Utama Blog Halaman 209

Ulike Lancar Peranti Penyingkir Bulu IPL Air10 di Malaysia 

Ulike, jenama peranti penyingkir bulu di rumah nombor satu dunia 2022, membawakan Masa Hadapan Kecantikan ke rumah peminat kecantikan, dengan memperkenalkan peranti IPL pertamanya yang dilengkapi fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan daripada salun, untuk memberikan hasil klinikal kepada pengguna menerusi penggunaan Ulike Air10 secara konsisten.

Dengan peranti IPL Air10, pengguna boleh melihat hasilnya seawal dua minggu dan
menikmati kulit licin yang tahan lama hasil daripada mod Dual Lights yang mempunyai dua
kali ganda sumber cahaya untuk rawatan yang lebih pantas, lebih berkesan, serta 18 peratus lebih luas kawasan rawatan.

Manakala, mod SHR yang diinspirasikan daripada salun telah menetapkan tanda aras baharu dalam industri dengan jumlah keluaran tenaga 26J yang mengagumkan bagi setiap pancaran empat getaran; mampu menyingkirkan bulu yang paling degil.

Ulike Air10 dilengkapi dengan teknologi Next-Gen Ice Cooling yang memberikan sensasi
sejuk dan selesa kepada pengguna. Teknologi ini adalah hasil penyelidikan mengenai IPL
selama lebih sepuluh tahun, memperlihatkan sistem penyejukan utama Ulike mengekalkan
suhu sentuhan 65°F yang sejuk untuk sesi seluruh badan walaupun selepas 30 minit.

Langkah ini berupaya melindungi kulit pengguna, mengelakkan kelecuran di samping
menikmati sensasi segar selepas setiap rawatan. Teknologi SkinSensor Ulike Air10 membolehkan pengguna menikmati lebih ketenangan fikiran apabila menggunakan peranti tersebut.

Teknologi perlindungan kulit Ulike yang serba baharu ini mampu mengenal pasti warna kulit dengan tepat, melaraskan kuasa rawatan secara automatik dan berhenti berkelip jika kawasan rawatan yang diingini adalah terlalu gelap untuk penggunaan yang selamat, agar pengguna sentiasa bebas daripada kebimbangan dan bebas bulu dengan penggunaan yang konsisten.

Peranti penyingkir bulu revolusioner ini didatangkan dalam empat mod kuasa untuk menyingkirkan bulu dari kepala hingga ke kaki, iaitu Mod Pantas yang sesuai untuk kemasan dan rawatan kecil, Mod Normal yang sesuai untuk menyingkirkan bulu yang halus dan normal, Mod Tinggi yang sesuai untuk menyingkirkan bulu yang lebih tebal, dan Mod SHR untuk rawatan intensiti tinggi bagi menyingkirkan bulu yang degil.

Dengan penggunaan Air10 secara konsisten, pengguna boleh menikmati hingga 73.33 peratus pengurangan bulu, 82.38 peratus purata pengurangan panjang bulu dan hingga 96.52 peratus pengurangan ketumpatan bulu.

Peminat kecantikan juga berpeluang untuk mendapatkan Air10 pada harga menarik melalui
jualan eksklusif Ulike 6.6! Tambahan lagi, sebagai sebahagian daripada Jualan Mega Ulike
6.6 & Jualan Hari Jenama Super, peminat boleh menikmati tawaran diskaun hingga 50
peratus untuk produk Ulike.

Betamek Catat Pertumbuhan Kukuh PBT RM26.4 Juta Untuk TK2024 Berikutan Rancangan Peluasan Yang Berjaya

Pengarah Eksekutif Betamek, Muhammad Fauzi Abd Ghani

Betamek Berhad (Betamek), Pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, mengumumkan keputusan kewangan suku keempat bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (“TK2024 S4”) dengan merekodkan  Keuntungan Sebelum Cukai (“PBT”) sebanyak RM26.40 juta bagi tahun (“TK2024”).

Untuk TK2024 S4, Betamek mencapai hasil sebanyak RM56 juta dan PBT sebanyak RM5.6 juta.

Prestasi ini didorong terutamanya oleh segmen produk audio dan visual kenderaan, yang menyumbang RM43.5 juta atau 77.61 peratus daripada jumlah hasil, manakala bakinya disumbangkan oleh segmen aksesori kenderaan.

Pada asas tahun ke tahun, pendapatan Betamek untuk TK2024 berjumlah RM222 juta, berbanding RM205.7 juta pada tahun kewangan yang sama (“TK2023”), mencerminkan peningkatan sebanyak 7.93 peratus.

Segmen produk audio dan visual kenderaan merupakan pemacu utama, menyumbang RM173.7 juta atau 78.22 peratus daripada jumlah hasil, di mana hasil Syarikat diperoleh sepenuhnya daripada pelanggan Malaysia. PBT TK2024 meningkat kepada RM26.4 juta daripada RM22.4 juta pada tahun sebelumnya, peningkatan sebanyak 17.72 peratus menunjukkan permintaan kukuh untuk produk dan komponen elektronik automotif Betamek.

Untuk S4 TK2024, hasil Kumpulan menurun sedikit sebanyak RM3.2 juta atau 5.42 peratus berbanding suku sebelumnya (“S3 TK2024”), terutamanya disebabkan oleh cuti perayaan yang panjang yang mengurangkan hari produktif untuk pengeluaran kenderaan.

Segmen produk audio dan visual kenderaan menjana RM43.5 juta pada TK2024 S4, turun daripada RM45.9 juta pada TK2024 S3, manakala segmen aksesori kenderaan menyaksikan penurunan sedikit daripada RM13.4 juta kepada RM12.5 juta.

Margin Keuntungan Kasar (“GP”) untuk S4 ialah 14.89 peratus sedikit penurunan daripada 15.51 peratus pada suku sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh kelemahan berterusan Ringgit Malaysia (“MYR”) berbanding Dolar AS (“USD”) . Margin PBT juga menurun kepada 9.98 peratus daripada 11.72 peratus pada Q3, dipengaruhi oleh pengurangan margin GP dan peningkatan perbelanjaan operasi.

Memandang ke hadapan, Persatuan Automotif Malaysia (“MAA”) mengunjurkan Jumlah Volum Industri (“TIV”) sebanyak 740,000 unit untuk 2024, menunjukkan permintaan yang mampan walaupun terdapat ketidaktentuan ekonomi. Sokongan kerajaan Malaysia untuk sektor kenderaan elektrik dijangka memacu pengeluaran dan menarik pelaburan, memupuk pertumbuhan industri.

Betamek menjangkakan FY2025 yang dinamik, disokong oleh usaha sama baru-baru ini dengan Shenzen Zhonghong Technology Co., Ltd., (“Shenzen Zhonghong Technology”) yang bertujuan untuk menembusi pasaran baharu ASEAN dengan sistem bantuan pemandu termaju (“ADAS”) dan penyelesaian kokpit pintar.

Pengambilalihan strategik Sanshin (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Sanshin Malaysia”) akan mempelbagaikan pangkalan pelanggan Kumpulan dan mengembangkan jejak antarabangsanya, meningkatkan penawaran produk dan jangkauan pasaran Betamek.

Pengarah Eksekutif Betamek Muhammad Fauzi Abd Ghani, berkata, prestasi syarikat pada TK2024 menggariskan daya tahan Betamek dan visi strategik di tengah-tengah cabaran pasaran.

“Pengambilalihan Sanshin Malaysia dan usaha sama kami dengan Shenzen Zhonghong Technology menandakan pencapaian penting yang akan memacu strategi pertumbuhan kami pada TK2025. Kami kekal komited terhadap inovasi dan kecemerlangan, dan kami yakin langkah strategik ini akan mengukuhkan kedudukan pasaran kami dan memberikan nilai jangka panjang kepada pemegang kepentingan kami,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Fauzi  berkata, Betamek mengisytiharkan jumlah dividen sebanyak tiga sen sesaham, berjumlah RM13.5 juta bagi tahun kewangan 2024.

A Heartwarming World: Huawei Xmage Global Exhibition Debuts In Malaysia

Huawei unveiled its inaugural HUAWEI XMAGE Global Exhibition, titled “A Heartwarming World – 12 Years of Huawei Photography,” on 23 May 2024, at the Sentul Glass Pavilion nestled within a private park in Kuala Lumpur, Malaysia, marking the largest photography
exhibition in Huawei’s history.

The HUAWEI XMAGE Awards 2024, the annual competition celebrating Huawei’s open platform for smartphone photographic excellence, was also officially launched during the exhibition’s opening ceremony.

Now in its eighth consecutive year, the competition aims to inspire consumers to unleash
their creativity and imagination by leveraging Huawei’s leading XMAGE imaging technology, infusing each photograph with deeper emotional and cultural resonance.

“A Heartwarming World – 12 Years of Huawei Photography”

Debuting under the theme “A Heartwarming World,” the exhibition showcases nearly 300 photographs taken by Huawei smartphones, selected from millions of submissions.

These images capture moments of warmth, tranquillity, and brightness from every corner of the globe, highlighting the genuine relatability of ordinary people and encapsulating HUAWEI XMAGE’s new brand philosophy, ‘The Power of Image.’

This philosophy aims to ignite consumers’ imagination, creativity, and appreciation with supreme imaging technology and experiences, showcasing its powerful impact beyond what’s captured.

The past decade has witnessed rapid development in mobile photography. This exhibition features works from Huawei smartphone series spanning the past 12 years. During this time, Huawei has driven the evolution and development of mobile imaging technology through continual innovation.

Moreover, Huawei has engaged in global activities such as photography competitions, community events, and trend reports, promoting the worldwide spread of mobile photography culture.

Building upon this legacy, the HUAWEI P Series has been upgraded to the HUAWEI Pura Series. The HUAWEI Pura Series restarts with a new attitude, perfectly integrating ultimate photography, aesthetic design, and unique style.

According to the latest DXOMARK review, the HUAWEI Pura 70 Ultra secures the top spot on DXOMARK Smartphone Camera Rankings with an impressive score of 163 points.

With the HUAWEI Pura 70 Series setting a new benchmark, HUAWEI XMAGE continues to push the boundaries of technology and experience alongside global users, taking smart photography to new heights.

“Photography is a universal language, transcending barriers to capture beauty and inspire meaningful conversations,” Li Changzhu, Vice President of Handsets Product Line, Huawei Consumer Business Group shared during the opening ceremony.

“XMAGE is a global platform that encourages users around the world to shoot, share, and record life, inspiring them to express their emotions and enjoy the fun of photography.”

“The XMAGE Global Exhibition symbolises Huawei’s commitment to merging technology with art, empowering individuals to embrace innovation for exploration and enlightenment. Each exhibited image embodies a narrative, bridging cultures and fostering a deeper understanding of our diverse world.

We are honoured to experience these profound moments captured through Huawei’s innovative mobile imaging technology. Each moment is crafted into a masterpiece, making the selection process delightfully intricate amidst the abundance of stunning images,” Li added.

The exhibition explores six different categories: “The Secrets of Mother Nature,”“Landscapes and Spaces,” “A Dialogue with Animals,” “You and Me,” “The Power of Moments,” and “The World of Youth.”

“A Heartwarming World – 12 Years of Huawei Photography” Exhibition will run from 23 until 24 May 2024. Exceptional works will be displayed across Huawei’s official platforms such as
@HuaweiXmageAwards on Instagram, @huaweimobilemy on Instagram, X, and Facebook.

Seramai 12,000 Orang Sertai Larian Generali Malaysia 2024

Acara Larian Generali Malaysia 2024 buat pertama kalinya telah berjaya mengumpulkan seramai 12,000 pelari dalam 3 kategori larian iaitu 6km, 12km dan 21.1km di Dataran Putrajaya pada 19 Mei 2024.

Pelari dan penaja memberikan sokongan luar biasa pada tahun ini, acara julung kali ini telah menyumbang sebanyak RM105,000 kepada 3 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – Yayasan PINTAR, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

Pelari-pelari bukan sahaja berhak untuk memilih baju-t mereka berdasarkan NGO, tetapi mereka juga digalakkan untuk mengetahui lebih lanjut tentang tujuan sosial melalui beberapa siri aktiviti menarik yang diadakan semasa hari larian.

• Yayasan PINTAR: pendidikan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik
• Persatuan Pencinta Alam Malaysia: pemuliharaan alam sekitar
• Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia: kesedaran tentang kanser

Selain daripada 3 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini, Larian Generali Malaysia juga bekerjasama dengan pihak penaja untuk mengumpul dana bagi The Human Safety Net (THSN) Global Challenge―sebuah gerakan global yang terdiri daripada mereka yang membantu masyarakat dengan misi untuk membantu mereka hidup dalam keadaan yang terdedah.

Sehingga kini, lebih RM250,000 telah berjaya dikumpul untuk Suriana Welfare Society Malaysia bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak untuk 80 orang kanak-kanak dan keluarga di PPR Kg Muhibbah.

Bertemakan “Berlari Dengan Tujuan” pada tahun ini, Larian Generali Malaysia 2024 turut menampilkan solidariti yang menyentuh hati apabila 10 pesakit kanser daripada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia mengambil bahagian dalam larian sejauh 6km, seterusnya mempamerkan ketahanan dan keazaman pesakit kanser.

Nikmati Promosi Magic Seasonal Specials Apabila Beli Siri HONOR Magic 

Magic Seasonal Specials_HONOR Magic Series

Berikutan permintaan tinggi terhadap HONOR Magic6 Pro dalam warna Cloud Purple, HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei.

Model edisi terhad ini menampilkan rona Lavender lembut, menambahkan sentuhan keindahan halus pada rangkaian flagship HONOR. Selain Cloud Purple, HONOR Magic6 Pro turut didapati dalam warna Epi Green dan Black. Semua model ini didatangkan dengan RAM 12GB dan storan besar 512GB pada harga RM4,499.

Bukan itu sahaja, bagi meraikan edisi terhad ini, HONOR mengadakan promosi Magic Seasonal Specials bermula dari 24 Mei hingga 30 Jun untuk HONOR Magic6 Pro dan telefon boleh lipat inovatif HONOR Magic V2.

Magic Seasonal Specials_HONOR Magic6 Pro

Beli mana-mana warna HONOR Magic6 Pro dan bawa pulang hadiah percuma bernilai RM1,696! Ini termasuk jam tangan pintar HONOR CHOICE Watch, fon putik telinga HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari serta Waranti Lanjutan 1 Tahun.

HONOR Magic V2 berharga RM6,999 juga mendapat rebat segera sebanyak RM800 sepanjang promosi tersebut. Pembeli akan mendapat hadiah percuma bernilai RM1,748, terdiri daripada Perlindungan Skrin HONOR 365 Hari dan Foldable Phone Gravity Car Phone Holder. Telefon boleh lipat ini mempunyai RAM 16GB dan storan 512GB. Ia didatangkan dalam tiga pilihan warna premium iaitu Black, Purple dan Black (PU).

HONOR Magic6 Pro

HONOR Magic6 Pro in Cloud Purple

HONOR Magic6 Pro dilengkapi Kamera Utama Dinamik Super 50MP, Kamera Ultra Lebar 50MP dan Kamera Tele Falcon 180MP yang sesuai untuk merakam aksi pantas. Paparan peranti ini diperbuat daripada Pelindung NanoCrystal HONOR dan 10 kali ganda lebih tahan jatuh berbanding kaca biasa. Ia juga diperakui oleh piawaian standard Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability SGS.

Dari segi kuasa pula, Bateri Karbon Silikon Generasi Kedua 5600mAh peranti ini mampu bertahan dalam keadaan suhu melampau serta mencapai bateri penuh dalam tempoh 40 minit dengan pengecasan pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W.

Ciri Magic Portal yang inovatif pula menggunakan AI untuk memahami mesej teks, imej dan tingkah laku pengguna. Sebagai contoh, pengguna boleh salin alamat dan seret terus ke aplikasi navigasi, sekaligus memudahkan proses mencari lokasi.

HONOR Magic V2

Magic Seasonal Specials_HONOR Magic V2

HONOR Magic V2 hanya setebal 9.9mm dalam keadaan lipat dan 4.7mm apabila dibuka. Telefon boleh lipat ini juga sangat ringan iaitu hanya 231g, menjadikannya selesa untuk dibawa ke mana-mana. Engsel boleh lipat yang diperbuat dengan aloi titanium mampu menahan lebih 400,000 lipatan dengan 100 lipatan sehari dan mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun. 

Bateri Karbon Silikon Dwi Sell 5000mAh disokong HONOR SuperCharge 66W menjamin kuasa sepanjang hari dan mengecas dengan pantas dalam tempoh beberapa minit. Apabila dibuka, paparan peranti ini adalah 7.92 inci dan menawarkan produktiviti seperti tablet.

Berbilang tugas kini lebih cekap dengan sehingga empat aplikasi boleh dibuka dengan serentak. Paparan peranti ini juga dilengkapi Pemalapan PWM 3840Hz, Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia bagi mengurangkan ketegangan mata dan menggalakkan tidur lebih lena.

Jangan lepaskan tawaran hebat sepanjang Magic Seasonal Specials! Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/ 

Curate Your Culinary Space: Discover the Bottom Mount Freezer!

In today’s fast-paced world, convenience and style are paramount in every aspect of our lives, including our kitchens. Enter the Bottom Mount Freezer—a sleek refrigerator meticulously crafted to enhance both functionality and aesthetics, seamlessly integrating into the heart of your home.

Instant Hydration: The Built-In Water Dispenser

Imagine those scorching summer days when all you crave is a refreshing sip. With the optional BPA-free 2 Water Dispenser of the Bottom Mount Freezer, that desire is instantly fulfilled.

Tucked neatly into the door, this dispenser offers chilled, filtered water with just a touch, eliminating the need to open the fridge. Say goodbye to cluttered shelves and tedious refills, and welcome instant gratification.

Plus, with this built-in dispenser, you avoid the hassle and cost of buying additional water dispensers or constantly purchasing and carrying water bottles.

Opens How You Want: The Reversible Door

Just like personalizing your favorite space, the Reversible Door feature of the Bottom Mount Freezer allows you to create a kitchen layout that fits your unique lifestyle like a glove. No more wrestling with awkward maneuvers to change the door direction, because, unlike traditional models, it doesn’t need to be laid down or tilted for replacement!

With Bottom Mount Freezers, simply customize the opening direction to suit your space and preferences effortlessly. Whether you prefer a left or right-hand opening, this innovative design adapts seamlessly, empowering you to curate a kitchen that aligns perfectly with your lifestyle.

Say hello to a kitchen that’s as flexible as you are, without compromising on style or convenience.

Samaiden Rekod Pendapatan Luar Biasa Suku Ketiga

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden Ir. Chow Pui Hee

Samaiden Group Berhad (Samaiden), pakar tenaga boleh diperbaharui (RE) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) sistem fotovoltaik solar (PV) dan loji janakuasa, hari ini mengumumkan keputusan kewangan bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2024 (S3 TK2024) dengan mencatatkan hasil yang luar biasa sebanyak RM75 juta, mewakili peningkatan ketara 68.3 peratus daripada RM44.6 juta pada suku yang sama tahun lepas (S3 TK2023).

Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh kemajuan yang lebih tinggi bagi projek yang sedang dijalankan.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, keuntungan sebelum cukai (PBT) untuk S3 TK2024 meningkat kepada RM5.6 juta, berbanding RM2.7 juta pada S3 TK2023, menandakan peningkatan yang ketara sebanyak 106.1 peratus.

Setakat ini, Samaiden melaporkan pendapatan RM170 juta, berbanding RM125.6 juta pada tahun sebelumnya, dan PBT RM13.8 juta, meningkat daripada RM9.5 juta. Keputusan ini menunjukkan trajektori pertumbuhan berterusan Kumpulan dan strategi pengurusan yang berkesan.

Sungguh mengagumkan, hasil tahun sehingga kini hampir bersamaan dengan keseluruhan hasil TK2023 sebanyak RM170.8 juta. PBT mewakili kenaikan 45.1 peratus, mengatasi peningkatan hasil dan mencadangkan margin keuntungan yang lebih baik dan kecekapan operasi.

Prestasi tahun sehingga kini menggariskan strategi pengurusan berkesan Samaiden, yang mungkin termasuk pengurusan projek yang teguh, pembiayaan strategik dan langkah kawalan kos.

Membandingkan S3 TK2024 dengan suku sebelumnya (Q2 TK2024), Samaiden menyaksikan peningkatan hasil sebanyak 53.6 peratus daripada RM48.8 juta kepada RM75 juta, menunjukkan lonjakan dalam penyiapan projek dan pengebilan dalam suku tersebut.

Begitu juga, PBT meningkat sebanyak 33.3 peratus daripada RM4.2 juta pada S2 TK2024 kepada RM5.6 juta pada S3 TK2024, mencerminkan pelaksanaan operasi Syarikat yang kukuh dan penskalaan operasi perniagaannya yang berkesan.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Ir. Chow Pui Hee berkata, pencapaian RM75 juta dalam hasil untuk S3 TK2024 menggariskan strategi berkesan syarikat dan permintaan kukuh dalam sektor TBB Malaysia.

“Inisiatif kerajaan, seperti Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP), pelancaran besar kelima program solar berskala (LSS), dan program Tarif Elektrik Hijau (GET), dengan ketara meningkatkan prospek pertumbuhan kami Memandangkan Malaysia menyasarkan gabungan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 70 peratus menjelang 2050, Samaiden berada pada kedudukan yang strategik untuk menerajui dan menyokong cita-cita tinggi ini.

“Pertumbuhan berterusan kami, didorong oleh dasar sokongan ini, menyerlahkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk memajukan landskap tenaga mampan Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Memandang ke hadapan, beliau berkata, kedudukan strategik Samaiden diperkukuhkan lagi oleh inisiatif TBB Malaysia yang komprehensif dan penekanan yang kuat terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Pengenalan Platform Pelaporan ESG oleh Bursa Malaysia mencontohi promosi aktif ESG kerajaan, mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan Samaiden dan peranan penting Kumpulan dalam memajukan landskap TBB Malaysia.

Sehingga 31 Mac 2024, jumlah buku pesanan Samaiden berjumlah RM354.3 juta, yang dijangka menyumbang secara positif kepada Kumpulan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

TCL Memperkenalkan Televisyen & Pendingin Udara Generasi Masa Hadapan

left to right: Pelancaran TV & Penyaman Udara Generasi Seterusnya TCL Norman Zhang, Ketua Pemasaran, Kumpulan Perniagaan Asia-Pasifik (ke-6 dari kiri) Carolyn Qiu - Pengarah Urusan, TCL Malaysia (ke-7 dari kiri) Lion Liang - Pengurus Kanan Pemasaran Produk TV, TCL Malaysia (ke-8 dari kiri)

TCL, jenama elektronik pengguna terkemuka dan jenama televisyen kedua terbesar di dunia, hari ini memperkenalkan barisan televisyen dan pendingin udara generasi masa hadapan pada majlis pelancaran media di Bangsar South.

Kemuncak majlis berkenaan adalah pengenalan 115″X955 Max QD-Mini LED TV terbesar di dunia, selain QD-Mini LED TCL C855, C655 berskrin besar yang terkenal dengan teknologi QLED Pro dan AiPQ Pro Processor.

Satu lagi produk eksklusif pada majlis berkenaan ialah pendingin udara TCL FreshIN yang menampilkan teknologi sistem 2 Way Fresh Air &  Penapis QuadruPuri.

Pengarah Urusan TCL Malaysia, Carolyn Qiu, memulakan majlis berkenaan dengan memberi penekanan bahawa rangkaian baharu televisyen dan pendingin udara tersebut seiring dengan visi TCL ‘Membina Masa Hadapan yang Mampan dan Berhubungan dengan Teknologi Terkini’, sekali gus menyediakan prestasi premium dan pengalaman yang menakjubkan. 

TCL Memperkenalkan TV & Penyaman Udara Generasi Seterusnya

Dalam landskap teknologi yang pesat berkembang, menggabungkan hiburan di rumah dan kerja pejabat semakin menjadi trend penting, justeru ia mengubah semula cara kita berinteraksi dengan ruang kediaman.

Sehubungan itu, pasaran hiburan rumah di Malaysia diunjurkan melebihi AS$35 bilion menjelang 2024, dan purata hasil bagi setiap pemasangan Rumah Pintar dijangka mencecah kira-kira AS$49.01 (Sumber: Statista).

Oleh itu, pelancaran TV Rumah Pintar dan pendingin udara ternyata berada pada landasan tepat untuk memenuhi permintaan terhadap tontonan yang berkualiti tinggi, mengasyikkan dan pengalaman kehidupan.

TCL 115″X955 Max QD-Mini LED TV 

TV TCL 115 “X955 Max QD-Mini LED TV

Menerusi penemuan baharu ini, TCL telah menempatkan kedudukannya sebagai jenama televisyen kedua terbesar di dunia dan peneraju dalam pasaran televisyen 98-inci di seluruh dunia.

Pelancaran 115″X955 Max bukan hanya menetapkan standard baharu untuk pengalaman tontonan malah ia juga mengatasi teknologi OLED. Menerusi kecerahan puncak sebanyak 5,000 nits dan lebih daripada 20,000 zon pemalapan setempat, ia menawarkan kejelasan dan kecerahan visual untuk masa hadapan yang lebih sihat dan lebih berinspirasi.

Di samping itu, 115″X955 Max memaparkan teknologi QD-Mini LED yang dipertingkatkan, dikenali sebagai QLED PRO, yang menawarkan gamut dan ketepatan warna yang unggul berbanding paparan OLED. Dengan kemampuan untuk mencapai 100,000 jam kestabilan warna, penonton boleh menikmati warna seakan-akan hidup yang kekal bertenaga dan nyata dari semasa ke semasa.

TCL C855 QD-Mini LED TV 

TV TCL C855 QD-Mini LED TV

TCL C855 QD-Mini LED TV merupakan satu lagi hasil karya visual daripada TCL yang mentakrifkan semula hiburan visual dengan paparan visual yang begitu mengagumkan, warna yang seakan-akan hidup dan nisbah kontras yang sangat tinggi.

Menampilkan lebih daripada 2,000 zon pemalapan setempat dan kecerahan puncak 3,500, 144Hz VRR dimilikinya pula disesuaikan kepada kadar bingkai input berbeza dalam masa nyata, yang menghalang skrin terkesan dan memastikan pengalaman permainan yang lancar dan mengasyikkan.

Tambahan pula, sistem audio 60W ONKYO dan Dolby Atmos menyediakan pengalaman bunyi-bunyian 360 darjah, dilengkapi dengan audio pelbagai saluran 2.2.2 dengan enam saluran bunyi sekali gus memeriahkan setiap perhimpunan keluarga atau mempertingkatkan sesi permainan ke tahap yang benar-benar mengasyikkan.

TCL C655 QLED TV 

TV TCL C655 QLED TV

Bagi individu yang mahukan pengalaman hiburan terbaik, TCL C655 menampilkan kualiti gambar yang tiada bandingan, menyediakan paparan visual yang mengagumkan dengan palet lebih daripada 1 juta warna dan volum warna sehingga 95% berdasarkan standard DCI-P3.

Menerusi penggunaan teknologi Quantum Dot dan AiPQ Pro Processor, TCL C655 menggabungkan berdozen algoritma pengoptimuman  Ai-Gambar-Kualiti, meningkatkan kejelasan, kontras, sokongan HDR, warna dan gerakan untuk memberikan pengalaman tontotan yang menakjubkan.

Pendingin Udara TCL FreshIN 

Air Conditioner TCL FreshIN-1

Dalam iklim Malaysia yang lembap dan hujan sepanjang tahun, pendingin udara FreshIN yang dilengkapi dengan teknologi sistem 2 Way Fresh Air yang dipatenkan oleh TCL, menyediakan penyelesaian ideal untuk mengekalkan kualiti udara dalaman yang selesa dan sihat.

Ia menyediakan bekalan udara segar komprehensif pada kadar 60 meter padu/jam dan mengeluarkan udara dalaman pada kadar 30 meter padu/jam, meningkatkan keselesaan terma dan pengalaman pengguna. Mod Exhaust menghilangkan bau dan bahan berbahaya seperti formaldehid serta bauan sisa dapur. Pada masa yang sama, Mod  Purification berserta sistem Penapis QuadruPuri dan penapis berkecekapan tinggi dan berketumpatan tinggi HEPA, melakukan penapisan zarah halus, habuk dan bakteria dengan berkesan, sekali gus memastikan kualiti udara dalaman yang sihat

Susulan pelancaran rasmi berkenaan, TCL mengumumkan bahawa 115″X955 Max QD-Mini LED TV akan berada di pasaran Malaysia melalui pra pesanan di kedai dalam talian rasmi TCL dan kedai pengedar yang sah. Siri C855 dan C655 bakal ditawarkan dalam beberapa saiz untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna.

Jualan untuk C655 50-inci bermula pada harga RM2,999, manakala C855 75-inci bermula pada harga RM15,799. Manakala bagi 115″X955 Max, harga runcitnya ialah RM149,999.

Alliance Bank Paves the Way for SME Growth with Innovative and Inclusive Solutions

Alliance Bank Malaysia Berhad’s (Alliance Bank) continuous development of banking and non-banking solutions to help SMEs grow and enhance their business resilience has led to its recognition as the “Best SME Bank in Malaysia” by The Asian Banker’s Global Excellence in Retail Financial Services Awards 2024 and The Digital Banker’s Global SME Banking Innovation Awards 2024.

The Bank’s SME and Commercial Banking segments charted significant loans growth with SME loans growing by 16.4%, and Commercial Banking loans increasing by 14.2% year-on-year as at the end of 2023.

The figures outpaced the industry growth rates, reflecting the Bank’s strong support for
businesses via the Bank’s full-suite of innovative, relevant and inclusive solutions including Digital SME and Alliance BizSmart ®.

The Bank continues to increase its SME loan market share from 3.4% to over 5% with its SME and Commercial banking segment contributing almost 40% to its overall business.

In the past year, the Bank launched several initiatives including RM2 billion in new guarantee schemes with Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) and Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) to enable eligible MSMEs, especially those that lack collateral, to obtain financing, a new supply chain financing programme, new digital capabilities including eKYC for business customers as well as enhanced various internal processes such as introducing the bank statement analyser which helps refine and enhance the Bank’s credit approach to make banking faster and more personalised while broadening financial access for more MSMEs.

Getting SMEs to adopt ESG has also been a central focus of the Bank, aligning with its sustainability purpose. Various initiatives to enable their ESG transition were launched including a Malaysian-market SME ESG survey report, preferential financing, incentive programmes as well as the launch of the Progress Climate Assessment Tool, co-developed with partner UN Global Compact Malaysia & Brunei, to help SMEs assess their sustainability status and generate a Climate Action plan for their businesses.

The Bank has successfully achieved a cumulative RM12.3 billion in new sustainable banking business as well, moving it closer towards its RM15 billion FY2027 goal.

“We believe that we can play a bigger role in our customers’ journey, beyond just a transactional experience. It is our brand purpose, to be “The Bank for Life” for our customers by becoming a true partner to them.

As a Bank with a long-standing relationship with the SME sector, we understand that they encounter distinctive challenges at various stages of their growth journey. Thus our efforts are focused on innovating and providing personalised, fast and convenient solutions to support our customers towards achieving their business goals throughout their life cycle.

These awards underscore our dedication to fostering SMEs’ growth, and our commitment to delivering outstanding services tailored to our customers’ evolving needs as we journey alongside them,” said Kellee Kam, Alliance Bank’s Group Chief Executive Officer.

The Bank’s Group Chief SME, Commercial and Transaction Banking Officer Raymond Chui said, ”Our momentum in the SME segment is driven by our commitment to provide differentiated solutions alongside superior customer service to help our customers in their business roadmap whether it be Alliance Bank Malaysia Berhad unique propositions, delivered digitally to MSMEs all the way to personalised solutions to help larger, commercial businesses compete on a larger scale.

We are honoured to receive these recognitions which serves as further encouragement to retain, broaden and deepen our relationships with our customers to better understand their needs, and at the same time enabling us to enhance our propositions as we grow alongside them.”

He added that for the year ahead, the team will continue to focus on increasing productivity of its sales team, developing new channels for lead generation and enhancing its digital propositions to continue its momentum in the SME segment.

Alliance Bank also made history by being the only Malaysian bank shortlisted for the Qorus SME Banking Awards 2024, eventually taking the Gold for its SME ESG solution namely the Sustainability Impact Programme (SIP). SIP, which is anchored on the bank’s unique 3As approach (Advocacy, Advice and Answers) provides a holistic proposition that supports and enables SMEs on their ESG journey.

The program is augmented via strategic partnerships with Bursa Malaysia, Malaysian Green
Technology and Climate Change Corporation and the UN Global Compact Network Malaysia & Brunei to provide SMEs with capacity building, practical ESG diagnostic assessments and roadmaps whilst facilitating their transition to sustainable business practices via our green financing solutions.

The Bank’s impactful transformative growth strategy, Acceler8, also picked up the Gold award for “Best PR Campaign: Banking/Financial Services” at the recent PR Awards 2024 which covers the Southeast Asia, South Asia and Oceania regions while its Group Communications, Editorial and Intranet team was recognised with the Bronze award for the “PR Team of the Year for a Brand” at the same awards programme.

Touch’n Go Introduces Seamless Mobility Payment Solutions At The Malaysia Autoshow 2024

Homegrown fintech company and a pioneer in integrated mobility solutions, Touch ‘n Go Sdn Bhd (“Touch ‘n Go”) will once again be participating at the Malaysia Autoshow 2024, the largest automotive exhibition in Malaysia’s history.

Visitors to the Touch ‘n Go booth at Hall A will enjoy exclusive offers on Touch ‘n Go products incorporating its innovative NFC and RFID technology. They will also be able to get their adrenaline going with a variety of fun and exciting games while learning about Touch ‘n Go’s seamless payment solutions.

One of the highlights at the booth is the specially designed limited edition Hot Wheels™
enhanced Touch ‘n Go Card. Priced at RM25 each, there are only 2,000 of these NFC-enabled cards exclusively available for purchase at the Autoshow!

The Touch ‘n Go Charm will be available at a special promotional rate of RM27 per charm,
with various designs available. Similar to the enhanced Touch ‘n Go Card, the charm can be
used for toll, transit and parking payments, and can be conveniently reloaded through the
Touch ‘n Go eWallet via a NFC-enabled mobile phone.

Visitors who have yet to experience the cashless and seamless convenience of using Touch ‘n Go RFID will be able to purchase the RFID tag at RM30 each. Purchasers of the RFID tag can have their tags fitted at the designated RFID fitment area within the Autoshow to start enjoying its seamless convenience immediately.

What’s more, visitors who purchase products at the booth stand a chance to win 1 Year of
Free Toll, with 10 winners to be selected in total. Additional entries can be earned by
purchasing more products or participating in the exciting game activities, with an extra 5 entries given for each game win.

Visitors to the booth will also be able to get first-hand experience of barrierless toll payments with the Touch ‘n Go Mobility Simulator. Beyond toll, transit and parking, Touch ‘n Go users will also be able to enjoy peace of mind at Touch ‘n Go enabled carparks through ParkInsure, Touch ‘n Go’s personal accident insurance/takaful.

The first 100 users to sign up for ParkInsure at the Autoshow will receive a complimentary limited edition Touch ‘n Go Card from Allianz.

Post Menarik