Pelancaran jualan pertama HONOR Magic V6 hari ini telah menarik kehadiran ramai pelanggan ke HONOR Experience Stores di seluruh negara untuk mencuba dan membeli telefon boleh lipat flagship terbaharu jenama itu.
Pelanggan meluahkan keterujaan terhadap ketahanan perant yang mencatat rekod baharu, kapasiti bateri terbesar dalam kelasnya serta pemproses Snapdragon tahap flagship. Ramai turut menyatakan keupayaan AI multitugas yang lebih maju serta kesalinghubungan rentas platform dengan peranti Apple sebagai antara faktor utama minat mereka terhadap peranti ini.
Nikmati Pakej Hadiah PERCUMA bernilai RM2,597 termasuk HONOR Gift Musical Neck Pillow
Pelanggan kini boleh mendapatkan HONOR Magic V6 di semua HONOR Experience Stores di seluruh negara. Setiap pembelian disertakan pakej hadiah percuma bernilai RM2,597, termasuk Bantal Leher Muzikal HONOR Gift Musical Neck Pillow, Perlindungan Skrin Retak Tanpa Risau Setahun, dan pelan Jaminan Kualiti Tanpa Risau 2 Tahun.

Peranti ini juga boleh didapati melalui HONOR Malaysia Online Store, serta kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Ia turut dijual di rakan peruncit Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.
HONOR Magic V6 membawa peningkatan besar berbanding generasi sebelumnya. Ia lebih tahan lasak, lebih berkuasa serta menawarkan kesalinghubungan rentas ekosistem yang lebih lancar, sambil mengekalkan reka bentuk ultra nipis hanya 8.75mm apabila dilipat. Berikut merupakan antara penambahbaikan utama untuk pengguna di Malaysia:
Ketahanan Engsel Bertaraf Tinggi
HONOR meningkatkan tahap ketahanan menerusi Engael Keluli Super dengan kekuatan tegangan 2800MPa, menjadikannya cukup kukuh untuk menarik sebuah pesawat. Engsel ini mampu bertahan sehingga 500,000 kali lipatan, iaitu sehinnga 13 tahun penggunaan harian tanpa kebimbangan.
Berbanding generasi terdahulu, peranti ini kini hadir dengan dua penarafan IP68 dan IP69, menawarkan perlindungan lebih baik terhadap habuk, air serta tekanan jet air berkuasa tinggi.
Paparan Dipertingkat & Dibina untuk Bertahan Lebih Lama
Paparan luar peranti ini diperkukuh dengan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield yang dipertingkat, menampilkan 5,600 lapisan salutan silikon nitrida yang meningkatkan ketahanan calar, ketahanan haus dan perlindungan jatuh dengan ketara.
Sementara itu, paparan dalaman menggunakan lapisan Ultra-Tough Glass (UTG) untuk mengurangkan kesan lipatan serta meningkatkan ketahanan hentakan.
Telefon Boleh Lipat Pertama dengan Snapdragon® 8 Elite Gen 5
HONOR Magic V6 merupakan telefon boleh lipat pertama yang menggunakan Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Elite Gen 5. Ia direka untuk tugasan berat dengan multitugas lancar, pemprosesan AI lebih pantas serta kecekapan tinggi untuk permainan, produktiviti dan penciptaan kandungan.
Kapasiti Bateri Terbesar Dalam Telefon Pintar Boleh Lipat
HONOR Magic V6 dilengkapi Bateri Silikon Karbon HONOR 6,660mAh, menawarkan kapasiti bateri terbesar yang pernah diperkenalkan dalam telefon boleh lipat.
Ia menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 66W wayarles, membolehkan pengecasan penuh dalam masa singkat. Peranti ini juga menyokong Pengecasan Berbalik Nirwayar bagi pengguna mengecas peranti serasi lain di mana-mana sahaja.
Integrasi Ekosistem Apple Lancar Pertama di Malaysia
HONOR Magic V6 menjadi penghubung terbaik antara ekosistem Android dan iOS, khususnya untuk pengguna peranti Apple.
Melalui HONOR Connect dan HONOR WorkStation, pengguna boleh menikmati fungsi rentas peranti seperti notifikasi seragam antara iPhone dan Apple Watch, pengurusan fail iCloud terus dari paparan boleh lipat serta sambungan AirPods dengan pop-up asli dan kawalan hingar. FungsI Quick Share pula membolehkan pemindahan fail antara peranti Apple dan HONOR tanpa halangan platform.
Untuk pengguna profesional dan pelajar, peranti ini juga boleh berfungsi sebagai pusat produktiviti mudah alih yang disambungkan dengan MacBook. Ia boleh digunakan sebagai skrin kedua tanpa wayar, manakala Mac Connected Files membolehkan akses dan sunting fail terus dari komputer riba.
Selain itu, fungsi One Tap Share membolehkan pemindahan fail antara telefon dan MacBook dengan satu sentuhan, termasuk fail bersaiz besar 1GB dalam kira-kira 25 saat, bagi kecekapan kerja yang lebih baik.
Tersedia di Seluruh Negara Bermula Hari Ini
HONOR Magic V6 hadir dalam empat pilihan warna premium iaitu Ferghana Red, Sunrise Gold, Ivory White dan Classic Black. Peranti ini ditawarkan dalam dua konfigurasi memori dan storan, iaitu RAM 16GB dengan ROM 512GB pada harga RM7,699, manakala RAM 16GB dengan ROM 1TB dijual pada harga RM8,899.
Untuk maklumat lanjut, layari www.honor.com/my/.





































