Volvo Car Malaysia akan memberi peluang kepada pelanggan untuk berada di belakang stereng Volvo EX30 dalam satu pameran pelancaran yang besar dan pengalaman pemanduan yang pertama seumpamanya, yang akan berlangsung dari 26 hingga 29 September di KL Base, Sungai Besi.

Volvo EX30 Experience ini akan diadakan sejurus selepas pelancaran rasmi – yang dijadualkan pada 25 September – dan akan menawarkan peluang kepada pelanggan untuk
menjadi antara yang pertama untuk pandu SUV elektrik sepenuhnya yang terbaharu dari
Volvo.

Volvo EX30 padat dengan teknologi dan menampilkan sistem bantuan parkir baharu, Google Built-In, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360° yang
lebih selamat dan dibantu oleh kamera, sensor dan radarnya.

Padat dengan teknologi dan sistem keselamatan, Volvo EX30 juga merupakan kereta terpantas daripada Volvo dan mempunyai jejak karbon terendah daripada mana-mana kereta Volvo sebelum ini.

Pelanggan yang hadir ke Volvo EX30 Experience akan dapat:
 Memahami pelbagai idea kecil, inspirasi, pengiraan dan ujian yang dilakukan untuk
memberikan impak besar dalam reka bentuk Volvo EX30.
 Melihat, menyentuh, mendengar, dan memandu sendiri Volvo EX30.
 Mempelajari teknologi canggih dan ciri keselamatan Volvo EX30 dalam satu sesi
pemanduan kereta yang interaktif.
 Merasai sendiri pecutan pantas dan pengendalian dinamik Volvo EX30 di landasan
lapangan terbang ikonik Sungai Besi.
 Menikmati pemanduan Volvo EX30 yang dilengkapi dengan reka bentuk yang mesra
bandar
 Nikmati layanan mesra Scandinavia yang diiringi oleh perunding berpengetahuan
dari pengedar sah Volvo.
 Volvo EX30 Experience akan berlangsung dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari
dan slot adalah terhad berdasarkan siapa cepat dia dapat. Daftar untuk acara ini di
https://forms.volvocarmalaysia.com/ex30.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini