From now till 31 December 2017, customers can enjoy up to 20 percent discount on selected genuine parts at all Volkswagen authorized service centres
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) has launched a nationwide aftersales year-end promotion, in time for the holiday season. Moreover, given the current wet season, ensuring one’s family safety when traveling is even more vital – and this can be achieved with the suitable, good-quality parts on offer by Volkswagen.
The Volkswagen’s genuine Aero wiper blades are made of high quality rubber material which comes with pre-tensioned precision flex rails and integrated spoiler ensuring constant contact pressure at wide range of speeds – and ultimately providing better visibility on the road.
And for the windscreen, Volkswagen genuine windscreen cleaner provides effortless all-year round optimum cleaning in any condition, removes waxy and oily deposits with high level hard-water stability resulting in cleaner windscreens.
Good brakes matter to protect the safety of the driver and loved ones, especially during emergency situations. All brake pads undergo extreme pressure and stress every time a vehicle slows down or comes to a stop, and Volkswagen genuine brake pads with precise fitting and high friction retention are made to resist high compression load. They are also designed for optimal interplay with brake discs and come with full dimensional stability and minimal tolerances.
And lastly on offer, Volkswagen genuine brake discs – which are designed with flow-optimized air ducts for maximum cooling and reliable performance in extreme conditions and high temperatures. These brake discs are made of cast iron or steel with high chromium which reduces noise and vibration on the brake pedals, ensuring smooth and safe braking.
To find out more, please visit www.volkswagen.com.my or your nearest Volkswagen authorized dealer.
Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) premium ini diedarkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT)
SEJAK model MPV Toyota Vellfire dan Alphard dibawa masuk ke Malaysia menerusi pengimport bebas, model ini mendapat perhatian golongan kaya dan pertengahan disebabkan ruang serba mewah yang ditawarkan.
Bagaimanapun, kebanyakan model ini tidak mendapat talaan sempurna untuk cuaca Malaysia termasuk sistem audionya yang jelas tertera tulisan Jepun di mana negara asal MPV ini dibawa masuk secara import sepenuhnya. Ia terus mendapat sambutan disebabkan harganya lebih murah berbanding ditawarkan oleh UMWT yang pernah membawa masuk kedua-dua model ini pada satu ketika dahulu.
Sekali lagi, UMWT membawa pula model generasi terkini Alphard dan Vellfire ke Malaysia pada tahun lalu dengan jaminan pengeluaran yang dianggap berbaloi pada tanda harga yang ditawarkan malah ECU enjin, sistem audio dan navigasi mengikut talaan sepenuhnya mengikut ciri negara ini.
Secara kasar jika dilihat, kedua-dua varian model ini memiliki rekabentuk yang tidak banyak berbeza. Bagaimanapun, perbandingan lebih teliti di bahagian hadapan khususnya, gril hadapan yang juga ‘muncung’ Alphard 3.5 liter berwarna putih Mutiara ini lebih menonjol apabila menampilkan rekaan berkonsep ‘Berani dan Hebat’ dengan gril besar kemasan krom bak perisai dan berkotak-kotak.
Pada gril ini juga ditempatkan logo simbol khas pada bahagian tengah yang diapit pula sepasang lampu hadapan LED berbentuk J larasan automatik dengan lampu selekoh dan lampu nyalaan siang LED serta sepasang lampu kabus dua diod LED yang ditempatkan pada perumah berbentuk segi empat, di setiap sisi bahagian bawah bampar hadapan.
Sebaik melangkah ke bahagian dalaman, tema warna ‘beige’ dengan kemasan kayu berwarna perang menghiasi keseluruhan ruang dalamannya sekali gus menyerlahkan ciri kemewahannya sesuai bagi syarikat yang mahu menonjolkan imej korporat ‘hebat’ ketika membawa tetamu khas syarikat.
Secara teknikalnya, kabin Alphard ini direka berkonsep ‘Avant Gorgeous’ yang mengekalkan ciri premium MPV menerusi penggunaan bahan berkualiti tinggi.
Model Alphard ini mendapat sokongan penuh andai dihantar ke mana-mana pusat servis sah sekali gus pemiliknya tidak perlu bimbang dengan aspek penyelenggaraan dan alat ganti yang dijamin tulen. Ini kerana kedua-dua model berkenaan mendapat jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had selain jaminan ketersediaan alat ganti selama 10 tahun.
Memandu uji model Toyota Alphard berkuasa 3.5 liter ini terbukti memberikan kepuasan sebenar daripada aspek keselesaan, kestabilan dan pengendalian yang mudah meskipun bersaiz besar.
Ketika di laluan lurus lebuh raya, MPV ini tidak menghadapi masalah untuk memecut laju apatah lagi memintas kenderaan lain dan keselesaan ditawarkan tidak sahaja kepada penumpang malah pemandu sendiri cukup selesa dengan kedudukan kerusi empuknya yang mudah dilaras sesuka hati secara elektronik bagi memenuhi keinginannya.
Bagaimanapun, beberapa ciri mungkin boleh dipadankan pada masa depan mengikut pandangan peribadi ialah ciri kamera 360 darjah bagi membantu ketika memarkir dan lampu amaran pada cermin sisi bagi tujuan memaklumkan kehadiran kenderaan di sisi kiri atau kanan.
Ciri Menarik Alphard
Rekaan hadapannya menampilkan gril hadapan besar kekemasan krom umpama ‘perisai’
Dilengkapi roda aloi 18-inci dengan rekaan menerapkan konsep ‘Berani dan Hebat’
Panjangnya cuma 4,915mm berbanding Vellfire 4,930mm manakala lebar sama iaitu 1,850mm dan tinggi 1,895mm
Berkongsi rekaan berkonsep ‘Avant Gorgeous’
Dilengkapi tujuh tempat duduk dengan konfigurasi 2-2-3
Barisan kedua menampilkan tempat duduk ‘kapten’ bersama perehat kaki Ottoman
Sistem infotaimen dengan skrin sentuh DVD-AVN tujuh-inci
Sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, roda stereng pelbagai-fungsi, lampu suasana 16-warna pada kabin belakang, skrin hiburan 10.2-inci (dengan kawalan jauh dan fon kepala tanpa wayar) di belakang, pendingin hawa tiga-zon berserta liang dan kawalan di belakang lengkap dengan teknologi nanoe Panasonic
Dengan satu sentuhan pada butang di stereng, anda boleh mengubah nada bunyi pintu gelongsor kepada tiga pilihan
Dikuasakan enjin 2GR-FE V6 3.5 liter DOHC dengan Dual VVT-i yang menjana 271 PS pada takat 6,200 rpm dan tork maksimum 340 Nm pada 4,700 rpm
Ia dipadankan dengan kotak gear CVT, pacuan roda hadapan dan pada aspek penjimatan minyak, model ini dipadankan dengan mod ECO. Namun sayang sekali, model ini tidak dipadankan dengan sistem henti/mula sebagaimana model Vellfire
Tujuh beg udara keselamatan di hadapan dan sisi selain tali pinggang tiga mata untuk semua penumpang serta kerusi ISOFIX untuk kemudahan kerusi kanak-kanak
Ciri keselamatan lain termasuk ABS dengan sistem pengagihan tekanan brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA), kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC) juga setara selain kawalan bantuan pendakian (HAC).
SPESIFIKASI
Toyota Alphard
Enjin: 3.5L, 24V DOHC Dual VVT-i
Kuasa maksimum: 271 PS @ 6,200rpm
Tork maksimum: 340Nm @ 4,700rpm
Transmisi: Automatik 6-kelajuan
Ciri-ciri keselamatan: 7 beg udara, ABS & BA, kawalan cengkaman (TRC), Hillstart Assist, HAC dan EBD.
Harga: RM419,900 (termasuk GST dan insurans)
Bermula sekarang hingga 31 Disember ini, pengunjung boleh meraikan bersama Sunway Lagoon dengan tawaran RM25 untuk dua hari Fun Pass.
SUNWAY Lagoon kini sudah mencecah 25 tahun. Bersempena dengan itu, satu sambutan meriah dengan tag ‘Wonder Years 25 Sunway Lagoon’ cukup mengujakan.
Selain suasana malam yang mengujakan, persembahan lagu ‘Experience It’, lagu yang terhasil dari kerjasama Sunway Lagoon dengan artis-artis tempatan iaitu Caprice (Ariz Ramli), Mimi Fly dan Kaka Azraff cukup menghiburkan.
Persembahan lagu ‘Experience It’ oleh Caprice (Ariz Ramli, Mimi Fly dan Kaka Azraff
Lagu ‘Experience It’ ini dicipta bagi memperingati perjalanan sepanjang 25 tahun dan menceritakan pencapaian Sunway Lagoon.
Lagu dan video klip ini juga diperdengar dan dipertontonkan buat kali pertama pada malam itu yang turut memperlihatkan pelbagai tarikan Sunway Lagoon yang dikecapi sekali gus meletakkan Malaysia di peta dunia.
Pertunjukan teater yang mengisahkan mengenai seorang puteri cantik dan pengikutnya yang setia, “The Tale of Mount Berapi” dengan letusan gunung berapi di tengah taman tema itu juga memeriahkan sambutan yang cukup meriah itu.
Sempena dengan sambutan “25 Wonder Years” Sunway Lagoon dan cuti akhir tahun, Taman Tema Terbaik Asia ini menawarkan promosi menarik yang memberikan penjimatan hebat untuk pengunjung dalam dan luar negara.
Selain itu, pengunjung yang membeli satu tiket dewasa boleh mendapatkan tiket kedua dengan hanya RM25 bermula sekarang hingga 24 November ini.
Letusan gunung berapi buatan di tengah taman tema menghangatkan malam.
Bermula 25 November hingga 31 Disember, apabila membeli pakej FAMFun atau 4 To Go boleh menikmati baucer F&B bernilai RM25. Dari 27 November hingga 31 Disember pula, untuk lima minggu berturut-turut, pengunjung boleh mengumpul lima lencana Edisi Terhad 25 Wonder Years dari Isnin hingga Jumaat apabila membeli tiket dewasa kemudian menebus satu tiket dewasa pada Januari 2018 dengan menunjukkan tiga daripada lima koleksi lencana di kaunter tiket.
Rakyat Malaysia dijemput untuk berkongsi kenangan terbaik mereka di Sunway Lagoon menerusi foto dan berpeluang memenangi hadiah menarik. Pengunjung juga boleh menghantar cerita Instagram menggunakan tanda pagar #SL25Years dan #ExperienceIt.
Jangan lupa memuat turun lagu dan video muzik Sunway lagoon bertajuk ‘Experience It’ yang pasti menghiburkan.
Hanya 20 peratus orang dewasa tidak setia terhadap pasangan, dengan peratusan bagi kalangan lelaki adalah 10 mata peratusan lebih tinggi berbanding wanita
APLIKASI janji temu popular Asia, JustDating menjalankan tinjauan dalam kalangan pengguna Malaysia berhubung pengalaman mereka dari segi percintaan. Keputusan menunjukkan hanya 20 peratus responden mengakui tidak setia terhadap pasangan mereka, dengan peratusan bagi lelaki adalah 10 mata lebih tinggi berbanding wanita.
Di Taiwan dan Singapura, 30 peratus responden berkata mereka pernah tidak setia terhadap pasangan mereka, manakala dalam kalangan warga Indonesia, kadar peratusan meningkat kepada 40 peratus. Secara kesimpulannya, pengguna Malaysia merupakan yang paling setia dari segi emosi.
Gambar Hiasan
Kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai peluang untuk tidak setia. Tinjauan menunjukkan lelaki dan wanita mempunyai pemahaman yang berbeza tentang ketidaksetiaan. Lelaki di Malaysia berpendapat sebarang sentuhan tubuh boleh dianggap sebagai “pengkhianatan”, manakala wanita meletakkan lebih keutamaan kepada emosi dengan memegang pendapat bahawa sekiranya pasangan mereka tergila-gilakan wanita lain, beliau telah curang, walaupun tidak berlakunya sebarang sentuhan tubuh dengan “pihak lain”.
Selain definisi berbeza tentang ketidaksetiaan, lelaki dan wanita menangani ketidaksetiaan pasangan mereka dengan cara yang agak berbeza. Apabila dikhianati, 50 peratus lelaki di Malaysia bersedia untuk bertolak ansur terhadap “ketidakpatuhan”, berbincang bersama pasangan mereka dan memaafkannya.
Sebaliknya, 70 peratus wanita berkata mereka akan meletakkan syarat yang jelas dan sekiranya pasangan mereka tergila-gilakan wanita lain, wanita akan menamatkan hubungan dengan serta merta.
Gambar Hiasan
Tinjauan dalam talian, bertajuk Partner’s Habits and Preferences (Tabiat dan Pilihan Pasangan), dijalankan oleh JustDating, aplikasi janji temu yang memberi tumpuan untuk membantu individu bujang mencari pasangan hidup yang sesuai. Keputusan tinjauan adalah berdasarkan 1,000 respons yang disahkan, yang mana 500 daripada responden ialah lelaki dan 500 ialah wanita. Sumber JustDating
Lebih ganjaran menanti dengan KFC 2 Kaki Lagi Best
PENGGEMAR KFC boleh menyertai bidaan bagi memenangi barangan eksklusif menerusi kempen atas talian KFC Delivery terbaru iaitu KFC 2 Kaki Lagi Best. Bidaan istimewa berkenaan menawarkan pelbagai barangan untuk dimenangi termasuk telefon bimbit Samsung Galaxy S8, iPhone 7, DJI Spark Drone, barangan KFC edisi terhad dan banyak lagi.
Menerusi kempen terbaru ini, KFC Kaki kembali dengan lebih hebat bagi membawakan tawaran ‘KFC 2 Kaki Lagi best’. Dua jenis hidangan KFC kegemaran ramai dipadankan di dalam tiga pilihan kombo masa terhad, khusus untuk memberi penjimatan kepada pelanggan KFC Delivery atas talian.
Datuk Mohamed Azahari (dua dari kiri) dan Merrill Pereyra (dua dari kanan)
Selain itu, pelanggan juga akan menerima ‘Kaki Points’ bagi setiap pembelian atas talian sepanjang tempoh kempen yang membolehkan mereka menebus baucar diskaun KFC Delivery selain menyertai bidaan untuk memenangi barangan eksklusif.
“Kami memberi perhatian terhadap kehendak pelanggan dan komited untuk memenuhi keperluan mereka. Paling utama adalah memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia bersama kami selama ini. Kempen ini merupakan satu landasan baik untuk kami mendekatkan diri serta menghargai mereka. Kerana merekalah kami terus berada di sini,” kata, Datuk Mohamed Azahari, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Berhad.
“Kombo KFC 2 Kaki Lagi Best dicipta untuk memenuhi keperluan pelanggan. Mereka dapat menikmati apa yang mereka gemari dengan tawaran harga berpatutan. Pada masa yang sama, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif atau menebus baucar diskaun. Ini adalah sebahagian daripada cara kami memberi pengalaman yang lebih menarik kepada pelanggan dan kami berharap agar mereka merebut peluang yang ditawarkan ini,” kata Merrill Pereyra, CEO Restoran, QSR Brands (M) Holdings Berhad.
Untuk menyertai bidaan KFC 2 Kaki Lagi Best, pelanggan perlu mendaftar akaun KFC Delivery dan pesan KFC Kaki Kombo atau sebarang hidangan di KFC.com.my untuk bagi menerima ‘Kaki Points’.
Datuk Mohamed Azahari (kiri) dan Merrill Pereyra (kanan)
Mata berkenaan akan digunakan bagi membida barangan atau menebus baucar diskaun KFC Delivery. Pelanggan juga boleh nantikan ‘Double Kaki Hour’ daripada jam 3 hingga 6 petang, setiap hari Isnin hingga Jumaat untuk mendapatkan dua kali ganda ‘Kaki Points’ supaya dapat membida barangan yang lebih eksklusif.
Kempen ini berlangsung dari 11 Oktober hingga 26 November 2017 dan pemenang bakal diumumkan di KFC.com.my.
Bagi menambah lebih keistimewaan dan kejutan di sepanjang tempoh kempen, ‘KFC Kaki on Wheels’ akan bersiar-siar menaiki basikal di sekitar stesen LRT seperti Masjid Jamek, Ampang Park, Bangsar, Wangsa Maju dan stesen Monorail KL Sentral selain taman rekreasi sekitar Lembah Klang seperti Taman Kepong Metropolitan dan Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail. Para peminat digalakkan untuk berinteraksi dengan ‘Kaki on Wheels’ untuk berpeluang memenangi baucar KFC Delivery dan pelbagai barangan lain.
ETCM and TCEAS offers flood relief programme to Nissan Customers affected by flash flood
ETCM together with TCEAS announced the immediate commencement of NISSAN Flood Relief Programme for customers’ vehicles affected by flash flood
20 percent discount on NISSAN genuine spare parts on affected NISSAN vehicle
20 percent discount on labour charges on affected NISSAN vehicle
Upholstery restoration with special price from RM1,325 onwards
Three (3) months or 5,000 km warranty on labour and NISSAN genuine parts replacement (whichever comes first).
EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) together with Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) announced the immediate commencement of NISSAN Flood Relief Programme to aid relief and rehabilitation efforts for NISSAN customers whose vehicles were affected by flash flood.
The programme aims to assist owners whose NISSAN vehicles have been damaged by the floods and will run with immediate effect offering owners:
20 percent discount on NISSAN genuine spare parts on affected NISSAN vehicles.
20 percent discount on labour charges on affected NISSAN vehicles.
Upholstery restoration with special rate at RM1,325 (including GST) for affected NISSAN SEDAN.
Upholstery restoration with special rate at RM1,590 (including GST) for affected NISSAN MPV / SUV / PICK UP / VAN.
Three (3) months or 5,000 km warranty on labour and NISSAN genuine parts replacement (whichever comes first).
“Our customers matter most to us and these value added services are provided by ETCM and TCEAS to help thousands of residents that were affected by the flash flood that have happened. We pledged to do what we can to help alleviate the victim’s distress and we hope our contribution will provide some respite and relieve their burden. Lastly, we urge our customers to send their affected vehicles to the nearest TCEAS service centre as soon as possible in restoring it,” said Michael Yao, Head of Business Unit for TCEAS.
For more enquiries on the NISSAN Flood Relief Programme, customers can contact ETCM’s NISSAN Customer Care Centre at 1800-88-3838.
Takata Airbag Inflators Replacement
Additionally, ETCM and TCEAS continue its expansion for Takata Airbag Inflators Replacement which is held not only at our service networks but also at eight (8) outlets scheduled as follows:
DALAM keadaan ekonomi semasa yang perlahan ketika ini, ramai diantara kita menghadapi masalah menanggung kos perbelanjaan harian yang semakin meningkat. Rata-rata kita memerlukan wang tambahan apatah lagi kenaikan harga barangan menyebabkan pendapatan bulanan kita sering tidak mencukupi.
Tidak kurang juga ada diantara kita terpaksa melakukan dua atau tiga pekerjaan dalam satu-satu masa untuk menampung kos sara hidup. Justeru kaedah Pembiayaan Semula Rumah atau Refinancing mungkin boleh menjadi pilihan kerana banyak memberi kelebihan kepada setiap hartanah yang kita miliki.
gambar hiasan
Faktor peningkatan nilai hartanah setiap tahun juga memberi keuntungan berganda kepada pemiliknya apatah lagi sekiranya hartanah atau kediaman yang kita duduki berada di lokasi yang strategik seperti di tengah-tengah bandaraya atau berhampiran kawasan tumpuan seperti pusat beli belah, sekolah ataupun hospital.
Apa Itu Pakej Pembiayaan Semula Rumah
Boleh satukan semua hutang di bank atau koperasi (kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan sebagainya)
Dapat memberi tumpuan dalam satu pembiayaan sahaja
Mengurangkan komitmen bulanan
Mempunyai tambahan wang tunai (nikmati lebihan wang tunai daripada pembiayaan semula)
Mengekalkan rekod pembayaran balik lebih baik dibank
Memberi ketenangan fikiran
Apa Pula Kelebihan Pembiayaan Semula Rumah
Lebihan wang tunai daripada pembiayaan semula rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan:
1. Sebagai simpanan di waktu kecemasan
2. Deposit untuk pembelian rumah kedua
3. Tampung kos perubatan
4. Pengubahsuaian rumah
5. Menyelesaikan hutang-hutang lain spt pinjaman kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dsb
6. Sebagai modal untuk memulakan perniagaan atau modal pusingan
7. Simpanan untuk tujuan pelaburan (ASB, Tabung Haji, dsb)
8. Guna untuk menanggung kos pendidikan anak-anak ke universiti
SEMALAM berlangsungnya pengumuman 12 lagu yang berjaya mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-32 yang bakal berlangsung pada Februari depan.
Dua belas lagu itu ialah Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya Ajai dan dendangan Dayang Nurfaizah, Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Gouffran/Ibnu/Haqiem Rusli), Lebih Sempurna (Syamel), Aku Cinta (Syamel/Ernie Zakri.
Selain itu, lagu Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari), Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahonda/Khai Bahar, Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Aku Yang Sebenar (M.Nasir/Ad Samad/Hazama & The Penglipurlara), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).
Kesemua lagu yang terpilih diadili oleh barisan juri professional yang diketuai Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan Pak Ngah.
KEJAMNYA video penyanyi dangdut Mas Idayu menengking Baby Shima dalam program realiti D’Academy Asia 3.
Tumpah air mata penyanyi berusia 25 tahun itu apabila dimarahi dikhalayak ramai.
Baby Shima
Lebih menyedihkan pada malam itu Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, 25, diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Menerusi video itu, MAs Idayu dikatakan tidak puas hati dengan mutu nyanyian Baby Shima yang hambar.
Penyanyi dangdut terkenal itu memberi komen dengan nada marah, dia hairan mengapa mutu nyanyian yang ditunjukkan serba tidak kena sedangkan peserta yang terlebih dahulu mencipta nama di Smule itu seorang yang rajin bertanya.
Barangkali tindakan Mas Idayu menengking Baby Shima adalah untuk mengajarnya menjadi seorang penyanyi yang lebih baik. Kita bersangka baik. Gambar Instagram Babyshima
Lagu ‘Mata’ tidak terpilih ke pentas Anugerah Juara Lagu 32
HARI ini kecoh di laman Instagram milik penyanyi Ayda Jebat apabila peminat membanjiri ruangan komen penyanyi itu apabila lagu nyanyiannya, Mata tidak terpilih ke pentas Anugerah Juara Lagu 32.
Komen yang dibalas Ayda itu jadi tular apabila kebanyakannya menggambarkan perasaan kekecewaan selepas gagal mara ke peringkat akhir.
Dalam masa sama, komen yang ditinggalkan Ayda itu seolah-olah mempertikaikan ketelusan penjurian program itu.
“Well, kena baik dengan juri dan producer dulu kot baru boleh masuk,” balas Ayda kepada salah seorang peminat.
Ayda juga berkata, mungkin lagu Mata tidak berentak 90-an menyebabkan lagu itu tidak layak ke AJL 32.
“Kena buat lagu ala 90-an kot baru boleh masuk,” katanya.
Dalam masa sama, Ayda berpendapat dia bukan kesukaan juri turut menjadi faktor dia gagal.
“Lirik? Arrangement? Apa yang tidak bagus pada Mata? Juri tak suka saya kot,” tulisnya.
Namun, dalam pada ramai yang meluahkan rasa kecewa masih ada segelintir peminat yang berpendapat tindakan Ayda membalas komen sebegitu tidak wajar. Gambar dari Instagram Ayda Jebat