Wah, bukan main lagi pelakon Aedy Ashraf secara terbuka menyuap makanan kepada penyanyi Nabila Razali.

Perkara itu dikongsikan pelakon drama Lara Aishah itu menerusi IG Stories miliknya semalam.

Tidak hanya Aedy, Nabila yang juga pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati turut berkongsi momen romantis bersama Aedy.

Malah, menerusi gambar dimuatnaik Nabila, dia meletakkan simbol cinta pada kapsyen gambar bersama Aedy.

Bagaimanapun, Nabila mengambil pendekatan menutup ruangan komen pada gambar itu.

Ada apa dengan Nabila dan Aedy? Ada mengatakan mereka sedang bercinta. Kah….kah…betul, tidak mengapa kerana kedua-dua mereka masih solo. Gambar dari Instagram Nabila Razali & Aedy Ashraf

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini