TC Euro Cars (TCEC), pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia mengumumkan harga baru bagi model-model Renault berkuat kuasa serta-merta berikutan implementasi kadar sifar GST.

TCEC juga menawarkan insentif tambahan dalam bentuk rebat tunai ke atas model-model terpilih dengan gabungan penjimatan mencecah RM40,000.

Renault Captur Pre-Facelift

TCEC akan menyerap 6% GST untuk kenderaan yang didaftarkan secara serta-merta. Harga sifar GST ini juga kekal sehinggalah pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Para pelanggan boleh menikmati rebat tambahan pada model-model tertentu.

Berikut adalah senarai harga untuk model-model Renault dengan 6% GST dan 0% GST, selain harga baharu selepas potongan rebat. Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan, tidak termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja.

Harga sekarang dengan 6% GSTHarga baru       0% GSTHarga baru 0% GST + Insentif tambahanPenjimatan
Fluence (unit terhad)RM119,888RM113,143RM79,888RM40,000
Captur (Pra-Facelift)RM109,000RM102,845RM85,999RM19,001
New Captur (Facelift)RM109,000RM102,845RM95,999RM13,001
Koleos 2WDRM184,200RM173,840RM159,888RM24,312
Koleos 2WD SignatureRM198,800RM187,614RM179,888RM18,912
Koleos 4WDRM209,000RM197,237RM189,888RM19,112

 

“Sekarang adalah masa terbaik untuk membeli sebuah Renault. Saya ingin mencadangkan kepada mereka yang sedang mencari kenderaan bergaya, berkualiti dan memiliki standard keselamatan kereta Barat supaya mengambil peluang sepanjang tempoh pelepasan cukai ini yang turut ditambah dengan insentif daripada kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.

Renault Koleos

Model-model yang dinyatakan di atas dengan harga baru sifar GST itu hadir bersama jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Bagi Renault Captur, harga sifar GST juga didatangkan dengan pakej selepas jualan 5-in-Captur yang merangkumi:

  • Servis dan penyelenggaraan percuma (alat ganti dan kos buruh) selama lima tahun atau perbatuan sehingga 100,000km, mana-mana tiba dahulu
  • Jaminan pengeluar sehingga lima tahun tanpa had perbatuan
  • Bantuan tepi jalan 24 jam secara percuma[1]
  • Perkhidmatan mengambil dan menghantar sewaktu penyelenggaraan berjadual di pusat-pusat servis Renault
  • Khidmat mobililti atau kereta gantian jika mana-mana alat ganti tidak dapat diperoleh selama lebih 48 jam di pusat-pusat servis sah, bergantung kepada kebolehdapatan

“Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami dan ia menjadi komponen penting dalam memastikan perkhidmatan selepas jualan serta sokongan dengan kualiti terbaik.

Renault Fluence

Selain menawarkan liputan servis dan penyelenggaraan yang meluas menerusi 14 pusat servis Renault dan rangkaian Tan Chong Group, pelanggan juga tidak perlu bimbang tentang bekalan alat ganti yang sentiasa mencukupi,” kata Kuan.

Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

[1] Only available for customers who purchase their insurance under Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS)

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini