Unitedstar Corporation Sdn Bhd, sebuah pengedar sah Toyota di Petaling Jaya, Selangor telah menaik taraf statusnya kepada “3S” dan kini menawarkan kedua-dua perkhidmatan jualan dan lepas jualan.
Hanya menawarkan khidmat jualan kenderaan baru Toyota sebelum ini, naiktaraf berkenaan menyaksikan mereka kini memperluaskan lagi kemudahan dan perkhidmatan
sedia ada kepada pelanggan.
“Sejak 2005 Unitedstar Corporation telah menjadi pengedar sah Toyota, dengan hanya mempunyai sebuah bilik pameran untuk jualan bertempat di Aman Suria, Damansara. Ini diikuti dengan pembukaan sebuah pusat 3S baru di Taman Nilai Perdana, Seremban pada tahun 2019.
UMW Toyota berbesar hati dapat melihat perkembangan dan kejayaan perniagaan ini yang selari dengan falsafah “Pelanggan Didahulukan” yang kami amalkan,” ujar Presiden
UMW Toyota Motor, Ravindran K.
Cawangan 2S terbaru di Taman Mayang pula terletak dalam kawasan yang giat berkembang secara komersial disamping dikelilingi oleh skala komuniti tempatan yang besar.
Ia merupakan sebuah pusat servis lengkap, mempunyai 10 ruang servis untuk meningkatkan kecekapan operasi setiap hari.
Premis berkenaan diselenggara oleh 20 orang juruteknik mahir yang telah menerima
latihan khusus untuk mengendalikan hal-hal servis bagi kenderaan Toyota.
“Premis pengedar yang moden ini mencerminkan standard tinggi yang diamalkan oleh Toyota bagi layanan terhadap pelanggan.
Di seluruh dunia, rangkaian pengedar Toyota memberikan keutamaan dalam menyediakan pengalaman terbaik, termasuk servis lepas jualan dengan standard yang tinggi,” kata Timbalan Pengerusi, UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.
Cawangan Unitedstar Corporation ini terletak di No. 24-28, Jalan SS25/34, Taman Perindustrian Mayang, 43701 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasinya ialah dari jam 8 pagi – 5.30 petang, Isnin hingga Sabtu. Bagi temujanji servis, pelanggan boleh menghubungi talian 03-78875885.
Pelanggan yang ingin mengetahui lokasi bilik pameran atau pusat servis terdekat Toyota boleh melayari laman web toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota 1800-8-TOYOTA (869682).