Setiap kali tiba musim perayaan Aidilfitri mahupun Aidiladha hidangan makanan tradisional Lemang tidak akan lengkap jika tidak dihidangkan bersama juadah hari raya lain

JIKA dahulu, untuk menyediakan lemang, kita terpaksa mencari kayu api yang banyak untuk membakar lemang dan menunggu berjam-jam untuk dimasak.

Cuaca dan masa yang lama menjadi antara cabaran besar memasak lemang cara tradisional. Jika cuaca hujan, kayu api mudah basah malah dapur kayu pula dibanjiri air menyebabkan usaha membakar lemang terbantut.

Bagaimanapun, selaras dengan perkembangan teknologi semasa, kaedah memasak lemang boleh dilakukan pada bila-bila masa tidak kira cuaca hujan, panas atau berangin.

Usaha memodenkan kaedah memasak lemang ini menjadi pencetus idea kepada Abdul Razak Ahmad, mencipta ‘Oven Lemang’ ini sejak beberapa tahun lalu ketika bekerja sebagai tukang membaiki barangan elektrik.

“Saya mencipta ketuhar lemang daripada keluli tahan karat ini bagi membantu mereka yang menjual lemang secara komersial atau memiliki perkhidmatan katering,” katanya sambil menambah lemang hanya memerlukan masa satu setengah jam untuk dimasak berbanding beberapa jam menggunakan keadah tradisional.

Beliau berkata, buluh lemang ini pula boleh digunakan sebanyak dua kali untuk dimasak dalam ketuhar lemang sekali gus dapat menjimatkan kos.

Suhu oven boleh mencecah 200 hingga 250 darjah Celsius dan sambil menunggu lemang masak, mereka boleh melakukan kerja lain tanpa perlu menunggu atau membalik-balikkan lemang berkenaan.

7 Ciri Menarik Oven Lemang

1. Jimat Masa

Masak dalam masa 1 jam 30 minit

2. Praktikal

Boleh dibawa ke mana-mana sahaja dan mudah dikendalikan

3. Jimat tenaga

Tidak perlu ramai pekerja

4. Jimat kos

Satu tong gas boleh masak kira-kira 200 batang lemang

5. Kekal rasa

Rasa lembut dan enak, tidak timbul masalah lemang mentah

6. Tiga jenis Oven

Oven satu pintu untuk 25 batang dan 50 batang lemang
Oven dua pintu boleh memasak 100 batang lemang pada satu masa.

7. Miliki ciri keselamatan

Miliki ciri keselamatan dalam mengawal suhu ketika proses memasak.

Kesimpulannya, Oven Lemang ciptaan Abdul Razak ini bukan saja yang pertama di Malaysia, malah membuktikan lemang boleh dihasilkan dengan kaedah moden dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kaedah tradisional.

Lemang yang dihasilkan menerusi kaedah ini juga memiliki rasa yang asli seakan lemang tradisional dan masa untuk memasak juga lebih cepat malah mereka yang terbabit juga tidak perlu bersusah payah mengawal kayu api atau membalik-balikkan buluh lemang ini.

Oven lemang ini amat sesuai digunakan oleh syarikat-syarikat katering, individu atau hotel kerana ia mudah dikendalikan dan amat pratikal.

Mereka yang berminat untuk memiliki inovasi moden ‘Oven Lemang’ ini boleh menghubungi talian dibawah ini:

Abdul Razak Ahmad 011-31778948

atau laman facebook (Inovasi Oven Lemang)

* Kursus memasak lemang secara PERCUMA turut diadakan

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini