Pos ArRahnu melancarkan “Peraduan Pos ArRahnu Persona Gold Contest” di Ibu Pejabat Pos Malaysia Dayabumi, baru-baru ini.

PERADUAN ini berlangsung dari 5 April 2018 hingga 5 Jun 2018 dan dibuka kepada semua warga Malaysia dan Warga Bukan Malaysia.

Pos ArRahnu merupakan Pusat Emas Sehenti yang patuh Syariah dan unggul selain menawarkan perkhidmatan seperti jual-beli emas, cagaran, simpanan serta cucian emas.

Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Al-Ishsal Ishak berkata, peraduan ini bertujuan untuk mendekati, mengekalkan dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia Pos ArRahnu serta menghargai sokongan yang berterusan yang ditunjukkan terhadap produk dan perkhidmatan Pos ArRahnu.

“Lima tahun yang lalu, kami berhasrat untuk menggunakan jaringan perhubungan dan touchpoint kami di seluruh negara. Kami menyedari terdapat permintaan yang tinggi terhadap khidmat cagaran patuh Syariah yang kami percaya boleh membawa perubahan kepada golongan masyarakat.

“Sejak khidmat cagaran patuh Syariah diperkenalkan, kami terus mengorak langkah ke hadapan dan sehingga kini membantu seramai 150,000 keluarga di seluruh negara dengan pembayaran hampir mencecah RM2 billion”.

“Peraduan ini adalah sebahagian daripada strategi kami untuk menggalakkan pelanggan kami untuk menggunakan perkhidmatan cagaran patuh Syariah Pos ArRahnu. Bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu menjalankan transaksi cagaran di salah satu daripada 80 cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara.

Pelanggan hanya perlu mencagar emas mereka dengan kadar minimum RM1,000 dan dalam tempoh masa tidak kurang daripada enam bulan, yang merupakan sebahagian daripada terma dan syarat pertandingan tersebut,” tambah beliau.

Terdapat enam (6) kategori hadiah iaitu Hadiah Utama, Hadiah kedua sehingga Hadiah keenam. Hanya satu (1) pemenang akan dipilih untuk memenangi Hadiah Utama iaitu Proton Persona 1.6, dua (2) pemenang tempat kedua iaitu Modenas CT 115S, enam (6) pemenang tempat ketiga iaitu 1 Dinar Jongkong Emas Edisi Terhad Pos Malaysia, lima (5) pemenang tempat keempat iaitu 1/2 Dinar Jongkong Emas Edisi Terhad Pos Malaysia, enam (6) pemenang tempat kelima iaitu 1 gm Jongkong Emas Edisi Terhad Pos Malaysia dan enam (6) pemenang tempat keenam iaitu 0.5 gm Jongkong Emas Edisi Terhad Pos Malaysia.

Kunjungi salah satu daripada 80 cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara dan anda mungkin pemenang bertuah sebuah kereta menjelang tahun baharu 2019!