Proton Holdings Berhad (Proton) telah mengadakan satu lagi majlis menandatangani perjanjian bersama pengedar dan kali ini seramai 12 orang pengedar sedia ada dan 3 pengedar baharu telah hadir di majlis ini.

PROTON mengadakan majlis menandatangani perjanjian menaik taraf rangkaian pengedar sedia ada dan baharu ini telah diadakan di Pusat Kecemerlangan PROTON.

Datin Fauziah Ahmad, Director of Pengangkutan Sedar Sdn Bhd (left), with Abdul Rashid Musa, Vice President – Sales and Marketing of PROTON.

Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran telah mewakili PROTON untuk menandatangani perjanjian bersama para pengedar yang terlibat. Turut serta dalam majlis ialah Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan barisan pengurusan kanan PROTON.

Dalam masa kurang daripada lima bulan, PROTON telah mencapai sasaran bagi 2018 iaitu sebanyak 72% telah bertukar status cawangan kepada 3S and 4S.

Berada pada landasan yang kukuh, PROTON kini mencapai sasarannya untuk mewujudkan sebanyak 109 cawangan 3S dan 4S pada akhir Oktober 2018, dan Syarikat bakal mencapai sasarannya lebih awal daripada jangkaan.

“Dalam masa kurang daripada lima bulan iaitu dari Januari hingga 18 Mei tahun ini, kami berjaya menukar 79 status cawangan kepada 3S dan 4S, iaitu pencapaian kira-kira 72% daripada jumlah sasaran bagi tahun ini. Ini merupakan berita baik untuk Syarikat, dan dengan penaiktarafan yang dilakukan ini, kami yakin bahawa kami berada di landasan yang mantap untuk menyediakan perkhidmatan kelas dunia dari segi pengalaman jualan dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan kami,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Li berkata, “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelabur-pelabur baharu yang menyertai kami sebagai pengedar PROTON. Kami berusaha melakukan perancangan yang terbaik untuk masa hadapan PROTON dan merasa terharu di atas sokongan daripada pelabur-pelabur baharu, yang berani menyahut cabaran menjadi pengedar PROTON.

Hanya satu sebab yang mendorong kepada perkara ini iaitu jenama kami masih mempunyai pengaruh yang kuat di pasaran dan kerana ini, ramai pelabur yang tidak ragu-ragu untuk menjadi pengedar. Terima kasih kerana kepercayaan yang diberikan. Kini, kita semua akan maju kehadapan dan menjadi penggerak nadi jenama ini”.

Membina impian bersama – Pengedar sedia ada digalakkan untuk menaiktaraf PROTON sentiasa bersemangat dengan cita-citanya untuk berkongsi perkembangan, teknologi dan kemajuan yang akan memberikan faedah kepada semua dan ini termasuklah peluang untuk para pengedar berkembang maju pada masa hadapan bersama PROTON.

“Tidak kira di mana juga, setiap perniagaan akan memberikan tumpuan kepada kepuasan pelanggan untuk memastikan kemampanan perniagaan, dan PROTON pastinya menjana momentum untuk meraih ganjaran di masa hadapan dari rancangan-rancangan yang telah dirancang.

Sobri Mustafa, Director of Top Zone Auto Gallery Sdn Bhd (left) with Abdul Rashid Musa, Vice President, Sales and Marketing of PROTON

Atas sebab ini, saya menggalakkan para pengedar untuk menaik taraf cawangan mereka kepada 3S dan 4S supaya kita semua boleh memajukan perniagaan dan mendapat faedah berterusan daripadanya,” tegas Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran

Salah seorang pengedar PROTON selama 15 tahun, Sobri Mustafa dari Top Zone Auto Gallery Sdn Bhd yang membuat keputusan untuk menaik taraf cawangannya kepada 3S berkata, “Rahsia sesebuah kejayaan adalah keupayaan membuat pelanggan gembira dan berpuas hati untuk kedua-dua jualan dan servis selepas jualan.

Selain itu, melalui perkongsian Syarikat bersama Geely, kami kini boleh bersaing dengan jenama dari Jepun dan Korea kerana berkemampuan dari segi kepesatan teknologi, reka bentuk yang menarik, keselesaan, terutama dari segi kualiti di mana kita dapat melihat terdapat penambahbaikan dalam kereta kita sekarang,” katanya.

Bagi Datin Fauziah Ahmad, dari Pengangkutan Sedar Sdn Bhd, beliau berkata, “Sejujurnya, kami telah menjalankan inisiatif kami sendiri untuk menaik taraf dari sebuah lot kedai ke sebuah bangunan sendiri sejak dua tahun lalu.

Kini, kita perlu menaiktaraf untuk berada setanding dengan keperluan yang ditetapkan, tetapi yang paling penting ialah kita memahami keperluan untuk menaik taraf kerana kita perlu mewujudkan penampilan dan imej yang lebih baik untuk produk, jenama PROTON ini sendiri dan proses menaik taraf ini menjanjikan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan”.

Bagi Dato’ Sri Ngu Ung Yong, dari Ngu’s Motor Service Sdn Bhd, beliau memandang perkara ini dari segi sentimen kebangsaan, “PROTON adalah jenama kereta negara kita dan tugas kita adalah untuk menaikkannya sekali lagi.

Lebih-lebih lagi, dengan kerjasama Geely dan pengurusan baharu, kami percaya PROTON berada dalam kedudukan yang baik untuk pemulihannya,” kata Ngu, yang akan menaik taraf premisnya kepada cawangan 4S.

Beliau menambah, “Selain itu, kami merupakan satu-satunya pengedar di Sibu dan dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap kereta Proton di Sarawak, saya yakin kami dapat menyumbang kepada jualan dan pertumbuhan pegangan pasaran PROTON dalam jangka masa panjang.

Yang paling penting bagi kami ialah apabila kami dalam perniagaan ini dan untuk berjaya perlulah menghormati janji-janji kita kepada pelanggan, memberi perhatian terhadap isu-isu dan memenuhi keperluan mereka dengan cepat. Nilai-nilai murni perlu diterapkan dan sikap yang positif terhadap pelanggan”.

Majlis menandatangani pengedar pada bulan ini lebih istimewa dan memberi makna kerana Syarikat bukan sahaja menerima lebih banyak penaiktarafan dari pengedar tetapi kami juga mengalu-alukan pengedar PROTON yang baharu.

“Dari perspektif kami, perkongsian dengan Geely meletakkan kami dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk mendapatkan tarikan pasaran dan pada masa yang sama untuk merevolusikan model perniagaan PROTON.

Kami juga faham bahawa para pengguna tidak sabar-sabar untuk menunggu pelancaran produk baharu yang akan datang, terutamanya kedatangan SUV pertama Proton yang akan dibawa ke Malaysia. Kami juga mengharapkan kerjasama dengan Geely akan membolehkan PROTON memperoleh kejayaan yang sama seperti Geely di China,” kata Teng Swee Eng dari DRS Golsta Sdn Bhd yang merupakan pengedar baharu PROTON dan juga merupakan pengalaman pertamanya sebagai pengedar kereta.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini