Semalam, tanggal 11 November genap setahun perkahwinan pasangan pelakon popular Amar Baharin dan Amyra Rosli.
MENERUSI perkongsian pasangan ini di laman Instagram masing-masing, sambutan ulang tahun itu diadakan di rumah sahaja memandangkan Amyra kini masih berpantang selepas selamat melahirkan bayi lelaki pada 15 Oktober lalu.
Istimewanya, mereka turut berkongsi sambutan ulang tahun perkahwinan ke-27 kedua ibu bapa Amyra.
Berkongsi mengenai anak sulung mereka, sehingga sekarang pasangan ini belum mendedahkan lagi wajah dan nama anak mereka.
Dengarnya, anak mereka bakal muncul dalam sebuah program terbitan sebuah stesen televisyen. Jadi, itu membuatkan mereka belum sedia untuk berkongsi. Hak eksklusif la katakan…
Tahniah Prebiu.com ucapkan kepada pasangan bahagia ini. Gambar dari Instagram Amyra Rosli & Amar Baharin