OPPO, jenama peranti pintar global terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran telefon pintar flagship terbaharunya, Find X10 dan Find X10 Pro Max di pasaran Malaysia.
Dibina khas sebagai “Kamera Hasselblad Seakan Realiti”, Siri Find X10 membawa kemajuan besar dalam perkakasan kamera serta fotografi komputasi bagi memberikan pengalaman pengimejan yang lebih nyata seakan realiti.
Selain keupayaan pengimejan, siri ini turut menampilkan reka bentuk yang lebih diperhalusi, paparan skrin yang dipertingkatkan, bateri berkapasiti lebih besar, prestasi bertaraf flagship serta ColorOS 17 terbaharu.
“Siri Find X sentiasa didorong oleh komitmen kami untuk terus memajukan teknologi pengimejan mudah alih dan membantu pengguna merakam keindahan kehidupan dengan mudah,” kata Pete Lau, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Produk di OPPO.
“Menerusi siri Find X10, kami melakukan salah satu langkah kemajuan terbesar kami setakat ini dalam pengimejan mudah alih. Daripada Sistem Tiga Kamera 200MP yang pertama dalam industri pada Find X10 Pro Max sehingga LUMO True Image Engine generasi seterusnya, Siri Find X10 direka khas untuk menterjemahkan semula dunia sebagaimana yang anda lihat dan memastikan setiap gambar kekal tulen mengikuti detik yang dirakam.”
Ketersediaan OPPO Find X10 dan Find X10 Pro Max
Siri OPPO Find X10 kini boleh didapati melalui saluran pengedaran rasmi dan sah OPPO Malaysia. OPPO Find X10 hadir dalam konfigurasi RAM 12GB + ROM 256GB (Glacier Blue, Mist Grey) dan RAM 12GB + ROM 512GB (Glacier Blue, Glow Coral, Mist Grey), dengan harga bermula daripada RM4,999.
Manakala, OPPO Find X10 Pro Max (RAM 16GB + ROM 512GB ) berharga RM6,999 dalam warna Luna White dan Titanium Grey.



































