Perjalanan yang jauh dengan jalan raya yang rosak dalam cuaca panas terik merupakan cabaran utama untuk sampai kepada perkampungan masyarakat Islam di Kg Bouchry dan Kg DA dalam provinces Mondokiri, Kemboja.

Pengerusi NGO Antarabangsa, Dato’ Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, perjalanan dari Mondokiri untuk kampung-kampung pedalaman ini akan mengambil masa 1 jam perjalanan dengan laluan di tepi gunung-ganang yang berliku.

“Bagaimana sukarnya perjalanan ini namun hati kita berasa puas kerana dapat membantu mereka yang benar-benar susah walaupun perjalanan begitu jauh.

“Apabila bertemu dengan mereka, kita dapat melihat sifat muafakat sesama mereka yang harus dipuji. Ketika ini, keadaan cuaca adalah musim panas kering dan musim menoreh getah masih tidak boleh ditoreh kerana setiap tahun pengusaha ladang getah cuti selama 2 bulan ketika waktu musim daun getah gugur dan berubah warna,” katanya.

Beiiau berkata, rata-rata penduduk bergantung kepada hasil menoreh getah tidak mendapat sumber pendapatan tetap kecuali melakukan kerja-kerja kampung.

Dalam kunjungan itu juga, NGO Antarabangsa memerlukan bantuan kos membaiki atap tambahan depan Masjid Kg Bouchry Mondokiri bagi mengelakkan air hujan masuk ke dalam masjid apabila angin kuat.

Dr Mustapha berkata, kawasan masjid ini terletak di dataran tanah tinggi dan memerlukan anggaran kos kira-kira USD 10,000 dolar.

Justeru, pihaknya memerlukan dana dari orang ramai untuk membaiki masjid ini bagi digunakan oleh masyarakat Islam di kampung berkenaan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini