Utama Blog Halaman 208

Kaotim, Jenama dan Platform Digital Takaful Malaysia Perkenal Pelan Perlindungan Kenderaan Persendirian dan Motosikal Secara Dalam Talian 

Pengerusi Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohammed Hussein (dua kiri) dan Pengerusi Takaful Malaysia Am, Ismail Mahbob (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal (dua kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am, Mohamed Sabri Ramli (kiri) pada pelancaran Kaotim Car dan Kaotim Motor di Pulau Pinang

Kaotim, jenama dan platform digital yang diuruskan oleh Takaful Malaysia (“Kumpulan”), telah melancarkan Kaotim Car dan Kaotim Motor yang menawarkan pelan perlindungan dalam  talian terbaharu dan komprehensif bagi kenderaan persendirian dan motosikal pada harga yang berpatutan untuk pemilik kenderaan di Malaysia.

Dengan pelancaran produk baharu ini, pemilik kenderaan dapat mengakses pelan  perlindungan secara pantas mengikut keperluan, sekaligus memilih faedah tambahan yang sesuai dengan bajet  mereka. 

Hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Pengerusi Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohammed Hussein;  Pengerusi Takaful Malaysia Am (bahagian Takaful Am Takaful Malaysia), Ismail Mahbob; Lembaga Pengarah  Takaful Malaysia Keluarga dan Takaful Malaysia Am; Badan Penasihat Syariah; Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal; Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am, Mohamed Sabri  Ramli; serta Pengurusan Kanan Takaful Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, “Pelancaran Kaotim Car dan  Kaotim Motor adalah sebahagian daripada langkah strategik kami untuk mengukuhkan kedudukan dalam bidang insurans dan takaful motor yang telah menunjukkan pertumbuhan positif.

Strategi ini selaras dengan permintaan  dan peningkatan jualan kenderaan di pasaran. Kami berhasrat untuk memperluaskan langkah dengan menawarkan pelbagai pelan perlindungan dalam talian untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am, Mohamed Sabri Ramli telah melancarkan pelan perlindungan dalam talian terbaharu, Kaotim Car dan Kaotim Motor

“Sehubungan itu,  kami teruja memperkenalkan Kaotim Car dan Kaotim Motor di bawah jenama Kaotim. Kedua-dua produk baharu  ini menyediakan perlindungan komprehensif mampu milik dan mudah diakses yang membolehkan pelanggan mendapatkan sebut harga dan perlindungan yang sesuai.”  

Kaotim Car merupakan perlindungan komprehensif bagi kenderaan persendirian terhadap pelbagai risiko,  termasuk kerosakan akibat kemalangan, kebakaran, kecurian, liabiliti kepada pihak ketiga, atau kerosakan harta  benda.

Selain itu, pelan ini menawarkan bantuan bahu jalan 24 jam serta perkhidmatan tunda tanpa had akibat  kerosakan secara percuma. Kaotim Car turut menyediakan perlindungan kemalangan peribadi untuk pemandu  dan penumpang. Terdapat sebelas (11) faedah tambahan yang fleksibel, termasuk Motor PA Plus, yang  menawarkan perlindungan tambahan terhadap kematian atau keilatan kekal akibat kemalangan jalan raya,  sekaligus pelanggan dapat membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan mereka. 

Kaotim Motor pula menawarkan perlindungan motosikal komprehensif terhadap kerosakan akibat kemalangan,  kebakaran, kecurian, serta liabiliti kepada pihak ketiga untuk kematian, kecederaan badan, dan kerugian atau kerosakan harta benda. Perkhidmatan bantuan bahu jalan 24 jam dengan perkhidmatan tunda akibat kerosakan  sekali secara percuma turut disediakan.

Pelanggan boleh menambah baik perlindungan mereka dengan memilih  mana-mana daripada empat (4) faedah tambahan, termasuk Bike PA Plus – iaitu perlindungan kemalangan  peribadi terhadap kematian atau keilatan kekal akibat kemalangan jalan raya. 

Nor Azman Zainal berkata, “Dengan Kaotim Car, pelanggan dapat menikmati pelan ansuran untuk bayaran  sumbangan tanpa faedah, diskaun serta-merta sebanyak sepuluh peratus (10%), serta perlindungan kemalangan  peribadi percuma sebanyak RM15,000 untuk setiap individu yang dilindungi.

Manakala, Kaotim Motor menawarkan diskaun serta-merta sepuluh peratus (10%), perkhidmatan tunda akibat kerosakan sekali secara  percuma, dan perlindungan untuk semua penunggang yang dibenarkan. Kesemua manfaat bagi kedua-dua pelan  baharu ini tertakluk kepada terma dan syarat.” 

“Pelancaran Kaotim Car dan Kaotim Motor ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha kami untuk  memperkenalkan lebih banyak pelan perlindungan dalam talian. Inisiatif ini memanfaatkan platform digital kami untuk menawarkan transaksi dalam talian yang lebih lancar, sesuai dengan gaya hidup terkini.

Ini selaras dengan  peningkatan permintaan pelan perlindungan untuk kenderaan persendirian dan motosikal dalam pasaran insurans  am dan takaful di Malaysia. Sempena ulang tahun ke-40, kami terus kekal kukuh dan berdaya saing dalam industri  ini dengan menawarkan pelan perlindungan dalam talian yang komprehensif dan berpatutan, disamping memastikan keseimbangan portfolio antara perniagaan motor dan bukan motor,” katanya dalam kenyataan di sini.

redONE Mobile Introduces New 5G Postpaid devicePRO Plan in collaboration with vivo Malaysia

redONE Mobile, South-East Asia’s largest Mobile Virtual Network Operator (MVNO) announces the launch of its new bundle postpaid plans called 5G Postpaid devicePRO plan.

This innovative offering features two distinct categories: ‘SuperJimat’, designed for users seeking a plan that includes a 5G smartphone with zero upfront device payment, and ‘PowerGadget’, for those requiring higher-performance 5G smartphones with superior specifications at a low cost, available from only RM68 a month.

With the introduction of the devicePRO plan, redONE Mobile is pleased to announce vivo Malaysia as its preferred device partner to offer a free vivo Y28s 5G smartphone with every subscription to the plan under the ‘SuperJimat’ option or at a competitive price with the ‘PowerGadget’ option.

By providing the latest 5G devices with each plan subscription, redONE Mobile aims to support and enhance overall user experience and lifestyle, enabling them to fully benefit from the unlimited fast data and access to YouTube, Facebook and Instagram in HD, as well as hotspot allowance of up to 60 GB.

Mike Xu, vivo Malaysia’s Chief Executive Officer shared his enthusiasm as the two parties collaborate on the launch of the new plan, “We are thrilled to continue our partnership with redONE Mobile for the launch of the new devicePRO plan.

Our products aim to enhance our customer’s journey through cutting-edge technology and innovative features, ensuring seamless and enjoyable interactions. This partnership demonstrates vivo’s commitment to delivering exceptional technology and connectivity
to our customers.”

In another exciting collaboration, redONE Mobile is proud to announce its partnership with Warner Brothers for an exclusive promotion tied to the highly-anticipated movie ‘Red One’, set to premier in cinemas nationwide on 7 November this year.

This collaboration offers redONE Mobile customers the opportunity to get their hands on exclusive limited edition movie merchandises and movie tickets.

To stand a chance to get these exclusive merchandises, new redONE Mobile customers can subscribe to the new devicePRO68 postpaid plan which comes with a free vivo Y28s 5G phone, while existing postpaid customers can upgrade their current plan to the devicePRO68 plan.

Additionally, redONE Prepaid customers too, stand the chance to score these merchandises by topping-up their credit with a minimum of RM30. In order to ensure that everyone has the opportunity to engage with the excitement surrounding the Red One movie buzz, redONE Mobile is hosting a contest on its official Facebook and Instagram
platforms, where the public can participate for a chance to win these limited edition merchandises and movie passes.

redONE Mobile, Chief Executive Officer, Ameen Amaendran said, “We’re excited to introduce the new Postpaid 5G devicePRO plan, which reflects our commitment to providing our customers with flexible options to not just subscribe to value-for-money postpaid plans but to also own the latest 5G devices for free or at affordable prices, along with their subscriptions.

On top of that, our exclusive collaboration for the upcoming Red One movie adds an extra layer of excitement, bringing our customers closer to the cinematic experience and allowing them to enjoy exclusive rewards while staying connected.”

For more information about the new 5G Postpaid devicePRO plan or to find out how to participate in the promotion to get the limited-edition merchandises and Red One movie tickets, visit redONEMobile.com.my.

Leader Energy and Plus Xnergy to Deploy Malaysia’s First NaS Battery Energy Storage System (BESS)

Leader Energy Group Berhad (“Leader Energy”) via its wholly-owned subsidiary Leader Solar Energy II Sdn Bhd (“LSE II”) and Plus Xnergy Services Sdn Bhd (“Plus Xnergy”) today announced the upcoming deployment of the country’s first sodium-sulfur (NaS) battery energy storage system (BESS).

Plus Xnergy will install and commission the 1.45MWh capacity BESS in LSE II’s large scale
solar (LSS) farm located at Bukit Selambau, Kedah. The groundbreaking system utilises NaS battery technology which has greater energy density and can fully discharge without cell degradation.

Its discharge duration of 6-18 hours is significantly higher than Lithium-based systems. As a result, it can store more energy in a smaller footprint while having longer life
span at low maintenance.

This project marks Malaysia’s first utility-scale BESS connected to an operational LSS farm and is noteworthy as it will also be the first megawatt-scale grid connected battery used for LSS applications in peninsular Malaysia.

This system’s scalable design allows for future expansion through a two-layer stacked container configuration, further enhancing energy security in a highly efficient manner.
The NaS BESS alleviates intermittency challenges by enabling excess energy from the LSS farm to be stored in a safe and reliable manner, and discharged quickly in response to fluctuations for a stable and uninterrupted output of energy.

This also means energy that would otherwise be lost can be captured and stored, thereby increasing the amount of energy exported back to the grid.

“Leader Energy is proud to be at the forefront of Malaysia’s renewable energy landscape with the deployment of the country’s first-of-its-kind NaS BESS. This innovative project will improve the efficiency and reliability of our solar energy operations at LSE II, while also demonstrating the broader potential of NaS BESS for grid firming and energy stability.

Together with Plus Xnergy, we are setting a new benchmark for sustainable and advanced energy solutions in Malaysia’s energy sector,” said Dato’ Sean H’ng, Executive Deputy Chairman and co-Group CEO of Leader Energy.

vivo Watch 3, Jam Pintar Penuh Inovasi Terkini – Reviu Gajet

Terdedah kepada tahap bunyi 100 dB (desibel) untuk beberapa minit sehari mampu menyebabkan tahap pendengaran terjejas. Adalah dinasihatkan untuk mengehadkan pendedahan kepada bunyi yang kuat ini dikurangkan kira-kira 20 minit seminggu.

Ini adalah notis ringkas yang tertulis pada paparan skrin jam pintar terbaharu vivo Watch 3 yang diuji ini. Beberapa notis ringkas lain juga dipadankan dan ini adalah kelebihan yang ada pada peranti ini yang mampu mengesan tahap bunyi bising di sekeliling apabila dipakai terus.

Antara ciri menarik yang ditawarkan pada peranti jam pintar ini bukan sahaja memfokuskan kepada beberapa ciri atau aktiviti sukan tetapi juga kepada aspek yang lain termasuk pengenalan ciri kompas siap bina yang boleh berfungsi di mana-mana sahaja.

Selain boleh berfungsi sebagai peranti untuk menjawab panggilan telefon atau membaca pesanan whatsApp ditangan, jam tangan ini juga boleh dilengkapi ciri pembayaran pintar menggunakan kad akses NFC (Near Field Communication) seperti kad debit atau kad pembayaran tanpa tunai.

Dipadankan dengan sistem operasi BlueOS yang merupakan sistem operasi tersendiri vivo, peranti ini diperkenalkan dalam satu saiz iaitu 46mm dengan dua pilihan rekaan bersama tali jenis silikon lembut atau kulit.

Peranti yang diuji Prebiu.com dilengkapi tali silikon hitam dengan badannya juga berwarna sama nampak awesome apabila memakainya malah tidak terasa beban disebabkan beratnya hanya 36 gram.

Rekaan luaran

vivo Watch 3 dilengkapi skrin 1.43 inci dengan resolusi 466 x 466 dan ciri Always-On-Display. Paparan skrin besar ini memberikan satu kelebihan kepada pemakai yang mahu kelihatan menonjol dan sentiasa bergaya tidak kira untuk kegunaan harian atau bersantai pada hujung minggu.

Paparan skrin peranti ini jenis AMOLED memaparkan imej yang sangat cantik, mampu memberikan semua maklumat yang diperlukan tanpa piksel yang terkeluar malah imej dipaparkan amat jelas ketika navigasi antaramuka digunakan.

Skrin AMOLED memang sudah diketahui umum terbaik di pasaran. Warnanya nampak hidup dan jelas, setiap sentuhan pada paparan skrin berfungsi dengan baik dan penggunaan di bawah matahari terik juga tidak mendatangkan sebarang masalah.

Pada sisi kanan atas, peranti ini dipadankan dengan tombol berputar bagi tujuan melakukan navigasi aplikasi dan satu butang kecil kedua dibawahnya.

Anda juga boleh menetapkan tahap kecerahan cahaya pada skrin jam ini secara manual mahupun secara automatik.

Tombol berputar aluminium ini memberi anda akses kepada ciri-ciri jam yang lebih lengkap manakala butang di bawahnya adalah pintasan kepada akses pilihan jenis aktiviti kecergasan yang mahu dipilih.

Rekaan badan peranti ini dengan ketebalan 46.1 X 46.1 X 11.3mm juga kukuh dengan kerangka utama diperbuat daripada aloi aluminium sementara paparan skrin dilindungi dengan bahan dari jenis Schott Up.

Malah skrin bulatnya cukup menarik dan jika jam ini terjatuh ke dalam air atau dipakai ketika hujan lebat, anda tidak perlu risau kerana ia boleh bertahan hingga 50 meter (5 ATM) kedalaman air.

vivo Watch 3 ini tampil dengan dua pilihan tali; anda boleh memilih tali kulit Moonlight White yang sangat selesa atau tali sukan silikon Asteroid Black. Terdapat butang pelepas cepat di bahagian bawah casing yang membolehkan anda menukar tali jika perlu, atau jika anda ingin bertukar kepada reka bentuk lain di masa hadapan.

Pelbagai Ciri Sensor

Jam ini dilengkapi sensor terbina Star Ring Health Monitoring Sensor dengan gabungan teknologi analisis kadar jantung berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk kemampuan menjejak dan merekodkan data dengan lebih baik.

Apa yang menarik ialah ciri sensor ini dipadankan dengan 8 saluran untuk pemantauan denyutan jantung 24 jam sehari dan 16 saluran untuk oksigen darah, susun atur multi-saluran ini memberikan pemantauan kesihatan yang tepat dan menyeluruh. Ia juga mampu memantau tekanan, tahap ketepuan, pernafasan, tidur, dan banyak lagi.

Isyarat PPG diproses oleh Algoritma Pemantauan Denyut Jantung yang Inovatif, yang mempunyai kebolehan pemantauan yang cemerlang. Peranti ini secara tepat menjejaki data anda, sama ada dalam penggunaan harian atau semasa senaman.

Selain itu, jam ini mempunyai pilihan lebih 100 mod sukan yang berbeza dan tidak terhad kepada aktiviti berjalan, berlari, berbasikal, berenang, badminton dan banyak lagi.

Untuk pilihan akses aktiviti sukan, anda boleh memilih mengikut abjad yang dipaparkan daripada huruf A hingga Y, misalnya Archery, Ballet, Baseball, Billiards, Drifting hingga kepada Yoga. Banyak bukan!

Jika ada sentiasa berhadapan dengan tekanan, peranti ini boleh mengesan sama ada berada dalam tekanan atau stress yang sederhana hingga tinggi.Tekan sahaja butang pengesanan stress dan keputusan akan terus diperolehi dalam beberapa saat.

Malah ia juga mampu memaparkan pola tidur lengkap dengan pengesanan dengkur bagi menyukat kualiti tidur anda sama ada tidur yang berkualiti atau tidak.

Kustomasi muka jam juga boleh dilakukan dengan mudah khususnya apabila mahu menukar warna latar belakang, paparan digital, reka huruf dan apakah data yang ingin dipaparkan.

Paparan imej pada muka jam juga cukup menarik dan kelihatan benar-benar hidup serta bergerak dalam pelbagai gaya yang mengasyikkan.

Satu lagi kelebihan memiliki jam pintar ini ialah anda boleh menukar wajah jam digital ini setiap hari samada digital atau analog, menukar warna latar belakang mengikut mood anda. Kesemua ini boleh dilakukan menerusi aplikasi Honor Health.

Bateri

Peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 505 mAh dengan cas penuh hanya kurang dari dua jam dan cukup menarik mampu bertahan sehingga 16 hari untuk kegunaan biasa dan bergantung kepada tahap penggunaan.

Sekiranya peranti ini disambungkan dengan telefon pintar dan digunakan secara aktif menjawab panggilan telefon atau membaca whatsApp mungkin jangka hayat bateri ini akan menurun. Ini adalah situasi biasa bagi mana-mana jam pintar di pasaran mengikut jenis penggunaan pemakainya.

Penggunaan bateri pada peranti ini boleh dianggap berbaloi dengan saiz yang sederhana besar ini malah memberikan pengalaman menyeronokkan ketika melayari menu dengan lancar.

Fungsi lain, seperti kawalan muzik boleh dilakukan terus pada peranti kepada telefon yang sudah disambungkan dengan Bluetooth 5.2 dengan sokongan BLE/BT. Anda boleh menambah koleksi muzik pada jam ini tanpa risau kerana kapasiti RAM 64MB dan ROM 4GB sudah dianggap memadai.

Harga

vivo Watch 3 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu White Leather dan Black Sport dengan harga RM899 (Sport) dan RM999 (Leather).

Kesimpulan

Secara peribadi, jam pintar terbaharu vivo ini memiliki banyak ciri baharu yang mampu melengkapi pengguna masa kini yang bukan sahaja mementingkan kesihatan malah tampil bergaya.

Peranti bercirikan premium ini amat sesuai digunakan setiap hari dan saiz paparan yang besar memberi kelebihan kepada mereka yang aktif bersukan kerana ia mudah dilihat tidak kira pada waktu siang atau malam.

Jam pintar ini juga bertindak responsif dengan sebarang pergerakan khususnya apabila sesuatu aplikasi diaktifkan misalnya ketika mengesan tahap bunyi sekeliling selain ketika digunakan melakukan aktiviti sukan.

Bagaimanapun, dengan segala ciri yang dipadankan, harga berkenaan dianggap berbaloi bagi mereka yang benar-benar menghargai jam tangan pintar atau kepada mereka yang sedang mencari-cari jam pintar ditawarkan pada harga dibawah RM1,000.

 

PUMA Welcomes Formula 1 Drive Charles Leclerc As New Brand Ambassador

Global sports company PUMA is excited to announce Charles Leclerc, Formula 1 star and Scuderia Ferrari HP driver, as the newest global ambassador for the brand.

With this partnership, PUMA solidifies its position as the leading brand in motorsport and expands its influence beyond the racing circuit. Leclerc’s dynamic energy, drive for excellence, and modern appeal make him the ideal partner to embody PUMA’s commitment to pushing boundaries in both sport and fashion.

Charles Leclerc has continued to showcase his exceptional talent and skill, solidifying his
position as one of the top drivers in Formula 1. Leclerc has demonstrated his exceptional
qualifying prowess and raw speed, with three pole positions this season.

His most memorable achievements came with two prestigious victories—first at the iconic Monaco Grand Prix, his home race, where he thrilled local fans with a dominant win, and later at Monza, where he conquered the famed “Temple of Speed” in front of the passionate Tifosi.

The strategic partnership aims to drive awareness for the brand, connecting with fans of
both motorsport and fashion, and reinforcing PUMA’s impact in these spaces. The
collaboration will spotlight Leclerc in a range of high-profile PUMA collections, with a
particular emphasis on the PUMA Motorsport for Scuderia Ferrari collections, across
various global channels.

“We are more than excited to welcome Charles to the PUMA family. His unique blend of
being a professional athlete in Formula One and a fashion enthusiast off the track makes
him a perfect fit for our brand. Charles will not only serve as a motorsport ambassador but he will also play a vital role in various projects and initiatives that extend beyond the
racetrack.

There are a lot of exciting projects in the pipeline, and we can’t wait to continue
shaping our motorsport legacy together with Charles.” said Arne Freundt, CEO of PUMA.

MINI Malaysia Lancar MINI Aceman, Previu MINI Cooper S 5-Door Baharu

MINI Malaysia mempersembahkan MINI Aceman baharu, crossover kompak elektrik pertama MINI, yang direka untuk mencerminkan semangat mobiliti bandar yang mampan dengan semua elemen unik gaya klasik MINI.

Turut dipersembahkan bersama model baharu ini adalah previu MINI Cooper S 5-Door baharu, yang diinspirasikan daripada model ikonik tiga pintu, dengan penekanan tambahan pada aspek praktikal.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan MINI Aceman baharu, serta previu MINI Cooper S 5-Door baharu yang menggambarkan semangat inovasi berani MINI dan daya tarikan sepanjang zaman.

MINI Aceman baharu dengan pemanduan elektrik dan ‘Karisma Kesederhanaan’ melambangkan masa hadapan mobiliti bandar, manakala MINI Cooper S 5-Door baharu menggabungkan reka bentuk ikonik MINI dengan kepraktisan yang dipertingkatkan.

Kehadiran MINI Aceman baharu menandakan pengenalan model crossover pertama MINI dalam segmen kereta kecil premium, menggabungkan dimensi kompak dengan keselesaan yang luas dan pemanduan serba elektrik.

Teguh mengekalkan identiti warisannya, MINI Aceman baharu mewakili tafsiran kontemporari pengalaman pemanduan go-kart ikonik MINI, yang menggabungkan teknologi inovatif, sistem bantuan moden, dan elemen reka bentuk minimalis yang menjadi ciri utama jenama ini sekaligus melambangkan kelincahan serta keyakinan di jalan raya.

Harga jualan yang disyorkan untuk MINI Aceman baharu, serta anggaran harga untuk MINI Cooper S 5-Door baharu beserta SST (atas jalan, tanpa insurans) adalah:

MINI Aceman baharu RM 213,888.00
(Tambahan) Waranti Lanjutan MINI & Pakej Servis RM 7,400.00

MINI Cooper S 5-Door baharu (Anggaran) RM 293,000.00
(Tambahan) Waranti Lanjutan MINI & Pakej Servis (Anggaran) RM10,400.00

Isuzu D-Max Capai Perjalanan 2,000 Km Dengan Hanya Satu Tangki

Terkenal kerana kecekapannya, Isuzu D-Max telah membuktikan kemampuan penjimatan bahan apinya sekali lagi apabila semua tiga unit model terkininya berjaya mencatatkan perjalanan jarak 2,000 km dengan satu tangki bahan api yang hanya berkapasiti 76 liter!

Ini menambah lagi pencapaian yang pernah diraih oleh trak pikap dengan pelbagai
kemampuan tersebut, yang sebelum ini pernah menamatkan perjalanan dari Bangkok ke
Singapura dengan menempuh jarak sejauh 1,809 km hanya dengan satu tangki diesel.

Selain itu, syarikat juga telah berjaya menguji dengan memandu model 1.9 liter Single Cab dengan beban satu tan dan mencapai jarak lebih 1,000 km dengan hanya satu tangki
penuh bahan api, walaupun terpaksa menempuh tiga kawasan pergunungan yang masing-masing mempunyai ketinggian 1,000 meter dari paras laut.

Singyuin Christy, Bernard Chin and Terry Teh ready for the challenge

Dalam pencapaian yang terbaharu, Dura Miles Challenge anjuran Isuzu Malaysia menguji
pula kemampuan tiga unit berbeza Isuzu D-Max — 1.9 liter 4×2 Auto Plus yang paling
cekap, 1.9 liter 4×4 Auto Premium yang paling laris dan 3.0 liter 4×4 X-Terrain yang paling canggih — dengan memandunya dari bandar Phitsanulok di Thailand yang berada kira-kira 300 km di utara Bangkok, menuju Klang, Selangor.

Ini merupakan kali pertama syarikat melakukan ujian sedemikian terhadap Isuzu D-Max
generasi ketiga yang terbaharu ini. Tidak hanya menampilkan gaya dengan rekaan luaran
aerodinamik, Isuzu D-Max 2024 juga menampilkan enjin Euro 4 yang dipertingkat, yang
memberikan janaan kuasa dan kecekapan bahan api sekali gus.

Ujian ini turut disaksikan oleh pegawai teknikal daripada Persatuan Sukan Permotoran
Malaysia (MAM) yang melekatkan pelekat keselamatan tangki minyak dan sekali gus
menjadi pemerhati bagi memastikan tiada isian semula dilakukan sepanjang perjalanan.

Hal ini juga turut menyenaraikan Isuzu D-Max ke dalam Malaysian Book of Records bagi
“Trak Pikap Yang Paling Jauh Dipandu Dengan Satu Tangki Bahan Api”.

Bercakap ketika menyambut ketibaan semua kenderaan terbabit di Pusat 3S Ultra Gallant
Isuzu di Klang, Selangor selepas menyelesaikan perjalanan 2,000 km tersebut, Ketua
Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata yang kejayaan itu
membuktikan kecemerlangan kejuruteraan Isuzu dalam membangunkan enjin diesel Blue
Power yang memberikan prestasi di luar jangkaan kebiasaan penggunaannya.

“Walaupun kami tidak menjangkakan setiap pelanggan akan memandu kenderaan Isuzu
mereka sejauh 2,000 km bagi setiap isian bahan api, ia jelas menunjukkan tahap
kejuruteraan yang telah diberikan terhadap setiap kendearan Isuzu untuk membolehkannya mencapai keupayaan dalam skala tersebut,” kata Okazoe.

Ketika majlis berkenaan, Okazoe yang turut disertai oleh Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan, Kenkichi Sogo turut diserahkan sijil penyempurnaan cabaran daripada Ketua Setiausaha MAM, S. N. Nanthan dan Pemerhati Muhammad Siraj dan sijil pencapaian daripada wakil Malaysian Book of Records, Edwin Yeoh dan Mohd Nazrul.

Sogo memaklumkan, pencapaian ini juga mewaili kemenangan bagi semua pemilik Isuzu D-Max sedia ada.

Bengkel ‘Menjaga Hutan Kita’ Meraikan Hari Habitat Sedunia 2024

Peserta bersedia untuk ‘Menjaga Hutan Kita’

Baru baru ini, BOH Plantations Sdn Bhd (BOH) dan Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) menganjurkan bengkel, ‘Caring for Our Forest’, sempena Hari Habitat Sedunia tahun ini.

Lebih 50 peserta menghadiri bengkel setengah hari yang diadakan di Pusat Ilmuan Hutan Hujan Tropika Elmina di mana mereka berpeluang menanam benih harapan untuk masa hadapan yang lebih baik dalam memelihara khazanah negara Malaysia – hutan tropika kita.

Peserta dimaklumkan tentang kerja pemuliharaan utama TRCRC untuk melindungi dan memelihara tumbuhan tempatan serta cara membaik pulih landskap yang mengalami kemerosotan dengan spesies tempatan. Ini merupakan aspek penting dalam menangani kadar kehilangan biodiversiti yang kritikal di Malaysia.

Saiful (dua dari kanan) dan Adawiyah (kiri) bersama anak-anak mereka, Alif (dua dari kiri) dan Adam (kanan) menambah sungkupan pada pokok

Peserta juga dibawa melawat ke Elmina Living Collection Nursery. Di sinilah biji benih daripada tumbuhan yang sangat terancam, terancam dan jarang ditemui akan dikutip, disemai dan ditanam di tapak yang ditetapkan oleh TRCRC untuk menghasilkan anak benih dan bahan penanaman bagi projek pemuliharaan hutan.

Semua usaha ini sejajar dengan misi berganda TRCRC untuk memulihara spesies tumbuhan hutan hujan tropika di samping menerajui projek perlindungan dan pemuliharaan hutan di seluruh landskap. Projek utama TRCRC adalah Tropical Rainforest Living Collections di Merisuli, Sabah dan di Banun, Perak.

Di Elmina, TRCRC bertekad untuk mempertingkatkan biodiversiti bandar melalui pelbagai inisiatif. Mereka memberi tumpuan kepada usaha memulihkan landskap yang mengalami kemerosotan selain kawasan berhampiran tebing sungai di Selangor dan Kuala Lumpur. Usaha mereka ini bertujuan meningkatkan ketahanan ekologi dan habitat yang berfungsi untuk hidupan liar tempatan.

Senyuman gembira selepas berjaya memindahkan anak benih ke dalam polibeg masing-masing

“TRCRC menumpukan usaha untuk mempertingkatkan biodiversiti bandar dengan menghijaukan semula tanah yang mengalami kemerosotan di kawasan-kawasan utama di bandar yang dikenal pasti melalui kajian lapangan yang menyeluruh. Pendekatan kami ini memberi penekanan kepada prinsip ‘spesies yang betul di tempat yang betul’ bagi memastikan kejayaan penanaman dan pemuliharaan,” kata Intan Syafiqah Mohd Hamezan, Eksekutif Projek TRCRC.

Bengkel ‘Menjaga Hutan Kita’ itu membuka peluang untuk menyelami sendiri usaha pemuliharaan biodiversiti bandar di samping membolehkan peserta merasai pengalaman mencampurkan tanah dan mengisinya ke dalam polibeg seterusnya memindahkan anak benih ke dalam polibeg.

Bagi Saiful Naim Abdul Hamin dan Rabiatul Adawiyah Zakaria, meluangkan masa bersama dua anak lelaki mereka, Adam Solihin, 10, dan Alif Daniel, 8, di bengkel berkenaan merupakan detik yang menyeronokkan.

“Ini adalah peluang yang baik untuk mendekatkan anak-anak kami dengan alam semulajadi dan memberi pengalaman supaya mereka tahu bahawa mereka juga boleh memainkan peranan dalam menjaga hutan kita. Mereka begitu seronok dapat memindahkan anak benih dan belajar banyak perkara baharu tentang hutan,” kata Adawiyah.

Satu pokok seorang – hadiah istimewa untuk dibawa pulang.

Bercakap pada acara berkenaan, Chen Chaw Chang, Ketua Pegawai Komersial BOH Plantations, berkata “Usahasama antara BOH dan TRCRC ini adalah kesinambungan daripada inisiatif berterusan  untuk meningkatkan lagi biodiversiti bandar dan menyokong usaha-usaha kelestarian, demi mencorakkan masa hadapan yang lebih baik untuk bumi kita. 

Usaha ini juga mencerminkan hala tuju jenama BOH di mana kami sentiasa berpandangan jauh, prihatin dalam memelihara kelestarian (sustainabiliTEA) di samping memupuk hubungan kami dengan komuniti (communiTEA), serta sentiasa meneruskan visi Bru Untuk Masa Hadapan (Brewing for Tomorrow)

“Melalui sambutan ulang tahun ke-95 inisiatif ‘BOH Wish Tree’ baru-baru ini, kami telah menyumbang RM20,000 kepada TRCRC bagi membiayai pengumpulan 500 anak benih baharu untuk disemai dan dimanfaatkan dalam aktiviti menanam pokok pada masa hadapan, demi meningkatkan biodiversiti bandar,” tambahnya.

CIMB Islamic Agih Barangan Makanan Bernilai RM100,000 Kepada 400 Keluarga Asnaf Di PPR Bukit Jalil

CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) dengan kerjasama Yayasan Belia Malaysia (YBM) mengukuhkan komitmennya dalam memperkasa komuniti asnaf dengan melaksanakan Program Bantuan Bakul Makanan CIMB Islamic.

Inisiatif libat urus komuniti berterusan berkenaan bermatlamat untuk mengurangkan beban kewangan keluarga asnaf menerusi agihan bakul makanan. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, CIMB Islamic, melalui Zakat Wakalahnya, mengagihkan barang makanan bernilai RM100,000 kepada 400 keluarga asnaf terpilih di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil.

Hadir di majlis berkenaan, Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bersama Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic dan Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim, Pengerusi YBM, Rozaidi Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Muslim Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta sukarelawan daripada CIMB yang telah mengagihkan bakul-bakul makanan yang mengandungi beras, tepung dan minyak masak, termasuk makanan ruji lain kepada penerima manfaat untuk keperluan nutrisi mereka.

Ahmad Shahriman berkata, “Zakat kekal sebagai satu instrumen kewangan sosial asas dalam usaha meluaskan bantuan kami terhadap golongan asnaf dengan fokus untuk menambah baik kualiti hidup mereka dengan mengurangkan bebanan kewangan, membolehkan mereka memperuntukkan pendapatan ke arah keperluan asas dan memperbaiki kehidupan mereka secara menyeluruh.

“Menerusi program ini, matlamat kami adalah bagi memastikan setiap keluarga mempunyai akses makanan berkhasiat di samping meringankan beban mereka sambil memupuk semangat kekitaan dan sokongan terhadap golongan memerlukan.

“Kami komited dalam memainkan peranan sebagai institusi kewangan Islamik bertanggungjawab dalam menyampaikan impak positif dan bermakna kepada komuniti di bawah seliaan kami. Ini dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif yang kami terajui sejak beberapa tahun yang lalu yang merangkumi prinsip perantaraan berasaskan nilai,” katanya.

Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim berkata, pihaknya berbesar hati kerjasama dengan CIMB Islamic diteruskan melalui inisiatif khidmat masyarakat baharu ini yang diyakini boleh membawa kesan positif terhadap kehidupan seharian komuniti asnaf.

Beliau berkata, keluarga asnaf sering berdepan kekangan kewangan dalam mendapatkan keperluan makanan asas. Dengan penyediaan barang makanan keperluan ini, matlamatnya adalah bagi menambah baik kehidupan setiap keluarga secara menyeluruh.

MYStartup Pre-Accelerator Cohort 4 Labuh Tirai, Cradle Umum 5 Startup Terbaik Pada Demo Day

Lima Startup Terbaik MYStartup Pre-Accelerator Kohort 4

MYStartup Pre-Accelerator Cohort 4, sebuah  program prapemecut anjuran Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) dengan kerjasama  WatchTower and Friends, melabuhkan tirai dengan acara kemuncak ‘Demo Day’ pada  4 Oktober 2024 di Grey Box, GMBB, selepas lebih tiga bulan bimbingan intensif,  latihan, dan pembangunan perniagaan. 

Sebelas (11) finalis startup membentangkan Produk Berdaya Maju Minimum (MVP)  mereka kepada panel juri, mempamerkan penyelesaian inovatif merangkumi industri  seperti fintech, teknologi kesihatan, dan agritech. Startup ini adalah antara 30 syarikat  yang terpilih untuk program ini setelah melalui saringan ketat untuk memperbaiki  model perniagaan dan strategi kemasukan pasaran mereka. 

Semasa sesi ‘Demo Day’, lima startup telah dinobatkan sebagai pemenang terbaik,  masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM35,000 beserta sokongan  tambahan dan akses kepada pelbagai faedah daripada MYStartup dan rakan  korporat. 

Lima startup terbaik adalah seperti berikut: 

  1. DashAdd: Papan pemuka berkuasa AI yang membantu perniagaan menjejak  prestasi kewangan, meramal aliran tunai, dan mendapatkan pembiayaan untuk  pertumbuhan yang lebih bijak. 
  2. IOXTECH Global: Merevolusikan pengurusan pembinaan dengan  pemantauan masa nyata, laporan kemajuan yang lancar, dan penjejakan  tenaga kerja yang cekap untuk menyiapkan projek tepat pada masa dan mengikut bajet. 
  3. Faradays Energy: Mencipta generasi baharu teknologi hijau untuk  penghasilan hidrogen bersih, lebih banyak, dan kos rendah bagi menamatkan  era bahan api fosil. 
  4. Nanofertech: Teknologi pelepasan terkawal berkuasa AI untuk pembajaan tepat dalam pertanian. 
  5. Vidanex: Merintis diagnosis kanser berasaskan AI dengan keputusan lebih  cepat dan rawatan peribadi menggunakan pengimejan digital canggih.

Panel juri menampilkan tokoh-tokoh utama dalam ekosistem startup Malaysia,  termasuk Zehan Teoh, Ketua Pembangunan Ekosistem di Cradle; CK Chang,  Pengasas OXWHITE®; Audra Pakalnyte, Rakan Kongsi di First Move; Yeoh Chen  Chow, penasihat dan pelabur budiman; dan Steven Wong, Ketua Pegawai Teknologi  (CTO) pitchIN. Setiap startup dinilai berdasarkan beberapa kriteria seperti tahap  inovasi, potensi pasaran, dan keupayaan pelaksanaan. 

Bercakap dalam acara itu, Norman Matthieu Vanhaecke, Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan Cradle, memuji kualiti pembentangan, dengan berkata, “Inovasi dan  semangat keusahawanan yang ditunjukkan oleh peserta kohort ini mengukuhkan  keyakinan kami terhadap bakat yang ada di Malaysia. Startup merupakan perintis  yang melihat peluang di mana orang lain melihat halangan, dan di Cradle, kami  memahami peranan penting mereka dalam membentuk masa depan ekonomi  Malaysia.” 

“Kami komited untuk membina ekosistem startup yang berkembang pesat di mana ia  mampu melengkapi pengasas dengan sumber penting untuk mengembangkan idea  mereka seterusnya menjana impak global. Kejayaan startup ini adalah penting untuk  masa depan Malaysia, daripada mencipta pekerjaan, menyelesaikan cabaran  mendesak, dan meletakkan negara kita sebagai hab utama teknologi dan  keusahawanan. Kami berbangga untuk menyokong pertumbuhan mereka dan tidak  sabar untuk melihat apa yang akan mereka capai seterusnya,” tambahnya. 

Sam Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama WatchTower and  Friends, merenung tentang kepentingan menyokong ekosistem keusahawanan  Malaysia, berkata, “WatchTower and Friends telah menjalankan program untuk  usahawan sejak 2015, dan jelas bahawa Malaysia tidak kekurangan bakat. Kami  berbangga untuk terus memainkan peranan kami dalam memenuhi aspirasi Kerajaan  berkaitan ekosistem startup, dan kami sentiasa mengemas kini silibus program kami  untuk memastikan startup dilengkapi dengan pengetahuan terbaik.

Sebagai  contohnya, kohort ini, turut memperkenalkan modul baharu mengenai alam sekitar,  sosial, dan tadbir urus (ESG) untuk startup setelah mengambil kira minat pelabur  terhadap kelestarian dalam keputusan mereka. Kami menyedari peranan penting  menyesuaikan program kami secara berterusan untuk melengkapkan pengasas  dengan alat, pandangan, dan rangka kerja yang diperlukan untuk membina  perniagaan yang mampan dan boleh dikembangkan.” 

Salah satu startup terbaik, IOXTECH Global, mengimbau kembali perjalanan mereka  dalam program ini. Muhd Amin Rafiq, Pengasas Bersama IOXTECH Global, berkongsi, “Ini baru permulaan bagi kami. Masih banyak kerja di hadapan, dan kami  bersyukur atas hadiah wang tunai dan sokongan berterusan daripada Cradle dan  WatchTower and Friends.

Sebelum program ini, saya berasa tidak pasti tentang di  mana untuk bermula, tetapi struktur dan alat yang disediakan sangat bernilai dalam  membina MVP kami. Kami telah memperoleh pandangan penting mengenai pembangunan startup, dan maklum balas daripada mentor telah membantu kami  memperhalusi model perniagaan kami dan mengesahkan strategi kami untuk  pasaran.” 

Nisha Govender, Pengasas Bersama Nanofertech dan juga salah satu startup terbaik,  berkongsi, “Sepanjang program ini, kami berhubung dengan pengasas yang berjaya  yang sudi berkongsi pandangan mereka, terutamanya kesilapan yang pernah  dilakukan sepanjang perjalanan mereka.

Melalui pengalaman mereka, kami belajar  dan ianya membantu kami mengelakkan kesilapan biasa dan memperoleh pandangan  berharga. Peluang ini sangat memberi motivasi dan berkaitan dengan kami sebagai  startup muda. Saya sangat mengesyorkan program prapemecut ini kepada sesiapa  sahaja yang ingin memulakan atau sedang menjalankan perniagaan, kerana ia  menyediakan pengesahan dan bimbingan yang kuat dengan memperhalusi  rancangan perniagaan anda untuk memastikan relevan di pasaran.” 

Salah seorang hakim, Yeoh Chen Chow, penasihat dan pelabur budiman, turut  memberi komen, “Kualiti pembentangan di MYStartup Pre-Accelerator ‘Demo Day’ sangat mengagumkan.

Kebanyakan startup menunjukkan fahaman mendalam  tentang pasaran mereka dan mempamerkan penyelesaian inovatif dengan potensi  yang besar. Para pengasas membentangkan idea mereka dengan jelas, penuh  semangat, dan mempunyai visi strategik yang kukuh, yang menunjukkan persediaan  dan bimbingan ampuh yang mereka terima sepanjang program ini. Jelas sekali  bahawa landskap startup Malaysia sedang berkembang, dengan individu berbakat  yang bersedia untuk memberi impak.” 

Sejak sesi onboarding pada Julai 2024 lalu, 30 startup yang terpilih telah mendapat  manfaat daripada bimbingan individu dan panduan daripada lebih 20 usahawan dan  pemimpin industri yang berpengalaman, serta peluang jaringan eksklusif, jemputan ke  hab inovasi, dan akses kepada penyelidikan pasaran. 

Program MYStartup Pre-Accelerator, sebuah inisiatif di bawah Kementerian Sains,  Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dipacu oleh Cradle, bertujuan untuk mendorong pertumbuhan startup peringkat awal melalui bimbingan berstruktur dan akses kepada  sumber. Inisiatif ini selari dengan Pelan Halatuju Ekosistem Startup Malaysia  (SUPER) 2021-2030, yang bertujuan untuk melahirkan 5,000 startup menjelang 2025.

Post Menarik