Dalam kehidupan masa kini yang dikelilingi gajet serba canggih dan menyaksikan pelbagai jenis aplikasi dicipta bagi tujuan menghasilkan imej, gambar mahupun video menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Bagaimanapun, masalah utama kepada pengguna peranti atau telefon mudah alih ialah aplikasi AI ini tidak didatangkan bersama-sama peranti tetapi perlu dimuat turun dan kadang-kala menyebabkan gangguan daripada segi notifikasi dan iklan.

Namun, berbeza kepada pengeluar telefon mudah alih terkemuka dari China ini yang bertindak berani menghasilkan peranti terbaharu yang sudah tersedia dengan aplikasi serba canggih ini.

HONOR buat pertama kalinya memperkenalkan aplikasi AI Image to Video pada model HONOR 400 Pro dan kini ciri itu dipertingkatkan kepada AI Image to Video 2.0 yang menawarkan lebih banyak pilihan rekaan video yang lebih kreatif – hanya dihujung jari.

Apa yang menarik ialah AI digunakan untuk mengubah pengalaman fotografi mudah alih ke satu tahap yang lebih kreatif dan emosional.

HONOR memperluaskan kemampuan AI ini dengan pendekatan yang lebih terbuka, memberi pengguna kebebasan untuk mencipta, bukan sekadar mengedit.

Apa yang membezakan AI Image to Video 2.0 adalah keupayaannya menggabungkan beberapa elemen dalam satu ekosistem kreatif. Kini, pengguna boleh mengambil sehingga tiga gambar statik dan menghidupkannya menjadi video pendek berdurasi tiga atau lima saat.

Menariknya, hasil yang dijana bukan sekadar animasi asas, tetapi kelihatan lebih organik seolah-olah momen itu benar-benar dirakam dalam bentuk video sejak awal.

Ciri ini memberikan peluang kepada anda untuk mengolah gambar kepada imej yang dikehendaki atau menghidupkan semula kenangan lama misalnya anda merindui saat-saat bersama orang tersayang dan mahu gambar anda memeluk orang yang disayangi itu.

Paling menarik, anda boleh mencipta semula detik yang sebelum ini mustahil untuk berlaku. Dalam konteks ini, AI bukan lagi sekadar alat teknologi tetapi medium penceritaan yang lebih peribadi dan boleh menyentuh emosi.

Ciri multi-imej mungkin antara yang paling mencuri perhatian. Anda kini boleh gabungkan sehingga tiga gambar dan tukarkannya menjadi video pendek (3 atau 5 saat) dengan hanya beberapa langkah. Ia bukan sekadar kesan gerak biasa. AI akan cuba “hidupkan” momen tersebut — seolah-olah gambar itu memang dirakam dalam bentuk video dari awal.

Lihat hasil gambar dibawah ini yang diubah kepada video menggunakan peranti HONOR 600 Pro ini. Menarik bukan!

 

Dalam masa sama, HONOR turut membawa sokongan prompt yang menjadikan pengalaman ini jauh lebih fleksibel. Dengan hanya beberapa ayat ringkas, pengguna boleh membina dunia visual mereka sendiri. Sama ada imaginasi yang realistik atau sesuatu yang sepenuhnya fantasi, sistem ini mampu menterjemah idea tersebut kepada bentuk visual yang boleh dikongsi.

Bagaimanapun, jika anda malas nak menulis prompt sendiri, boleh sahaja menggunakan 13 templat kreatif yang menampilkan pelbagai gaya sinematik menarik. Setiap satu datang dengan gaya visual tersendiri termasuk pergerakan kamera ala filem.

Antara efek menarik yang ditawarkan seperti Bullet Time, Dolly Zoom, Pet Roleplay, Character Morph, Motion Pilot, Birthday Greetings dan Freestyle.

Yang penting, hasil AI memang nampak real, seolah-olah dihasilkan oleh perisian profesional tetapi kali ini terus dari telefon pintar.

Dari situ, jelas bahawa fungsi ini tidak lagi terhad kepada suntingan gambar biasa, sebaliknya menjadi satu bentuk ekspresi digital yang lebih luas dengan sentuhan sinematik yang merangkumi pergerakan kamera, kesan visual dan tona filem.

Keseluruhannya, pendekatan yang dibawa dalam siri ini memperlihatkan hala tuju HONOR yang semakin jelas dalam memanfaatkan AI sebagai teras utama pengalaman pengguna. Ia bukan lagi tentang spesifikasi semata-mata, tetapi bagaimana teknologi tersebut digunakan untuk menjadikan setiap gambar lebih bermakna.

Kesimpulannya, apa yang ditawarkan HONOR 600 Pro ini dilihat bukan sekadar naik taraf biasa, tetapi satu langkah berani ke arah redefinisi fotografi mudah alih dengan menjadi perintis dalam revolusi AI dalam telefon pintar.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini