vivo Malaysia hari ini memperkenalkan siri vivo X500 baharu yang merangkumi tiga model mercu tanda, iaitu vivo X500 Pro Max, vivo X500 Pro dan vivo X500.

Seiring dengan aspirasi vivo untuk menjadi “No. 1 dalam Fotografi, Pilihan Utama dalam Videografi”, siri ini dilengkapi Sistem Lensa Telefoto ZEISS yang canggih bagi menghasilkan imej jarak jauh yang berkualiti tinggi serta memberikan lebih banyak kebebasan untuk berkarya.

Menerajui rangkaian ini, vivo X500 Pro Max dilengkapi Kamera Telefoto ZEISS APO 200MP dan vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra dengan jarak fokus setara 400mm, membolehkan pengguna merakam subjek dari jarak jauh dengan perincian yang luar biasa.

Keupayaan rakaman video konsert yang dipertingkatkan, termasuk Auto Framing Fancam Video dan 4K 120 fps Video Tracking, memastikan artis kegemaran kekal dalam fokus dan bingkai ketika bergerak di atas pentas.

Digabungkan dengan kapasiti bateri terbesar yang pernah ditampilkan dalam siri X, rangkaian ini menawarkan lebih fleksibiliti dalam pengalaman fotografi dan videografi menggunakan telefon pintar mercu tanda.

Siri vivo X500 kini boleh didapati di Malaysia dengan harga bermula daripada RM4,699. Pelanggan terawal boleh membuat prapesanan sekarang dan menikmati Tawaran Early Bird sehingga 2 November 2026, dengan ganjaran eksklusif bernilai lebih RM4,700.

Pelanggan juga berpeluang memenangi tiket konsert Jelajah Dunia “Carnival II” Jay Chou 2027 menerusi cabutan bertuah, selain menikmati rebat eksklusif antara RM300 hingga RM1,000 untuk model terpilih.

Pelanggan turut boleh menikmati hadiah percuma bernilai RM598, termasuk AI Face Tracking Selfie Tripod, Magnetic Wireless Microphone dan vivo Buds Pro. Manfaat tambahan vivo Care merangkumi waranti selama dua tahun serta waranti antarabangsa selama satu tahun dengan perlindungan lensa, memberikan ketenangan kepada pengguna.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini