Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan perubahan kepada waktu operasi Hasil Care Line (HCL) sepanjang bulan Ramadan 2020/1441H adalah seperti berikut:
| Hari | Waktu Operasi |
| Ahad hingga Jumaat (*kecuali cuti umum) |
9.00 pagi – 4.30 petang |

Selain panggilan ke HCL, pelanggan juga boleh berurusan dengan LHDNM menerusi panggilan telefon ke semua cawangan LHDNM berdasarkan waktu operasi di atas dan mengikut hari bekerja di negeri-negeri berkenaan.
Nombor telefon cawangan-cawangan LHDNM boleh diakses melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau menerusi pautan pantas:
http://www.hasil.gov.my/bt_
Sebagai memberikan kemudahan kepada orang ramai, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan percukaian dan perkhidmatan LHDNM juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara);
b) HASiL Live Chat;
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.
d) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
• Facebook – https://www.facebook.com/
• Twitter – https://twitter.com/
LHDNM ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Kareem kepada semua pelanggan yang beragama Islam.






































