Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade), operator perniagaan perkhidmatan wang digital utama di negara ini dan penerbit e-money, berjaya menyelesaikan pemerolehan sebanyak 100 peratus pegangan dalam Valyou Sdn Bhd (Valyou), daripada Norwegian Telenor Group.

Ini susulan langkah pembidaan yang kompetitif dan Merchantrade juga memperoleh kelulusan regulatori susulan pemerolehan itu.

Ramasamy K Veeran

Valyou adalah pemain teknologi kewangan (fintech) dan penyedia perkhidmatan kiriman
wang digital rentas sempadan utama yang berkembang-pantas di Malaysia.

Valyou merupakan penerbit e-money dengan asas pelanggan lebih 1 juta menerusi dalam talian dan saluran digital berasaskan aplikasi dan rangkaian fizikal meliputi 22 cawangan, 20 ejen dan 1,200 peniaga tunai-masuk tunai-keluar (CICO).

Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran, berkata susulan penyelesaian pemerolehan ini, perniagaan, operasi dan kakitangan Valyou akan digabungkan dengan
Merchantrade dan beroperasi dalam satu entiti menjelang akhir 2020.

Beliau berkata, gabungan kedua-dua pemain utama fintech yang memiliki kelebihan dan kekuatan masing-masing dalam perkhidmatan e-wallet, Merchantrade dengan Merchantrade Money, (kad-berasaskan e-wallet dengan kad pra bayar VISA) dan e-wallet Valyou yang berasaskan aplikasi penuh.

“Ini akan membawa perubahan besar dalam ruang digital tempatan dengan perancangan untuk memacu dan melancar serta menyediakan akses mudah bagi produk kewangan inovatif yang selamat kepada pekerja asing, ekspatariat, pengembara tempatan dan pembeli dalam talian yang celik-teknologi.

“Bersama dengan gabungan kakitangan lebih daripada 1,200 orang dan rangkaian melebihi
1,700 titik interaksi yang meliputi cawangan, lokasi ejen dan peniaga CICO, pemerolehan ini menggerakkan Merchantrade sebagai operator perniagaan perkhidmatan kewangan
terbesar di Malaysia, kepada lebih tiga juta pelanggan,” katanya.

Hasil pemerolehan ini menjadikan Merchantrade memiliki nilai perolehan gabungan kiriman
wang tahunan (berasaskan angka kiriman wang tahun 2019) lebih daripada RM11 bilion
(termasuk transaksi kiriman keluar negara dan transaksi pengagregat antarabangsa) akan
membawa pertumbuhan yang pantas kepada perniagaan digital Merchantrade, khususnya
Merchantrade Money.

Beliau menambah bahawa pemerolehan ini juga akan menyatu dan melonjakkan secara
signifikan penguasaan Merchantrade ke atas pelanggan pekerja asing yang merupakan
pengguna utama perkhidmatan kiriman wang rentas-sempadan.

“Untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada segmen pekerja asing secara efektif, kami membina satu eko sistem yang relevan menerusi perkongsian dan kerjasama industri.

“Ketika ini kami bekerja dengan AXA dan MCIS untuk menyediakan produk mikro-insurans
yang mampu milik. Pemerolehan Valyou akan mengukuh dan mengembangkan saluran
digital kami dan secara langsung memberi peluang baru yang lebih banyak terhadap rakan
kongsi kepada penyedia perkhidmatan kewangan dan menetapkan satu aras baru untuk
terus berkembang ke serantau,” katanya lagi.

Selari dengan aspirasi syarikat untuk menjadi pemain serantau, pada Julai tahun ini
Merchantrade akan terus melonjakkan kedudukannya dalam pasaran kiriman wang rentas-
sempadan dengan menambah perolehan sebanyak 21 peratus kepentingan dalam KLIQ Pte
Ltd (KLIQ) – penyedia perkhidmatan kiriman wang rentas-sempadan digital sepenuhnya di
Singapura, menjadikan KLIQ sebagai 70 peratus anak syarikatnya.

“Melihat kepada pencapaian terdahulu dan dengan gabungan bakat susulan daripada
pemerolehan Valyou, saya berkeyakinan penuh kami akan mempunyai kakitangan, sumber
dan keupayaan untuk mengembangkan rangkaian dan perniagaan di Malaysia dan
serantau. Saya sangat teruja dan optimistik dengan apa yang bakal kami hadapi di masa
hadapan,” kata Ramasamy.