Utama Blog Halaman 1065

AirAsia Tawar Kempen Tempat Duduk Percuma Terakhir Untuk Tahun Ini

Sebanyak 5 juta tempat duduk ditawarkan dari 13 November 2017 hingga 19 November 2017 untuk tempoh perjalanan dari 7 Mei 2018 hingga 31 Januari 2019

ANDA sedang merancang percutian untuk tahun hadapan, tunggu apa lagi…….rebutlah peluang untuk menempah Tempat Duduk Percuma dengan AirAsia. Tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Nikmati tambang serendah RM0* ke destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Yangon, Siem Reap, Krabi, Surat Thani, Chiang Mai, Lombok, Phuket, Solo, Brunei, Sihanoukville, Luang Prabang, Nha Trang dan banyak lagi dengan penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK).

Penumpang juga boleh menikmati tambang termasuk semua dari RM239** dari Kuala Lumpur ke Xi’an, Hangzhou, Shanghai, Wuhan, Perth, Hokkaido dan lain-lain, serta ke laluan yang baru dilancarkan iaitu Jaipur dari RM289** dengan penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7).

Selain itu, mereka yang terbang dengan AirAsia X juga boleh menikmati Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dengan tambang termasuk semua dari RM699** dari Kuala Lumpur ke Taipei, Chongqing, Wuhan, Kathmandu, Delhi dan destinasi-destinasi lain.

Ahli AirAsia BIG pula akan menikmati akses lebih awal untuk promosi ini dan boleh membuat tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia atau tebus penerbangan melalui aplikasi mudah alih BIG dari 12 November 2017 (0001h GMT +8).

Rakan niaga lain juga boleh mengakses promosi ini 24 jam lebih awal. Pemegang BIG Prepaid MasterCard boleh membuat tempahan di airasia.com tanpa caj pemprosesan. Ahli AirAsiaGo dan AirAsia Expedia pula boleh membuat tempahan di laman web rasmi masing-masing, manakala pemegang kad kredit AirAsia-Citi akan menerima pautan eksklusif daripada bank tersebut.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, “Rasanya tidak terlalu awal untuk anda merancang percutian pada tahun hadapan. Dengan sehingga lima juta tempat duduk yang ditawarkan serta tambang yang rendah, kami pasti anda boleh merancang percutian yang diidamkan tanpa kerisauan.”

Para penumpang juga boleh menikmati penerbangan penuh faedah dengan menempah Pek Nilai yang kini disertakan dengan 20kg bagasi berdaftar, hidangan daripada menu Santan, pilihan tempat duduk biasa, dan insurans perjalanan daripada Tune Protect yang merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan Perlindungan Kelewatan Bagasi***.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia). AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dan terbesar di Asia, dengan rangkaian perkhidmatan yang paling meluas dengan lebih 120 destinasi.

*Tambang asas untuk perjalanan sehala tidak termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat.
**Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.
***Perlindungan Perjalanan Tune-AirAsia boleh didapati dengan rakan insurans tempatan bergantung kepada negara pelepasan pertama anda. Insurans perjalanan ini hanya boleh didapati untuk penerbangan terus yang berlepas dari negara terpilih – tidak termasuk Fly-Thru, Pengangkutan ke Pulau dan Bandar. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Marsha Anggun Bertudung?… Ramai Peminat Memuji

Marsha dan suami turut ditemani keluarga mentuanya sedang menunaikan ibadah umrah
“SEMOGA ada rezeki kami lagi dipilih menjadi tetamu Mu Ya Allah,” Itu luahan isi hati penyanyi, Marsha apabila dia dan suami selamat menunaikan ibadah umrah sejak 1 November lalu.
Tidak hanya berdua, sebaliknya Marsha dan suami turut ditemani keluarga mentuanya.
Marsha yang anggun mengenakan tudung mendapat pujian peminat yang menyifatkan penampilan itu sesuai dengan dirinya.
Tidak cukup dengan itu, ramai yang mendoakan Marsha kekal dengan imej bertudung.
Apa pun, kita doakan yang terbaik buat Marsha. Gambar dari Instagram Marsha

Daki Anakpun Siti Sarah Sental

Video isteri Shuib Sepahtu curi perhatian netizen

WOW! Bukan main rajin dan gigihnya penyanyi Siti Sarah menyental daki anaknya. Ini barulah dinamakan ibu mithali.

Video berdurasi 50 saat yang dimuat naik pelawak Shuib Sepahtu di akaun Instagram miliknya mencuri perhatian netizen apabila isterinya menjalankan tugas sebagai suri rumah dengan baik sehingga daki anakpun diambil berat.

Memang terbaiklah Sarah. Jadi kepada ibu di luar sana. Jom contohi cara Sarah menjaga kebersihan anaknya. Gambar dan video dari Instagram Shuib Sepahtu

Fouziah Gous Selamat Bersalin Anak Kedua

Bayi lelaki itu dilahirkan dengan berat 3.04 kilogram pada Khamis lalu

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Fouziah Gous yang selamat bersalin anak kedua pada Khamis lalu.

Bayi lelaki itu dilahirkan dengan berat 3.04 Kilogram tepat jam 8.15 malam di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Fouziah menerusi catatan di Instagram miliknya berkata, dia bersyukur apabila dikurniakan seorang lagi anak lelaki. Gambar dari Instagram Zhaf Yusof.

Ikuti catatan ringkasnya di bawah:

My Utmost Gratitude to Allah Swt,the Beneficent ,the Merciful
Alhamdulillah ,We’re jumping with joy over our new baby boy!
With hearts filled with love, we proudly introduce our son.Watch out world, here comes another #ZhafouJr!
Meet our new little slugger.
After nine months, were happy to say
that it’s a boy and he’s ready to play.
We’re proud to announce our most precious gift, our son.
Oh boy! We’re elated that our family is coming expanding by one more little guy!
There’s a new chief in town!

Siapa Pula Yang Tersingkir Malam Ini-Gegar Vaganza 4 (GV4)

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam

Wow! Tak sabar betul nak lihat aksi 11 bintang Gegar Vaganza 4 (GV4) menerusi tema ‘Berani Ke Tidak’ malam ini.

Jika dua minggu lalu mereka mempersembahkan lagu yang  menjadi ‘makanan’ setiap kali menerima undangan nyanyian, tapi kali ini 11 bintang menyampaikan lagu yang berada di luar zon selesa.

Ferhad tersingkir minggu lepas

11 bintang tersebut ialah Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Lan Kristal, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

Rata-rata lagu yang bakal dipersembahkan malam ini nampaknya memang akan menguji kemampuan vokal dan personaliti mereka di atas. Siapalah agaknya penyanyi yang bakal menyihir penonton malam ini.

Berikut adalah senarai lagu tugasan untuk minggu ketiga:

1. Liza Hanim –  Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)

2. Haida – Kenangan bersamamu (Lefhanded)

3. Hazami – Joget Kenangan Manis (Allahyarham Datuk Sudirman)

4. Syura – Knock Knock (Elizabeth Tan)

5. Aishah – Terukir Di Bintang (Yuna)

6. Tia Jimbara – Bila Resah (Anuar Zain)

7. Lan Kristal – Sayang Sayang (Alif Aziz)

8. Aqasha – Cinta Tak Keruan (Amigos)

9. Firman Siagian – Zalikha (Floor 88)

10. Elyana – Wulan Merindu (Cici Faramida)

11. Raja Azura – Perhaps Perhaps Perhaps (Pussycat Doll)

 

Selamat Ulang Tahun Pertama Perkahwinan Amar Baharin dan Amyra Rosli

Semalam, tanggal 11 November genap setahun perkahwinan pasangan pelakon popular Amar Baharin dan Amyra Rosli.

MENERUSI perkongsian pasangan ini di laman Instagram masing-masing, sambutan ulang tahun itu diadakan di rumah sahaja memandangkan Amyra kini masih berpantang selepas selamat melahirkan bayi lelaki pada 15 Oktober lalu.

Istimewanya, mereka turut berkongsi sambutan ulang tahun perkahwinan ke-27 kedua ibu bapa Amyra.

Berkongsi mengenai anak sulung mereka, sehingga sekarang pasangan ini belum mendedahkan lagi wajah dan nama anak mereka.

Bayi lelaki pasangan Amar dan Amyra

Dengarnya, anak mereka bakal muncul dalam sebuah program terbitan sebuah stesen televisyen. Jadi, itu membuatkan mereka belum sedia untuk berkongsi. Hak eksklusif la katakan…

Tahniah Prebiu.com ucapkan kepada pasangan bahagia ini. Gambar dari Instagram Amyra Rosli & Amar Baharin

Penantian Fasha Sandha Akhirnya Berbalas – Rangkul Anugerah Skrin 2017

Fasha anggap pengorbanannya berbalas walaupun terpaksa meninggalkan anak keluar bekerja

MEMULAKAN kerjaya lakonan ketika usianya 15 tahun, aktres jelita, Fasha Sandha bersyukur apabila penantian panjangnya untuk merangkul trofi terbaik terjawab apabila menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Terima Kasih Ramadan pada Anugerah Skrin 2017 baru-baru ini.

Kata Fasha, sepanjang mencanai bakat sebagai anak seni, disiplin dan komited terhadap setiap naskhah adalah kunci yang membuatkan dia terus bertahan sehingga kini dalam gelanggang seni lakonan.

Fasha bersama permata hati

“Walaupun sudah lama dalam bidang ini, tetapi saya sentiasa ingatkan diri supaya tidak jemu belajar. Setiap hari, saya akan berusaha kerana proses pembelajaran tidak pernah terhenti.

“Selain itu, jangan sekali-kali kita ambil mudah soal disiplin. Jangan datang lambat atau tidak pegang pada janji. Itu adalah prinsip yang membawa saya hari ini dan saya bersyukur kerana terus diberi kepercayaan daripada stesen televisyen dan penerbit,” katanya.

Tambah Fasha, kejayaan diraih adalah usaha yang berbaloi apabila terpaksa meninggalkan anak setiap kali keluar bekerja.

“Berbaloi rasanya apabila saya terpaksa berkorban tinggalkan anak setiap kali keluar bekerja. Anugerah ini adalah yang kesembilan selepas memenangi beberapa anugerah popular tanah air.

“Saya tidak pernah mensia-siakan setiap peluang yang datang kerana lakonan adalah kerjaya sepenuh masa. Jadi saya melakukannya dengan sebaik mungkin,” katanya.

Menurut Fasha, dia berharap kejayaan itu dapat memberinya lebih semangat untuk terus melakonkan karya yang bermutu dan terbaik. Gambar dari Instagram Fasha Sandha

Selamat Pengantin Baru Datuk Jalaluddin Dan Rapidah

Selamat Pengantin Baru

Datuk Jalaluddin Hassan hadiah isteri kerusi urut bernilai RM20,000

“ALHAMDULILLAH, majlis dirancang berjalan lancar. Saya sebak sebab tanggungjawab sebagai suami bukan sesuatu yang mudah. Jadi, saya berharap semoga perkahwinan ini dipermudahkan dan dirahmati Allah.

“Terima kasih kepada semua anak-anak dan saudara yang banyak membantu melancarkan lagi perjalanan majlis,” kata pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, 63, yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, Rapidah Abdul Ghani, 44, dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang sulung Rapidah iaitu Lokman Ghani dengan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussien Onn Cheras, Mohd Faisal Mohd Noor.

Pada majlis yang diadakan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn Cheras itu, Jalaluddin menyerahkan mas kahwin RM300, wang hantaran RM12,000 berserta lima dulang dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Rapidah yang juga ibu tunggal anak empat serta enam cucu turut menerima kerusi urut bernilai RM20,000 daripada pihak lelaki.

Jalaluddin berkata, dia menerima tanggungjawab baru ini dan mengharapkan perkahwinan dibina berkekalan sehingga ke jannah.

Majlis itu dihadiri lebih 100 tetamu daripada keluarga kedua belah pihak serta rakan taulan.

Sebelum ini, pelakon itu mendedahkan akan berkahwin dengan ibu tunggal yang dikenali menerusi laman sosial Facebook selepas setahun pemergian isteri, Hashimah Aksan akibat komplikasi jantung pada 5 November tahun lalu.

Hasil perkahwinan dengan allahyarham Hashimah selama 40 tahun, mereka dikurniakan lapan anak dan 14 cucu.

Turut hadir pada majlis itu, pelakon Ashraf Muslim yang juga anak saudara pengantin perempuan.

Proton Rangkul Juara 1,000KM Di Sepang

Proton Juara Endurance 2017

Kereta Proton Merangkul Juara Keseluruhan Sepang S1K 2017

Pasukan PROTON R3 merangkul gelaran Juara Keseluruhan pada perlumbaan Sepang 1000km Endurance 2017 (“S1k”) malam tadi selepas permulaan hebat mengalahkan pesaing kuat dari Maxxoil Mayhem Team dan Tedco Racing yang masing-masingnya memandu kereta Honda dan Suzuki.

Admi Shahrul dan James Veerapen yang memandu kereta Proton Suprima S R3 bernombor 82 menamatkan saingan jauh di hadapan juara S1k tahun lalu, Tengku Djan Ley dan Keifli Othman. Proton Iriz R3 bernombor 81 yang dipandu Syafiq Ali dan Farique Hairuman tamat di tempat ke-5 selepas melalui 171 pusingan yang panjang dan mencabar di perlumbaan ini.

Proton R3 Juara 1000km Endurance

“Pasukan PROTON R3 menunjukkan kerjasama berpasukan yang sangat baik di sebalik tidak berlumba pada perlumbaan S1k tahun lalu. PROTON memiliki pasukan pelumba, jurutera dan kakitangan teknikal yang sangat berdedikasi untuk pembangunan kereta R3 serta sukan permotoran, dan saya amat berbangga dengan apa yang telah mereka capai pada malam ini. Persediaan, perancangan dan analisis risiko yang telah mereka buat, selain kereta yang baik dan Petronas sebagai penaja, telah membuahkan kemenangan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

“Ramai peminat sukan permotoran mengakui akan pengendalian yang baik pada kereta Proton, di samping berupaya menahan cabaran seperti perlumbaan ini. Kereta Proton tahan lasak dan pada malam ini, pelumba berpengalaman kami mengendalikan kereta ke tahap yang paling optimum untuk menonjolkan kebolehannya. Pasukan R3 berlumba dengan baik dan keputusan yang diterima merupakan perkara yang manis bagi kemunculan semula kami di sukan permotoran. Ini tentunya titik tolak yang baik bagi PROTON,” Dr Li menambah.

“Kami akan terus merancang strategi penambahbaikan untuk kereta-kereta Proton agar dapat memberikan prestasi serta ketahanan yang lebih sempurna kepada pengalaman pemilikan para pelanggan kami. Dengan pasukan yang kami ada, kami juga akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan agar dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik di perlumbaan yang akan datang,” tambah Dr Li lagi.

Proton Juara 1000km Endurance 2017

Para pelanggan boleh turut menikmati pengendalian kereta Proton yang terbaik dengan promosi 5 Nilai Hebat di bulan November – dengan RM0 kos penyelenggaraan* sehingga 5 tahun dan penjimatan sehingga RM8,000* untuk pembelian kereta Proton.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di [email protected]. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau Facebook rasmi PROTON di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

*RM0 kos penyelenggaraan tamat selepas 5 tahun atau 100,000km (mana-mana terdahulu), termasuk alat ganti, minyak enjin dan caj pekerja. Waranti tamat selepas 5 tahun atau 150,000km, mana-mana terdahulu. Nilai penjimatan bergantung kepada model kereta. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran bermula 1 November hingga 30 November 2017.

Proton Juara Endurance 2017

Nabila Razali Bercinta?

Wah, bukan main lagi pelakon Aedy Ashraf secara terbuka menyuap makanan kepada penyanyi Nabila Razali.

Perkara itu dikongsikan pelakon drama Lara Aishah itu menerusi IG Stories miliknya semalam.

Tidak hanya Aedy, Nabila yang juga pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati turut berkongsi momen romantis bersama Aedy.

Malah, menerusi gambar dimuatnaik Nabila, dia meletakkan simbol cinta pada kapsyen gambar bersama Aedy.

Bagaimanapun, Nabila mengambil pendekatan menutup ruangan komen pada gambar itu.

Ada apa dengan Nabila dan Aedy? Ada mengatakan mereka sedang bercinta. Kah….kah…betul, tidak mengapa kerana kedua-dua mereka masih solo. Gambar dari Instagram Nabila Razali & Aedy Ashraf

Post Menarik