Syarikat minyak utama Petron menempa satu lagi pencapaian industri pertama yang memperkenalkan penjualan gas memasak jenama Gasul terus kepada pengguna di 5 buah stesen minyak bermula April 2018.

Gas memasak LPG Petron Gasul dijual dalam silinder 12KG dan 14KG. Syarikat akan mula
merintis jualan ini di 5 buah stesen secara berperingkat di Lembah Klang (Persiaran Bandar
Utama, Subang Parade, dan Teluk Panglima Garang) dan Melaka (Cheng dan Ayer Keroh)
untuk memenuhi keperluan pengguna.

Lebih banyak stesen akan ditambah pada masa hadapan untuk menampung permintaan pasaran.

“Pelancaran gas memasak Gasul LPG di stesen Petron menepati janji kami untuk
menyediakan produk dan perkhidmatan yang lebih baik disamping lebih memudahkan.

“Perkhidmatan seumpama ini merubah rentak industri dimana pengguna kini boleh membeli Gasul di stesen- stesen terpilih 7 hari seminggu melalui tunai dan bawa walaupun semasa cuti umum,” kata Ketua Jabatan Dagangan Runcit, Faridah Ali.

Petron Gasul

“Konsep dan bawa bermaksud pelanggan boleh mengambil silinder Gasul yang dibeli
di stesen kami tanpa dikenakan caj tambahan untuk penghantaran. Atendan Perkhidmatan
Pelanggan kami bersedia membantu pelanggan dan pelanggan dijamin akan komitmen
kami terhadap kualiti dan keselamatan,” kata Faridah.

Petron juga mengumumkan bahawa ahli kad Petron Miles boleh menggunakan mata
ganjaran mereka untuk menebus Gasul apabila dibeli di stesen.

Petron Gasul adalah pilihan yang popular di kalangan isi rumah, dengan pembakaran gas
petroleum cecair yang bersih dan efisyen. Syarikat itu juga memperkenalkan semula
silinder 50KG komersil pada 2016 untuk memenuhi permintaan komersil dan perindustrian.

Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang adalah sinonim dengan jenama
Petron. Stesen perkhidmatan kami kini menawarkan produk minyak, pelincir, kedai
serbaneka dan gas memasak – semua di bawah satu bumbung, menjadikan kami pusat
sehenti lengkap, kata Faridah.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini