Selepas berjaya melengkapkan perjalanan mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan hanya satu tangki bahan api, Isuzu D-MAX 2.2L TD serba baharu menggalas pula cabaran terkini dengan berjaya melengkapkan perjalanan dari Sandakan, Sabah menuju Kuching, Sarawak tanpa isian semula bahan api.

Melalui cabaran “D-MAX One Tank. One Nation”, Isuzu Malaysia menguji dua unit Isuzu D-MAX turbo diesel 2.2-liter baharu bagi membuktikan keupayaan serta keunggulannya dalam
penjimatan bahan api dalam perjalanan merentasi Sabah dan Sarawak dengan hanya satu tangki diesel.

Perjalanan di Malaysia Timur ini sangat mencabar, kerana melibatkan permukaan bumi yang pelbagai yang memerlukan kemampuan lasak, serta turut melibatkan perbezaan ketinggian
yang ekstrem, termasuk pendakian sukar merentasi Banjaran Crocker, di mana kebanyakan kenderaan lazimnya sukar untuk mencatatkan kadar penggunaan bahan api yang baik.

Dengan enjin baharu yang dipertingkatkan dan adanya pertambahan kuasa, tork, kelancaran, ketahanan, kebolehpercayaan serta kecekapan bahan api yang lebih baik, Isuzu D-MAX 2.2-liter baharu terbukti sangat berkemampuan dalam keadaan sedemikian.

Kedua-dua varian yang digunakan, iaitu 4×2 AutoPlus dan 4×4 Automatic Premium, berjaya sampai ke garisan penamat dengan baki bahan api yang masih banyak.

Apa yang lebih mengagumkan, varian 4×2 Auto Plus yang sangat cekap telah berjaya mengharungi keseluruhan perjalanan dari bilik pameran Universal Motor Isuzu di Sandakan ke Pusat 3S Jimisar Auto Niaga Isuzu di Kuching tanpa lampu amaran paras bahan api
rendah menyala.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kenderaan Komersial Ringan Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo, cabaran “D-MAX One Tank. One Nation” merupakan platform ideal untuk mempamerkan keupayaan sebenar Isuzu D-MAX baharu dalam keadaan pemanduan sebenar di seluruh pelosok Malaysia.

“Memang mudah untuk mendakwa sesebuah kenderaan itu jimat bahan api dengan memandunya di lebuh raya yang rata dan tenang. Namun bagi kami, keunggulan Isuzu D-MAX paling terserlah apabila diuji dalam keadaan sebenar — di jalan dan laluan yang
digunakan oleh pelanggan kami setiap hari.

“Ini bermakna, meredah jalan raya utama yang sempit dan sesak dengan lori, memasuki jalan yang sedang dalam pembinaan, malah merentasi Banjaran Crocker di Gunung Kinabalu — gunung tertinggi di Malaysia — dengan yakin, dan bukannya mengelak laluan seperti itu,” katanya.

Segmen Malaysia Timur bagi cabaran “D-MAX One Tank. One Nation” bermula dari bilik pameran Isuzu di Sandakan, kawasan pantai timur Sabah. Para pemandu kemudian bergerak ke Telupid, lokasi di mana pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sedang giat
dijalankan. Seterusnya, mereka menempuh laluan berbukit menuju ke Kundasang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini