Tiada siapa yang sangka pengasas pusat kesihatan alternatif D’Jue Wellness, Dr Siti Juariah Kusni atau lebih dikenali sebagai Dr Jue ini yang sentiasa melemparkan senyuman ceria ini sebenarnya pernah hampir muflis dalam perniagaannya.
Dr Jue yang juga pemilik Poliklinik Penawar berkata, beliau mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 1993 dan ketika itu bergantung punca pendapatan dengan kliniknya untuk menampung kehidupannya.
Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor ini berkata, pada ketika itu juga, beliau disahkan menghidap penyakit autoimmune yang memerlukan dirinya menerima rawatan perubatan disamping mengambil beberapa jenis ubat yang mengakibatkan dirinya mengalami simptom sampingan.
“Saya mengambil beberapa jenis ubat dengan jumlah yang banyak untuk merawat sakit yang saya hadapi, namun selepas setahun penyakit saya bertambah teruk dan seperti tidak nampak ia akan sembuh.
“Kemudian saya mengambil keputusan untuk berhenti mengambil ubat-ubatan dan mengamalkan amalan elak gula disamping berpuasa 16 jam, saya jaga apa sahaja jenis makanan yang diambil dan juga saya amalkan cara hidup sihat” katanya.
Tambahnya lagi, doktor menyarankan beliau mengambil beberapa jenis ubat termasuk cytotoxic dan steroid bagi merawat penyakitnya. Selepas setahun saya makan ubat tersebut, tubuh saya mula menunjukkan kesan sampingan.
Antara kesan sampingan yang saya hadapi ialah masalah bengkak hati, gastrik, obesiti, penyakit diabetes jenis 2, allergic rhinitis, refluks gastroesofageal (GERD), migrain dan prolapsed disc.
“Saya ambil keputusan untuk belajar tentang perubatan functional iaitu perubatan holistik untuk merawat setiap penyakit kronik dengan melihat semua punca dan akar umbinya. Melalui pengalaman sendiri, saya gunakan cara yang sama untuk merawat pesakit.
“Apabila konsep rawatan yang saya lakukan ini berkesan kepada diri saya dan mengubah kehidupan saya 360 darjah, jadi saya fikir untuk kongsikan kepada orang ramai dengan membuka pusat D’Jue Wellness pada tahun 2018” katanya.
Pada peringkat awal Dr Jue membuat siaran secara ‘live’ di Facebook rasminya berkenaan kesedaran kesihatan, ramai pengikutnya meminta beliau membuat seminar kesihatan. Terbaru beliau menggunakan platform Tiktok dengan membuat siaran ‘live’ disamping seminar kesihatan seluruh negara.
“Kini saya telah membantu hampir 4,000 orang pesakit diabetes dan pelbagai penyakit lain dengan mengamalkan konsep rawatan ini. Ramai antara pesakit yang mengikuti modul rawatan ini telah pun berhenti mengambil insulin dan semakin pulih,” katanya.
Beliau kini berjaya membuka tiga cawangan D’Jue Wellness Centre atas bimbingan dari RichWorks dan Dr Azizan Osman. D’Jue Wellness adalah pusat rawatan integrasi untuk penyakit kronik seperti diabetes, selain menjadi pusat rawatan alternatif dan jualan produk kesihatan bagi pesakit yang memerlukan modifikasi diet.
Membantu pesakit diabetes tahap 4
Ustaz Wan Hamidi Wan Mat, seorang pesakit diabetes berkongsi pengalamannya dalam merawat penyakit kroniknya tanpa perlu bergantung kepada ubat dan insulin.
Katanya, dia telah mengalami pelbagai komplikasi akibat diabetes, termasuk serangan jantung, strok, masalah mata, serta kerosakan saraf pada kaki dan tangan.
“Saya mula menghidap diabetes disebabkan faktor genetik. Ayah, datuk nenek saya semua ada diabetes, jadi ia mungkin tidak dapat dielakkan.
“Saya telah bertahun-tahun mengambil ubat, insulin, malah pernah menjalani pelbagai rawatan di hospital kerana komplikasi daripada penyakit ini,” katanya.
Setelah mengalami serangan jantung, menjalani rawatan belon jantung, dan mengalami masalah mata yang memerlukan rawatan berulang kali, Ustaz Wan Hamidi mendapati tiada penyelesaian jangka panjang untuk masalahnya.
Namun, segalanya berubah apabila beliau bertemu dengan Dr. Jue dari D’Jue Wellness.
“Saya pada mulanya ragu-ragu apabila Dr. Jue menyarankan agar saya berhenti mengambil insulin. Namun, setelah melalui sesi kaunseling dan memahami bagaimana diabetes berlaku serta cara mengawalnya, saya mula mengikuti nasihat beliau,” tambahnya.
Dr. Jue mencadangkan Ustaz Wan Hamidi mengikuti protokol kesihatan yang ketat, termasuk berpuasa, mengurangkan gula, mengelakkan protein haiwan, dan mengamalkan protein tumbuhan.
Selain itu, Dr. Jue juga mengesyorkan kaedah memasak nasi dicampur minyak kelapa dara lalu menyimpan nasi dalam peti ais selama 12 jam sebelum dimakan.
“Selepas mengikuti protokol tersebut, saya berhenti mengambil segala ubat dan insulin sepenuhnya. Bacaan gula darah saya yang dahulunya tinggi, kini berada pada tahap normal, malah doktor terkejut dengan perubahan ini,” katanya.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan alternatif D’Jue Wellness boleh hubungi 011-16329674 atau layari www.drjuemall.com.my