realme, jenama telefon pintar paling pantas berkembang di dunia, mengumumkan inovasi terbarunya dalam Siri P: Siri P4. Dibina kukuh sebagai ‘Powerful Partner’ bagi menepati gaya hidup dinamik generasi muda, siri terbaharu ini terdiri daripada tiga model — P4 Power 5G, P4x dan P4 Lite.

Siri ini mengikut falsafah “P for Power” yang telah ditingkatkan, sekaligus mentakrif semula keupayaan telefon pintar dengan tiga teras utama: kuasa bateri tahan lama, pengalaman permainan lebih lancar, dan keupayaan AI permainan lebih pintar. Siri P4 dilihat sebagai peneman paling berkuasa buat generasi muda terutamanya daripada segi permainan, penciptaan kandungan dan ketersambungan harian.

Kuasa Bateri Tahan Lama

Katakan selamat tinggal kepada kebimbangan bateri. Siri P4 menangani isu bateri secara langsung, di mana setiap model direka khas bagi keperluan ketahanan berbeza. Keseluruhan siri ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti ultra-besar.

Memimpin barisan P4 ini adalah realme P4 Power 5G, Perintis Teknologi Bateri di Malaysia, dilengkapi dengan Bateri Titan 10,000mAh+ inovatif — membawa era baharu telefon pintar dengan ketahanan bateri melebihi 10,000mAh dan menetapkan piawaian baharu dalam industri.

Sementara itu, P4x dan P4 Lite muncul sebagai pemimpin segmen masing-masing daripada segi ketahanan bateri, menawarkan stamina setaraf telefon pintar ‘flagship’ serta pengecasan pantas, selaras dengan rentak kehidupan generasi muda hari ini.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini