Acer memperkenalkan konsep komputer riba gaming Projek DualPlay di persidangan akhbar sejagat next@acer di Berlin, Jerman. Konsep Predator ini memeluk trend permainan terkini, melepaskan dimensi baharu dalam pengalaman PC gaming serba boleh dan boleh dikongsi yang disatukan dalam satu peranti yang berkuasa.

Projek DualPlay mencabar batas permainan di atas jalan, menawar pilihan untuk para pemain dalam menikmati permainan AAA kegemaran mereka. Reka bentuk yang canggih ini dilengkapi dengan pad sesentuh besar yang boleh juga di gunakan sebagai pengawal permainan tanpa wayar boleh tanggal.

Para pemain boleh menggunakan pengawal permainan tanpa wayar ini dengan meletakkan dua jari di butang pelepasan di bahagian atas papan untuk membuka kunci
elektromagnetnya.

Tindakan ini juga mencetus kemunculan dua pembesar suara 5 watt yang jelas dari samping komputer riba ini, menarik para pemain dengan suara yang mendebarkan, menghidupkan setiap adegan.

Untuk para penggemar permainan berbilang pemain, Projek DualPlay membolehkan pemain lain untuk menikmati aksi permainan. Sama ada permainan penembak orang pertama, pertarungan berbilang pemain atas talian, sukan, atau permainan lawan-lawan seperti Capcom Street Fighter 6, Projek DualPlay meningkatkan pengawalan dalam permainan dan pengalaman permainan.

Pengawal permainan boleh tanggal ini boleh dipisahkan kepada dua kayu bedik yang sesuai untuk pertarungan bersemuka dalam siri Street Fighter yang seterusnya dan boleh mengubah komputer riba ini menjadi stesen pertempuran dengan segera.

Kelengkapan ini juga menyediakan kelenturan kepada para pengguna dalam pertukaran lancar antara bermain dengan papan kekunci dan pengawal permainan, dan penyesuaian untuk gaya dan genre permainan yang berlainan.

Konsep komputer riba gaming ini menciptakan suasana mengasyikkan yang merangsang
semangat para gamer. Peranti ini dibalut dengan lampu RGB dinamik 360 darjah boleh selaras di atas papan kekunci, bingkai paparan, dan pad sesentuh besarnya untuk memperbaik penampilannya.

Persembahan cahaya yang menawan ini menjangkau ke bar lampu cermin infiniti di belakang peranti dan kayu bedik pengawal permainan boleh tanggalnya, mempesonakan para pemain ketika dalam sesi permainan.

Dengan projek DualPlay, jenama Predator menginovasi pasaran komputer riba gaming. Konsep ini melambangkan langkah ke depan di dalam inovasi permainan, menjanjikan pengalaman dan interaksi yang istimewa untuk para gamer di pelbagai tahap.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini