Celcom Axiata Berhad menandatangani perjanjian dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd untuk menggunakan penyelesaian Platform Operasi Pengkomputeran Awan, Perisian Sebagai Perkhidmatan (Cloud-based Digitised Operation Platform, Software as a Service (SaaS) solution).
CELCOM menjadi yang pertama di negara ini untuk menggunakan Perkhidmatan Sokongan Operasi (Operation Support Service, OSS) berasaskan Pengkomputeran Awan secara sepenuhnya bagi mempertingkat kecekapan dalam automasi dan kepintaran pengurusan rangkaian, seterusnya memberi kelancaran dalam perjalanan Celcom untuk menjadi syarikat digital.
Platform Operasi Digital ini menggabungkan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI)dan
teknologi Machine Learning, dijana oleh Perkhidmatan Operasi Sesawang (Operation Web Services, OWS) Huawei, yang akan mempertingkatkan kecekapan Celcom dalam menguruskan rangkaian dan perkhidmatan yang semakin rumit.
Ia juga membolehkan transformasi operasi harian Celcom daripada reaktif kepada proaktif dan ramalan, serta terus mengukuhkan strateginya untuk memberi pengalaman yang hebat kepada pelanggan.
Perjanjian bagi penggunaan platform tersebut bagi operasi rangkaian Celcom diTandatangani oleh Amandeep Singh, Ketua Pegawai Teknologi Celcom Axiata Berhad dan Baker Zhouxin, Ketua Pegawai Eksekutif, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.
Ia turut disaksikan oleh Bassaharil Mohd Yusop, Ketua Perolehan Celcom Axiata Berhad dan Tang Qibing, Presiden Bahagian Perkhidmatan Teknikal Global, Huawei Technologies Co. Ltd.
Melalui kerjasama ini, Huawei berhasrat untuk mengetengahkan penyelesaian Digitised Operation AUTomation & INtelligence Services Solution (AUTIN™) yang dimilikinya serta berkongsi pengalaman global dengan Celcom dalam usahanya mencapai operasi rangkaian yang lebih divisualkan, diautomasi serta lebih pintar.
Amandeep Singh, Ketua Pegawai Teknologi Celcom Axiata Berhad berkata bahawa perjanjian
tersebut memperlihatkan komitmen berterusan Celcom dalam memberikan pengalaman rangkaian yang terbaik kepada pelanggan.
“Celcom akan terus memperlihatkan evolusi rangkaiannya dengan teknologi terkini dalam
menyediakan pengalaman yang hebat kepada rakyat Malaysia. Maka ia adalah penting untuk terus menerokai teknologi generasi baru bersama rakan global seperti Huawei.”
“Platform Operasi Digital ini akan meningkatkan kecekapan Celcom dalam menguruskan operasi harian, serta bersiap siaga dalam pengurusan isu yang berpotensi dan terus memperbaiki rangkaian kami,” menurut beliau.
Presiden Perkhidmatan Teknikal Global Huawei, Tang Qibing berkata, “Saya berbangga kerana
Celcom memilih Huawei sebagai rakan dalam perjalanan transformasi digitalnya. Kami berharap penyelesaian AUTIN ™ Huawei ini akan memperkasa transisi Celcom daripada operasi tradisional dengan proses manual yang berulang-ulang kepada operasi berautomasi.
Visi kami adalah untuk membina ekosistem bersama rakan strategik seperti Celcom, pihak ketiga dan industri lain bagi mencipta nilai yang luar biasa melalui perkhidmatan dan inovasi baru, yang seterusnya akan memberi manfaat kepada semua orang dalam industri telekomunikasi.”
Perjanjian ini adalah signifikan kerana ia mengangkat kaedah berkerja secara kolaboratif sesama pemain industri, yang seterusnya mempertingkat keupayaannya. Sebagai perintis dalam penggunaan Platform Operasi Digital berasaskan Pengkomputeran Awan di Malaysia, Celcom berharap untuk menjadi contoh di dalam industri dan seterusnya mempergiatkan transformasi operasi digitalnya.