Malaysia mempunyai jumlah penduduk seramai kira-kira 32 juta orang. Menurut statistik, hampir 75% daripada jumlah ini ialah pengguna aktif media sosial.
LBS Bina Group Berhad (LBS) yakin dengan pengaruh penggunaan kreatif media sosial dalam menggalakkan perhubungan, baru-baru ini telah dianugerah dengan Anugerah Kecemerlangan Media Sosial – Sektor Hartanah Terbaik di Anugerah Media Sosial Malaysia 2018.
“Sesebuah perniagaan perlu menjadi relevan dan terkini supaya dapat bertahan lama. Ini bermakna mengikuti trend terkini dan meneroka cara-cara baharu untuk memajukan perniagaan.
Berada dalam sektor pembangunan hartanah selama 25 tahun, LBS telah berjaya mengharungi ujian masa dengan mengguna pakai strategi yang berani dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
Sepanjang beberapa tahun yang lalu, media sosial telah memberikan kami peluang untuk mempelbagaikan cara kami berkomunikasi dan berhubung dengan para pelanggan dan pengikut kami.
Kami mengucapkan terima kasih kepada Dewan Media Sosial Malaysia dan Anugerah Media Sosial Malaysia di atas pengiktirafan kepada usaha-usaha kami kerana ia menunjukkan bahawa kami sedang menuju ke arah yang betul.
Kami berharap untuk terus mengukuhkan kehadiran kami melalui media sosial dan berhubung dengan para pelanggan dan pengikut kami dengan cara yang dapat memberi inspirasi kepada yang lain dalam industri ini,” ujar Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San.
Percaya dengan penggunaan isi kandungan yang boleh dihubungkaitkan di media sosial, LBS sentiasa memberi penekanan kepada mesej-mesej yang konsisten dan jelas untuk para pengikutnya.
Pemaju perbandaran ini berinteraksi dengan audiensnya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat melalui kiriman-kiriman yang sihat dan menyentuh hati, menggalakkan perubahan dan kemajuan diri dan yang berinformatif serta menarik. Ini termasuk maklumat produk hartanah baharu, petua-petua gaya hidup, peraduan, ucapan perayaan dan aktivti terkini.
Dianjurkan oleh Dewan Media Sosial (SMC), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang khusus untuk memajukan bidang media sosial yang boleh dipercayai, Anugerah MSMW ialah sebuah platform yang menghargai amalan-amalan dan para pengamal blog dan media sosial terbaik negara.
Pertubuhan dan pengamal yang disenarai pendek telah dinilai ke atas penggunaan jenama, pertumbuhan media sosial dan keberkesanannya melalui media sosial.
Syarikat-syarikat dan individu-individu yang disenarai pendek telah dinilai oleh pakar-pakar dalam dunia media sosial iaitu Pengasas Travel Camel.com, Shane Dallas; Pengarah Sosial Social Grooves, Christopher Tock; Pengasas IdeaMart, Andrew Chow; Naib Presiden Dewan Media Sosial Malaysia Ned Mohd; dan Ketua Pegawai Eksekutif Business Blogging, Kiruba Shankar.
Majlis anugerah pada tahun ini telah diadakan di Zebra Square KL dan telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Meliputi sebanyak 24 kategori, Anugerah Media Sosial Malaysia mengiktiraf amalan-amalan terbaik dalam menggunakan media sosial dalam sektor-sektor utama termasuklah, hartanah, penerbangan, automotif, perbankan dan kewangan, pendidikan, gaya hidup, penjagaan kesihatan, makanan dan minuman serta logistik dan pengangkutan.