Nestlé Malaysia mengumumkan hari ini bahawa syarikat telah mengurangkan emisi gas rumah hijau (GHG) sebanyak 31% berbanding nilai asas pada 2018, sekali gus mengatasi sasaran interim 20% pada 2025 sambil menggiatkan usaha untuk mencapai Emisi Bersih Sifar menjelang 2050.

Pencapaian ini mencerminkan hasil usaha selama bertahun-tahun yang dilaksanakan di seluruh operasi dan rantaian nilai Syarikat, termasuk peralihan kepada tenaga elektrik boleh diperbaharui 100%, langkah meningkatkan kecekapan pengeluaran, amalan pertanian regeneratif, pemerolehan lebih lestari dan inisiatif pembungkusan kitaran.

Kejayaan ini dicapai seiring usaha Malaysia menggiatkan agenda iklim negara, dengan mengemukakan Sumbangan Ditentukan Negara ketiga (NDC 3.0) kepada  Konvensyen
Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Oktober 2025.

Komitmen yang dikemas kini tersebut menggariskan fasa seterusnya dalam usaha negara mengejar aspirasi jangka panjang untuk mencapai emisi gas rumah hijau sifar menjelang 2050.

Kemajuan Nestlé Malaysia memperlihatkan peranan dan usaha syarikat perniagaan menyumbang kepada peralihan negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, kejayaan mengurangkan emisi GHG sebanyak 31% adalah satu pencapaian penting, mencerminkan komitmen pasukan dan rakan kerjasama selama bertahun-tahun di seluruh Malaysia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini