CCM Duopharma Biotech Berhad (Duopharma) menjangkakan kilang Effervescent yang baru siap di Bangi, kemudahan sepertinya yang pertama di negara ini, akan meletakkan syarikat di barisan depan.
PEMBANGUNAN teknologi dalam pengeluaran produk farmaseutikal berkualiti tinggi menggunakan teknologi Effervescent yang menawarkan banyak kelebihan berbanding pengeluaran produk penjagaan kesihatan secara konvensional.
Sejak mula beroperasi pada Oktober 2017, kilang Effervescent bernilai RM7 juta itu
mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan 107 juta tablet Flavettes Effervescent Vitamin C
setahun.
Menerusi pelaburan terbaharu ini, Duopharma bersedia untuk memperkenalkan pelbagai
produk Effervescent di bawah rangkaian jenama OTC (tanpa preskripsi) semasa Syarikat
yang telah memenangi anugerah, seperti Flavettes, Champs, Proviton dan Uphamol.
Rangkaian produk Effervescent akan memberi pengguna pilihan bentuk pengambilan
makanan kesihatan tambahan yang baharu, yang didapati sebagai trend semasa di
pasaran.
Pada November 2017, Duopharma melancarkan empat produk Effervescent baharu di
bawah jenama Flavettes, dan rangkaian produk Vitamin C ini diterima baik oleh pasaran,
dengan permintaan yang amat memberangsangkan.
Berucap semasa lawatan berpandu wakil-wakil media ke kilang Effervescent, Leonard Ariff
Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan CCM Duopharma Biotech Berhad, berkata
bahawa kemudahan pengeluaran terbaharu Duopharma adalah sebahagian daripada
Strategi Pengoptimuman Pengeluaran (MOS) Syarikat yang termasuk rasionalisasi dan naik
taraf kemudahannya untuk mempercepatkan pertumbuhan.
“Terdapat permintaan yang tinggi bagi produk farmaseutikal Effervescent, terutama sekali
Flavettes Effervescent Vitamin C, di pasaran kerana banyak kelebihan fungsinya yang
ditawarkan kepada pengguna termasuk sebagai pilihan pengambilan makanan kesihatan
tambahan yang jauh lebih mudah tanpa perlu menelan pil, dan memberikan rasa yang enak berbanding pil biasa.
“Sebagai syarikat farmaseutikal yang terkemuka di Malaysia, Duopharma berusaha untuk
mempelopori teknologi baharu kerana kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan
pengalaman pelanggan kami.
Penghasilan dan pengeluaran produk Effervescent memerlukan pengetahuan khusus dan kemahiran teknologi disertakan dengan infrastruktur persekitaran yang terbaik untuk mengawal suhu dan kelembapan kemudahan pengeluaran bagi memastikan kestabilan produk yang optimum,” kata Leonard Ariff.
Teknologi Effervescent membolehkan tablet atau pil menjadi larutan sebaik sahaja tersentuh air. Ini membolehkan bahan aktif larut dengan sekata dan sepenuhnya untuk diserap dengan lebih cepat ke dalam saluran darah berbanding formula konvensional, lantas membolehkannya bertindak dengan lebih cepat.
Flavettes Effervescent Vitamin C memberikan cara yang cekap dan menyenangkan kepada
pelanggan yang menjalani gaya hidup sibuk untuk mendapatkan keperluan kesihatan harian mereka bagi membantu mereka mengekalkan kesegaran dan kesihatan sepanjang
kesibukan mereka.
Tablet ini mengandungi formula tiga-dalam- satu yang mengandungi Glutathione, Vitamin C dan E untuk membantu menjauhkan radikal bebas dan memastikan kulit kekal sihat, jelita dan remaja.
“Kami beroperasi dalam industri yang sangat kompetitif dan bergerak pantas. Justeru, kami
mengakui keperluan untuk melabur dan mengguna pakai teknologi baharu untuk mendahului persaingan.
Kami berbangga menjadi syarikat farmaseutikal pertama di Malaysia yang membawa teknologi Effervescent ke pasaran tempatan dan kami yakin peralatan kilang kami yang serba canggih dan kepakaran kami akan menyumbang kepada usaha mencapai matlamat kami untuk menjadi satu daripada lima syarikat farmaseutikal generik yang terulung di Asia Tenggara menjelang 2022,” tambahnya.
Buat masa ini, Duopharma ialah pengeluar bertauliah dengan pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) – Farmaseutikal yang terbesar di Malaysia dengan kemudahan di Bangi, Klang dan Glenmarie.
Piawaian ini memastikan semua aktiviti pengeluaran adalah selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh GMP Kementerian Kesihatan dan juga piawaian antarabangsa.
Duopharma merupakan syarikat farmaseutikal pertama yang menerima sijil ‘Halal Malaysia & daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berdasarkan piawaian farmaseutikal
Halal pertama di dunia, MS2424:2012.
Kemudahan GMP dan pematuhan piawaian Halal Syarikat memastikan produk farmaseutikalnya disediakan, dikeluarkan, dibungkus dan disimpan dengan rapi dalam
keadaan yang bersih dan selamat dalam usahanya untuk terus memberikan pengalaman
terbaik dalam kelasnya kepada pelanggan.