skyline Luge

Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengadakan lawatan istimewa ke Skyline Luge Kuala Lumpur semalam, menandakan langkah signifikan dalam mengukuhkan hubungan antara New Zealand dan Malaysia.

Lawatan ini bersempena meraikan kejayaan Skyline Luge Kuala Lumpur yang berjaya mencapai 1 juta penunggang, dalam hanya sembilan bulan selepas pembukaannya pada Disember 2023.

Kerjasama antara New Zealand dan Malaysia melangkaui bidang tradisional seperti perdagangan dan pendidikan. Perdana Menteri Luxon menekankan kepentingan hubungan ini, dengan menyatakan betapa perniagaan New Zealand seperti Skyline Enterprises menyumbang kepada kerancakan industri pelancongan di Malaysia.

“New Zealand dan Malaysia telah menjalin kerjasama yang kukuh dan berterusan selama lebih enam dekad. Pengenalan Skyline Luge, sebuah tarikan dari New Zealand, ke Kuala Lumpur merupakan bukti kerjasama dan saling menghormati yang berterusan antara negara kita,” kata Perdana Menteri Luxon.

“Saya berbesar hati melihat Skyline Luge Kuala Lumpur bukan sahaja mewarnai landskap pelancongan tempatan malah membawa sebahagian daripada semangat New Zealand ke Malaysia,” katanya.

Skyline Luge Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah Gamuda Luge Gardens telah menjadi tarikan yang wajib dikunjungi dengan begitu pantas, menarik pengunjung daripada semua peringkat umur. Taman ini menampilkan lebih 1.6 kilometer trek yang mendebarkan, termasuk terowong terpanjang yang pernah dibina di Skyline Luge Park.

Kejayaan tarikan ini dalam tempoh yang singkat jelas membuktikan daya tarikannya di samping pertalian erat antara semangat inovatif New Zealand dengan sambutan hangat Malaysia terhadap pengalaman baharu.

Gavin Barnes, Pengurus Besar Skyline Luge Kuala Lumpur, menyatakan keterujaannya terhadap pencapaian 1 juta penunggang. “Kami amat teruja dengan kehadiran 1 juta penunggang ke Skyline Luge Kuala Lumpur dalam tempoh sembilan bulan sahaja dan kami amat berterima kasih atas sambutan luar biasa yang diterima di sini.

Post Menarik