Fasha anggap pengorbanannya berbalas walaupun terpaksa meninggalkan anak keluar bekerja

MEMULAKAN kerjaya lakonan ketika usianya 15 tahun, aktres jelita, Fasha Sandha bersyukur apabila penantian panjangnya untuk merangkul trofi terbaik terjawab apabila menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Terima Kasih Ramadan pada Anugerah Skrin 2017 baru-baru ini.

Kata Fasha, sepanjang mencanai bakat sebagai anak seni, disiplin dan komited terhadap setiap naskhah adalah kunci yang membuatkan dia terus bertahan sehingga kini dalam gelanggang seni lakonan.

Fasha bersama permata hati

“Walaupun sudah lama dalam bidang ini, tetapi saya sentiasa ingatkan diri supaya tidak jemu belajar. Setiap hari, saya akan berusaha kerana proses pembelajaran tidak pernah terhenti.

“Selain itu, jangan sekali-kali kita ambil mudah soal disiplin. Jangan datang lambat atau tidak pegang pada janji. Itu adalah prinsip yang membawa saya hari ini dan saya bersyukur kerana terus diberi kepercayaan daripada stesen televisyen dan penerbit,” katanya.

Tambah Fasha, kejayaan diraih adalah usaha yang berbaloi apabila terpaksa meninggalkan anak setiap kali keluar bekerja.

“Berbaloi rasanya apabila saya terpaksa berkorban tinggalkan anak setiap kali keluar bekerja. Anugerah ini adalah yang kesembilan selepas memenangi beberapa anugerah popular tanah air.

“Saya tidak pernah mensia-siakan setiap peluang yang datang kerana lakonan adalah kerjaya sepenuh masa. Jadi saya melakukannya dengan sebaik mungkin,” katanya.

Menurut Fasha, dia berharap kejayaan itu dapat memberinya lebih semangat untuk terus melakonkan karya yang bermutu dan terbaik. Gambar dari Instagram Fasha Sandha

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini