Utama Blog Halaman 1029

MINI Countryman Plug-In Hybrid Terbaharu Merintis Masa Depan

MINI Countryman Plug-In Hybrid yang pertama menjanjikan pengembaraan yang tiada tandingannya serta keterampilan serba boleh dan pengalaman pemanduan yang gah.

MINI Malaysia memperkenalkan MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu iaitu variasi Plug-In Hybrid pertama bagi jenis Kenderaan Sports Activity (SAV) daripada MINI. Turut dilancarkan model MINI Cooper S Countryman Sports yang mana kedua-dua model ini dipasang sepenuhnya di negara ini.

Ketua MINI Malaysia, Kidd Yam berkata, “Kami meraih kejayaan besar sejak generasi kedua MINI Countryman diperkenalkan April tahun lalu. SAV premium serba boleh ini juga merupakan tunjang kepada prestasi pecah rekod penjualan unit kenderaan pada tahun lalu iaitu sebanyak 1,011 unit.

New MINI Countryman Plug-In Hybrid

Pencapaian ini melakar pertumbuhan sebanyak 12% dari tahun 2016 dengan jumlah penjualan sebanyak 902 unit kenderaan. Pencapaian ini menjadikan kami sebagai jenama kedua dengan perkembangan tertinggi dalam segmen premium di Malaysia dan berada di landasan yang tepat sebagai jenama ketiga terbesar dalam segmen tersebut.”

Kidd Yam turut berkongsi mengenai pencapaian MINI Countryman terbaharu yang mendapat penarafan tertinggi 5 bintang melalui ujian Euro NCAP. Tatacara ujian yang ketat ini memberikan gambaran jelas mengenai model selesa MINI serba boleh ini yang menawarkan tahap keselamatan yang tinggi dalam apa jua situasi bagi kesemua tempat duduk kenderaan ini, selain turut direka khas untuk menerokai jalan-jalan yang lebih mencabar.

New MINI Countryman Plug-In Hybrid

Ketua Korporat Komunikasi BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata; “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan negara ini dengan satu lagi tambahan kenderaan premium dalam portfolio Mobiliti Masa Hadapan kami. Titik pengenalan ini amat bermakna kerana ia merupakan yang pertama bagi jenama MINI dan kami akan teruskan dedikasi kepakaran kami dalam menghasilkan rekaaan-rekaan teknologi terkini untuk industri automotif premium.”

Ambi turut menjelaskan bahawa MINI merupakan perintis dalam mobiliti elektro dengan pengalaman lebih sedekad dalam penyelidikan melalui MINI E yang diuji dari perspektif kelakuan pengguna dan mobiliti.

MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu ini turut berkongsi dapatan terkini dalam pembangunan mobiliti elektro negara.

Lincah, Serba boleh dan Gah

Kesenyapan kenderaan ini tidak boleh dipandang remeh, bahkan ia adalah petunjuk kepada ciri perintis yang jelas ditonjolkan melalui rekaan spesifik pada kekatup sisi yang dilekapkan lambang “e” dan lambang “S” berwarna kuning pada inskripsi model di bahagian belakang selain daripada kekisi radiator dan kemasan bendul pintu khas.

Keghairahan MINI Countryman Plug-In Hybrid ini turut dilengkapi dengan kit badan ALL4, 19” Yours Masterpiece MINI, selain daripada port pengecas di bawah kelepak di kekatup sisi bahagian kiri.

Rekaan dalaman MINI Countryman terbaharu ini menampilkan kemasan roda stereng kulit Yours WALKnappa MINI. Butiran rekaan dalaman ini turut diterjemahkan dengan ketilitian sulaman bersilang bewarna aluminium.

Paparan skrin sesentuh 6.5” beresolusi tinggi di bahagian kelompok instrumen dilengkapi dengan teknologi canggih terkini dan memberikan kawalan navigasi menyeluruh di hujung jari pemandu. Teknologi skrin sesentuh boleh mengesan sentuhan berbilang dengan fungsi pinch-to-zoom untuk akses peta dan penaipan.

MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu juga turut dilengkapi dengan butang eDrive untuk memberi pilihan mod pemanduan elektrik kepada pemandu seperti: mod standard AUTO eDrive, mod MAX eDrive yang berteraskan elektrik sepenuhnya, dan mod SAVE BATTERY untuk mengekalkan status pengecasan bateri bervoltan tinggi pada tahap yang malar.

Dalam mod AUTO eDrive, sistem pintar pengurusan tenaga kenderaan ini mengatur interaksi kesemua komponen pemanduan dengan bantuan motor elektrik yang memberikan kecekapan serta pengalaman pemanduan terbaik; sementara ia meningkatkan julat elektrik kenderaan tersebut.

Sebagai contoh, jika status pengecasan bateri berada pada tahap di antara 100% dan 7%, pemandu boleh memandu sehingga 80km/j – bebas daripada emisi tanpa menggunakan minyak. Pada kelajuan yang lebih tinggi, enjin petrol akan beroperasi secara automatik. Manakala untuk output pemacuan maksimum pula, enjin petrol akan disokong oleh motor elektrik sebagai eBoost.

Dalam mod MAX eDrive, pemandu boleh menikmati pemanduan berteraskan elektrik sepenuhnya sehingga kelajuan 120km/j. Pemanduan jarak dekat boleh dipacu dengan kuasa elektrik penuh dalam lingkungan jarak 40km.

Manakala mod SAVE BATTERY pula beroperasi ketika status pengecasan bateri berada pada tahap rendah. Mod ini membolehkan bateri dicas semula oleh enjin petrol atau untuk mengekalkan status pengecasan pada tahap 90%. Dalam mod ini, enjin petrol akan beroperasi sepenuhnya.

Sistem eALL4 MINI memainkan peranan dalam menawarkan pengalaman pemanduan yang serupa seperti Go-Kart MINI. Pacuan semua roda ALL4 dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Dinamik (Dynamic Stability Control) yang membahagikan daya tujahan enjin kepada kedua-dua gandar (axles) kenderaan ini yang terletak di hadapan dan belakang.

Enjin petrol menggerakkan gandar tayar hadapan sementara yang belakang digerakkan oleh motor elektrik. Sistem ALL4 ini membantu dalam situasi pembelokan luar kawalan dan memastikan tahap penujahan yang optimum.

Oleh itu, pemandu dapat menikmati cengkaman yang utuh pada setiap permukaan jalan, kestabilan maksimum, dan pembelokan yang lebih selesa. Dengan sistem eALL4 ini, cengkaman yang kuat dijamin apabila mod eDrive MAX mengaktifkan pacuan roda belakang, mod SAVE BATTERY pula mengaktifkan pacuan roda hadapan, dan mod eDrive AUTO dengan eBoost mengaktifkan pacuan empat roda.

MINI Countryman Plug-In Hybrid ini memberikan pemanduan tayar hadapan dengan enjin petrol secara efektif, begitu juga dengan pacuan tayar belakang yang dijana oleh motor elektrik.

Didatangi dengan transmisi 6 kelajuan automatik, MINI terbaharu ini berkeupayaan untuk menjana 224hp dan tork mencecah 385Nm lalu menjadikan model ini yang paling kilas. Model ini berupaya untuk memecut sepantas 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat dengan potensi kelajuan maksimum sehingga 198km/j dengan pengunaan petrol yang rendah iaitu purata 2.1 liter bagi setiap 100km.

Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan julat pemanduan elektrik penuh sejauh 42km dengan kelajuan maksimum 120km/j.

MINI Countryman terbaharu ini juga boleh dicaj semula di rumah dengan soket kuasa yang disambung menggunakan Home Charging Cable dalam masa lebih kurang 5 jam (230V) bergantung kepada voltan elektrik grid kuasa kediaman tersebut; ataupun di salah satu daripada 270 fasiliti stesen mengecas awam yang terdapat di seluruh Malaysia untuk kira-kira 3:15 jam (230V), juga bergantung kepada voltan elektrik grid kuasa yang terletak di stesen tersebut.

Untuk menghargai pemilik-pemilik model MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu ini, MINI Malaysia turut memperkenalkan pakej ChargeNow bersertakan MINI Public Charging Cables. Semua ini didatangi dengan 1 tahun langganan percuma untuk pengecasan tanpa had di mana-mana 270 stesen ChargeEV.

Kombinasi warna badan dan bumbung yang ditawarkan untuk model ini adalah merah (Chili Red), hijau (British Racing Green), kelabu (Thunder Grey), putih (Light White), warna perak (Melting Silver) dengan bumbung hitam; dan warna biru (Island Blue) yang dipadankan dengan bumbung putih.

Bantuan Tepi Jalan MINI

MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu ini dilindungi dengan program Bantuan Tepi Jalan MINI selama 5 tahun. Program ini tersedia untuk kenderaan-kenderaan MINI terbaharu merangkumi senarai servis yang komprehensif termasuklah bantuan hotline serta merta dan atas talian untuk kemalangan dan bantuan 24 jam bagi sepanjang tahun, khidmat tunda kereta percuma (dalam lingkungan jarak 200KM dari kediaman), kenderaan ganti, mobiliti lancar, penginapan, solusi perkhidmatan mobiliti dan perkhidmatan penghantaran balik.

Tambahan pula, plug-in hybrid daripada variasi MINI Countryman terbaharu ini juga menawarkan jaminan bateri yang sah selama 6 tahun atau untuk jarak perbatuan sehingga 100,000km. Program Bantuan Tepi Jalan MINI ini boleh diakses melalui talian 1800-88-8808.

Servis Atas Talian MINI

Temu janji servis dapat dilakukan dengan lebih mudah kerana program servis atas talian ini membolehkan pelanggan menguruskan jadual servis kenderaan mereka terus dengan pengedar MINI berdekatan yang sah di www.service.mini.my.

Pembiayaan MINI

Model terbaharu MINI Countryman Plug-In Hybrid yang dipasang di dalam negara ini boleh dimiliki melalui beberapa pilihan pembiayaan seperti:
•    Pembiayaan Balloon MINI
•    Pembiayaan Straight-Line MINI
•    Program Full Circle MINI
•    Pembiayaan Step-Down MINI

Model terbaharu MINI Countryman Plug-In Hybrid yang dipasang di dalam negara ini boleh dimiliki dengan Program MINI Full Circle. Dengan margin pembiayaan sebanyak 80%, pembiayaan untuk pemilikan jentera MINI Countryman terbaharu ini bermula dari RM3,088.00 setiap bulan.

MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu ini boleh didapati di kesemua pengedar sah MINI di seluruh negara mulai Jumaat, 6 April 2018; serta di Roadshow Volts & Vibes yang akan berlangsung pada 13 April hingga 24 Jun.

Harga jualan (atas jalan untuk pendaftaran perseorangan tanpa insuran) bagi MINI Countryman terbaharu dengan jaminan perbatuan tanpa had selama 4 tahun yang disertakan servis berjadual percuma ialah RM 255,888.00

MINI Cooper S Countryman Sports:                  RM 245,888.00

Untuk maklumat lanjut mengenai model MINI Countryman Plug-In Hybrid ini, sila layari www.mini.my.

TM Perkenal Unifi Wireless Broadband 

unifi Wireless Broadband device

Adakah anda seorang profesional muda yang sentiasa beralih dari satu lokasi ke lokasi yang lain? Atau anda masih mencari rumah yang sesuai untuk dijadikan kediaman tetap anda? Bagaimana jika ada penyelesaian untuk anda melanggani internet tanpa memerlukan alamat tetap dan tanpa kontrak?

SEMESTINYA, kini unifi membawakan anda kebebasan berinternet! Sebagai jenama konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM), unifi menawarkan perkhidmatan terbaharu yang membolehkan anda menikmati rumusan internet secara menyeluruh dan diyakini menerusi unifi Wireless Broadband.

Naib Presiden Eksekutif unifi, Imri Mokhtar berkata, “Kami ingin sentiasa memastikan pelanggan mendapat pengalaman internet yang terbaik daripada unifi. Untuk pelanggan yang tinggal di dalam kawasan liputan perkhidmatan unifi LTE, ini adalah penyelesaian terbaik untuk anda.

Dengan sambungan yang menyeluruh, anda akan menikmati pengalaman kehidupan digital yang anda inginkan. Muat turun dan muat naik apa sahaja yang anda mahu. Nikmati penstriman video tanpa gangguan bersama keluarga atau rakan. Membeli-belah secara maya, membaca buku elektronik, atau sekadar ingin berhubung bersama rakan, anda kini boleh kekal online dan lakukan apa sahaja yang anda mahukan sepanjang hari, setiap masa.

“Tiada peraturan dan tiada halangan. Tiada sekatan untuk anda menggunakan data bagi apa jua tujuan, tidak yang lain seumpamanya, menjadikan ini penyelesaian yang sempurna untuk anda”,

“Bertepatan dengan janji kami, ‘Hidup Lebih Mudah’, rumusan ini akan memperkukuh peranan unifi sebagai jenama Peneraju Konvergens di negara ini. Kami akan meneruskan komitmen untuk membawakan pengalaman pelanggan bersepadu terbaik untuk semua rakyat Malaysia, dari pelbagai latar belakang,” tambah beliau.

Dengan cara melanggan yang mudah TANPA KONTRAK, unifi Wireless Broadband hanya perlu dicucuk untuk digunakan (plug and play), tanpa wayar, dan tidak memerlukan sebarang pemecahan pada dinding serta tiada pemasangan diperlukan.

Menampung sehingga 64 peranti, perkhidmatan terbaharu ini membolehkan para penghuni yang ramai dalam sesebuah kediaman menikmatinya tanpa kerisauan.

unifi Wireless Broadband device

Eksklusif menerusi ‘Skuad Sempurna unifi’, unifi Wireless Broadband ini didatangkan dengan data internet 60GB, pada harga hanya RM83.74 sebulan (termasuk GST). Langganan adalah termasuk peranti router tanpa wayar dengan hanya RM599 (harga biasa: RM1,099), jadi anda akan memiliki peranti tersebut dan membawanya bersama apabila anda berpindah lokasi.

Terhad kepada tiga (3) unit untuk setiap pelanggan, peranti ini didatangkan bersama jaminan selama 12 bulan. Oleh kerana tiada ikatan kontrak dikenakan, maka tiada sebarang penalti dan pengembalian yang merumitkan.

Untuk pengguna yang sering menggunakan data dalam jumlah yang tinggi, sekiranya data 60GB tidak mencukupi untuk anda, jangan risau, anda boleh membeli data tambahan menerusi aplikasi unifi mobile care atau menerusi online di https://mobile.unifi.com.my/ untuk menikmati 20GB hanya pada harga RM40 dan boleh dipakai sehingga 90 hari!

Nantikan ‘Skuad Sempurna unifi’ TM datang ke kawasan kejiranan anda tidak lama lagi untuk #pasangsekarang (#installnow). Mereka akan menawarkan perkhidmatan bersama peranti tersebut kepada anda; barangan cenderahati menarik juga mungkin akan menjadi milik anda yang bertuah!

Unifi merupakan satu-satunya penyedia pengalaman internet secara menyeluruh dan pantas di mana sahaja dan setiap masa untuk anda, memudahkan hubungan bagi setiap peranti dengan dan pengalaman yang mudah dan tanpa kerisauan. Dengan pelbagai penawaran penyelesaian digital, unifi komited untuk memenuhi janji TM, ‘Hidup Lebih Mudah’.

Untuk maklumat lanjut mengenai unifi serta produk dan penawarannya, layari www.unifi.com.my.

Kuching International Airport Being The First Truly Cashless Airport 

Malaysia Airports is elevating the total airport experience for its passengers at Kuching International Airport (KIA) by introducing the new cashless airport initiative that will also boost the state’s digitalisation efforts.

THIS new digital initiative at KIA which is in collaboration with Digi Telecommunications Sdn Bhd (‘Digi’) through its e-wallet app vcash was launched by Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, Chief Minister of Sarawak.

Malaysia Airports Managing Director Datuk Badlisham Ghazali said that KIA will take the lead among all airports in Malaysia as the first truly cashless airport offering multiple digital payment options, a move that supports the company-wide digitalisation efforts in its bid to transform itself into a service leader and thus enabling a more passenger-friendly journey.

He further mentioned that the organisation is undergoing a digital transformation that encompasses the use of big data analytics or BDA and IoT devices that will allow them to better anticipate foot traffic flows and reduce choke points and congestion at the airports.

Badlisham had also said that the unveiling of the Sarawak Digital Economy Strategy Book 2018-2022 which aimed to propel the state into the digital economy is in tandem with the type of improvements that Malaysia Airports wishes to do at airports under its management.

“The strategic decision made by the Sarawak government had made Kuching International Airport an easy choice for us to launch this Cashless Airport initiative. You may have heard that we already have a collaboration with Alipay to provide cashless convenience to our passengers from China at all our international airports.

“We wish to embrace the concept of a cashless airport by extending this further through various collaboration with other mobile payment platform providers so as to offer this facility to a larger passenger base,” said Badlisham.

Vcash is a mobile payment application that offers Malaysians an easy, more convenient way to pay, send, request and store money in their smartphones. Featuring an enhanced layer of security in making payments, vcash eliminates the need for small notes and queuing at ATM, vcash is available across all telco operators and can be downloaded for free from the Google Play Store or Apple App store.

At the same time, Digi will also equip KIA with high speed WiFi connection. According to Badlisham, about 70% of retailers at the airport had come on board to offer cashless convenience to airport visitors. Nevertheless, Malaysia Airports is anticipating that KIA will be 100% a cashless airport once Sarawak’s own mobile payment platform Sarawak Pay is made available at the airport soon.

In addressing the importance of the state’s digitalisation efforts, Abang Zohari said, “We want to see Sarawak become a fully developed state in Malaysia and completely eliminate the urban and rural divide by the year 2030.

This will not be possible without the intervention of technology. Digital connectivity will be the means to achieve this and as such, the 47 strategic directions outlined in the road map clearly formulates how we are going to get there.”

Abang Zohari stressed that the success of digital strategies is dependent on the strong collaboration between the government and private sector and thus, the state is delighted that Malaysia Airports had chosen KIA to pilot its cashless airport initiative.

Also present at the launch of the cashless airport initiative was Loh Keh Jiat, Digi’s Chief Marketing Officer. He said, “Digi is passionate about delivering convenience enabled by digital connectivity to our users.

This partnership with Malaysia Airports allows us to continue provide seamless internet access for users especially those who are on-the-go, allowing them to not only stay connected and reachable at all times but also the freedom to easily stream entertainment related content such as online videos and games.

With the state government embracing financial technology, we believe e-wallet solution such as vcash will be widely accepted by the airport visitors. Digi is happy to support the state government’s goal to capitalise on digital technology in transforming its economy and move Sarawak towards becoming a cashless society.”

Last year, KIA registered a total of 5.1 million passenger traffic movement – a 3.6% growth compared to 2016. However, retailers at the airport had enjoyed an even higher sales per passenger growth of 5.2% that translated to sales of RM8.00 per passenger.

Hence, Malaysia Airports is confident that apart from GDP contribution, the latest digitalisation initiative will also drive the local economy by boosting sales for the local retailers at KIA.

Apart from launching the cashless airport initiative, the Sarawak chief minister also officially opened the Makan Makan Food Court at KIA which boasts local favourites such as Mee Kolok and Laksa Sarawak.

Musim Pertama Vios Challenge Tiba Di Kemuncaknya

Musim pertama perlumbaan Vios Challenge telah mencapai kemuncaknya ketika perlumbaan yang berlangsung di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur pada 24 dan 25hb Mac lalu.

PERLUMBAAN membabitkan artis tempatan itu telah membawakan aksi dan keseronokan yang amat jarang sekali dapat dinikmati oleh peminat sukan permotoran tempatan.

Ia pernah disifatkan sebagai sebuah projek perlumbaan yang bercita-cita tinggi dianjurkan oleh syarikat pengeluar kenderaan di Malaysia. Tetapi, usaha untuk membawakan perlumbaan akar umbi kepada khalayak yang lebih luas itu kini telah terbukti berjaya mencapai matlamatnya.

Ini dapat dilihat dari sambutan daripada pengunjung di Kuala Lumpur dan juga perlumbaan terdahulu di Batu Kawan, Pulau Pinang; MAEPS, Serdang dan Medini City, Johor Baharu.

Vios Challenge menjadi acara utama hujung minggu dengan hampir 40 buah jentera Toyota Vios berspesifikasi sama bersaing di dalam tiga kategori berasingan iaitu; Sporting, Super Sporting dan Promotional.

Shawn dan Shukri (kanan)

Ia menjadi acara utama bagi Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival di mana pelbagai acara menarik seperti penampilan selebriti, permainan pentas, pertunjukkan drift, pameran kenderaan, karnival makanan dan banyak lagi menjadi tarikan untuk seisi keluarga.

“Vios Challenge diadakan dengan tujuan untuk membawa sukan permotoran lebih dekat kepada warga Malaysia. Kami inginkan lebih ramai individu yang menghargai sukan lumba dalam persekitaran yang selamat disamping menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan yang dapat dialami seisi keluarga.

“Melihat daripada wajah dan sambutan pengunjung di setiap lokasi, saya percaya kami telah berjaya membawakan acara yang unik dan menarik kepada orang ramai,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Purata kehadiran pengunjung di setiap lokasi ialah 21,000 orang bagi setiap hujung minggu ia berlangsung dan sekali gus menjadikannya sukan lumba paling popular dan melakar sejarahnya yang tersendiri. Tidak diragukan lagi, kualiti perlumbaan yang ditampilkan juga adalah sangat tinggi, tidak kira bagi kategori mana sekalipun.

Pemandu-pemandu selebriti dalam kategori Promotional khususnya, telah menarik perhatian peminat-peminat mereka ke acara ini, malah, prestasi pemanduan yang ditunjukkan oleh mereka juga sangat mengagumkan.

Shukri Yahaya yang lebih dikenali kerana watak-watak yang dibawa dalam drama TV telah menunjukkan kemahiran memandu yang sangat baik; catatan masa bagi pusingan kelayakan yang dicapai pada acara terakhir itu sebenarnya membolehkan beliau berada dibarisan kedua bagi kategori Sporting.

Diana Danielle, ibu kepada dua anak yang pernah memaklumkan bahawa beliau sudah tidak ingat cara yang betul untuk memandu kereta manual semasa sesi sekolah pemanduan untuk perlumbaan, telah berjaya meletakkan dirinya di kedudukan 10 teratas di dalam kelompok yang sama melalui prestasi yang ditunjukkan.

“Inilah harapan kami ketika membawakan konsep perlumbaan ini ke Malaysia. Kami ingin memberi pendedahan terhadap sukan lumba permotoran kepada peserta baru dan menyediakan ruang untuk mereka membangunkan kemampuan sendiri; sekali gus menjadikan mereka pemandu yang lebih baik di atas jalan,” kata Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama.

Beliau menjadi individu yang layak untuk mengulas demikian memandangkan dirinya sendiri turut serta di dalam perlumbaan berkenaan pada setiap hujung minggu penganjurannya pada musim pertama tersebut.

Sensasi beatboxing, Shawn Lee meneruskan penguasaannya dan muncul juara bagi kategori Promotional; beliau hanya tewas sebanyak dua kali daripada lapan perlumbaan yang disertai.

Apapun, raja drfit Malaysia, Tengku Djan membawakan aksi-aksi mengujakan dan mendebarkan peminat-peminat serta pesaing-pesaing di dalam litar. Kawalan kenderaan serta pemanduan litar yang ditampilkan oleh Djan menjadi pemangkin kepada kemeriahan dan merancakkan lagi saingan antara pelumba dalam merebut kejuaraan – dan tidak terkecuali juga diasak dengan sengit oleh pesaing terdekatnya, William Ho.

Seorang lagi pemandu yang memberikan persembahan terbaik kategori Sporting yang perlu diberi perhatian tentunya Brandon Paul Anthony.  Berusia 20 tahun, beliau tidak pernah berlumba menggunakan Toyota Vios sebelum ini dan hanya menyertai perlumbaan ini pada acara kedua yang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Beliau telah menampilkan pemanduan yang berkualiti untuk meraih kejuaraan ketika perlumbaan terakhir di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur tempoh hari.

Terdapat banyak lagi bakat-bakat baru yang masih boleh digilap muncul sepanjang perlumbaan Vios Challenge musim pertama ini berlangsung. Dan, pada separuh kedua 2018 nanti, sebahagian daripada mereka mungkin akan ikut serta sekali lagi untuk siri perlumbaan Vios Challenge musim kedua.

Beli Tong Gas Memasak LPG di Stesen Petron

Syarikat minyak utama Petron menempa satu lagi pencapaian industri pertama yang memperkenalkan penjualan gas memasak jenama Gasul terus kepada pengguna di 5 buah stesen minyak bermula April 2018.

Gas memasak LPG Petron Gasul dijual dalam silinder 12KG dan 14KG. Syarikat akan mula
merintis jualan ini di 5 buah stesen secara berperingkat di Lembah Klang (Persiaran Bandar
Utama, Subang Parade, dan Teluk Panglima Garang) dan Melaka (Cheng dan Ayer Keroh)
untuk memenuhi keperluan pengguna.

Lebih banyak stesen akan ditambah pada masa hadapan untuk menampung permintaan pasaran.

“Pelancaran gas memasak Gasul LPG di stesen Petron menepati janji kami untuk
menyediakan produk dan perkhidmatan yang lebih baik disamping lebih memudahkan.

“Perkhidmatan seumpama ini merubah rentak industri dimana pengguna kini boleh membeli Gasul di stesen- stesen terpilih 7 hari seminggu melalui tunai dan bawa walaupun semasa cuti umum,” kata Ketua Jabatan Dagangan Runcit, Faridah Ali.

Petron Gasul

“Konsep dan bawa bermaksud pelanggan boleh mengambil silinder Gasul yang dibeli
di stesen kami tanpa dikenakan caj tambahan untuk penghantaran. Atendan Perkhidmatan
Pelanggan kami bersedia membantu pelanggan dan pelanggan dijamin akan komitmen
kami terhadap kualiti dan keselamatan,” kata Faridah.

Petron juga mengumumkan bahawa ahli kad Petron Miles boleh menggunakan mata
ganjaran mereka untuk menebus Gasul apabila dibeli di stesen.

Petron Gasul adalah pilihan yang popular di kalangan isi rumah, dengan pembakaran gas
petroleum cecair yang bersih dan efisyen. Syarikat itu juga memperkenalkan semula
silinder 50KG komersil pada 2016 untuk memenuhi permintaan komersil dan perindustrian.

Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang adalah sinonim dengan jenama
Petron. Stesen perkhidmatan kami kini menawarkan produk minyak, pelincir, kedai
serbaneka dan gas memasak – semua di bawah satu bumbung, menjadikan kami pusat
sehenti lengkap, kata Faridah.

Great Eastern Takaful Launches i-Great Jannah & MPOS

Great Eastern Takaful launched its new product, i-GreatJan Jannah at its Premier Business Lounge in Menara Great Eastern a regular contribution term Family Takaful plan that provides the benefits of a family takaful protection.

THE launch was officiated by Shahrul Azlan Shahriman, Chief Executive Officer of Great
Eastern Takaful Berhad and witnessed by the company’s Senior Management Team, key
representatives as well as its top takaful advisors.

With a starting amount of RM250,000 as the sum covered, i-Great Jannah provides  numerous benefits and key features such as flexible payment terms of 5,10 or 20 years or
full term, Flexible Coverage Term, Death or Total Permanent Disability (TPD) benefit,
Accidental Death Benefit (ADB) of up to 300% of the sum covered, to name of a few.

However, the highlight of the product is its Hibah feature, where certificate holders are not
only able to hibah their takaful benefit to their loved ones but also channel a certain portion
to a charitable organisation of their choice.

“We’re very excited about i-Great Jannah as it’s the first product in the takaful industry to
have this Hibah feature. Through this product, you really take control and prepare for your
loved ones when you’re not around. They can use it to pursue their goals and dreams they
might have.

Furthermore, the key feature of the product allows certificate holders to continue their legacy of doing good by allocating a specific amount to their preferred charity organisation.”, said Shahrul.

Great Eastern Takaful also tied up with national songstress, Nora Ariffin as i-Great Jannah’s
product ambassador.

“As a mother of 4 and being in the situation that I’m currently in, i-Great Jannah’s key
offerings really resonated with me and my family. With it, I know that my children’s’ future will be taken care of should the unexpected happen.

Plus, with the hibah feature, I am comforted knowing that I can continue to do good deeds in the afterlife. That is why I decided to give my full support as product ambassador.”, said Nora.

Guests attending the event also witnessed the launch of MPOS (Mobile Point-of- Sales) for
Great Eastern Takaful. MPOS is an innovative platform that promotes process efficiency
through digital document submissions.

Through this mobile platform, agents are able to submit customers’ documents anywhere, anytime and make initial as well as recurring payments for renewal of policies directly through their tablet devices. For more information on i-Great Jannah, please refer to www.greateasterntakaful.com

Peraduan Persona Gold Pos ArRahnu Tawar Hadiah Bernilai RM150,000

GCOO, Dato' Azlan Shahrim (kiri) dan GCCO, Azizan (tengah) bersama seorang model bergambar dengan hadiah utama Peraduan Persona Gold, sebuah Proton Persona baharu

Pos ArRahnu melancarkan “Peraduan Pos ArRahnu Persona Gold Contest” di Ibu Pejabat Pos Malaysia Dayabumi, baru-baru ini.

PERADUAN ini berlangsung dari 5 April 2018 hingga 5 Jun 2018 dan dibuka kepada semua warga Malaysia dan Warga Bukan Malaysia.

Pos ArRahnu merupakan Pusat Emas Sehenti yang patuh Syariah dan unggul selain menawarkan perkhidmatan seperti jual-beli emas, cagaran, simpanan serta cucian emas.

Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Al-Ishsal Ishak berkata, peraduan ini bertujuan untuk mendekati, mengekalkan dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia Pos ArRahnu serta menghargai sokongan yang berterusan yang ditunjukkan terhadap produk dan perkhidmatan Pos ArRahnu.

“Lima tahun yang lalu, kami berhasrat untuk menggunakan jaringan perhubungan dan touchpoint kami di seluruh negara. Kami menyedari terdapat permintaan yang tinggi terhadap khidmat cagaran patuh Syariah yang kami percaya boleh membawa perubahan kepada golongan masyarakat.

“Sejak khidmat cagaran patuh Syariah diperkenalkan, kami terus mengorak langkah ke hadapan dan sehingga kini membantu seramai 150,000 keluarga di seluruh negara dengan pembayaran hampir mencecah RM2 billion”.

“Peraduan ini adalah sebahagian daripada strategi kami untuk menggalakkan pelanggan kami untuk menggunakan perkhidmatan cagaran patuh Syariah Pos ArRahnu. Bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu menjalankan transaksi cagaran di salah satu daripada 80 cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara.

Pelanggan hanya perlu mencagar emas mereka dengan kadar minimum RM1,000 dan dalam tempoh masa tidak kurang daripada enam bulan, yang merupakan sebahagian daripada terma dan syarat pertandingan tersebut,” tambah beliau.

Terdapat enam (6) kategori hadiah iaitu Hadiah Utama, Hadiah kedua sehingga Hadiah keenam. Hanya satu (1) pemenang akan dipilih untuk memenangi Hadiah Utama iaitu Proton Persona 1.6, dua (2) pemenang tempat kedua iaitu Modenas CT 115S, enam (6) pemenang tempat ketiga iaitu 1 Dinar Jongkong Emas Edisi Terhad Pos Malaysia, lima (5) pemenang tempat keempat iaitu 1/2 Dinar Jongkong Emas Edisi Terhad Pos Malaysia, enam (6) pemenang tempat kelima iaitu 1 gm Jongkong Emas Edisi Terhad Pos Malaysia dan enam (6) pemenang tempat keenam iaitu 0.5 gm Jongkong Emas Edisi Terhad Pos Malaysia.

Kunjungi salah satu daripada 80 cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara dan anda mungkin pemenang bertuah sebuah kereta menjelang tahun baharu 2019!

Kilang Baharu Duopharma Guna Teknologi Effervescent

CCM Duopharma Biotech Berhad (Duopharma) menjangkakan kilang Effervescent yang baru siap di Bangi, kemudahan sepertinya yang pertama di negara ini, akan meletakkan syarikat di barisan depan.

PEMBANGUNAN teknologi dalam pengeluaran produk farmaseutikal berkualiti tinggi menggunakan teknologi Effervescent yang menawarkan banyak kelebihan berbanding pengeluaran produk penjagaan kesihatan secara konvensional.

Sejak mula beroperasi pada Oktober 2017, kilang Effervescent bernilai RM7 juta itu
mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan 107 juta tablet Flavettes Effervescent Vitamin C
setahun.

Menerusi pelaburan terbaharu ini, Duopharma bersedia untuk memperkenalkan pelbagai
produk Effervescent di bawah rangkaian jenama OTC (tanpa preskripsi) semasa Syarikat
yang telah memenangi anugerah, seperti Flavettes, Champs, Proviton dan Uphamol.

Rangkaian produk Effervescent akan memberi pengguna pilihan bentuk pengambilan
makanan kesihatan tambahan yang baharu, yang didapati sebagai trend semasa di
pasaran.

Pada November 2017, Duopharma melancarkan empat produk Effervescent baharu di
bawah jenama Flavettes, dan rangkaian produk Vitamin C ini diterima baik oleh pasaran,
dengan permintaan yang amat memberangsangkan.

Berucap semasa lawatan berpandu wakil-wakil media ke kilang Effervescent, Leonard Ariff
Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan CCM Duopharma Biotech Berhad, berkata
bahawa kemudahan pengeluaran terbaharu Duopharma adalah sebahagian daripada
Strategi Pengoptimuman Pengeluaran (MOS) Syarikat yang termasuk rasionalisasi dan naik
taraf kemudahannya untuk mempercepatkan pertumbuhan.

“Terdapat permintaan yang tinggi bagi produk farmaseutikal Effervescent, terutama sekali
Flavettes Effervescent Vitamin C, di pasaran kerana banyak kelebihan fungsinya yang
ditawarkan kepada pengguna termasuk sebagai pilihan pengambilan makanan kesihatan
tambahan yang jauh lebih mudah tanpa perlu menelan pil, dan memberikan rasa yang enak berbanding pil biasa.

“Sebagai syarikat farmaseutikal yang terkemuka di Malaysia, Duopharma berusaha untuk
mempelopori teknologi baharu kerana kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan
pengalaman pelanggan kami.

Penghasilan dan pengeluaran produk Effervescent memerlukan pengetahuan khusus dan kemahiran teknologi disertakan dengan infrastruktur persekitaran yang terbaik untuk mengawal suhu dan kelembapan kemudahan pengeluaran bagi memastikan kestabilan produk yang optimum,” kata Leonard Ariff.

Teknologi Effervescent membolehkan tablet atau pil menjadi larutan sebaik sahaja tersentuh air. Ini membolehkan bahan aktif larut dengan sekata dan sepenuhnya untuk diserap dengan lebih cepat ke dalam saluran darah berbanding formula konvensional, lantas membolehkannya bertindak dengan lebih cepat.

Flavettes Effervescent Vitamin C memberikan cara yang cekap dan menyenangkan kepada
pelanggan yang menjalani gaya hidup sibuk untuk mendapatkan keperluan kesihatan harian mereka bagi membantu mereka mengekalkan kesegaran dan kesihatan sepanjang
kesibukan mereka.

Tablet ini mengandungi formula tiga-dalam- satu yang mengandungi Glutathione, Vitamin C dan E untuk membantu menjauhkan radikal bebas dan memastikan kulit kekal sihat, jelita dan remaja.

“Kami beroperasi dalam industri yang sangat kompetitif dan bergerak pantas. Justeru, kami
mengakui keperluan untuk melabur dan mengguna pakai teknologi baharu untuk  mendahului persaingan.

Kami berbangga menjadi syarikat farmaseutikal pertama di Malaysia yang membawa teknologi Effervescent ke pasaran tempatan dan kami yakin peralatan kilang kami yang serba canggih dan kepakaran kami akan menyumbang kepada usaha mencapai matlamat kami untuk menjadi satu daripada lima syarikat farmaseutikal generik yang terulung di Asia Tenggara menjelang 2022,” tambahnya.

Buat masa ini, Duopharma ialah pengeluar bertauliah dengan pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) – Farmaseutikal yang terbesar di Malaysia dengan kemudahan di Bangi, Klang dan Glenmarie.

Piawaian ini memastikan semua aktiviti pengeluaran adalah selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh GMP Kementerian Kesihatan dan juga piawaian antarabangsa.

Duopharma merupakan syarikat farmaseutikal pertama yang menerima sijil ‘Halal Malaysia & daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berdasarkan piawaian farmaseutikal
Halal pertama di dunia, MS2424:2012.

Kemudahan GMP dan pematuhan piawaian Halal Syarikat memastikan produk  farmaseutikalnya disediakan, dikeluarkan, dibungkus dan disimpan dengan rapi dalam
keadaan yang bersih dan selamat dalam usahanya untuk terus memberikan pengalaman
terbaik dalam kelasnya kepada pelanggan.

Naza Corporation Holdings Appoints New Deputy Group CEO, Automotive Group

Naza Corporation Holdings Sdn Bhd is pleased to announce the appointment of Ramasamy Devaraju as its Deputy Group CEO, Automotive Group with immediate effect.

GROUP CEO, Automotive Group, Naza Corporation Holdings, Dato’ Samson Anand George, said, Devaraju brings extensive knowledge of automotive operations across all segments which will benefit the Group’s wide ranging automotive businesses.

“His knowledge and expertise will be key in bringing improvement to the Automotive Group”.

An Automobile Engineer with over 30 years of experience in the automotive industry, Devaraju has previously worked in India and the Middle East where he handled automobile retail operations at companies such as Hindustan Motors, Tata Motors and Mercedes-Benz India.

He went on to spend nearly 14 years in Malaysia with Cycle & Carriage Bintang Berhad where he last held the position of Director of Operations.

In his capacity as Deputy Group CEO, Devaraju will support Dato’ Samson in managing
automotive operations, focusing on elevating and enhancing Retail Customer Experience.

UMW Toyota Motor Umum Pemenang Toyota Dream Car Art 2018

Category 1 - 1st Place - Liew Wei Jet

Sembilan peserta yang dipilih sebagai pemenang bagi peraduan Toyota Dream Car Art 2018 telah menerima hadiah masing-masing daripada UMW Toyota Motor.

HASIL seni yang dihasilkan mereka dinilai berdasarkan idea inovatif dan rekaan futuristic. Rekaan yang terpilih akan mewakili UMW Toyota Motor bagi mengikuti pertandingan diperingkat dunia yang akan berlangsung pada Ogos 2018 di Jepun.

Peraduan “Toyota Dream Car Art” bermatlamat untuk menggalakkan kanak-kanak dari
serata dunia untuk berkongsi idea mereka tentang mobiliti di masa hadapan dengan cara
melukiskan kereta impian mereka.

Category 3 – 1st Place – Lee Sin Tian

Tujuan program ini adalah untuk memacu inspirasi kreatif di kalangan kanak-kanak. Setiap tahun, ribuan kanak-kanak seluruh dunia berkongsi impian mereka tentang bagaimana kenderaan boleh menjadikan dunia lebih baik, melalui hasil seni yang dihasilkan.

Ia merupakan usaha diperingkat dunia yang diterajui oleh Toyota Motor Corporation dan
sekaligus menjadi acara tahunan yang telah dianjurkan oleh UMW Toyota Motor sejak
lima tahun lalu.

Kanak-kanak dibawah umur 15 tahun layak untuk ikut serta di dalam tiga kategori berbeza
yang dipertandingkan. Sejumlah 1,703 penyertaan telah diterima sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung, dari 1 Disember 2017 hingga 20 Februari 2018.

Dalam kategori umur bawah 8 tahun, tempat pertama menjadi milik Liew Wei Jet, diikuti
oleh Tan Xuan Ni di tempat kedua sementara Nicholas Kheng Yong Xuan ditempat ketiga.

Bagi kategori umur 8-12 tahun pula, Lee Sin Xuan dipilih sebagai juara, sementara tempat
kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Chai Ming Wei dan Ahmadi Fahmie Bin
Azhar. Bagi kategori Umur 12-15 tahun yang lebih kompetitif, Lee Sin Tian merangkul
hadiah utama. Ini diikuti oleh Lim Xiao Yun dan Charmaine Lim yang menduduki tempat
kedua dan ketiga.

Category 3 – 3rd Place – Charmaine Lim

Pemenang hadiah utama menerima sebuah iPad Mini, manakala pemenang tempat kedua
membawa pulang sebuah basikal dan tempat ketiga memperoleh tiket masuk ke
Legoland.

Mereka yang layak akan diterbangkan ke Jepun bersama penjaga bagi majlis
penyampaian hadiah yang akan berlangsung Ogos nanti dimana semua kos perbelanjaan
perjalanan dan tempat tinggal akan disediakan oleh Toyota Motor Corporation.

Toyota Motor Corporation percaya di dalam mempromosikan aktiviti seni dan budaya
dalam kalangan kanak-kanak dan belia di seluruh dunia. Di Malaysia, UMW Toyota Motor
juga mengikuti jejak yang sama, kata Timbalan Pengerusi, Akio Takeyama.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. pula berkata; “Kenderaan melambangkan
perkembangan manusia di dalam mempertingkatkan mobiliti.

“Acara seperti ini dapat menggalakkan kanak-kanak untuk meluahkan kreativiti mereka dalam bentuk kesenian dan kami berharap UMW Toyota Motor, melalui acara ini, dapat memberikan inspirasi kepada golongan kanak-kanak dan remaja untuk membayangkan rekaan kereta yang lebih inovatif.

Post Menarik