Continental Tyre Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan kerjasama strategik dengan empat akademi automotif terkemuka; Leng Kee Auto Academy, Pro Skills Academy, Rimbunan Hijau Academy dan Techtra Automotive Academy.

Kerjasama strategik ini bertujuan untuk mewujudkan peluang yang menguntungkan semua
pihak yang terlibat dengan memperkukuh penempatan bakat dalam rangkaian kedai tayar
Continental dan menangani cabaran berterusan dalam pengambilan bakat industri.

Pelajar akan meraih pengalaman praktikal dalam persekitaran kerja sebenar, sekali gus meningkatkan persediaan kerjaya mereka serta memperluas peluang pekerjaan. Inisiatif ini memperkukuh kemampanan bakat dalam industri automotif dengan membekalkan generasi masa hadapan dengan kemahiran asas dan peluang pekerjaan, sambil menyediakan rangkaian kedai tayar Continental dengan sumber bakat mahir yang berterusan.

Sebagai pengeluar tayar pertama yang bekerjasama dengan akademi automotif tempatan, Continental memperluas peluang kerjaya untuk pelajar melampaui penempatan tradisional di pusat servis pengeluar kenderaan.

“Kerjasama ini mengukuhkan komitmen strategik kami terhadap pembangunan bakat dan
kemampanan industri. Menerusi kerjasama dengan akademi terkemuka ini, kami memupuk
tenaga kerja mahir dan mewujudkan peluang kerjaya yang lebih kukuh untuk generasi akan datang,” kata Pengarah Urusan Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd, Andrea Somorova.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini